wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan Tahun 5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang perlu dilakukan oleh murid-murid atau atlit-atlit selepas melakukan aktiviti fizikal?

a)

Regangan penyejukan badan

b)

Regangan pemanasan badan

c)

Berlari terus masuk ke kelas

d)

Tidak mendengar arahan guru

2.

Apakah kepentingan melakukan regangan penyejukan badan selepas melakukan sesuatu aktiviti fizikal?

a)

Supaya badan semakin penat.

b)

Membantu fungsi sistem badan kembali ke tahap normal secara perlahan-lahan.

c)

Supaya kita cepat lapar.

d)

Supaya kita menjadi semakin kuat.

3.

Bagaimanakah dehidrasi dalam aktiviti fizikal berlaku?

a)

Dehidrasi dalam aktiviti fizikal berlaku apabila kita berasa mengantuk.

b)

Dehidrasi dalam aktiviti fizikal berlaku apabila kita sentiasa marah dengan kawan kawan sepasukan

c)

Dehidrasi dalam aktiviti fizikal berlaku apabila badan kehilangan air dan elektrolit (garam) melalui peluh dan pernafasan melebihi jumlah air yang diminum,

4.

Berikut adalah kesan - kesan yang akan berlaku akibat dehidrasi KECUALI___________________________________

a)

menyebabkab isi padu darah berkurangan serta menyukarkan pengawalan suhu badan kerana darah sukar mengalir ke kulit.

b)

meningkatkan kadar nadi dan menurunkan prestasi ketika latihan.

c)

meningkatkan risiko untuk mengalami kekejangan otot, kelesuan dan strok haba.

d)

sentiasa bertenaga.

5.

Regangan yang dilakukan dalam gambar melibatkan otot________________________

a)

gastroknemius

b)

deltoid

c)

soleus

d)

kuadricep

6.

Gambar yang manakah menunjukkan murid sedang membuat regangan penyejukan badan pada bahagian otot deltoid dan bahagian atas belakang.

a)
b)
c)
d)
7.

Murid tersebut sedang melakukan regangan penyejukan badan pada otot_________________________

a)

abduktor

b)

eksternal oblik dan triseps

c)

sternokleidomastoid

d)

kuadrisep

8.

Gambar yang manakah menunjukkan murid sedang melakukan regangan pada bahagian otot eksternal oblik dan triseps.

a)
b)
c)
d)
9.

Apakah tanda- tanda berlakunya dehidrasi?

a)

Bertenaga

b)

Semakin kuat

c)

Dahaga dan prestasi semakin menurun.

d)

Ketakutan

10.

Gambar di atas menunjukkan murid tersebut sedang melakukan regangan pada bahagian otot apa?

a)

Otot latissimus dorsi

b)

Otot aduktor

c)

Otot abduktor

d)

Otot hamstring

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan perhubungan maya?

a)

Perhubungan maya ialah perhubungan yang berlaku apabila dua atau lebih individu berinteraksi secara bersemuka

b)

Perhubungan maya ialah perhubungan yang berlaku apabila kita berjumpa dengan kawan- kawan kita.

c)

Hubungan maya ialah hubungan yang dijalinkan secara atas talian melalui penggunaan aplikasi sosial.

d)

Hubungan maya ialah hubungan yang berlaku apabila kita berjumpa secara bersemuka dengan guru kita di dalam kelas.

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan bukan maya?

a)

Perhubungan bukan maya berlaku apabila dua atau lebih individu berinteraksi secara bersemuka.

b)

Perhubungan bukan maya ialah perhubungan yang dijalinkan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi sosial.

c)

Perhubungan bukan maya ialah perhubungan yang menggunakan laman sesawang seperti facebook dan Instagram untuk berhubung antara satu sama lain.

13.

Berikut adalah pengaruh positif apabila kita terlibat dalam hubungan maya dan bukan maya dengan rakan KECUALI__________________________________

a)

saling membantu dalam pelajaran

b)

tugasan mudah disiapkan

c)

perhubungan lebih akrab

d)

tidur hingga lewat malam

14.

Berikut adalah pengaruh negatif apabila kita terlibat dalam hubungan maya dan bukan maya dengan rakan KECUALI__________________________________

a)

leka dengan aktiviti di laman sosial

b)

saling membantu dalam pelajaran

c)

pelajaran terganggu

d)

tidur hingga lewat malam

15.

Berikut adalah cara yang selamat dalam menjalinkan perhubungan maya dan bukan maya KECUALI_________________________________

a)

sentiasa berhati - hati dengan rakan yang baru sahaja dikenali.

b)

tidak memberikan maklumat peribadi kepada sesiapa yang tidak dikenali.

c)

memberikan semua butiran peribadi kepada rakan yang baru sahaja dikenali