wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4 : CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA

Total questions: 61

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ciri iklim di Malaysia

a)

Julat suhu tahunan 1°C – 3°C

b)

Min suhu tahunan 18°C

c)

Hujan tahunan kurang 2 000 mm

d)

Taburan hujan sekata

2.

-Berasal dari Benua Asia Bertiup dari bulan -November hingga Mac

Maklumat di atas merujuk

a)

angin Sumatera

b)

angin Tenggara

c)

angin Monsun Timur Laut

d)

angin Monsun Barat Daya

3.

Apakah nama fenomena dalam rajah di bawah?

a)

hujan bukit

b)

hujan siklon

c)

hujan perolakan

d)

hujan perenggan

4.

Mengapakah angin Monsun Barat Daya tidak membawa hujan yang lebat ke Semenanjung Malaysia?

a)

Bertiup dari kawasan daratan

b)

Bertiup dari kawasan tekanan tinggi

c)

Dihalang oleh Selat Melaka

d)

Dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera

5.

Jalan raya diturap Bangunan konkrit dibina rapat-rapat

Apakah kesan alam sekitar yang dapat dikaitkan dengan ciri bandar di atas?

a)

jerebu

b)

hujan asid

c)

pulau haba

d)

penipisan lapisan ozon

6.

apakah iklim yang dialami oleh Malaysia

a)

iklim gurun panas

b)

iklim monsun tropika

c)

iklim khatulistiwa

d)

iklim laurentia

7.

Berapakah jumlah hujan di Malaysia?

a)

1000 mm

b)

1500 mm

c)

2000 mm

d)

2600 mm

8.

Antara berikut, yang manakah jenis hujan di Malaysia?

a)

hujan bukit

b)

hujan perenggan

c)

hujan siklon

d)

hujan perolakan

9.

-bertiup dari bulan April hingga Mei dan September hingga Oktober

-dikenali sebagai 'skual'

maklumat di atas adalah berkaitan dengan

a)

angin monsun timur laut

b)

angin monsun barat daya

c)

angin sumatera

d)

angin tempatan

10.

kawasan manakah yang menerima hujan yang paling sedikit?

a)

kota bharu

b)

kuala pilah

c)

kapit

d)

kota kinabalu

11.

Nyatakan jenis Iklim di Malaysia

a)

Monsun Tropika

b)

Khatulistiwa

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan iklim KHATULISTIWA?

a)

panas dan lembap sepanjang tahun

b)

mengalami 4 musim

13.

Iklim Khatulistiwa terletak pada garisan?

a)

23 1/2 0 U/S

b)

0 hingga 10o U /S

14.

Berikut merupakan ciri iklim di Malaysia kecuali

a)

Suhu

b)

Angin

c)

Kelembapan

d)

Hujan

15.

Berapakah suhu di Malaysia?

a)

27o C

b)

16o C

16.

Suhu di Malaysia adalah

a)

tinggi dan sekata

b)

tinggi dan tidak sekata

17.

Berapakah jumlah hujan tahunan di Malaysia?

a)

2600 mm

b)

260 mm

18.

Taburan hujan di Malaysia adalah

a)

sekata

b)

tidak sekata

19.

Berikut merupakan faktor yang menyebabkan taburan hujan di Malaysia tidak sekata kecuali

a)

Bentuk Muka Bumi

b)

Tiupan angin monsun

c)

Kemarau yang panjang

20.

Berikut merupakan jenis hujan di Malaysia kecuali

a)

Hujan Bukit

b)

Hujan Lebat

c)

Hujan Perolakan

21.

Hujan Perolakan selalunya berlaku pada waktu

a)

pagi

b)

petang

22.

Cerun di bahagian belakang gunung kurang menerima hujan dan dinamakan

a)

kawasan lindungan hujan

b)

kawasan tertutup

23.

Terdapat ________ jenis angin monsun di Malaysia iaitu

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

24.

Berikut merupakan angin monsun

a)

Timur Laut

b)

Barat Daya

25.

Bilakah angin monsun Timur Laut berlaku?

a)

Mei hingga September

b)

Nov hingga Mac

26.

Semasa angin monsun timur laut berlaku, kawasan manakah yang akan menerima hujan lebat?

a)

pantai barat semenanjung Malaysia

b)

pantai timur semenanjung Malaysia

27.

Rajah menunjukkan angin monsun Barat Daya. Angin ini berasal dari negara?

a)

Australia

b)

Asia

28.

Bilakah berlakunya angin sumatera?

a)

Nov hingga Mac

b)

Mei hingga September

c)

April dan Oktober

29.

Angin sumatera bertiup kencang dengan tiba-tiba pada waktu?

a)

siang hari

b)

malam sehingga subuh

30.

Rajah menunjukkan sejenis angin tempatan iaitu

a)

bayu darat

b)

bayu laut

31.

Bayu laut berlaku pada waktu

a)

siang

b)

malam

32.

Semasa kejadian bayu laut, udara bergerak dari kawasan

a)

darat ke laut

b)

laut ke darat

33.

Rajah menunjukkan angin tempatan yang dinamakan

a)

bayu darat

b)

bayu laut

35.

Bayu darat selalunya berlaku pada waktu

a)

siang

b)

malam

35.

Bayu darat selalunya berlaku pada waktu

a)

siang

b)

malam

36.

Semasa kejadian bayu darat, udara bergerak dari

a)

darat ke laut

b)

laut ke darat

37.

Yang manakah antara penyataan berikut menerangkan proses pembentukan hujan bukit?

a)

Turun di kawasan tanah tinggi

b)

Hujan lebat turun di kawasan pantai

c)

Wap air yang naik ke atmosfera mengalami proses penyejatan

d)

Bahagian cerun yang terlindung menerima hujan yang sedikit

38.

Pada musim tengkujuh, nelayan di pantai timur Semenanjung tidak dapat turun ke laut kerana laut bergelora. Apakah aktiviti yang mereka lakukan pada waktu itu?

a)

Aktiviti menjemur ikan

b)

Membaiki pukat dan jala

c)

Membuat produk kraftangan

d)

Menjahit pakaian sekolah

39.

Mengapakah nelayan di pantai barat Semenanjung dapat menjalankan aktiviti perikanan sepanjang tahun?

a)

Hujan lebat

b)

Pinggir laut yang cetek

c)

Pengaruh bayu laut dan bayu darat

d)

Terlindung daripada tiupan angin kencang

40.

Apakah fenomena yang dikaitkan dengan maklumat di bawah?


*Aras laut meningkat

*Pencairan ais di kutub

a)

Jerebu

b)

Hujan asid

c)

Kesan rumah hijau

d)

Penipisan lapisan ozon

41.

Apakah jenis iklim yang dialami di Malaysia?

a)

Iklim Gurun Panas

b)

Iklim Monsun Tropika

c)

Iklim Khatulistiwa

d)

Iklim Steppe

42.

Antara yang berikut' yang manakah benar tentang suhu di Malaysia?

a)

Suhu panas dan kembap sepanjang tahun

b)

Min suhu tahunan 27C

c)

Suhu sekata dan tinggi

d)

Suhu dipengaruhi oleh angin monsun

43.

La Nina mengakibatkan...

a)

Jumlah hujan yang turun meningkat serta lebat dan menyebabkan kebarangkalian banjir besar melanda

b)

Jumlah hujan yang berkurangan dan musim kemarau melanda

44.

El Nino mengakibatkan kenaikan suhu antara 0.5'C hingga 2'C berbanding keadaan biasa

a)

Betul

b)

Salah

45.

Hujan perolakan kebiasaannya turun dengan ....

a)

renyai dan pada awal pagi

b)

lebat pada waktu petang beserta dengan kilat dan petir

c)

lebat pada awal pagi diikuti kilat

d)

renyai pada waktu tengahari

46.

Tandakan negeri yang mengalami musim tengkujuh semasa kejadian Angin Monsun Timur Laut.

a)

Kelantan

b)

Terengganu

c)

Pahang

d)

Perak

e)

Sabah

47.

Angin Monsun timur laut menyebabkan kepada...

a)

musim kemarau

b)

musim luruh

c)

musim panas

d)

musim tengkujuh

48.

Keadaan ombak kuat di pantai timur Semenanjung Malaysia pada bulan November hingga Mac adalah berkaitan dengan .............

a)

el - Nino

b)

peningkatan suhu

c)

kegiatan pertanian

d)

fenomena musim tengkujuh

49.

Kegiatan berikut yang tidak dikawal boleh menyebabkan....

a)

udara nyaman

b)

suhu meningkat

c)

pencemaran tanih

d)

penipisan lapisan ozon

50.

Yang manakah benar tentang ciri hujan di Malaysia?

a)

Malaysia menerima hujan sepanjang tahun

b)

Jumlah hujan tahunan kira-kira 2600 mm

c)

Taburan hujan adalah sekata sepanjang tahun

d)

Hujan maksimum diterima pada bulan Januari dan Mei

51.

Yang manakah ciri utama iklim Khatulistiwa?

a)

Suhu tinggi dan sekata

b)

Julat suhu tahunan besar

c)

Hujan turun sepanjang tahun

d)

Mengalami musim yang kering dan nyata

52.

Yang manakah antara berikut menerangkan ciri-ciri hujan di Malaysia?

a)

Jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah kira-kira 2600 mm setahun.

b)

Taburan hujan adalah sekata.

c)

Hujan maksimum berlaku semasa peralihan monsun iaitu pada bulan April dan Oktober.

d)

Negara kita menerima hujan pada pertengahan tahun sahaja.

53.

Dua jenis hujan di Malaysia ialah .........................

a)

Hujan batu

b)

Hujan panas

c)

Hujan bukit

d)

Hujan perolakan

54.

*Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari.

*Air tersejat dan membentuk wap air.

*Udara panas dan wap air naik ke atmosfera.

*Awan kumulonimbus terbentuk.

*Hujan lebat turun disertai petir dan kilat.


Proses di atas menerangkan pembentukan...........

a)

Musim panas

b)

Hujan Bukit

c)

Hujan Perolakan

d)

Angin Sumatera

55.

*Bertiup dari bulan Mei hingga September

*Berasal dari Benua Australia

*Merentasi Lautan Hindi dan sampai ke Malaysia

*Hujan sederhana lebat kerana terhalang oleh tanah Sumatera


Berdasarkan penyataan berikut, apakah fenomena yang berlaku di Malaysia?

a)

Angin Sumatera

b)

Angin tempatan

c)

Angin Monsun Barat Daya

d)

Angin Monsun Timur Laut

56.

Apakah faktor yang mempengarui kegiatan tanaman hawa sederhana dijalankan di Cameron Highlands dan Kundasang?

a)

Hujan

b)

Suhu

c)

Angin

d)

Panas

57.

Mengapakah aktiviti pembalakan sukar dijalankan pada musim tengkujuh?

a)

Jalan licin

b)

Banjir kilat

c)

Hujan lebat

d)

Tanah runtuh

58.

Di manakah kawasan yang paling banyak menerima hujan?

a)

Kapit, Sarawak

b)

Bukit Fraser, Pahang

c)

Gunung Kinabalu, Sabah

d)

Tanah Tinggi Cameron, Pahang

59.

Antara berikut, faktor yang manakah menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba di bandar?

a)

Permukaan simen dan berturap

b)

Pokok banyak ditanam di bandar

c)

Penggunaan kenderaan awam meningkat

d)

Pembebasan asap kenderaan bermotor dan kilang

60.

Yang manakah benar mengenai ciri iklim di Malaysia?

a)

Suhu tinggi dan sekata sepanjang tahun

b)

Min suhu tahunan rendah

c)

Julat suhu tahunan besar

d)

Suhu rendah dan berubah-ubah sepanjang tahun

61.

berapakah jumlah hujan tahunan di Malaysia?

a)

2000 mm

b)

3500 mm

c)

3800 mm

d)

2600 mm