Font size
WorksheetsModul1 TS25
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Program Trasformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Betul
Salah
Objektif-objektif Program Transformasi Sekolah 2025 (TS2025) adalah berfokuskan kepada:
- Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik
- Membangunkan kepakaran dalaman kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan dan
- Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan
Betul
Salah
Terdapat empat komponen dalam konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) iaitu:
- Persekitaran PdP bermakna
- Guru berkualiti
- Pemimpin berkesan dan
- Sokongan PIBG & komuniti
Betul
Salah
Terdapat lima aspirasi murid seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pemdidikan Malaysia 2013-2025 iaitu:
- Pengetahuan
- Kemahiran berfikir
- Kemahiran memimpin
- Etika dan kerohanian
- Identiti nasional
Betul
Salah
Aspirasi ke-10 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah untuk memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang boleh dicapai dengan merasionalisasikan program berimpak rendah serta mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.
Betul
Salah
Mentor ialah seorang individu dengan pengalaman dan pengetahuan luas yang komited untuk memberikan sokongan dan saranan kerjaya atau pekerjaan kepada individu lain yang kurang berpengalaman.
Betul
Salah
Coach ialah seorang individu yang membantu individu lain untuk berusaha berterusan dalam meningkatkan kompetansi atau prestasi kerja.
Betul
Salah
Kaunselor ialah seorang individu yang terlibat dalam proses memberi sokongan kepada individu lain untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah peribadi atau kemahiran yang memberi kesan terhadap prestasi.
Betul
Salah
Seorang coach yang baik kebiasaannya mempunyai kemahiran dalam:
- membina rapport dengan coachee
- mendengar
- menyoal
- memparafrasa
- memberi maklum balas
Betul
Salah
Coaching dilihat sebagai pelengkap kepada penyelesaian yang lain-lain. Di antara faedah-faedah yang berkaitan dengan coaching:
Memberi kuasa kepada coachee dan menggalakkan mereka untuk mengambil tanggungjawab sendiri.
Betul
Salah
Semasa sesi coaching, apakah yang sepatutnya berlaku?
Coach berkongsi situasi atau masalah dengan coachee, menimbulkan soalan, memberi cadangan di mana keputusan muktamad dibuat.
Betul
Salah
Agar sesi coaching dapat dijalankan dengan berkesan, berikut adalah perubahan set minda yang diperlukan seorang coach.
Memberi nasihat, memberitahu kepada menyoal.
Betul
Salah
Membina hubungan yang baik dan kepercayaan adalah suatu perkara yang amat diperlukan sepanjang sesi coaching. Berikut adalah antara nilai yang diperlukan bagi membina hubungan dan kepercayaan tersebut.
Bertanggungjawab dan boleh dipercayai
Betul
Salah
Semasa sesi coaching, soalan bersifat menghukum adalah dielakkan dengan menggantikannya dengan soalan neutral. Berikut adalah soalan neutral:
'Mengapakah cikgu mengambil masa yang begitu lama untuk menyediakan laporan post mortem peperiksaan? Tarikh akhirnya, esok.'
Betul
Salah
Berikut adalah soalan yang sesuai di peringkat MATLAMAT(Goals - G).
'Apakah yang ingin dicapai semasa sesi ini?'
Betul
Salah
Berikut adalah soalan yang sesuai di peringkat REALITI (Realiti - R).
'Apakah yang akan dilakukan? Bilakah anda akan melakukannya?'
Betul
Salah
Berikut adalah soalan yang sesuai di peringkat PILIHAN (Options - O).
'Apakah yang boleh dilakukan untuk mengubah situasi ini? Apakah yang berfungsi?'
Betul
Salah
Berikut adalah soalan yang sesuai di peringkat AKAN LAKUKAN (Will Do - W).
'Apakah yang akan dilakukan? Bilakah akan melakukannya?'
Betul
Salah
Mendengar adalah teras kepada coaching dan merupakan bahagian yang paling penting dalam proses coaching. Berikut adalah perangkap yang sering timbul semasa mendengar coachee bercakap.
Perbualan dalaman
Betul
Salah
Salah satu tindakan atau tugas kita semasa mendengar adalah menyatakan semula atau parafrasa apa yang diungkapkan oleh coachee. Berikut adalah antara pernyataan awal coach semasa parafrasa.
'Saya tertanya-tanya, apakah yang sedang berlaku dalam fikiran cikgu sekarang?'
Betul
Salah
