WorksheetsUJIAN PENILAIAN SUMATIF 2 AP015
Total questions: 20
Worksheet time: 30mins
Yang manakah antara berikut adalah Badan Kawal Selia Sistem Kewangan di Malaysia
a. Bursa Derivatif Malaysia
b. Bank Simpanan Nasional
c. Suruhanjaya Sekuriti
d. Institusi Kewangan Perbankan Malaysia
Berikut adalah fungsi-fungsi Pasaran Modal kecuali;
a. Kebanyakan firma menggunakan pasaran modal untuk mendapatkan dana bagi pelaburan jangka panjang seperti pelaburan dalam loji, teknologi dan mesin.
b. Pasaran ini menyediakan peluang pelaburan kepada orang awam dan institusi untuk melabur dalam instrumen jangka panjang seperti saham, bon, unit amanah dll yang menjanjikan pulangan dalam bentuk kadar faedah, dividen dan keuntungan modal
c. Memberi kemudahan kepada pelabur yang memerlukan alat pelaburan yang inovatif dan fleksibel yang dapat mengambil peluang-peluang dari pasaran global.
d. Membolehkan pelabur melabur dalam tempat yang selamat disebabkan kadar kecairan yang tinggi dan tempoh matang yang pendek.
Institusi Kewangan Bukan Perbankan terdiri daripada;
a. Bank Negara Malaysia, Bank Perdagangan dan Lembaga Tabung Haji
b. Bank Pelaburan, Bank Islamik dan Syarikat Insurans
c. Institusi Kewangan Pembangunan, Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
d. Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji dan Institusi Kewangan Pembangunan
Yang manakah BUKAN fungsi bank Perdagangan
a. Menyediakan perkhidmatan kredit
b. Memudahkan kaedah pembayaran dan pembiayaan perdagangan antarabangsa
c. Mengumpul tabungan
d. Membuat pengawasan ke atas pasaran wang dan pasaran tukaran wang asing
Pernyataan berikut adalah BENAR berkaitan saham biasa
a. Tidak mempunyai hak mengundi
b. Tidak mempunyai tempoh matang
c. Dividen yang tetap
d. Bukan pemilik syarikat
Sumber-Sumber Pembiayaan Jangka Panjang terdiri daripada:
a. Bon, kertas komersial dan saham biasa
b. Kredit perdagangan, saham keutamaan dan pinjaman jangka panjang
c. Bon, saham biasa dan pinjaman jangka panjang
d. Overdraf, kertas komersial dan saham keutamaan
Kemudahan kredit yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada pemegang akaun semasa untuk mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam akaun mereka setakat had yang ditetapkan, merujuk kepada:
Kredit Perdagangan
Overdraf
Kertas Komersial
Bon
Kos pengapungan ialah
a. Nisbah pembayaran yang dikenakan kepada peminjam.
b. Kadar pulangan kepada pemberi hutang.
c. Kos yang terlibat dalam sesuatu terbitan sekuriti baharu
d. Cukai yang dikenakan dalam bentuk setem terhadap sesuatu dokumen perjanjian atau pindah hak milik.
Pilih yang manakah antara berikut merupakan prinsip 5C;
a. Modal, keupayaan, cagaran, perwatakan dan suasana
b. Kekuatan, modal, jaminan, suasana dan perwatakan
c. Keupayaan, perwatakan, suasana, jaminan dan cengkeram
d. Kecekalan, modal, suasana, jaminan dan cagaran
______________ merujuk kepada kemampuan pelanggan untuk membayar hutang yang diukur melalui aliran tunai daripada perniagaan, juga dilihat dari daya maju projek dalam menjana aliran tunai positif serta dari segi pematuhan undang-undang dan syarat-syarat pinjaman.
a. Kecekalan
b. Kekuatan
c. Modal
d. Keupayaan
Pilih formula mengira Modal Kerja Bersih yang BETUL.
a. Aset – Liabliti
b. Aset Semasa – Liabliti Semasa
c. Aset Tetap – Liabliti Jangka Panjang
d. Aset Semasa – Inventori
Liabliti Semasa
Pihak yang berminat melihat perkembangan firma dari semasa ke semasa, turut melihat dan menganalisis penyata kewangan untuk mengetahui pencapaian syarikat kerana kedudukan kewangan akan mempengaruhi harga saham syarikat. Pihak berkepentingan ini lebih tepat merujuk kepada
a. Pesaing
b. Pembiaya
c. Pelabur
d. Pengurusan
Penyata Aliran Tunai merupakan
a. Satu penyata yang menyenaraikan semua milik syarikat, obligasi dan pelaburan pemilik.
b. Satu penyata tentang aliran sumber dan penggunaan tunai yang menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu tempoh perakaunan.
c. Satu penyata yang menerangkan maklumat tentang kedudukan kewangan sebuah syarikat pada tarikh atau titik masa tertentu.
d. Satu penyata yang menunjukkan hasil operasi firma (jumlah perolehan/keuntungan dari operasi firma dan perbelanjaan yang dilibatkan) bagi satu tempoh tertentu.
Nisbah ini dapat mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar pembiayaan jangka pendek dan memenuhi tunai yg dijangkakan. Nisbah ini penting kerana kegagalan untuk menyelesaikan tanggungan ini mengakibatkan firma boleh diisytihar muflis. Nisbah yang dimaksudkan ini merujuk kepada:
a. Nisbah Hutang
b. Nisbah Aktiviti
c. Nisbah Kecairan
d. Nisbah Pelaburan
Nisbah Pulangan Atas Aset mengukur
a. Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana hasil jualan.
b. Mengukur kadar keuntungan daripada setiap ringgit yang dilaburkan ke atas aset.
c.Mengukur peratus untung bersih yang diperolehi bagi setiap ringgit jualan
d. Mengukur peratus untung kasar yang diperolehi bagi setiap ringgit jualan.
Liabliti Semasa Syarikat Sos Sedap Sdn Bhd bernilai RM700,000.00 dengan nisbah semasa 1.80 dan nisbah cepat 1.20, berapakah nilai inventorinya.
a. RM420,000
b. RM240,000
c. RM340,000
d. RM430,000
Syarikat Idaman mempunyai jumlah jualan RM4 juta. Satu perempat daripadanya ialah jualan kredit. Jumlah Akaun Belum Terima bernilai RM100,000. Apakah Tempoh Purata Kutipan bagi syarikat ini. Gunakan 365 hari dalam setahun.
a. 36.0 hari
b. 36.5 hari
c. 38.0 hari
d. 38.5 hari
Mewangi Indah Berhad mencatatkan untung bersih sebelum cukai pada tahun 9 sebanyak RM180,500. Kadar cukai semasa ialah 28%. Pada masa yang sama, bilangan saham biasa syarikat berjumlah 100,000 unit. Sekiranya nisbah harga/perolehan syarikat berada 201pada tahap 18.0, berapakah harga pasaran saham syarikat ini?
a.RM25.59
b.RM27.58
c. RM23.40
d. RM27.39
Nisbah Hutang Atas Aset Syarikat Big Brothers Sdn Bhd pada 2019 dan 2018
Tahun 2018 = 10.50%
Tahun 2019 = 12.00%
Pilih pernyataan yang tepat menerangkan rajah di atas.
a. Pada 2019 Nisbah Hutang Atas Aset Syarikat Big Brothers Sdn Bhd ialah 12.00%, lebih tinggi dan lebih baik dari Nisbah Hutang Atas Aset 2018 iaitu hanya 10.50%.
b.Pada 2019 Nisbah Hutang Atas Aset Syarikat Big Brothers Sdn Bhd ialah 12.00%, lebih tinggi dan kurang baik dari 2018 iaitu hanya 10.50%.
c.Prestasi hutang syarikat pada tahun 2018 iaitu 10.50% adalah kurang baik berbanding tahun 2019 yang nilainya lebih tinggi iaitu 12.00%
d. Ini menunjukkan pada 2018, 10.50% asset Syarikat Big Brothers Sdn Bhd dibeli secara hutang dan 12% daripada asset syarikat pada 2019 dibeli secara hutang. Peningkatan ini menunjukkan prestasi nisbah hutan atas asset yang semakin baik dan cekap.
Empat Komponen utama di dalam Belanjawan Tunai ialah:
a. Baki Awal Tunai, Baki Akhir Tunai, Penerimaan Tunai dan Pembayaran Tunai
b. Jualan Tunai, Belian Tunai, Perbezaan Tunai dan Baki Akhir Tunai
c. Penerimaan Tunai, Pembayaran Tunai, Perubahan Tunai Bersih dan Keperluan Pembiayaan/Pelaburan
d. Aliran Tunai dari aktiviti Pembiayaan, Operasi , Pelaburan dan Kewangan
