Font size
Worksheets90 SOALAN KATA KERJA
Total questions: 90
Worksheet time: 45mins
1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih
B mengeluh
C mengenang
D mengerang
2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat
B menggeletar
C menggelupur
D menggelepar
3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang
B dibuang
C dihalau
D ditindas
4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk
B mengetuk
C memukul
D memalu
5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit
B melenyek
C memerah
D menindih
6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut
B menyambar
C merampas
D mengambil
7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan
B menjalankan
C mengadakan
D melahirkan
8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah
B terpisah
C terpecah
D terbahagi
9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A melulur
B meneguk
C mengunyah
D menghisap
10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang
B menimbang
C melaksana
D melihat
11 Lilian ÖÖÖ.buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
A memberikan
B menyerahkan
C memulangkan
D menghulurkan
12 Peniaga itu ........keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
A meraih
B mencapai
C mengumpul
D mengais
12 Peniaga itu ........keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
A meraih
B mencapai
C mengumpul
D mengais
14 Fauzan ........kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A menunggu
B menyambut
C mengajak
D menanti
15 Banduan itu terpaksa ÖÖÖÖÖdi penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap
B menginap
C meringkuk
D menumpang
16 Syarikat Tonggak Maju mampu........projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
A menganjurkan
B melaksanakan
C meningkatkan
D mengadakan
17 Adik.........kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.
A terjatuh
B tertimpa
C terhantuk
D terhempas
18 Elina .......perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
A melekatkan
B menampalkan
C mencantumkan
D meletakkan
19 Sang Kancil yang cerdik itu berjaya .......sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
A melepasi
B melangkahi
C mengharungi
D menyeberangi
20 Lidahnya melecur kerana .....air yang masih panas itu.
A terhisap
B tertelan
C tersedut
D terhirup
21 Bekalan air di kawasan kami sering___________ .
A terkandas
B terganggu
C terpotong
D terhalang
22 Chong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.
A mendengkur
B mendepang
C menggeliat
D menganga
23 Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh guru kelas mereka yang __________ hati.
A menggeletek
B menyentuh
C menggores
D mencuit
24 Setelah menanak nasi, ibu ________ ikan senangin untuk dimasak kari.
A menghiris
B menyiang
C mencincang
D menyiat
25 Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.
A terpijak
B terpegang
C tersentuh
D terlangkah
26 Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.
A mendenda
B memarahi
C menyaman
D menasihati
27 Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
A menjamah
B menyuap
C mencubit
D menelan
28 Penunggang motosikal itu telah _________ rantai leher wanita itu.
A menyinggung
B menyambar
C merenggut
D merampas
29 Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada beliau.
A diumumkan
B dinyatakan
C dibahaskan
D dibincangkan
30 Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
A membalingkan
B melemparkan
C menebarkan
D mencampakkan
31 Puan Sarifah ________air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.
A merenjis
B menyiram
C menyimbah
D menuangkan
32 Laksamana Hang Tuah ________perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris.
A menjolok
B mencocok
C mencucuk
D merodok
33 Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.
A bersila
B berlunjur
C bersimpuh
D bertinggung
34 Cucu Pak Leman _____________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu.
A memicit-micit
B menekan-nekan
C menepuk-nepuk
D menggenggam-genggam
35 Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
A membimbing
B memandu
C mengajar
D mengawasi
36 Puan Leong ________kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.
A menceritakan
B mengadu
C meracau
D meleter
37 Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir.
A mengikis
B mengikir
C mengasah
D mengilat
38 Hati Puteri Nur Ashikin ________apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.
A terdiam
B tercalar
C tersayat
D tersentuh
39 Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _________keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
A memiliki
B mendapati
C mempunyai
D memperoleh
40 Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya.
A melekat
B menyisip
C membubuh
D menyangkut
41 Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa __________ pakaian yang kemas dan berjenama untuk __________ imejnya.
A melaram ... mengekalkan
B menyarung ... melonjakkan
C memakai ... menghangatkan
D menampilkan ... menaikkan
42 Kak Wan mengeluarkan pai ayam yang telah _________ nya dari ketuhar.
A dibakar
B disalai
C didiang
D dikukus
43 Normila menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang __________ di atas tilam.
A merayap
B menjalar
C memanjat
D menyelinap
44 Jabatan Meteorologi ___________ bahawa hujan lebat akan melanda kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
A memaklumkan
B memberitahu
C meramalkan
D melaporkan
45 Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
A berebut
B bersaing
C berjuang
D berlawan
46 Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ____________ itu.
A terhenti
B terbantut
C terkandas
D terbengkalai
47 Hafizi __________ badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak.
A menggeletek
B menggeletar
C menggelepar
D menggeliat
48 Adunan gula dan mentega itu __________ setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik.
A mengembang
B menguncup
C menebal
D menipis
49 Cikgu memarahinya kerana ____________ dinding tandas itu.
A menconteng
B mengelap
C menyapu
D mencalit
50 Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti ___________ sotong sebagai salah satu aktiviti yang dapat menarik pelancong asing.
A menjala
B memukat
C mencandat
D memancing
51 Pemain bola sepak pasukan Selangor __________.piala yang dimenangi oleh mereka sambil mengelilingi stadium.
A menjunjung
B menjulang
C menatang
D memikul
52 Remaja yang __________.dalam gejala sosial itu akan diberi kaunseling
A terjerumus
B tersungkur
C tertiarap
D terjatuh
53 Pasukan kriket sekolah mereka telah __________. oleh pasukan lawan.
A dimusnahkan
B dimenangkan
C ditewaskan
D dihapuskan
54 Ahli pengakap berhati-hati __________anak sungai kerana terdapat banyak batu kerikil yang tajam.
A mengharungi
B menjalani
C meredah
D melalui
55 Nabila __________surat yang diterima daripada sahabat penanya yang menetap di Indonesia.
A membalas
B mencoret
C mengirim
D menulis
56 Pelukis itu __________.warna di atas kanvas dengan berhati-hati agar lukisannya cantik.
A mencalar
B mencatat
C melukis
D mencalit
57 Ibu __________secubit garam ke dalam kari itu.
A memasukkan
B menggaulkan
C menaburkan
D membubuh
58 Para pendaki terpaksa...............hutan tebal itu sebelum malam menjelang tiba.
A melalui
B meredah
C meranduk
D menempuh
59 Pekebun itu__________bakul yang penuh dengan sayur-sayuran
A menggalas
B menjinjing
C menjunjung
D mengangkat
60 Razali membantu orang buta itu melintas jalan dengan __________tangannya.
A menarik
B menuntun
C mengheret
D meruntun
61 Apabila memikirkan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya, akhirnya Aidil ________keputusan untuk belajar di universiti tempatan sahaja.
A mengatur
B menyimpul
C mengambil
D merancang
62 Pihak polis sedang ___________pergerakan kongsi gelap yang sering membuat kekacauan di dalam bandar itu.
A mengintai
B memerhat
C mengamati
D mengintip
63 Peniaga itu ____________keuntungan yang berlipat ganda sebelum musim perayaan.
A mengikis
B mengaut
C mengambil
D merenggut
64 Penyakit selesema burung itu __________akan ___________dengan cepat.
A dibimbangi.....menjalar
B diyakini....menular
C digusari.....menjangkit
D dikhuatiri.......merebak
65 Jamil ____________adik yang sedang __________buku sekolahnya.
A memarahi.....menconteng
B menengking......menulis
C memukul....melukis
D menasihati.....menggunting
66 Halili______ adiknya semasa hendak __________jalan raya itu.
A memapah........menyeberangi
B menuntun.......merentasi
C memimpin.......melintasi
D memegang......meredah
67 Nelayan itu _____jalanya yang ________.
A menjahit........berlubang
B menganyam......tertembuk
C menyirat......terkoyak
D menekat......tertiris
68 Mariam _______anak pohon bunga mawar yang baru _______nya itu.
A merenjis....diubah
B menjirus....disemai
C menyiram......ditanam
D menyimbah.....digubah
69 Nenek ________dulang tembaga itu hingga berkilat semula.
A menyapu
B mengelap
C menggilap
D mencuci
70 Jururawat itu begitu berhati-hati ketika membuka balutan yang ____________ kaki Hazriq yang luka.
A mengelilingi
B membaluti
C melingkar
D menggulungi
71 Aqil __________ badannya menggunakan gayung sementara ibunya pula __________ kain yang telah dicuci.
A menyimbah ... menyental
B menjirus ... memberus
C menyiram ... membilas
D mencedok...merendam
72 Penduduk Kampung Kuala Muda __________ air sungai untuk disalurkan ke dalam sawah.
A menahan
B menyekat
C membenteng
D mengempang
73 Pengarah syarikat itu _________ saham Puncak Emas kerana beliau ingin mengembangkan perniagaannya.
A menawar
B membida
C membeli
D menjual
74 __________ nota ketika __________ akan membantu murid mengingati fakta-fakta penting tentang sesuatu topik.
A Melukis ... melakar
B Mencatat ... menelaah
C Mencoret ... mengarang
D Menconteng ... melorek
75 Encik Karim __________ kos untuk membaik pulih bangunan lama itu menelan belanja yang tinggi.
A menentukan
B menjumlahkan
C mencongakkan
D menganggarkan
76 Kenaikan harga barangan keperluan menjelang musim perayaan begitu ___________ sehingga sukar dikawal oleh kerajaan.
A mengejut
B menonjol
C mendesak
D mendadak
77 Ammonia tidak berbahaya dalam bentuk cecair tetapi boleh __________risiko kepada kesihatan manusia dalam bentuk gas.
A mendatangkan
B menyebabkan
C menyebarkan
D menjejaskan
78 Asrul _________ tetikus untuk mencari laman web ìCikgu Netî ketika __________ internet di kafe siber petang semalam.
A mengalihkan ..... memasuki
B memusingkan ..... membuka
C menggerakkan ..... melayari
D menolak ..... membaca
79 Encik Fahmi __________ gadis ayu yang berdiri di sebelahnya di dalam lif itu.
A menjelir
B menjeling
C menjenguk
D menjengah
80 Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini, semua syarikat akhbar tempatan akan _________ penerbitan surat khabar pada 19 Februari.
A menangguhkan
B menghentikan
C menundakan
D menamatkan
81 Puan Sarina _________doh karipap sebelum mencanainya.
A merata
B melumur
C menguli
D menggaul
82 Farhan _________ kakaknya apabila disuruh mengemas bilik tidur yang berselerak itu.
A membantah
B membentak
C merungut
D mengamuk
83 Budak itu _________oleh ayahnya sebanyak dua kali kerana berbohong.
A dihentam
B disebat
C digasak
D ditindas
84 Pergaduhan antara dua orang lelaki itu _________akibat perasaan cemburu terhadap pasangan masing-masing
A terjalin
B terlibat
C tercetus
D terbentuk
85 Mak Bedah _________padi di atas jemuran dengan jari jemarinya apabila matahari mula meninggi.
A mengais-ngais
B menguis-nguis
C menampi-nampi
D mengibas-ngibas
86 Nakhoda Tanggang mengarahkan anak-anak kapalnya agar _________sauh untuk meneruskan pelayaran mereka.
A membongkar
B menarik
C melabuh
D membuka
87 Pekerja-pekerja Majlis Bandaran Teluk Intan sedang _________ranting pokok bunga di taman itu supaya sentiasa rimbun.
A memangkas
B mengerat
C memotong
D menghiris
88 Ular berbisa yang _________kaki landak itu sehingga pengsan telah dapat dibunuh oleh penduduk kampung.
A meragut
B membelit
C menggigit
D memagut
89 Pak Ali ___________ lembunya untuk ditambat di pangkal pokok itu.
A menolak
B menuntun
C mengheret
D memegang
90 Beburung berterbangan di sawah pada musim padi ________.
A menuai
B menguning
C menghijau
D membajak
