Font size
WorksheetsPEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN DUA SMSPS 2020
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan kardiovaskular.
Kecekapan jantung membekalkan oksigen otot secara berterusan.
Keupayaan otot, sendi, tendon, dan ligamen membenarkan pergerakan maksimum.
Kemampuan melakukan aktiviti berulangan kali atau dalam jangka masa yang lama.
Kemampuan melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan daya yang maksimum.
Antara berikut, yang manakah aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular ?
Tekan tubi
Dekam lunjur
Aktiviti senamrobik
Aktiviti bangkit tubi
Pilih definisi yang sesuai bagi konsep kekuatan otot.
Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan.
Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.
Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum.
Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.
Komposisi badan boleh diukur dengan menggunakan ____________.
kaliper
pembaris
stetoskop
penimbang
Komposisi badan boleh diukur dengan menyukat ketebalan kulit badan dan ______________.
mengukur lemak
berdasarkan berat
mengukur indeks jisim
berdasarkan ketinggian
Lumba jalan kaki ialah kemajuan langkah yang _____________ menyentuh permukaan bumi
sementara
berterusan
kekal
sekejap
Terdapat 2 fasa dalam kemahiran lumba jalan kaki iaitu,
Fasa sokongan sebelah kaki
Fasa sokongan kaki belakang
Fasa sokongan kaki hadapan
Fasa sokongan kedua-dua belah kaki
Fasa ini menghasilkan pecutan dan persediaan untuk menjejakkan kaki yang bebas
Fasa sokongan kaki hadapan
Fasa sokongan kaki belakang
Fasa sokongan sebelah kaki
Fasa sokongan kedua-dua belah kaki
Apakah peralatan yang digunakan dalam aktiviti gimnastik?
Gitar
Pagar
Dumbel
Peti lombol
Maklumat di bawah menunjukkan satu kemahiran melombol.
> Lonjak ke hadapan dan tangan mendarat ke atas peti lombol
> Ayunkan kaki melalui sisi kiri atau kanan peti lombol.
> Tangan melepasi peti lombol
> Rapatkan kedua-dua kaki dan mendarat.
Apakah kemahiran tersebut.
Lombol 90 darjah
Lombol sisi
Lombol kangkang
Lombol tegak laku
Apakah peralatan yang digunakan dalam aktiviti gimnastik?
Gitar
Pagar
Dumbel
Peti lombol
Berikut adalah senarai kemahiran dalam permainan bola baling. Senarai yang manakah menunjukkan kemahiran yang tepat dalam permainan bola baling?
Menangkap, menyepak, menjaga gawang dan memukul
Menghantar, mengadang, mengacah dan menjaring
Membaling, menyambut, menjaring dan menjaga gawang
Menghantar, membaling,menendang dan menjaring
Lakuan try dalam permainan ragbi adalah untuk mendapatkan mata. Bagaimanakah try boleh dilakukan?
Kick Try
Touch Try
Sloope Try
Bounce Try
Pernyataan yang manakah salah tentang hantaran dalampermainan ragbi?
Hantaran bola dilakukan ke belakang
Hantaran bola dilakukan ke arah sisi pembawa bola
Hantaran hendaklah dilakukan ke hadapan pembawa bola
Menghantar bola bertujuan untuk memudahkan rakan menerima dalam keadaan sempurna.
Servis sepak sila dilakukan dengan menggunakan bahagian__________
lutut kaki
dalam kaki
kekura kaki
kekura tangan
Dalam permainan bola baling, berapakah bilangan pemain dalam satu pasukan
8 orang
6 orang
9 orang
5 orang
Variasi menjaring dalam permainan bola baling ialah jaringan lompat dan jaringan _________
Sisi
Junam
Smesy
Aras dada
Dalam permainan bola baling, ia dilakukan secara menyisi ke sasaran . Hantaran ini menggunakan sebelah tangan dominan untuk jarak dekat.
Berdasarkan pernyataan, hantaran apakah yang digunakan?
Hantaran aras dada
Hantaran bawah lengan
Hantaran sisi
Hantaran lantun
Bola baling bersaiz 3 digunakan bagi pemain lelaki kategori bawah 15 tahun
Benar
Salah
Penjaga gol keluar dari kawasan golnya dan bermain sebagai pemain gelanggang dalam satu pertandingan bola baling
Benar
Salah
________ ialah kemahiran mengawal pergerakan pihak lawan daripada menyerang dalam permainan bola baling
Menjaring
Menyerang
Menggelecek
Mengadang
Ketika hendak menjaringkan gol, Ali mengelirukan pihak lawan dalam permainan bola baling dengan mengubah arah secara pantas. Apakah yang cuba dilakukan oleh Ali?
Mengadang
Menjaring
Mengacah
Menghantar
Berdasarkan gambar, apakah jenis hantaran bola baling yang digunakan?
Hantaran sisi
Hantaran bawah lengan
Hantaran Aras dada
Hantaran atas bahu
Dalam acara merejam lembing, peserta dibenar meninggalkan landas larian sebaik saja melepaskan lembing.
Benar
Salah
Peningkatan kelajuan larian dapat membantu meningkatkan jarak rejaman lembing.
Benar
Salah
Fasa persediaan, fasa _________, fasa rejaman dan fasa ikut lajak adalah empat fasa utama dalam teknik rejaman lembing.
Fasa mendarat
Fasa layangan
Fasa lonjakan
Fasa lari landas
Terdapat 3 teknik pegangan lembing iaitu Gaya Amerika, Gaya Finnish dan Gaya Fork. Antara gambar di bawah yang manakah menunjukkan teknik pegangan gaya Fork?
- Lembing berada pada kedudukan bersudut 40 darjah
- Tumit kaki hadapan menekan ke trek serta badan dikilas ke sisi
- Pindahkan berat badan ke kaki hadapan
Pernyataan ini menunjukkan fasa _______
Fasa layangan
Fasa ikut lajak
Fasa rejaman
Fasa lonjakan
Apakah faktor yang mempengaruhi jarak rejaman lembing?
Pertolongan cemas bermaksud ______.
membantu mangsa
tindakan awal dan segera sementara menanti ketibaan ambulans
membawa mangsa ke hospital
manjaga harta benda mangsa
Tempoh ________ pertama adalah kritikal bagi memastikan mangsa selamat, khususnya mangsa yang menghadapi masalah pernafasan
1 minit
2 minit
3 minit
4 minit
Pernafasan mulut ke mulut Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada mangsa?
Pengsan
Lemas
Lemah
Pitam
Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut ______. kecuali
kemalangan
kematian
kecederaan
kenduri-kendara
Antara yang berikut manakah bukan merupakan tatacara pertolongan cemas ______.
TOTAPS
DRABC
DRBCE
RICE
Penyataan manakah yang betul dalam prosedur TOTAPS ?
touch - observe - talk - active movement passive movement skills
talk - observe - touch - active movement passive movement skills
Maksud prosedur bagi active movement adalah untuk :
Meminta mangsa untuk melakukan pergerakan yang aktif pada kawasan yang tercedera bagi mengurangkan rasa sakit
SALAH
BETUL
Touch : adalah menyentuh mana-mana bahagian yang disyaki mengalami kecederaan dengan berhati-hati
SALAH
BETUL
Perbezaan antara TOTAPS ______dan DRABC ______ adalah seperti berikut.
kecederaan , lemas
kemalangan , kecederaan
lemas , kecederaan
Gambar diatas menunjukkan prosedur bagi ?
Active movement
Touch
Skill Test
Passive Movement
Perhubungan yang sihat melibatkan ___________ yang berkesan.
nilai
komunikasi
batas
pergaulan
Manakah antara yang berikut BUKAN jenis perhubungan yang wujud pada peringkat remaja?
masyarakat
sanak saudara
perkahwinan
ibu bapa
Berapakah jumlah batas perhubungan yang sihat?
10
9
5
7
Tolak ansur diperlukan ketika mendapatkan persetujuan atau penyelesaian masalah. Berikut merujuk kepada batas perhubungan apa?
Kompromi
Sokongan
Rasa hormat
Kejujuran
Perlu dalam apa juga situasi sama ada senang atau susah. Bersedia memberi dan menerima galakan yang mendatangkan kebaikan. Berikut merujuk kepada batas perhubungan apa?
Kepercayaan
Kesaksamaan
Sokongan
Komunikasi berkesan
Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang dilakukan secara telus, bahasa yang lembut, _____________, tidak mebgikut emosi, berfikir sebelum bercakap dan tidak memaksa pasangan melakukan sesuatu di luar batasan.
suara yang besar
ayat yang kasar
ayat yang gramatis
suara yang jelas
Berapakah jumlah cara yang dicadangkan untuk megekalkan perhubungan dan pergaulan yang sihat di dalam buku teks?
4
6
7
5
Pilih antara berikut cara mengekalkan perhubungan dan pergaulan yang sihat.
Pergaulan antara guru dengan murid
Jalan menunduk di hadapan orang tua
Tidak bertegur sapa dengan rakan
Menghormati privasi
Dengan siapakah kita boleh berkongsi masalah?
Ibu bapa
Kawan karib
Kenalan pena luar negara
Orang luar
Selepas waktu sekolah tamat, Rina suka duduk berduaan di perpustakaan sekolah dengan rakan lelakinya, Adam. Mereka hanya duduk bersembang kosong sahaja. Adakah perbuatan Rina dan Adam adalah betul?
Betul
Salah
Try ialah lakuan dalam permainan ragbi untuk mendapatkan _____ mata
2
3
4
5
