WorksheetsPJK TING 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pernyataan yang manakah menunjukkan langkah untuk menangani tingkah laku seksual berisiko?
Mengisi masa lapang dengan aktiviti fizikal
Melayari laman web pornografi
Memiliki bahan seperti majalah lucah
Berdua-duaan di tempat sunyi
Rajah di atas menunjukkan lakuan dalam permainan lontar peluru. Berikut adalah fasa ansur maju dalam acara lontar peluru kecuali..
Fasa persediaan
Fasa mendarat
Fasa lontaran
Fasa gelongsoran
Pemain bola sepak berada dalam kedudukan ofsaid jika…
bola melintasi garisan gol
bola disentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan
cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalam kedudukan tersebut
pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasan
penaltinya sendiri
Dalam satu perlawanan bola sepak, setiap pasukan diwakili oleh ________ semasa sepak mula hendak dilakukan.
8 orang pemain
10 orang pemain
11 orang pemain
12 orang pemain
Kemahiran badminton yang dilakukan pada Rajah 2 adalah kemahiran
Servis pendek
Servis tinggi
Pukulan kilas
Smesy
Mengapakah fasa ikut lajak diperlukan selepas memukul bola menggunakan kemahiran servis?
Mengurangkan rasa sakit pada tangan
Menambahkan kelajuan pada bola yang dipukul
Melepas jarring dan menambah mata dengan mudah
Memastikan bola akan bergerak pada arah yang disasarkan
Apakah situasi yang sesuai untuk melakukan pukulan smesy?
Mematikan suatu rali
Mengelirukan pihak lawan
Menghantar bulu tangkis ke garisan belakang
Membuat hantaran
Bagi satu set dalam permainan badminton, perlawanan akan diteruskan sehingga pemain perseorangan atau beregu memperoleh
21 mata
22 mata
23 mata
25 mata
Pertolongan cemas bermaksud …
membantu mangsa
menjaga harta benda mangsa
tindakan awal dan segera sementara menanti ketibaan ambulans
membawa mangsa ke hospital
Berikut merupakan cadangan pemakanan kepada murid yang mempunyai kurang berat badan kecuali
memenuhi pemakanan yang terdiri daripada makronutrien dan mikronutrien
Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak
Cuba makan enam kali sehari dengan makanan yang berkhasiat
Pilih makanan yang mengandungi kandungan protein dan kalori tinggi
Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut
kematian
perkahwinan
kemalangan
kenduri-kendara
Antara yang berikut manakah bukan merupakan tatacara pertolongan cemas
RICE
DRCE
DRABC
TOTAPS
Pernyataan manakah yang betul dalam cara melakukan prosedur pertolongan cemas.
Bahaya – gerak balas – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah
Gerak balas – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah – bahaya
Bahaya – saluran pernafasan – gerak balas – bernafas – peredaran darah
Gerak balas – bahaya – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah
Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan seseorang pelajar berasa letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi?
Minum petang
Sarapan pagi
Makan malam
Makan tengah hari
Berikut merupakan langkah-langkah mengatasi masalah senggugut kecuali
amalkan senaman rutin
elakkan pengambilan minuman beralkohol
mengamalkan pengambilan vitamin tertentu
kerap mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari
Antara berikut, manakah langkah yang tidak boleh mengatasi masalah malnutrisi?
Mengamalkan pemakanan yang seimbang
Menjalankan aktiviti-aktiviti kecergasan kardiovaskular
Makan sekenyang-kenyangnya setiap kali bersarapan
Menjalani pemeriksaan doktor setiap kali menghadapi gastrik
Nutrien X diperlukan oleh tubuh badan untuk meningkatkan system pertahanan tubuh. Apakah nutrien X ?
Lemak
Protein
Karbohidrat
Vitamin
Sekiranya anda mendapat sebarang penyakit, anda hendaklah mendapatkan rawatan daripada
doktor
ibu bapa
jururawat
Persatuan Bulan Sabit Merah
Perkahwinan membolehkan seseorang lelaki dan perempuan tinggal Bersama. Apakah kategori keluarga apabila suami dan isteri telah berpisah?
Keluarga nukleus
Keluarga tunggal
Keluarga extend
Keluarga Kembangan
Antara berikut, yang manakah merupakan kata-kata pemikiran positif?
Saya tidak mahu melawan cakap guru
Mulai tahun ini, saya tidak akan lewat ke sekolah
Saya tidak mahu bermain-main di dalam kelas lagi
Saya akan memberikan tumpuan pada pengajaran guru
