wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 3: Pertolongan Cemas Tingkatan 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pertolongan Cemas bermaksud

a)

Bantuan yang dilakukan selepas pihak pegawai perubatan tidak boleh menyelamatkan individu yang cedera

b)

Bantuan permulaan yang diberikan kepada individu yang cedera sementara menanti ketibaan ambulans atau pegawai perubatan

2.

Tujuan pertolongan cemas dilakukan adalah untuk

(Tandakan dua jawapan)

a)

Menyelamatkan nyawa

b)

Membuat kecederaan yang dialami individu menjadi lebih teruk

c)

Memudahkan rawatan lanjutan

3.

Standard Pembelajaran Pertolongan Cemas bagi tingkatan 1KSSM akan mempelajari tentang..........

a)

T. O. T. A. P. S

b)

D. R. A. B. C

c)

R. I. C. E

d)

E.A.R.S

4.

Prinsip D. R. A. B. C bagi mengalihkan mangsa daripada daripada bahaya dan bawa ke tempat yang selamat ialah

a)

Reaksi (Response)

b)

Pernafasan (Breathing)

c)

Peredaran Darah (Circulation)

d)

Bahaya (Danger)

e)

Saluran Udara (Airways)

5.

Prinsip D. R. A. B. C bagi memeriksa denyutan nadi mangsa di bahagian arteri karotid (leher). Jika nadi masih berdenyut, teruskan proses bantuan pernafasan dengan kadar satu hembusan setiap lima saat. Jika mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan (resusitasi) ialah

a)

Peredaran Darah (Circulation)

b)

Saluran Udara (Airways)

c)

Bahaya (Danger)

d)

Reaksi (Response)

e)

Pernafasan (Breathing)

6.

Talian kecemasan untuk menghubungi Ambulans ialah

a)

996

b)

997

c)

998

d)

999

7.

Prinsip D. R. A. B. C bagi memastikan pernafasan berlaku pada mangsa dengan teknik melihat, merasa dan mendengar pernafasan mangsa ialah

a)

Pernafasan (Breathing)

b)

Saluran Udara (Airways)

c)

Reaksi (Response)

d)

Peredaran Darah (Circulation)

e)

Bahaya (Danger)

8.

Tujuan pertolongan cemas bukan untuk...

a)

menyelamatkan nyawa

b)

memastikan mangsa selamat

c)

menyembuhkan kecederaan

d)

memberi keselesaan kepada mangsa

9.

Prinsip D. R. A. B. C bagi memanggil mangsa atau kejutkan mangsa jika dilihat tiada reaksi daripada mangsa ialah

a)

Bahaya (Danger)

b)

Reaksi (Response)

c)

Saluran Udara (Airways)

d)

Pernafasan (Breathing)

e)

Peredaran Darah (Circulation)

10.

Dalam prinsip DRABC, singkatan huruf 'D' merujuk kepada...

a)

Doctor

b)

Danger

c)

Disease

d)

Dance

11.

Dalam prinsip DRABC, singkatan huruf 'A' merujuk kepada...

a)

Airways

b)

Always

c)

Answer

d)

Anytime

12.

Sifat-sifat berikut harus dimiliki oleh pembantu mula (orang yang memberikan pertolongan cemas).


i - Yakin diri

ii - Berani

iii - Sabar

iv - Tahu apa yang perlu dilakukan

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii, dan iii

d)

i, ii, iii, dan iv

13.

DRABC atau Bukan.


Ah Chong terkejut apabila melihat adiknya pengsan di rumah akibat terkena renjatan elektrik semasa dia balik dari kedai.

a)

DRABC

b)

Bukan

14.

DRABC atau Bukan.


Sendi pergelangan kaki kanan Ali terkehel ketika menendang bola ke arah gol.

a)

DRABC

b)

Bukan

15.

DRABC atau Bukan.


Pengadil bola sepak telah meniup wisel bagi menghentikan perlawanan kerana terdapat seorang pemain terbaring dan tidak sedar diri.

a)

DRABC

b)

Bukan