Font size
WorksheetsBAB 5.2: Tiga Keadaan Jirim (Bhg. 2)
Total questions: 46
Worksheet time: 50mins
Manakah antara berikut ialah jirim?
Haba
Cahaya
Oksigen
Arus elektrik
Ubat gegat digunakan bagi membantu menghalang kehadiran lipas di dalam almari. Apakah proses perubahan jirim yang dilalui oleh ubat gegat di dalam almari?
Penyejatan
Kondensasi
Pemejalwapan
Peleburan
Apabila seseorang menghembus nafas dalam persekitaran yang sejuk, nafasnya akan kelihatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1. Proses fizikal yang manakah terlibat dalam fenomena ini?
Penyejatan
Kondensasi
Pendidihan
Keterlarutan
Rajah 2 menunjukkan jirim dalam keadaan X berubah kepada keadaan Y. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang proses tersebut?
Tenaga kinetik zarah bertambah
Haba dibebaskan
Zarah-zarah tidak mengikut bentuk bekas
Saiz zarah bertambah
Apakah yang berlaku kepada air apabila mencapai takat bekunya?
Pepejal ke gas
Gas ke cecair
Cecair ke pepejal
Cecair ke gas
Besi mencapai takat leburnya pada suhu 1538 darjah celcius. Apakah keadaan besi pada suhu 800 darjah celcius?
Gas
Cecair
Pepejal
Rajah 3 menunjukkan pengkelasan jirim. Yang manakah berikut mewakili Q?
Stim
Gabus
Alkohol
Merkuri
Bangunan A Famosa di bawah merupakan bangunan yang masih kekal sehingga kini. Apakah penjelasan yang paling sesuai berkenaan keutuhan bangunan tersebut?
Zarah-zarah pepejal mempunyai struktur kekisi yang tajam.
Zarah-zarah pepejal tersusun rapat dan padat.
Zarah-zarah pepejal seperti batu dan simen menjadikan bangunan kuat
Zarah-zarah pepejal mempunyai mempunyai daya tarikan yang kuat antara satu sama lain membuatkan bangunan menjadi lebih kuat.
Rajah 4 menunjukkan satu model. Belon itu mengembang apabila air mengalir dari pili ke dalam kelalang. Apakah konsep yang tepat bagi menerangkan keadaan belon tersebut?
Udara memenuhi ruang
Udara mengembang
Zarah-zarah dalam belon bergerak perlahan
Udara mempunyai jisim
Eliza memasukkan setitis pewarna merah ke dalam tiga-tiga gelas yang masing-masing berisi cecair yang berbeza. Dia mendapati kadar perubahan warna bagi setiap cecair adalah berbeza. Namakan proses yang menyebabkan perubahan warna cecair itu berlaku?
Kromatografi
Resapan
Penyebaran
Penyerakan
Eliza mendapati susu segar mengambil masa paling lama untuk berubah menjadi merah berbanding air mineral dan air bikarbonat. Terangkan mengapa kadar perubahan warna cecair berbeza?
Ruang antara zarah dalam susu adalah lebih besar berbanding cecair lain
Ruang antara zarah susu adalah lebih kecil berbanding cecair lain. Semakin kecil ruang antara zarah, semakin rendah kadar resapan
Tenaga kinetik zarah dalam susu adalah lebih tinggi berbanding dalam cecair lain
Semakin kecil ruang antara zarah semakin tinggi kadar resapan.
Rajah menunjukkan pemanasan hablur iodin dalam sebuah tabung uji. Pilih pernyataan yang betul mengenai aktiviti ini.
Proses pembebasan haba berlaku. Hablur iodin melebur menjadi larutan iodin.
Proses penyerapan haba berlaku. Hablur iodin memejalwap menjadi wap unggu
Rajah 2 menunjukkan jirim dalam keadaan X berubah kepada keadaan Y. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang proses tersebut?
Tenaga kinetik zarah bertambah
Haba dibebaskan
Zarah-zarah tidak mengikut bentuk bekas
Saiz zarah bertambah
Agar-agar didapati mengeras selepas 30 minit. Nyatakan proses yang terlibat.
Peleburan, haba diserap
Pembekuan, haba dibebaskan
Terbentuknya titisan air dipermukaan cermin di dalam kereta yang dipasang pendingin hawa sewaktu hujan lebat diluar.
Penyejatan, haba diserap
Kondensasi, haba dibebaskan
Rajah berikut menunjukkan lakaran graf perubahan suhu apabila ais berubah keadaan semasa pemanasan. Peringkat manakah merupakan takat didih air?
LM
NO
MN
Nyatakan keadaan jirim pada NO
Cecair
Pepejal + cecair
Cecair + gas
Gas
Mengapakah suhu air kekal pada LM dan NO?
Haba yang diserap digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah.
Haba yang dibebaskan mengimbangi haba yang hilang ke persekitaran. Daya ikatan antara zarah terbentuk
Jisim ais sebelum pemanasan ialah 50 gram. Anggarkan jisim air yang terhasil selepas ais berubah menjadi cecair sepenuhnya.
60 gram
50 gram
40 gram
Mengapakah kapal tersebut mampu terapung di atas air laut?
Kapal tersebut lebih tumpat daripada air
Kapal tersebut lebih berat daripada air.
Isipadu kapal tersebut yang besar dan ketumpatannya lebih rendah berbanding air laut.
Kapal mempunyai jisim yang besar dan zarah yang memenuhi ruang.
Ramalkan takat beku dan takat didih air yang mengandungi bendasing (seperti gula, garam dsb) ?
Takat beku:0oC; takat didih 100 oC
Takat beku -2oC; takay didih 90oC
Takat beku 2oC; takat didih 105oC
Takat beku -2oC; takat didih 105oC
Ramalkan proses yang terlibat jika terdapat titisan air di permukaan tin minuman yang mengandungi air sejuk.
Kondensasi
Pendidihan
Penyejatan
Pembekuan
Gambar menunjukkan stimbot. Ramalkan dua proses perubahan keadaan jirim yang terlibat dalam stimbot.
Pendidihan, kondensasi
Penyejatan, kondensasi
Pendidihan, pembekuan
Kondensasi, peleburan
Pernyataan di bawah manakah yang betul tentang proses pembekuan?
Cecair telah menyerap haba dan menjadi gas.
Zarah menjadi berselerak dan sentiasa bergerak.
Zarah kehilangan haba dan disusun dengan lebih rapat
Keadaan jirim tidak berubah
Ali melakukan satu eksperimen dengan menjemurkan sehelai baju di bawah cahaya Matahari yang terik.
Ramalkan proses perubahan keadaan jirim yang telah berlaku.
Baju itu telah menjadi nipis disebabkan oleh cahaya Matahari yang terik
Air telah tersejat dari baju dan menyebabkan jisim baju berkurang
Air telah terdidih dari baju dan menyebabkan jisim baju berkurang
Zarah-zarah dalam baju melebur dan menjadi cecair.
Nyatakan proses yang terlibat bagi perubahan objek di dalam gambar tersebut.
Peleburan
Pemejalwapan
Kondensasi
Pembekuan
Embun yang terbentuk dihujung rumput pada setiap pagi adalah hasil daripada proses........
Peleburan
Penyejatan
Pendidihan
Kondensasi
Dua proses yang terlibat dalam kejadian awan dan hujan ialah...
Pendidihan dan kondensasi
Penyejatan dan kondensasi
kondensasi dan peleburan
Peleburan dan penyejatan
Namakan proses diatas apabila pepejal iodin yang dipanaskan melekat pada permukaan kelalang dasar bulat?
Pemejalwapan
Peleburan
Pendidihan
Kondensasi
Perubahan keadaan jirim melibatkan perubahan haba. Nyatakan proses yang manakah melibatkan haba diserap.
Cecair kepada pepejal
Cecair kepada gas
Gas kepada cecair
Graf di bawah menunjukkan pemanasan ais untuk suatu tempoh. Tandakan keadaan air di bahagian graf BC
Pepejal
Cecair
Campuran pepejal dan cecair
Gas
Terangkan mengapa graf menjadi mendatar di bahagian graf DE
Tiada perubahan berlaku
Tenaga haba yang dibekalkan semasa pendidihan digunakan untuk memutuskan ikatan antara zarah.
Kerana pepejal menjadi cecair memerlukan masa yang lebih lama
Kerana proses penyejatan sedang berlaku
Adakah jisim bebola logam sebelum dan selepas dipanaskan sama?
Ya
Tidak
Tak pasti
Apabila air mendidih, apakah yang berlaku kepada suhu?
Naik
Turun
Kekal
Tak tetap
Rajah menunjukkan proses perubahan jirim. Antara yang berikut, manakah melibatkan proses P?
Berikan nama proses yang menyebabkan air bertakung di tepi jalan hilang selepas beberapa jam.
Penyejatan
Pendidihan
Penghilangan
Penambahan
Rajah 1 menunjukkan tiga keadaan jirim .Apakah proses X dan Y?
X:Pemejalwapan Y: Pembekuan
X:Peleburan Y: Pendidihan
X:Kondensasi Y: Peleburan
X:Pendidihan Y:Pemejalwapan
Antara yang berikut, manakah tidak dinyatakan dalam Teori kinetik jirim?
Zarah-zarah sentiasa bergerak secara rawak.
Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang seni dan diskrit.
Tenaga kinetik zarah-zarah meningkat apabila suhu meningkat.
Daya tarikan adalah sama untuk semua jirim.
What is the state of matter above?Apakah keadaan jirim diatas?
Pepejal
Cecair
Gas
Rajah diatas menunjukkan perubahan keadaan jirim.Proses yang manakah melibatkan pembebasan haba?
P, R dan T
Q, S dan T
P, S dan T
Q, R dan U
Namakan proses di atas.....
Pemejalwapan
Peleburan
Evaporasi
Pembekuan
Apa itu resapan?
Pergerakan zarah secara rawak
Pergerakan zarah dari kawasan berkepekatan rendah
Pergerakan zarah dari kawasan berkepekatan tinggi
Tiada pergerakan zarah
Baju yang dijemur akan mengalami proses ________.
Pendidihan
Peleburan
Penyejatan
Kondensasi
Proses gas bertukar menjadi cecair
Pembekuan
Penyejatan
Kondensasi
Pendidihan
Semasa peleburan ____
Haba diserap
Haba dibebaskan
Haba hilang
Haba terperangkap
