NEW
Font size
WorksheetsSEMESTER 2 2020 KUIZ PJK TINGKATAN 1
Total questions: 15
Worksheet time: 1hrs 15mins
Apakah yang dapat didefinisikan dengan kecergasan fizikal
Seseorang yang mampu melakukan aktiviti harian tanpa letih dan masih mempunyai tenaga untuk melakukan riadah di masa senggang disamping mampu bertindak bila berlaku kecemasan
Seseorang yang mampu melakukan aktiviti sukan dan permainan pada masa yang lama
Seseorang yang mampu bertanding dalam pertandingan futsal dan bola sepak pada hari yang sama
Seseorang dapat pergi ‘shopping’ dan melakukan jogging pada waktu petang
Sebelum melakukan aktiviti sukan, memanaskan dan regangan otot amat perlu kerana faktor berikut, kecuali
Mengurangkan kelesuan dan mencegah kekejangan otot selepas melakukan latihan
Meningkatkan kadar kuantiti oksigen kepada sel-sel otot sebelum melakukan latihan
Meningkatkan kadar nadi ke tahap optimum sebelum melakukan latihan
Meningkatkan suhu badan sebelum aktiviti dan meningkatkan flexibility semasa melakukan latihan
Apakah yang dimaksudkan dengan kapasiti aerobik
Keupayaan seseorang melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang singkat
Keupayaan individu melakukan aktiviti dalam tempoh berkala
Keupayaan individu untuk kekal melakukan suatu aktiviti dalam tempoh yang lama tanpa lesu
Keupayaan seseorang melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang tidak konsisten
Apakah faedah memiliki Kelenturan yang baik
Mengurangkan prestasi ketika bersukan
Mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja
Menambahkan risiko mendapat kecederaan
Menimbulkan kerisauan semasa melakukan aktiviti
Antara berikut, aktiviti yang manakah dapat membina kelenturan?
Tekan tubi
Aktiviti senamrobik
Berlari dan berjalan pantas
Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang
Apakah yang dimaksudkan di dalam gambar
Otot major
Otot utama
Otot nipis
Otot teras
Aktiviti di dalam gambar dapat menguatkan otot pada bahagian
Kaki
Bahu
Abdomen
Dada
Antara yang berikut, manakah bukan faktor menggalakkan manusia berkahwin?
Melahirkan zuriat
Umat manusia terus berkembang
Boleh menjalinkan hubungan seks bebas
Mengukuhkan hubungan persaudaraan di antara keluarga pasangan yang berkahwin
Apakah yang menyebabkan masalah tiada persefahaman antara suami isteri?
Suami masak terlalu sedap
Isteri menjadi suri rumah sepenuh masa
Ego pasangan yang tinggi
Hobi suami isteri yang berlainan
Ahmad mempunyai masalah disiplin di asrama dan sekolah. Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa Ahmad untuk kebaikan pada masa akan datang?
Tukar sekolah Ahmad
Bertindak memarahi dan menghukum cikgu kerana tidak pandai mendidik Ahmad
Mengeluarkan surat saman kepada sekolah
Menasihati, memberi bimbingan kaunseling dan hukuman yang sewajarnya
Semua adalah kesalahan di dalam Tips Penjagaan Muka Berjerawat kecuali
Memicit jerawat yang timbul di wajah
Makan makanan yang tidak berkhasiat
Gunakan alat penjagaan muka yang betul
Pilih kosmetik non-comedogenis
Apakah yang dimaksudkan dengan Kanser Serviks?
Kanser payudara
Kanser Prostat
Kanser Pangkal Rahim
Kanser Tulang
Gambar menunjukkan pelajar sekolah yang melakukan kesalahan
Memukul rakan sebaya dengan sengaja
Menghisap rokok
Keluar asrama tanpa kebenaran
Ponteng sekolah
Gangguan ginjal berlaku apabila mengambil ____________ secara berlebihan.
Lemak
Karbohidrat
Protein
vitamin
Berikut adalah cara-cara mengatasi senggugut kecuali
Kurangkan makan snek dan makanan segera
Kerap berjalan pantas secara rutin
Elakkan minum kopi
Kurangkan karbohidrat yang mempunyai serat yang tinggi
