wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 (50 SOALAN)

Total questions: 50

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Kalian

2.

Kementerian Kesihatan Malaysia ………… program Jalan Ria untuk melestarikan hidup sihat.

a)

Memajukan

b)

Mengusulkan

c)

Menyarankan

d)

menganjurkan

3.

Salina lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.

a)

Nyaring

b)

Tegang

c)

Sunyi

d)

Kasar

4.

Mekanik itu sedang ……………. Tayar kereta yang telah bocor akibat terlanggar paku.

Menukar-

a)

menukar

b)

mengalih

c)

mengubah

d)

memindah

5.

Teksi itu berhenti di …………… jalan untuk menurunkan penumpang

a)

tepi

b)

atas

c)

sudut

d)

tengah

6.

Melisa menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.

a)

jika

b)

lalu

c)

agar

d)

serta

7.

Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.

a)

terhadap

b)

antara

c)

sejak

d)

demi

8.

Orang asli itu ................ sumpitnya ke arah seekor rusa tanpa disedari oleh binatang tersebut.

a)

peniup

b)

bertiup

c)

meniup

d)

meniupkan

9.
Permaidani itu tersandar di ________ almari
a)
dalam
b)
atas
c)
tepi
d)
sudut
10.
Wajahnya sahaja yang nampak _______ , tetapi sebenarnya dia __________.
a)
tenang.....pemurah
b)
bengis.....pemarah
c)
garang.....peramah
d)
serabut.....penyabar
11.
Inilah hasil _____________________ saya selama ini. Saya berpuas hati dengan hasil kerja ini.
a)
tidur mati
b)
titik peluh
c)
batu loncatan
d)
durian runtuh
12.
Nenek membeli beberapa __________ rebung untuk dibuat sayur.
a)
biji
b)
helai
c)
pucuk
d)
kuntum
13.
Sebuah bas telah ________________lalu melanggar pembahagi jalan.
a)
terlajak 
b)
tersasar
c)
terbabas
d)
tergelincir
14.

1. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung dalam suasana ______.

a)

A huru-hara

b)

B hingar - bingar

c)

C gilang - gemilang

d)

D terang - benderang

15.

3.Ampun tuanku, _ _____ datang mengadap,” kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka

a)

A hamba

b)

B patik

c)

C tuan hamba

d)

D saya

16.

5.Persekitaran sekolah yang indah dapat memberikan keselesaan dan ketenangan ______ belajar.

a)

A biarpun

b)

B sementara

c)

C sejak

d)

D semasa

17.

6.Kelas 4 Mawar memenangi Pertandingan Kelas Ceria kerana murid-muridnya ______ menghias dan membersihkan kelas mereka.

a)

A rajin

b)

B cekap

c)

C teliti

d)

D cepat

18.

7.Kami menunjukkan arah yang betul ______ pelancong asing tersebut.

a)

A pada

b)

B kepada

c)

C daripada

d)

D dari

19.

8.Kami akan mengadakan Majlis Jamuan Perpaduan di balai raya. ______lah beramai-ramai ke majlis ini,” kata Azizah kepada kawan-kawannya.

a)

A Jangan

b)

B Selalu

c)

C Harap

d)

D Sila

20.

8.Kami akan mengadakan Majlis Jamuan Perpaduan di balai raya. ______lah beramai-ramai ke majlis ini,” kata Azizah kepada kawan-kawannya.

a)

A Jangan

b)

B Selalu

c)

C Harap

d)

D Sila

21.

Hani menangis _____________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.

a)

berbual-bual

b)

teresak-esak

c)

terikut-ikut

d)

berkali-kali

22.

Mesyuarat agung Persatuan Bahasa Malaysia itu akan dijalankan ____ pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.

a)

sejak

b)

pada

c)

dari

d)

ke

23.

Kita boleh sampai ke Bulan ________ masa empat hari dengan menggunakan roket.

a)

dengan

b)

kepada

c)

dalam

d)

daripada

24.

Anisa membeli sehelai selendang _____ibunya sebagai hadiah hari ibu.

a)

daripada

b)

untuk

c)

kepada

d)

demi

25.

Sebagai rakyat yang sayang __________ negara kita perlu mempertahankan negara daripada musuh.

a)

akan

b)

kepada

c)

untuk

d)

tentang

26.

"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.

a)

cik

b)

beliau

c)

saudara

d)

dia

27.

Apabila Adam mendapat markah terendah dalam ujian Sains, ____________ bimbang dimarahi bapanya.

a)

kita

b)

dia

c)

kamu

d)

beliau

28.

Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.


Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?

a)

Bersantap

b)

Bersiram

c)

Mengadap

d)

Berangkat

29.

"__________________kah tujuan kamu datang ke sini?"tanya Pak Ismail kepada Tamrin.

a)

Ada

b)

Apa

c)

Siapa

d)

Bagaimana

30.

Darren bingkas bangun daripada kerusi ____________ namanya dipanggil oleh Cikgu Amir.

a)

jika

b)

hingga

c)

apabila

d)

sejak

31.

Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.

a)

lapik perut

b)

angkat kaki

c)

buah mulut

d)

angkat tangan

32.

Beberapa orang _____________ tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia itu terlibat dalam program khidmat masyarakat yang diadakan di Kampung Layau.

a)

seniman

b)

mahasiswa

c)

siswazah

d)

sasterawan

33.
  1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan _________________ kepada lepasan tingkatan enam.
a)

Praakhir

b)

Prasejarah

c)

Prasyarat

d)

Prasekolah

34.

Teratak usang keluarga _______________terletak di hujung Kampung Ulu Bendul,” jelas Hang Deraman kepada Pandak Mat Aris.

a)

patik

b)

hamba

c)

beta

d)

tuanku

35.

Encik Mohd Fuad, Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya. ______________ mula bertugas di sekolah itu sejak dua tahun yang lalu.

a)

Dia

b)

Baginda

c)

Beliau

d)

Kalian

36.

Dua orang pencuri itu diberkas oleh polis kerana ________________telah meragut beg tangan seorang wanita.

a)

dia

b)

beliau

c)

mereka

d)

baginda

37.

Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diamalkan oleh penenun-penenun songket terutamanya di Terengganu.

a)

menekat

b)

menenun

c)

menyulam

d)

menganyam

38.

Adnan _______________ melalui tingkap rumah kerana terdengar suara orang memanggilnya.

a)

menoleh

b)

mengintip

c)

mengintai

d)

menjenguk

39.

"Kain Sutera Tenun Terengganu ini amat ________ buatannya dan agak mahal harganya,” kata pemandu pelancong itu kepada kami.

a)

licin

b)

gebu

c)

halus

d)

empuk

40.

Pokok rambutan gading di dusun Pak Cik Abu ____________ hingga mencecah tanah kerana buahnya yang sungguh lebat.

a)

meluyut

b)

melabuh

c)

merimbun

d)

merendang

41.

Tali ampaian itu menjadi _____________ apabila abang menyidai beberapa helai seluar yang baru dibasuhnya itu.

a)

labuh

b)

landai

c)

lendut

d)

longlai

42.

Wanita yang anggun itu memakai baju kurung moden dengan potongan ______________ di sebelah kiri.

a)

serong

b)

sendeng

c)

condong

d)

bengkok

43.

Hariz mencurigai apa-apa juga yang telah dilakukan oleh Syafiq terhadapnya selama ini. Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah __________.

a)

mengesahkan

b)

mempercayai

c)

mengiakan

d)

mengharapkan

44.

Pilih ayat yang sama maksud.

Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya.

a)

Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya.

b)

Tikar mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya.

c)

Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu.

d)

Tikar mengkuang di ruang tamunya sedang nenek anyam.

45.

Pilih jawapan yang betul.

Siapakah yang akan mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia dalam mesyuarat itu nanti?

a)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan ditangguhkan.

b)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan diwakili oleh Encik Wong.

c)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan diadakan pada hari Khamis.

d)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan dipengerusikan Encik Wong.

46.

Arif tidak mahu menggunakan tandas awam itu kerana tandas itu berbau ____.

a)

hanyir

b)

hangit

c)

hapak

d)

hancing

47.

Pak Ali ____ jala di bawah sepohon pokok yang rendang.

a)

menenum

b)

menyulam

c)

menyirat

d)

memilih

48.

Aini _________ ayahnya sepasang kasut.

a)

menghadiahkan

b)

menghadiahi

c)

dihadiahkan

d)

dihadiahi

49.
_________ kawasan lapang dibelakang rumah Pak Izzat ditanam dengan sayur-sayuran.
a)
Setiap
b)
Segelintir
c)
Sebilangan
d)
Sebahagian
50.

________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

a)

Cadangan

b)

Pendapat

c)

Suruhan

d)

Gesaan