wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJI MINDA NILAI MASA WANG

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

RM 1000 yang diterima pada hari ini lebih bernilai jika dibandingkan dengan RM 1000 yang dijangka akan diterima pada masa hadapan kerana akan mendapat pulangan tertentu pada masa hadapan jika dilaburkan pada kadar faedah dan tempoh masa tertentu. Konsep tersebut merupakan:

a)

Pengkompaunan

b)

Pendiskaunan

c)

Nilai Masa Wang

d)

Perpetuiti

2.

Penggunaan Nilai Masa Wang dapat membantu pihak pengurusan untuk mengetahui jumlah pulangan yang akan diperolehi pada masa hadapan apabila membuat simpanan pada kadar faedah atau tempoh tertentu. Ini membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan yang tepat mengenai:

a)

Keputusan Belanjawan Modal

b)

Penyediaan Jadual Pelunasan Pinjaman

c)

Keputusan Pelaburan

d)

Menilai Sumber Pembiayaan yang dapat merendahkan kos

3.

Konsep nilai masa wang dapat membantu pihak pengurusan syarikat untuk memperuntukkan bayaran ansuran tahunan dan dapat mengetahui prinsipal dan baki akhir pada setiap tahun apabila syarikat membuat pinjaman. Ini dapat memastikan aliran tunai syarikat tidak terjejas. Kepentingan nilai masa wang ini merujuk kepada:

a)

Membantu pengurus membuat keputusan pelaburan

b)

Membantu pengurus menyediakan jadual pelunasan pinjaman

c)

Membantu pengurus membuat keputusan belanjawan modal

d)

Membantu pengurus menilai sumber pembiayaan yang dapat merendahkan kos pembiayaan

4.

Konsep nilai masa wang membolehkan Pengurus Kewangan Pewaris Holdings dapat menentukan sama ada untuk membuat pinjaman di Bank A atau di Bank B berdasarkan kadar faedah dan tempoh masa pinjaman yang ditawarkan. Penyataan ini merujuk kepada:

a)

Membantu pengurus membuat keputusan pelaburan

b)

Membantu pengurus membuat keputusan belanjawan modal

c)

Membantu pengurus menyediakan jadual pelunasan pinjaman

d)

Membantu pengurus menilai sumber pembiayaan yang dapat merendahkan kos pembiayaan

5.

Menerusi nilai masa wang dapat membantu pengurus kewangan untuk menentukan projek yang patut dilaksanakan dengan menggunakan kaedah nilai kini bersih dan indeks keberuntungan di mana memilih projek yang dapat memberikan keuntungan yang tertinggi. Penyataan ini paling tepat merujuk kepada:

a)

Nilai masa wang dapat membantu pengurus membuat keputusan belanjawan modal.

b)

Nilai masa wang dapat membantu pengurus membuat keputusan pelaburan.

c)

Nilai masa wang dapat membantu pengurus menyediakan jadual pelunasan pinjaman

d)

Nilai masa wang dapat membantu pengurus menilai sumber pembiayaan yang dapat merendahkan kos pembiayaan.

6.

Gambaran secara grafik yang digunakan untuk menunjukkan masa sesuatu aliran tunai masuk dan keluar berlaku. Penyataan ini tepat mengenai alat bantu nilai masa wang:

a)

Jadual Faktor Nilai Masa Wang

b)

Rumus Algebra

c)

Garis Masa

d)

Carta PERT

7.

Hitung nilai masa depan bagi wang bernilai RM 10 000 yang disimpan selama 5 tahun pada kadar faedah 10% setahun. Konsep nilai masa wang ini merujuk:

a)

Nilai Kini Amaun Sekaligus

b)

Nilai Depan Amaun Sekaligus

c)

Nilai Depan Anuiti Biasa

d)

Nilai Kini Anuiti Biasa

8.

Anda menyimpan RM 5500 dalam akaun bank pada setiap hujung tahun selama 5 tahun pada kadar faedah 5% setahun. Kirakan jumlah wang yang akan anda miliki di akhir tahun ke-5. Ia merujuk kepada bentuk nilai masa wang:

a)

Nilai Depan Amaun Sekaligus

b)

Nilai Depan Anuiti Biasa

c)

Nilai Kini Anuiti Biasa

d)

Nilai Depan Anuiti Matang

9.

Sekiranya anda dijangka menerima RM 1500 pada tahun pertama, RM 2500 pada tahun ke-2 dan RM 3500 pada tahun ke-3, berapakah yang anda perlu laburkan sekarang sekiranya kadar faedah adalah 5% setahun. Ini merujuk kepada bentuk nilai masa wang:

a)

Nilai Kini Amaun Sekaligus

b)

Nilai Kini Anuiti Biasa

c)

Nilai Kini Anuiti Matang

d)

Nilai Kini Amaun Berubah

e)

Nilai Kini Perpetuiti

10.

Kirakan nilai kini bagi pembayaran RM 3000 setahun untuk tempoh 6 tahun pada kadar faedah 6% setahun sekiranya pembayaran pertama bermula hari ini. Bentuk nilai masa wang ini merujuk kepada:

a)

Nilai Kini Amaun Sekaligus

b)

Nilai Kini Anuiti Biasa

c)

Nilai Kini Anuiti Matang

d)

Nilai Kini Perpetuiti

11.

Proses menukar sejumlah wang hari ini kepada masa hadapan pada kadar faedah dan tempoh tertentu dikenali sebagai konsep:

a)

Kompaun

b)

Diskaun

c)

Nilai Masa Wang

d)

Perpetuiti

12.

Proses menukar sejumlah wang masa hadapan kepada nilai kini pada kadar faedah dan tempoh tertentu merupakan konsep nilai masa wang:

a)

Nilai Kini

b)

Nilai Depan

c)

Kompaun

d)

Diskaun

13.

Ryan akan dibayar sebanyak RM 1500 setiap tahun untuk selama-lamanya oleh Syarikat Insurans Lion Berhad. Kadar faedah pasaran semasa adalah 6%. Hitung nilai kini bayaran tersebut. Bentuk nilai masa wang yang perlu digunakan adalah:

a)

Nilai Kini Amaun Sekaligus

b)

Nilai Kini Anuiti Biasa

c)

Nilai Kini Anuiti Matang

d)

Nilai Kini Perpetuiti

14.

Jadual yang menyenaraikan nilai faktor bagi nilai kini dan nilai depan untuk sesuatu tempoh dan kadar faedah tertentu. Alat bantu pengiraan nilai masa wang yang dimaksudkan oleh penyataan ini adalah:

a)

Rumus Algebra

b)

Jadual Nilai Masa Wang

c)

Garis Masa

d)

Jadual Statistik

15.

Satu siri pembayaran atau penerimaan tunai yang sama amaunnya bagi setiap jeda masa yang sama. Ia merujuk kepada:

a)

Anuiti

b)

Anuiti Biasa

c)

Anuiti Matang

d)

Perpetuiti