WorksheetsPERNIAGAAN 2020/1
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan?
Meningkatkan imej perniagaan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?
Kedai Runcit Ali
Restoran Minah dan Baba
Koperasi Bersatu Berhad
Syarikat Kemboja Sdn. Bhd.
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
-Didaftarkan di bawah akta Perniagaan 1956
-Terdiri daripada beberapa ahli yang menggabungkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran
- Semua ahli membayar cukai pendapatan persendirian.
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
Koperasi
Perkongsian
Milikan tunggal
Syarikat Awam Berhad
Usaha sama ialah ...
Bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya.
Hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis.
Perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna.
Dua syarikat bergabung untuk membentuk sebuah syarikat yang baharu
Rajah di atas ini berkaitan dengan sektor perniagaan.
Manakah yang mewakili X?
Pertanian
Pembinaan
Perhotelan
Perhutanan
Maklumat berikut menunjukkan contoh aktiviti-aktiviti sektor perniagaan.
X : Perlombongan petroleum
Y : Pengangkutan gas cecair
Klasifikasi sektor manakah yang tepat?
X sektor pertama Y Sektor kedua
X sektor ketiga Y Sektor kedua
X sektor pertama Y Sektor ketiga
X sektor pertama Y Sektor Kedua
Pasangan manakah yang betul mengenai perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad?
Sdn Bhd : Syer boleh dipindah milik dengan bebas
Awam Bhd : Syer tidak boleh dipindah milik dengan bebas
Sdn Bhd : Bilangan pemegang syer terhad
Awam Bhd : Bilangan pemegang syer tidak terhad
Sdn Bhd : Syer boleh dijual kepada orang ramai
Awam Bhd : Syer dijual kepada sekumpulan individu tertentu
Sdn Bhd : Penyata kewangan perlu diumumkan kepada orang ramai
Awam Bhd : Penyata kewangan tidak diumumkan kepada orang ramai
Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Hasan, pengusaha kilang keropok.
Hasan adalah seorang pengusaha kilang keropok di Kampung Lipan, Terengganu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang diedarkan melalui para pemborong. Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM750, 000.
Klasifikasikan saiz perniagaan Encik Hassan mengikut saiz dan sektor.
Saiz Kecil
Saiz Besar
Sektor Perkilangan
Sektor Pengedaran
Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ?
Menyediakan infrastruktur
Menyediakan bantuan pelaburan
Memajukan sistem Pendidikan usahawan
Menaja pembangunan perniagaan setempat
Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?
Sumber manusia
Teknologi maklumat
Persaingan dan jaringan
Sosiobudaya
Maklumat berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan.
Encik Rahman mempunyai beberapa orang pekerja yang sangat rajin, kreatif, berdisiplin dan berkemahiran. Ini telah membuatkan perniagaan restoran Encik Rahman semakin maju.
Apakah trend persekitaran yang berlaku
Trend meningkat, faktor luaran
Trend menurun, faktor luaran
Trend menurun, faktor dalaman
Trend meningkat, faktor dalaman
Sesebuah perniagaan memerlukan visi supaya hala tuju perniagaan dapat dicapai. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan maksud visi?
Target keuntungan dalam perniagaan
Menjadi panduan untuk membuat keputusan
Sesuatu yang dibentuk untuk memuaskan pekerja
Sasaran yang boleh diukur dalam pencapaian perniagaan
Syarikat Batik Siti Kelantan mensasarkan pengeluaran batik sebanyak 6,000 helai dalam tempoh masa seminggu sebagai memenuhi permintaan pelanggan dalam dan luar negara.
Nyatakan ciri-ciri SMART dalam penetapan objektif syarikat Batik Siti Kelantan.
Spesifik
Munasabah
Jangka Masa
Boleh dicapai
Berkaitan dengan memaksimumkan keuntungan perniagaan, apakah kepentingan perancangan jangka panjang dari aspek daya pengeluaran?
Dapat mewujudkan kesetiaan jenama
Mengurangkan kos seunit keluaran
Mengelakkan pembaziran sumber
Dapat menguasai syer pasaran
Maklumat berikut menunjukkan dua buah perniagaan yang terdapat di Bandar Alor Gajah, Melaka.
Family Store
Kilang Biskut Julie
Bahagian fungsian yang manakah hanya terdapat di Kilang Biskut Julie?
Jualan
Pembelian
Pengeluaran
Pengurusan Sumber Manusia
Pernyataan manakah menerangkan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?
Merancang kewangan organisasi perniagaan
Menjalankan aktiviti sokongan agar aktiviti perniagaan berjalan lancar
Menjalankan aktiviti pengurusan sumber manusia untuk memastikan pengeluaran dapat dijalankan dengan sempurna
Merancang dan mengawal pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi
Maklumat di bawah berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat terhadap bahagian fungsian E dalam sesebuah organisasi.
-Laman Web
-Blog
-Laman Sosial seperti Facebook dan Twitter
Apakah bahagian fungsian E?
Jualan
Pembelian
Pemasaran
Pengeluaran
Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sesebuah organisasi perniagaan ?
Dapat meningkatkan produktiviti
Memudahkan pengurusan inventori
Memastikan keselamatan sistem ICT
Dapat membuat perancangan kewangan
Maklumat berikut merupakan antara tugas yang perlu dilakukan oleh Encik Hasbullah.
- Melengkapkan dokumen penghantaran
- Menyediakan jadual pergerakan kenderaan
- Menyelesaikan masalah proses pengedaran
Di bahagian fungsian apakah En Hasbullah bertugas ?
Bahagian fungsian jualan
Bahagian fungsian pengagihan
Bahagian fungsian pemasaran
Bahagian fungsian pentadbiran
Mengapakah teknolgi maklumat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan ?
Dapat meluaskan pasaran
Dapat memproses barang dengan cepat
Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran
Dapat mengagihkan barang kepada pengguna
Pernyataan berikut menunjukkan kelebihan dalam menggunakan teknologi maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah perniagaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat global
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat ?
Membuat promosi melalui radio dan surat khabar
Membina laman web untuk memperkenalkan barang
Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang
Mengambil lebih ramai pekerja untuk memasarkan barang
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?
Usaha untuk membina imej baik organisasi
Usaha untuk membangun tenaga kerja dalam organisasi
Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan
Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi
Mengapakah pengurusan sumber manusia penting untuk sesebuah organisasi perniagaan?
Dapat mengekalkan tahap motivasi pekerja
Dapat mengurangkan kadar pengangguran pekerja dalam negara
Dapat mengatasi persaingan yang dihadapi di pasaran
Dapat memastikan tenaga pekerja sentiasa mencukupi
Maklumat berikut berkaitan dengan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan.
Pengurus sumber manusia mengagihkan sumber manusia ke dalam jabatan sumber manusia, pengeluaran dan pemasaran. Pengurus sumber manusia juga menyediakan tempat kerja yang kondusif.
Aspek manakah yang telah disediakan oleh pengurus sumber manusia?
Berpengalaman
Penyelesaian masalah
Penghargaan dan hukuman
Penempatan pekerja dan penyediaan fasiliti
Bagaimanakah perniagaan melindungi sumber teknologi?
Memohon kelulusan daripada SIRIM
Memohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan pihak MyIPO
Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan syarikat insurans
Syarikat Penerbitan Bestari memohon hak cipta terpelihara bagi beberapa karya yang diterbitkan. Apakah tujuan syarikat tersebut berbuat demikian?
Mendapatkan kelulusan untuk menjual harga diskaun
Mendapatkan hak perundangan ke atas ciptaan mereka
Mendapatkan kebenaran untuk mencetak karya syarikat
Mendapatkan kebenaran memasarkan karya syarikat ke luar negara
Pernyataan manakah yang benar berkaitan rajah di atas ?
Hak ekslusif untuk suatu rekacipta
Hak ekslusif kepada pencipta karya
Perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian
Perlindungan terhadap hasil ciptaan agar tidak disalahgunakan
Sumber pembiayaan dalaman merupakan..
Modal yang diperoleh daripada bank
Modal yang diperoleh daripada agensi kerajaan
Modal yang diperoleh daripada simpanan peribadi
Modal permulaan yang diperoleh daripada kemudahan overdraf
Antara berikut, manakah merupakan kekuatan sumber pembiayaan dalaman?
Modal terhad
Cepat dan ringkas
Tidak melibatkan kos seperti faedah atas pinjaman
Sukar menambah modal jika keadaan ekonomi yang gawat
Berikut merupakan prosedur untuk mendapatkan sumber pembiayaan untuk sesebuah perniagaan kecuali..
Membuat permohonan
Menyediakan penyata kewangan
Menyediakan rancangan perniagaan
Mendapatkan khidmat nasihat kewangan
Kemudahan yang disediakan olehbank atau institusi kewangan yang mempunyai akaun semasa ialah..
Sewa beli
Draf bank
Overdraf
Kad kredit
Apakah fungsi Penyata Aliran Tunai kepada usahawan?
Membantu usahawan mengehadkan perbelanjaan semasa
Menunjukkan penerimaan dan pembayaran perniagaan
Menunjukkan kedudukan anggaran tunai pada masa depan
Menjadi panduan kepada pihak bank untuk menuntut hutang
Berikut merupakan maklumat nisbah semasa bagi sesebuah perniagaan untuk tahun 2018 dan 2019.
2018: 1.2 : 1
2019: 2.0 : 1
Tafsirkan prestasi perniagaan bagi tahun 2018 berbanding tahun 2019.
Prestasi perniagaan merosot dan tidak mampu membayar hutang
Kemampuan perniagaan membayar hutang dalam tempoh singkat telah meningkat
Risiko perniagaan telah meningkat dan pelaburan kurang memberi pulangan
Prestasi perniagaan telah merosot dan hanya mampu membayar hutang untuk tempoh masa panjang
Berikut adalah sebahagian daripada Penyata Aliran Tunai bagi sesebuah perniagaan.
Apakah butiran P?
Pinjaman
Belian kredit
Ambilan tunai
Ansuran pinjaman
Maklumat berikut dipeoleh daripada perniagaan yang mengusahakan industri menjahit baju batik.
Antara berikut, manakah benar tentang pengurusan stok kedua-dua syarikat?
Jualan stok Syarikat Amirah lebih laris daripada Syarikat Nasir
Pengurusan stok Syarikat Nasir lebih efisyen daripada Syarikat Amirah
Syarikat Nasir menanggung kos penyimpanan stok yang lebih tinggi daripada Syarikat Amirah
Syarikat Amirah menukar stok setiap lima bulan sekali manakala Syarikat Nasir menukar stok setiap lapan bulan sekali.
Antara berikut, manakah merupakan kepentingan belanjawan tunai?
Menunjukkan keupayaan tunai sesebuah perniagaan
Membantu perniagaan merancang pendapatan dan perbelanjaan
Membantu perniagan membelanjakan wang mengikut keutamaan
Memastikan perniagaan mendapat keuntungan maksimum
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri keperibadian usahawan.
Seorang pemaju perumahan pernah mengalami kegagalan semasa kegawatan ekonomi tetapi beliau masih berusaha untuk menyiapkan projek yang terbengkalai. Beliau menghadapi kemungkinan perumahan tersebut tidak dapat dijual dan terpaksa menanggung kerugian.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah ciri-ciri keperibadian usahawan tersebut?
Tabah
Berani mengambil risiko
Pandai mengambil peluang
Berinisiatif dan bertanggungjawab
Antara berikut, situasi manakah menunjukkan ciri-ciri usahawan yang pandai mengambil peluang perniagaan?
Puan Hafizah menambahkan stok buku di kedainya
Encik John merasmikan cawangan baharu perniagaanya
Encik Latif melantik dua orang Pengurus Pemasaran di syarikatnya
Puan Anitah membuka pusat asuhan kanak-kanak di kawasan perumahan baharu
Encik Zamani ingin menambah seorang lagi rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian beliau. Apakah tindakan sewajarnya yang perlu dilakukan oleh Encik Zamani?
Mendaftarkan semula perniagaan
Membubarkan perniagaan perkongsian
Menghantar Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
Menghantar Borang Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan
36. Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada usahawan?
Mencari pekerjaan yang baharu
Memberi panduan untuk pinjaman
Merancang keperluan sumber perniagaan
Membuat pelaburan untuk sesebuah perniagaan
