Font size
WorksheetsSEJARAH SPM 2017
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Rajah 1 berkaitan dengan ciri - ciri tamadun. T4 B1 ms 6
[ P2 B1 ]
Apakah X ?
Kemajuan sistem perhubungan
Hubungan antara kerajaan
Kehidupan berorganisasi
Perkembangan ekonomi
Mengapakah masyarakat Athens mementingkan sistem pendidikan? T4 B2 ms 53 [ P4 B2 ]
Mengukuhkan kedudukan politik
Memperkuat anggota tentera
Memajukan bidang ekonomi
Melahirkan rakyat yang seimbang
Jadual 1 merujuk kepada lokasi tamadun awal dunia. T4 B1 ms 8 [ P4 B4 & B5 – B6 ]
[ Mesopotamia : Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates ]
[ Mesir Purba : Lembah Sungai Nil ]
[ Indus : Lembah Sungai Indus ]
Mengapakah tamadun tersebut tertumpu di lembah sungai?
Mempunyai tanah yang subur
Mengekalkan warisan tradisi
Mendapat mandat tuhan
Memudahkan perhubungan
Mengapakah masyarakat lembah Indus membina bandar terancang seperti berikut ? T4 B1 ms 27 [ P2 B5 ]
Mohenjo – Daro
Harappa
Lokasi strategik
Penduduk ramai
Bidang geometri yang maju
Sumber alam yang banyak
Rajah 2 berkaitan dengan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara. T4 B3 ms 75 [ P2 B1 ]
[Kerajaan awal Asia Tenggara : Agraria dan Maritim]
Apakah perkara yang membezakan kedua-dua bentuk kerajaan tersebut ?
Kegiatan ekonomi
Lokasi kerajaan
Anutan agama
Sistem pemerintahan
Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara. T4 B3 ms 81 [ P2 B15 ]
Srivijaya
Kedah Tua
Kerajaan tersebut berkembang kerana
banyak bekalan hasil pertanian
mendapat perlindungan kuasa asing
terdapat perlabuhan untuk kegiatan perdagangan
terletak di kawasan pedalaman yang subur
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ? T4 B4 ms 102 [ P2 B6 ]
Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai
Mengamalkan penyembahan berhala
Hidup berpecah belah
Tidak jujur dalam perniagaan
Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah? T4 B4 ms 113 [ P2 B5 ]
Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut?
Menjalin hubungan diplomatik
Mengelakkan penindasan
Mengadakan rundingan damai
Memenuhi jemputan pemerintah
Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang mengancam keselamatan kerajaan Islam Madinah. T4 B6 ms 145 [ P2 B4 ]
Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut ?
Mengambil tindakan ketenteraan
Menamatkan hubungan diplomatik
Menghantar bayaran ufti setiap tahun
Menandatangani perjanjian persahabatan
Perkara berikut berkaitan dengan hak orang Yahudi dalam kerajaan Madinah. T4 B4 ms 127 [ P6 B5 – B6 ]
Mendapat hak yang sama
Jaminan keselamatan
Hak tersebut terjamin selagi mereka
terlibat dalam pentadbiran negara
berkhidmat sebagai tentera
mematuhi prinsip piagam
menghormati ajaran Islam
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab.
Empangan Abu Musa di Basyrah
Terusan Amirul Mukminin di Mesir
Mengapakah beliau membina kemudahan tersebut? T4 B6 ms 147 [ P1 B1 ]
Membekalkan air bersih
Mengelakkan banjir berlaku
Meningkatkan produk pertanian
Meningkatkan kegiatan perdagangan
Jadual 2 menerangkan perbezaan sistem pelantikan khalifah dalam pentadbiran kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. T4 B6 ms 150 [ P1 B3 ]
Apakah X?
Secara warisan
Pemilihan rakyat
Keputusan majlis tahkim
Cadangan khalifah terdahulu
Jadual 3 menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah ? T4 B7 ms 176 [ P2 B5 – B6 ]
Mengharapkan anugerah
Menguasai kerajaan
Menarik perhatian rakyat
Menyekat pengarauh agama lain
Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan Islam di Asia Tenggara. T4 B7 ms 180 [ P2 B1 ]
Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam pelantikan jawatan syahbandar tersebut ?
Cekap dalam pentadbiran
Mengamalkan sifat jujur
Mahir dalam perniagaan
Setia kepada bangsawan
Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisonal. T4 B8 ms 197 [ P4 B6 ] & ms 198 [ P1 B1 ]
Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh ?
Melalui pendidikan formal
Menggunakan kekuatan tentera
Memantapkan adat istiadat
Menjalin hubungan luar
Ulama berikut telah memberikan sumbangan penting dalam memperkukuh sistem pemerintah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. T4 B8 ms 197 [ P3 B7 & B8 ]
Makhdum Sayid Abdul Aziz
Maulana Abu Bakar
Bagaimanakah mereka membantu memperkukuh sistem pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ?
Menjadi penasihat raja
Mengurus kegiatan ekonomi
Menjadi utusan ke luar negeri
Menggubal peraturan rasmi istana
Pada Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat. T4 B9 ms 216 [ P2 B5 ]
Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja ?
Mengamalkan sistem perhambaan
Mementingkan keperluan akhirat
Mengenakan cukai yang tinggi
Mendukung sistem monarki
Apakah peranan golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah ? T4 B9 ms 215 [ P2 B4 ]
Melindungi para petani
Mentadbir wilayah takluk
Mengetuai aktiviti gereja
Menaungi para seniman
Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.
Sistem kontrak
Sistem kangani
Mengapakah sistem tersebut dimansuhkan? T4 B10 ms 255 [ P2 B6 ]
Penindasan terhadap buruh berleluasa
Pengurangan hasil perlombongan
Kemelesetan ekonomi dunia
Ketidakseimbangan antara kaum berlaku
Apakah slogan Perancis dalam usaha memperluaskan jajahan mereka? T4 B9 ms 238 [ P1 B14 – B16 ]
Beban Orang Putih
Asia Untuk Orang Asia
Tugas Menyebarkan Tamadun
Kemakmuran Bersama Asia Timur
Jadual 4 berkaitan dengan seorang tokoh nasionalis di Asia Tenggara. T5 B1 ms 19 [ P1 B1 – B2 ]
Mengapakah tokoh nasionalis tersebut dijatuhi hukuman bunuh ?
Bersubahat dengan Amerika Syarikat
Dituduh menyertai gerakan pemberontakan
Disyaki mengkhianati agama Kristian
Membunuh pegawai tinggi kerajaan
Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu. T5 B2 ms 30 [ P3 B3 – B4 ]
Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?
Meningkatkan cukai eksport
Menyediakan peluang pekerjaan
Menyalurkan bantuan kewangan
Memeterai pelbagai perjanjian
Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak. T5 B2 ms 34 [ P2 B5 ]
Syarif Masahor
Datu Patinggi Abdul Gapur
Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke ?
Meyekat kedatangan imigran
Mempertahan hak mengutip cukai
Mengawal kegiatan mencari hasil hutan
Mengekalkan sistem pemerintahan beraja
Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan? T5 B2 ms 41 [ P2 B9 – B12 ]
Menyerang Pasir Puteh
Meminta bantuan Siam
Menyekat bekalan makanan
Menghalang laluan kapal dagang
Gambar 1 adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke-20. T5 B2 ms 54 [ P3 B11 – B13 ]
Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura ?
Membina pusat pendidikan
Membuka kawasan pertanian
Menubuhkan pusat kebudayaan
Memperoleh petempatan khas
Jadual 5 berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18. T5 B3 ms 67 [ P3 B1 ]
[1688 : Revolusi Inggeris]
[1789 : Revolusi Perancis]
Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah ?
Sistem sosialis tamat
Ideologi komunis meluas
Kuasa rakyat bawahan terjejas
Negara berasaskan bangsa dibentuk
Berikut adalah Jemaan Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II ( 1836-1886).
[Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan ]
Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut ? T5 B3 ms 84 [ JADUAL ]
Menguruskan pembangunan
Menjaga hal ehwal luar
Mengurus kewangan
Menjaga keamanan
Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melibatkan negara Jerman.
Peperangan dengan Denmark - 1864
Peperangan dengan Austria - 1864
Peperangan dengan Perancis - 1870
Mengapakah peperangan tersebut berlaku ? T5 B3 ms 70 [ RAJAH ]
Serangan balas
Penyatuan negara
Penguasaan ekonomi
Kediktatoran pemerintah
Jadual 6 berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka. T5 B4 ms 108 [ P2 B2 – B4 ]
[1948 : Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani]
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu ?
Berkuasa mengawal pentadbiran
Parti - parti politik digabungkan
Syarat kerakyatan dipermudah
Hak istimewa dilindungi
Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada 1948. T5 B4 ms 104 [ P1 B3 – B6 ]
Pegawai kanan British
Pemimpin UMNO
Wakil Raja – Raja Melayu
Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk ?
Mengambil langkah mengurangkan kemasukan imigran
Menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan
Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union
Menetapkan tarikh pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951. Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi. T5 B5 MS 117 [ P1 B1 - B3 ]
Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat
Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir
Rajah 3 menunjukkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Mengapakah perkembangan tersebut berlaku ? T5 B5 ms 102 [ P2 B6 – B8 ]
Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan
Kecekapan sistem pentadbiran negara meningkat
Pengaruh orang dagang semakin kuat
Perpaduan antara kaum tidak mantap
Mengapakah penduduk Sarawak dan Sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia pada peringkat awal ? T5 B6 ms 142 [ P2 B5 – B6 ]
Menghormati keputusan pemerintah tempatan
Mempertahan kepentingan pembesar setempat
Mengelakkan ancaman tentera Filipina
Mengekalkan pentadbiran British
Apakah kesan peristiwa berikut ? T5 B6 ms 147 [P3 B7 – B8]
[1965 : Jeneral Soeharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno]
Perang Dingin merebak
Pakatan tentera dibentuk
Dasar konfrantasi berakhir
Sistem beraja dipulihkan
Rajah 4 berkaitan dengan Badan Berkanun di Malaysia. T5 B7 ms 174 [ P4 B3 – B4 ]
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan badan berkanun tersebut ?
Memiliki kuasa autonomi dalam bidang tertentu
Mempunyai peruntukan kewangan sendiri
Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara
Memiliki bilik gerakan di setiap negeri
Dialog berikut mungkin berlaku ketika penyerahan borang penamaan calon bagi pilihanraya kecil. T5 B7 ms 179 [ P1 B6 – B7 ]
[Pegawai Pilihan Raya : Maaf, saya terpaksa menolak borang permohonan encik.
Calon : Kenapa pula ?]
Tidak menganggotai parti politik
Belum mendaftar sebagai pemilih
Menjalankan kegiatan perniagaan
Tersenarai dalam individu muflis
Rajah 5 menerangkan matlamat Rancangan Malaya Pertama. T5 B8 ms 199 [ P3 B1 – B2 ]
Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai ?
Bahan mentah terhad
Ancaman komunis
Kelemahan pentadbiran
Kekurangan kemudahan asas
Maklumat berikut berkaitan dengan teras kemajuan bersepadu yang dihasratkan oleh kerajaan menjelang tahun 2020. T5 B8 ms 219 [ P1 B5 – B7 ]
Perpaduan rakyat
Kestabilan politik
Ketinggian maruah bangsa
Kekukuhan nilai moral dan etika
Mengapakah perkara tersebut dijadikan teras ?
Mencapai kemajuan mengikut acuan sendiri
Membentuk kemajuan mengikut pengaruh luar
Mencapai kemajuan berasaskan aspek fizikal
Membina kemajuan berasakan kerohanian.
Rajah 6 berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara. T5 B9 ms 254 [ P4 B4 ]
[MAPHILINDO : Malaysia, Filipina, Indonesia]
Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara – negara tersebut ?
Menghapus komunis
Menamatkan persengketaan
Menyelaras kawasan sempadan
Membentuk kerjasama tentera
Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun ? T5 B9 ms 233 [ P7 B9 – B10 ]
Membentuk pertubuhan serantau
Mengisytiharkan ZOPFAN
Menaja kegiatan subversif
Melakukan serangan bom atom
