Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KAPASITI AEROBIK TINGKATAN 5

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan merupakan suatu keadaan seseorang individu itu boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, menyertai aktiviti-aktiviti sukan atau riadah dan pada masa yang sama masih memiliki tenaga yang mencukupi untuk menghadapi waktu-waktu kecemasan. BETUL ATAU SALAH?

a)

BETUL

b)

SALAH

2.

Kecergasan fizikal meliputi peningkatan kualiti komponen-komponen kecergasan fizikal seperti aerobik, komposisi badan, daya tahan dan kekuatan otot, fleksibiliti, ketangkasan, keseimbangan, kelajuan, masa reaksi, kuasa serta koordinasi. BETUL ATAU SALAH?

a)

BETUL

b)

SALAH

3.

Kapasiti aerobik merupakan keupayaan maksimal kandungan oksigen dalam darah yang dipam oleh jantung ke seluruh anggota dan kumpulan otot-otot besar badan ketika melakukan aktiviti fizikal. BETUL ATAU SALAH?

a)

BETUL

b)

SALAH

4.

Apakah faedah aplikasi prinsip FITT dalam latihan aerobik?

a)

meningkatkan daya tahan otot melalui peredaran oksigen serta tenaga yang lebih efisien.

b)

meningkatkan kadar metabolisme dan membantu menaikkan berat badan.

5.

Berikut merupakan contoh aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik, KECUALI.....

a)

Berenang

b)

Joging

c)

Aerobik

d)

Tekan tubi

6.

Latihan jeda (interval training) merupakan sejenis latihan yang melibatkan siri-siri latihan berintensiti rendah hingga tinggi diselangi dengan jangka masa pemulihan (rehat aktif). BETUL atau SALAH?

a)

BETUL

b)

SALAH

7.

Pilih kebaikan-kebaikan melakukan latihan berintensiti sederhana tinggi?

a)

meningkatkan kecekapan fungsi sistem kardiovaskular dengan kardiak out-put yang optimal untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti masalah jantung, hipertensi dan strok

b)

membantu dalam penurunan dan kawalan berat badan

c)

meningkatkan adaptasi sistem tubuh untuk mencerna asid laktik yang dihasilkan dengan lebih baik dan sekaligus meningkatkan keupayaan murid untuk berlatih dalam jangka masa lebih panjang

d)

membentuk postur tubuh yang baik serta meningkatkan lean muscles.

8.

______________________ ialah pengambilan atau penggunaan oksigen yang tinggi ketika melakukan aktiviti fizikal.

a)

Daya tahan otot

b)

Kapasiti Aerobik

9.

Apakah kepentingan memanaskan badan?

a)

Menurunkan suhu badan

b)

Mengurangkan risiko kecederaan sebelum melakukan aktiviti.

10.

Aktiviti bersenam perlu dilakukan bagi

a)

mengelakkan daripada terdedah kepada penyakit bahaya

b)

meningkatkan daya tumpuan dan pembelajaran lebih berkesan.