wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz: Perbankan Islam vs Perbankan Konvensional (USB3473)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sukuk merupakan salah satu instrumen dalam __________.

a)

Perbankan Islam

b)

Pasaran Modal Islam

c)

Takaful

d)

Pengurusan Harta Islam

2.

Yang manakan bukan merupakan komponen dalam Pengurusan Harta Islam?

a)

Zakat

b)

Waqaf

c)

Unit amanah

d)

Sedekah

3.

Apakah hubungan antara pihak pelanggan dan pihak bank dalam institusi perbankan konvensional?

a)

Rakan kongsi

b)

Penjual dan pembeli

c)

Penyewa dan pemberi sewa

d)

Pemberi pinjam dan peminjam

4.

Yang manakah merupakan antara sumber utama Syariah?

a)

Ijmak'

b)

Uruf

c)

Istihsan

d)

Masalih mursalah

5.

Kesimpulan kontak dengan persetujuan bersama.


Rukun kewangan Islam manakah yang berkaitan dengan kenyataan di atas?

a)

Perkongsian risiko

b)

Kesucian kontrak

c)

Adil

d)

Pengharaman riba

6.

Yang manakah bukan merupakan institusi perbankan Islam penuh (full fledged)?

a)

Bank Islam Malaysia Berhad

b)

Bank Muamalat Malaysia Berhad

c)

Maybank Islamic Berhad

d)

Kuwait Finance House

7.

Yang manakah bukan merupakan subsidiari bank Islam?

a)

RHB Islamic Bank

b)

HSBC Amanah Malaysia Berhad

c)

CIMB Islamic Bank Berhad

d)

Al-Rajhi Banking and Investment (Corporation) Malaysia Berhad

8.

Suami Puan Diana terlibat dalam kemalangan jalan raya dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk pembedahan. Puan Diana memajak barang kemas yang dimilikinya untuk menampung perbelanjaan tersebut. Hal ini membuktikan bahawa Ar-Rahnu adalah selari dengan Maqasid Shariah iaitu __________.

a)

menjaga agama

b)

menjaga nyawa

c)

menjaga keturunan

d)

menjaga akal

9.

Melalaui Ar-Rahnu, tahap ekonomi pelanggan dapat ditingkatkan di mana wang pinjaman dapat dijadikan sebagai modal atau modal suntikan dalam perniagaan. Ianya selari dengan Maqasid Syariah iaitu __________.

a)

menjaga harta

b)

menjaga akal

c)

menjaga agama

d)

menjaga keturunan

10.

Antara permainan yang popular di kalangan kanak-kanak pada zaman dahulu adalah bermain pemadam. Untuk menang dalam perlawanan pemadam, pemain dikehendaki 'petik’ pemadam miliknya sehingga salah satu pemadam pemain berada di atas pemadam pemain yang kalah. Peraturan perlawanan ini ialah siapa yang menang akan dapat pemadam daripada pihak lawan.


Apakah elemen haram yang terdapat dalam permainan ini?

a)

Riba

b)

Gharar fahish

c)

Gharar yasir

d)

Maysir

11.

Pelanggan ditawarkan kadar faedah sebanyak 2% sekiranya menyimpan simpanan di institusi perbankan konvensional.


Apakah jenis riba yang terlibat dalam situasi ini?

a)

Riba Qard

b)

Riba Jahiliyah

c)

Riba Fadhl

d)

Riba Nasiah

12.

Pelanggan yang ingin mendapatkan pinjaman di institusi perbankan konvensional akan dikenakan kadar faedah sebanyak 4%.


Apakah jenis riba yang terlibat dalam situasi ini?

a)

Riba Qard

b)

Riba Jahiliyah

c)

Riba Fadhl

d)

Riba Nasiah

13.

Islam merangkumi __________.

a)

Ibadat, Syariah dan Akhak

b)

Ibadat, Aqidah dan Syariah

c)

Syariah, Aqidah dan Akhlak

d)

Muamalat, Aqidah dan Ibadat

14.

Jumlah premium yang dibayar dan yang akan diterima oleh pelanggan dalam insurans konvensional adalah tidak pasti kerana kedua-duanya bergantung kepada kejadian (bahaya) tidak pasti. Oleh yang sedikian, hukum insurans konvensioanal adalah jelas haram.


Apakah unsur yang menyebabkan insurans konvensional haram berdasarkan kenyataan di atas?

a)

Riba

b)

Gharar fahish

c)

Gharar yasir

d)

Maysir

15.

Etiqa Takaful Berhad menawarkan pelan patuh Syariah yang berpatutan yang membantu membina dana pendidikan sambil menyediakan perlindungan kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).


Apakah jenis produk yang ditawarkan oleh takaful oeprator di atas?

a)

Takaful nyawa

b)

Takaful am

c)

Takaful keluarga

d)

Takaful kesihatan