wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 2_PERNIAGAAN T.4 (klasifikasi, skala,perkembangan))

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Kos overhed yang rendah

b)

Kos pengeluaran yang rendah

c)

Mudah untuk mengubah strategi perniagaan

d)

Mudah untuk memperoleh pekerja yang mahir

2.

Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kilang pakaian

b)

Kedai kek dan biskut

c)

Loji penapisan minyak

d)

Pengeluaran ubat-ubatan

3.

Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil?

a)

Masalah aliran tunai

b)

Kos upah yang tinggi

c)

Sukar untuk mengubah strategi perniagaan

d)

Susah untuk menyelesaikan masalah rungutan pelanggan

4.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz sederhana berbanding dengan perniagaan bersaiz besar?

a)

Dapat menguasai pasaran

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Berupaya membuat perubahan dengan cepat

d)

Senang mendapat pekerja yang berpengalaman

5.

Antara yang berikut, manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan besar?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Masalah aliran tunai

b)

Ketidakpastian pasaran

c)

Sukar untuk menyediakan latihan

d)

Perundangan dan peraturan kerajaan

6.

Antara yang berikut, manakah yang digolongkan sebagai perniagaan bersaiz besar?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Kilang kek

b)

Kedai perabot

c)

Pengeluaran kereta

d)

Pengeluaran ubat-ubatan

7.

Pernyataan manakah yang betul tentang sektor sekunder?

a)

Melibatkan aktiviti penghasilan bahan mentah

b)

Meningkatkan nilai bahan mentah melalui proses transformasi

c)

Pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa untuk masyarakat umum

d)

Penghasilan peralatan saintifik untuk digunakan dalam proses pengeluaran

8.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan sektor ketiga?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Melibatkan aktiviti peruncit dan pemborong

b)

Melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan

c)

Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara

d)

Pengekstrakan sumber semula jadi merupakan aktiviti utama

9.

Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan ...

a)

antara penduduk luar negara.

b)

antara negara dengan negara.

c)

antara penduduk dalam negara

d)

antara sempadan sesebuah negara

10.

Apakah kelebihan perniagaan berskala tempatan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Saiz pasaran adalah kecil

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Tidak melibatkan operasi yang besar

d)

Kos yang ditanggung adalah rendah

11.

Manakah yang merupakan tahap pasaran antarabangsa?

a)

Skala zon

b)

Skala negeri

c)

Skala tempatan

d)

Skala kebangsaan

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kilang Roti Aisyah.


[ Kilang Roti Aisyah menjalankan pengeluaran secara intensif buruh. Ia dikategori sebagai perniagaan saiz sederhana kerana memiliki saiz buruh yang ramai]


Kriteria di atas merujuk kepada ...

a)

syer pasaran

b)

bilangan buruh

c)

jumlah modal

d)

jumlah jualan

13.

Pernyataan manakah menerangkan perusahaan kecil kategori pembuatan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Jumlah jualan daripada RM300 000 hingga kurang daripada RM15 juta

b)

Jumlah jualan daripada RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta

c)

Jumlah pekerja daripada 75 orang hingga tidak melebihi 200 orang pekerja

d)

Jumlah pekerja daripada 5 orang hingga tidak melebihi 75 orang pekerja

14.

Rajah di atas menunjukkan taburan lokasi Pasaraya Ku.

Apakah jenis skala perniagaan di atas?

a)

Skala perniagaan tempatan

b)

Skala perniagaan zon

c)

Skala perniagaan kebangsaan

d)

Skala perniagaan global

15.

Gambar di atas menunjukkan sejenis aktiviti.

Aktiviti manakah yang boleh digolong dalam sektor yang sama dengan aktiviti tersebut?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Pembinaan

b)

Perkilangan

c)

Perlombongan

d)

Perhutanan

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis aktiviti.


[Proses pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan]


Aktiviti di atas digolong sebagai aktiviti dalam sektor ...

a)

utama

b)

kedua

c)

ketiga

d)

keempat

17.

Apakah kekurangan bagi perniagaan bersaiz sederhana?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Sukar untuk ditubuhkan

b)

Melibatkan pengkhususan kerja yang rumit

c)

Pekerja tiada peluang naik pangkat dalam organisasi

d)

Tiada sumber yang mencukupi untuk melatih pekerja

18.

Syarikat XYZ ialah sebuah syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sebanyak 400 orang dan jumlah jualan tahunan sebanyak RM80 juta. Namun syarikat ini telah menghadapi cabaran. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi?

a)

Bebanan kerja

b)

Masalah aliran tunai

c)

Ketidak pastian pasaran

d)

Kos overhed yang tinggi

19.

Pernyataan yang manakah menerangkan sektor ketiga?

a)

Menyediakan perkhidmatan tertentu kepada pengguna

b)

Memproseskan bahan mentah menjadi barang kegunaan

c)

Menggunakan sumber semula jadi dalam proses pengeluaran

d)

Memproseskan bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap

20.

Pasaran domestik terbahagi kepada ...

a)

zon dan global

b)

tempatan dan global

c)

daerah, zon dan kebangsaan

d)

tempatan, negeri dan kebangsaan

21.

Apakah sektor yang banyak penduduk Malaysia ceburi selepas Merdeka?

a)

Sektor pertanian

b)

Sektor pembinaan

c)

Sektor perindustrian

d)

Sektor perkhidmatan

22.

Pasangan manakah yang benar mengenai perniagaan bersaiz besar yang terlibat dalam sektor perkhidmatan?

a)

Jumlah jualan tahunan: RM300,000 hingga kurang daripada 3juta

Bil pekerja tetap: 5 hingga kurang daripada 30

b)

Jumlah jualan tahunan: 2 juta ke atas

Bil pekerja tetap : 75 orang hingga 200 orang

c)

Jumlah jualan tahunan:RM3 juta hingga kurang daripada

20 juta

Bil pekerja tetap : Antara 30 hingga 75 orang

d)

Jumlah jualan tahunan :RM3 juta hingga kurang daripada 20 juta

Bil pekerja tetap :Antara 75 hingga 200 orang

23.

Antara yang berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?

a)

Pengilangan dan pembuatan

b)

Perkhidmatan Awam

c)

Pembalakan

d)

Pembinaan

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan sektor perniagaan

  • pembalakan
  • perikanan
  • pertanian


Aktiviti perniagaan di atas merujuk aktiviti dalam sektor

a)

utama

b)

kedua

c)

ketiga

d)

keempat

25.

Maklumat dibawah berkaitan dengan skala perniagaan

  • Skala perniagaan tempatan
  • skala perniagaan negeri
  • skala perniagaan kebangsaan
a)

zon tempatan

b)

sedunia

c)

domestik

d)

antarabangsa

26.

Cabaran perniagaan bersaiz besar ialah

I meningkatkan hasil

II ketidakpastian pasaran

III meningkatkan keuntungan tahunan

IV pemilik perniagaan menanggung semua beban kerja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kekurangan perniagaan bersaiz kecil?

a)

Mudah diuruskan

b)

Kos pengeluaran seunit yang tinggi

c)

Kefleksibelan membuat keputusan

d)

semangat berpasukan yang tinggi

28.

Rajah yang diberi menunjukkan suatu sektor perniagaan.


Aktiviti di atas dapat memberi sokongan kepada

I- sektor keempat

II- sektor kedua

III- sektor utama

IV- sektor ketiga

a)

I, II dan III

b)

III dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

29.

PASARAN LEBIH MELUAS SEHINGGA MERENTASI SEMPADAN.

KENYATAAN DI ATAS MERUJUK TENTANG....

a)

SKALA GLOBAL

b)

SKALA KEBANGSAAN

30.

MELIBATKAN PEMPROSESAN BAHAN MENTAH UNTUK MENGHASILKAN BARANG SIAP DAN SEPARA SIAP.

KENYATAAN DI ATAS MERUJUK KEPADA....

a)

SEKTOR SEKUNDER

b)

SEKTOR TERTIER

31.

TERDAPAT BERAPAKAH SEKTOR PERNIAGAAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA?

a)

ZON, TEMPATAN DAN KEBANGSAAN

b)

PRIMER, SEKUNDER DAN TERTIER

32.

APAKAH CABARAN YANG AKAN DIHADAPI OLEH PERNIAGAAN BERSAIZ BESAR?

a)

KETIDAKPASTIAN PASARAN

b)

MASALAH ALIRAN TUNAI

33.

KLASIFIKASI PERNIAGAAN BERDASARKAN JUMLAH JUALAN TAHUNAN RM3 JUTA HINGGA KURANG DARIPADA RM20 JUTA.

BERDASARKAN KLASIFIKASI TERSEBUT, APAKAH JENIS PERNIAGAAN DI ATAS?

a)

KECIL

b)

SEDERHANA

34.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Hasan, pengusaha kilang keropok.

Encik Hasan adalah seorang pengusaha kilang

keropok di Besut, Terengganu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang diedarkan melalui para pemborong. Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM750, 000.

Klasifikasikan saiz perniagaan Encik Hasan mengikut saiz dan sektor

a)

kecil

Perkilangan

b)

Kecil

pembinaan

c)

sederhana

Perkilangan

d)

besar

perkhidmatan

35.

Gambar 1 mewakili sektor perniagaan

a)

Sektor Primer

b)

Sektor Tertier

c)

Sektor Sekunder

d)

Sektor domestik