wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penyalahgunaan bahan Tingkatan 4

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan jerat dadah?

a)

keadaan individu yang sentiasa meminta individu lain untuk menagih dadah

b)

keadaan individu yang dipengaruhi atau diperdaya oleh individu lain bagi menagih dadah atau dijadikan sebagai keldai dadah

c)

keadaan individu yang sedang melakukan aktiviti penagihan dadah

d)

keadaan individu yang tidak mudah dipengaruhi oleh individu lain bagi menagih dadah atau dijadikan sebagai keldai dadah

2.

Keldai dadah bermaksud ……………..

a)

individu yang menjual dadah di dalam atau di luar negara secara kecil-kecilan

b)

individu yang dengan rela menjual dadah di dalam atau di luar negara

c)

individu yang ditipu, dipaksa atau diperdaya bagi tujuan menjual dadah di dalam atau di luar negara tanpa pengetahuan mereka

d)

individu yang menjadikan aktiviti menjual dadah di dalam atau di luar negara sebagai pendapatan utama

3.

Taktik ini digunakan oleh kurier untuk mengurangkan risiko ditangkap iaitu menyembunyikan di dalam kenderaan atau bagasi pakaian, mengikat pada badan atau menelannya. Penyataan ini merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh .......

a)

Keldai dadah

b)

Penagih dadah tegar

c)

Penyalahgunaan dadah

d)

Haiwan yang digunakan untuk menyeludup dadah

4.

Mangsa yang terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa didapati mudah terpengaruh dengan tawaran menarik yang diberikan. Berikut merupakan situasi berisiko yang membawa kepada jerat dadah KECUALI ....

a)

Tawaran melancong ke luar negara

b)

Tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara

c)

Tawaran pulangan lumayan dengan tugasan yang mudah

d)

Tawaran wang dengan membantu membawa barang milik orang lain

5.

Akta ini berhubung dengan bidang kuasa mahkamah untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa dadah berbahaya yang tertentu. Akta ini merujuk kepada ……….

a)

Akta Dadah Berbahaya 1951 (Pindaan 1998)

b)

Akta Dadah Berbahaya 1951 (Pindaan 1999)

c)

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1999)

d)

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998)

6.

Berikut merupakan implikasi jerat dadah kepada masyarakat dan negara KECUALI ……….

a)

Hidup dalam khayalan

b)

Kehilangan tenaga kerja yang afektif dan bermotivasi

c)

Bilangan pesakit mental bertambah

d)

Ekonomi negara terjejas

7.

Berikut merupakan implikasi jerat dadah kepada masyarakat dan negara KECUALI ……….

a)

Hidup dalam khayalan

b)

Kehilangan tenaga kerja yang afektif dan bermotivasi

c)

Bilangan pesakit mental bertambah

d)

Ekonomi negara terjejas

8.

Nama lain bagi syabu ialah ……….

a)

Methaphilis

b)

Methanol

c)

Methaphetamine

d)

Methamorphosis

9.

Pelbagai langkah dijalankan bagi menyekat kemasukan dadah ke dalam negara KECUALI ……….

a)

pemeriksaan di pusat kargo

b)

melakukan ujian air kencing secara rawak di pintu masuk

c)

penggunaan alat pengesan logam

d)

penggunaan anjing pengesan

10.

Apakah yang boleh dilakukan sekiranya anda ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di luar negara?

a)

Menerima tawaran kerja tersebut tanpa rasa curiga

b)

Siasat atau buat kajian terlebih dahulu tentang kerja yang dipohon atau ditawarkan

c)

Menerima tawaran tersebut secara atas talian atau menerusi telefon sahaja

d)

Mengikuti sesi temuduga kerja tersebut secepat yang mungkin

11.

Penyalahgunaan bahan bermaksud....

a)

Mengambil dadah/ubat secara berlebihan dan tidak dibenarkan bukan tujuan perubatan.

b)

Mengambil dadah/ubat secara berlebihan untuk tujuan perubatan.

c)

Mengambil dadah/ubat dengan kebenaran doktor bagi penyakit demam.

d)

Mengambil dadah/ ubat daripada farmasi selepas mendapat rawatan daripada doktor.

12.

Penyalahgunaan bahan dikaitkan dengan

a)

Pengambilan gula

b)

Pengambilan makanan

c)

Pengambilan dadah

d)

Pengambilan minuman

13.

Dadah disalahguna untuk

a)

perubatan

b)

kesihatan

c)

keseronokan

d)

pendidikan

14.

Penagihan dadah memusnahkan

a)

diri sendiri

b)

keluarga

c)

masyarakat

d)

negara

e)

semua pilihan jawapan

15.

Kesan jerat dadah pada diri sendiri

a)

kesihatan terjejas

b)

keluarga tidak harmoni

c)

ekonomi negara terjejas

d)

nama baik keluarga tercemar

16.

Kesan jerat dadah pada keluarga

a)

kesihatan terjejas

b)

keluarga tidak harmoni

c)

ekonomi negara terjejas

d)

nama baik keluarga tercemar

17.

Cara mengelak jerat dadah

a)

berhati-hati dengan tawaran gaji lumayan

b)

jangan bawa barang yang dikirim orang lain

c)

tinggal seorang diri di rumah

d)

selidik latar belakang individu yang baru dikenali

18.

Ali telah ditahan polis kerana dadah yang dijumpai dalam begnya. Ali tidak tahu kewujudan dadah tersebut dalam begnya. Ali ialah ____________

a)

Penipu

b)

Pengedar dadah

c)

Keldai dadah

d)

Penagih dadah

19.

Jerat dadah ialah keadaan individu yang dipengaruhi atau diperdaya oleh individu lain bagi menagih dadah atau dijadikan sebagai keldai dadah.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Keldai dadah ialah mereka yang ditipu, dipaksa atau diperdaya bagi tujuan menjual dadah di dalam atau di luar negara tanpa mengetahui mereka membawa dadah atau jadi ejen pengedaran dadah.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Aktiviti penyeludupan dadah giat dijalankan di kawasan perairan negara sahaja

a)

Betul

b)

Salah

22.

Cara mengelakkan diri dari jerat dadah ialah seperti berikut kecuali

a)

Berhati-hati dengan tawaran kerja

b)

Selidik latar belakang rakan yang baru dikenali

c)

percaya pada diri sendiri

d)

mudah terpengaruh

23.

Implikasi jerat dadah terhadap diri sendiri ialah

  • kesihatan terjejas
  • hidup dalam khayalan
  • melakukan jenayah
a)

Betul

b)

Salah