Font size
WorksheetsPEERS KESELAMATAN BULI SIBER
Total questions: 20
Worksheet time: 14mins
Adakah selamat
untuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk sesuatu perwatakan yang anda cipta di Internet?
Ya, tidak mengapa
Ya, tetapi terhad kepada nama, alamat dan usia sebenar.
Ya, tetapi hanya sekali sekala.
Lebih baik tidak mendedahkan maklumat peribadi.
Apakah yang dimaksudkan dengan buli siber?
Perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), mesej(chatting), e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.
tingkah laku seseorang atau kumpulan individu secara berulang kali melalui media elektronik dengan mesej bermusuhan atau agresif bertujuan untuk menimbulkan kemudaratan atau ketidakselesaan pada orang lain.
Perbuatan memuji dan menaikkan nama orang lain di media sosial.
Perbuatan menghantar surat layang kepada rakan supaya rakan tersebut berasa malu dan menyebabkan tekanan perasaan kepada penerimanya
Mesej yang memalukan dan mengancam atau berunsur ugutan merupakan pembulian siber. Betul atau Salah?
Betul
Salah
Pembulian siber boleh berlaku melalui medium-medium berikut KECUALI...
Laman sesawang (Website)
Laman sembang (Chat)
Surat pos
Aplikasi komunikasi online
Yang manakah BUKAN perlakuan seorang PEMBULI SIBER?
"Awak ni BODOHlah!!!"
"Eeeww.. Hodohnya awak!"
"Saya akan sebarkan rahsia awak jika awak tidak ikut kemahuan saya.”
"Wah! Pandainya awak."
Apakah tanda-tanda mangsa buli siber?
Tiada keinginan untuk ke sekolah
Hubungan dengan keluarga merosot
Keputusan peperiksaan merosot
Suka bersendirian dan tidak mahu berkongsi masalah
Semua adalah betul
Manakah antara perbuatan berikut BUKAN perbuatan buli siber?
Mengancam
Memalukan
Menakutkan seseorang
Membeli-belah online
Pilih undang-undang yang boleh menangani masalah buli siber di bawah:
Akta Jenayah Komputer
Akta Rahsia Rasmi
Akta Hasutan
Akta Komunikasi Dan Multimedia
Apakah medium elektronik yang digunakan dalam jenayah buli siber?
surat layang
microfsoft excel
permainan internet
microsoft powerpoint
Senarai di bawah adalah jenis buli siber yang sering dilakukan kecuali
mesej bertujuan untuk mengganggu atau mengancam
menggunakan kata laluan dan foto milik sendiri
menyebarkan foto, video dan memanjangkan e-mel kepada orang lain
memuatnaik komen yang sopan dan baik kepada orang lain
Jelaskan 2 kesan kepada mangsa buli siber?
mangsa akan menjadi resah, berasakan diri tidak berguna, kemurungan serta marah dan rasa dihina
mangsa akan rajin ke sekolah kerana berasa bersemangat
mangsa akan ponteng sekolah kerana berasa malu
Pelajaran mangsa semakin meningkat
Jelaskan 2 kesan buli siber kepada keluarga mangsa yang dibuli?
Keluarga berasa bangga kerana mempunyai anak yang popular di media masssa
Ahli keluarga berasa tertekan apabila dipandang serong oleh masyarakat
Keluarga tidak dapat menerima kesalahan anak mereka
keluarga akan disukai dan disanjung oleh masyarakat akibat cerita anak mereka yang kurang baik di media sosial
Meluangkan masa yang terlampau (a) merupakan sebab berlakunya gejala buli siber
Yang manakah BUKAN sebab berlakunya buli siber?
Membalas mesej atau menyebarkan mesej yang diterima.
ingin hidup mewah dengan cara yang cepat dan mudah dengan melakukan 'scam'
Terlalu yakin dan percaya kepada rakan siber
Mengambil tindakan dengan membuat aduan kepada talian bebas buli siber 15999
Semua di bawah adalah cara yang disarankan bagi mencegah buli siber.
Tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga
Menghantar atau memanjangkan mesej berbaur hasutan dan ancaman
memastikan maklumat yang diterima betul sebelum disebarkan.
Berpesan kepada anak supaya tidak berkongsi gambar dan video yang kurang sopan.
Tindakan mendiamkan diri apabila dibuli adalah tindakan yang bijak kerana pembuli siber akan berhenti melakukan jenayah siber tersebut.
BETUL
SALAH
