Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN PJPK TINGKATAN 2UTHM

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Pergerakan kreatif merupakan salah satu pengajaran yang menggabungkan elemen-elemen pergerakan berikut:

a)

tubuh badan, ruang dan masa

b)

ruang, masa dan daya

c)

tubuh badan, ruang, masa dan daya.

d)

tubuh badan, ruang, masa, daya dan gaya

2.

Berdasarkan rajah, fleksi lutut semasa mendarat membantu murid menyerap ________________.

a)

tenaga

b)

daya

c)

keseimbangan badan

d)

mengawal lonjakan

3.

Rajah menunjukkan perlakuan aktiviti lombol kangkang.

Pilih pernyataan yang betul tentang urutan perlakuan di dalam kotak berwarna merah.

a)

Bersedia dengan mengangkat sebelah tangan

b)

Bersedia dengan mengangkat kedua-dua belah tangan

c)

Tolak dengan kaki kangkang melepasi lombol

d)

Mengangkat kaki ke atas melepasi lombol

4.

Inang bermaksud__________

a)

Anak gadis

b)

Kaum ibu

c)

Pengasuh

d)

Penjaga

5.

Pergerakan berikut merupakan pergerakan dalam tarian inang:

  1. Lakukan pergerakan setempat.
  2. Langkah kehadapan dengan kaki kanan, membentuk huruf "C" - sudi
  3. Bergerak ke kanan atau ke kiri sambil membentuk huruf "C" -sudi
  4. Berundur semula dalam kiraan yang sama.


Namakan pergerakan tersebut.

a)

Ragam "C"

b)

Ragam Sudi

c)

Ragam "L"

d)

Pergerakan Setempat

6.

Antara berikut, yang manakah adalah pergerakan lokomotor?

a)

Bertepuk tangan

b)

Melambaikan tangan

c)

Berguling

d)

Tekan tubi

7.

Lakukan pergerakan setempat. Mulakan dengan langkah kaki kanan dan tangan melenggang. Melangkah ke hadapan membentuk huruf "C" dalam kiraan 1x4. Berundur semula dalam kiraan yang sama.


Langkah-langkah diatas merupakan Jenis pergerakan dalam Tarian Inang. Namakan pergerakan tersebut.

a)

Ragam "C"

b)

Ragam Sudi

c)

Ragam "L"

d)

Pergerakan setempat

8.

Pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan berikut KECUALI...

a)

Daya

b)

Masa

c)

Ruang

d)

Intensiti

9.

Apakah maksud 'tempo' yang digunakan dalam tarian?

a)

ukuran saiz ruang

b)

ukuran waktu dalam muzik

c)

ukuran bilangan penari

10.

Apakah tempo yang digunakan dalam pergerakan tarian inang yang sederhana

a)

2x2

b)

2x8

c)

4x4

d)

2x4

11.

Berapakah masa maksima untuk seorang pemain bola baling memegang bola sebelum membuat hantaran?

a)

2 saat

b)

3 saat

c)

4 saat

d)

5 saat

12.

Hantaran jenis ini dilakukan untuk mengelirukan pihak lawan dalam permainan bola baling dengan membuat hantaran secara mengejut. Hantaran ini dimaksudkan ialah ...

a)

Hantaran lantun

b)

Hantaran aras dada

c)

Hantaran atas bahu

d)

Hantaran bawah lengan

13.

Apakah tujuan mengacah ketika menyerang dalam permainan bola baling?

a)

Menjaringkan gol

b)

Mematahkan serangan

c)

Melakukan pertahanan

d)

Mengelirukan pihak lawan

14.

Apakah tujuan mengadang dalam bola baling

a)

Mengubah arah untuk menjaringkan gol

b)

Menghalang pihak lawan daripada menjaringkan gol

c)

Mengawal pergerakan pemain lawan daripada menyerang gol

d)

Membolehkan pemain bergerak dengan bola dari satu tempat ke tempat yang lain.

15.

Berikut merupakan teknik melibas yang boleh dilakukan dalam permainan sepak takraw KECUALI ...

a)

libas sisi

b)

libas depan

c)

libas gunting

d)

libas menapak

16.

___________ ialah otot utama yang terlibat ketika menanduk dalam permainan sepak takraw.

a)

Deltoid

b)

Hamstrings

c)

Sternocleidomastoid

d)

Gastrocnemius

17.

Pernyataan yang manakah TIDAK benar tentang mengadang dalam permainan sepak takraw?

a)

Pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan

b)

Adangan boleh dilakukan menggunakan kaki atau badan

c)

Perlu melonjak setinggi mungkin untuk melakukan adangan

d)

Andangan digunakan sebagai strategi menyerang dalam permainan bola sepak.

18.

Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan dalam permainan sepak takraw KECUALI ...

a)

Senaman pemanasan dan penyejukan badan tidak perlu dilakukan.

b)

Memastikan keadaan gelanggang sepak takraw rata, tidak licin dan selamat.

c)

Menanggalkan semua barang perhiasan, barang kemas dan jam sebelum bermain.

d)

Memakai pakaian sukan yang sesuai bagi memudahkan pergerakan dan mengelakkan kecederaan

19.

Permainan ragbi sentuh melibatkan ............. untuk mematikan pihak lawan

a)

rempuhan

b)

tandukan

c)

sentuhan

d)

terjahan

20.

................... ialah memerlukan pemain melompat ke hadapan dan 'touch down' dalam kawasan in - goal

a)

Try

b)

Dive

c)

Layangan

d)

Drive

21.

Bola yang digunakan dalam permainan ragbi sentuh ialah ................. ?

a)
b)
c)
d)
22.

Sebanyak ................... mata akan diberikan kepada pihak yang berjaya melakukan try.

a)

2 mata

b)

3 mata

c)

1 mata

d)

4 mata

23.

Salah seorang pemain perlu melakukan ___________ dengan menyentuh bola di belakang garisan gol pihak lawan bagi mendapatkan mata.

a)

jaringan

b)

try

c)

sepakan

d)

tendangan

24.

Antara berikut yang manakah BUKAN kemahiran melakukan strategi menyerang dalam permainan ragbi sentuh.

a)

larian zig zag

b)

hantaran ke belakang

c)

tendang dan tangkap

d)

hantaran loop

25.

Namakan peralatan berikut.

a)

Sarung tangan pemukul

b)

Bole kriket

c)

Bet kriket

d)

Wiket

26.

Namakan peralatan berikut.

a)

Bet kriket

b)

Kayu pemukul

c)

Kayu hoki

d)

Wiket

27.

Namakan peralatan berikut.

a)

Bola baling

b)

Bola sepak

c)

Bola kriket

d)

Bola sofbol

28.

Melibatkan aspek psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan.

a)

Identiti seksual

b)

kesihatan diri

c)

Orientasi seksual

d)

kesihatan mental

29.

Kecenderungan identiti personal terhadap seksual tertentu yang akan mencerminkan diri individu sama ada terarah kepada heteroseksual, homoseksual atau biseksual ialah ...

a)

Orientasi seksual

b)

jenis seksual

c)

identiti seksual

d)

homoseksual

30.

Robert telah berkahwin dengan seorang wanita dan mempunyai dua orang anak, namun pada masa yang sama Robert juga tertarik secara seksual kepada lelaki lain. Hal ini menunjukkan bahawa orientasi seksual James cenderung kepada ...

a)

Biseksual

b)

homoseksual

c)

Heteroseksual

d)

Natural

31.

Berikut merupakan peranan ibu bapa dalam menangani kecelaruan identiti dalam kalangan anak-anak KECUALI ...

a)

memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya

b)

memantau pergaulan anak-anak

c)

mendidik anak-anak mereka untuk melakukan kebaikan

d)

mengongkong kehidupan anak-anak

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyalahgunaan bahan?

a)

Penggunaan bahan dengan tujuan dan amaun yang betul

b)

Penggunaan bahan untuk tujuan perubatan

c)

Penggunaan bahan yang memudaratkan kesihatan seseorang

d)

Penggunaan bahan untuk tujuan kajian dan penyelidikan

33.

Berikut merupakan kesan penyalahgunaan bahan terlarang kepada otak KECUALI ...

a)

Hilang rasa malu

b)

Fikiran bercelaru

c)

Dapat membentuk idea spontan

d)

Pergerakan menjadi tidak terkawal

34.

Pihak kerajaan dan bukan kerajaan dapat membantu dalam menangani masalah penyalahgunaan bahan dengan ..

a)

Meringankan hukuman

b)

Membuat hebahan di media cetak dan media sosial

c)

Mengurangkan cukai kepada industrii tembakau dan alkohol

d)

Menggalakkan iklan berkaitan rokok dan arak di media sosial

35.

Sebagai remaja beberapa langkah perlu dilakukan untuk menggelakkan diri daripada terjebak dengan penyalahgunaan bahan KECUALI

a)

Belajar ilmu agama

b)

Mendengar nasihat ibu bapa

c)

melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan

d)

melepak dengan kawan-kawan tanpa had

36.

Apakah aspek penting yang perlu ada dalam diri seseorang untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan bahan?

a)

kejujuran

b)

Kesedaran diri

c)

kekuatan fizikal

d)

motivasi diri

37.

Berikut merupakan Kesan konflik dan stress terhadap kesihatan diri KECUALI ...

a)

Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah

b)

Kecewa serta cepat naik darah dan marah

c)

Mudah risau walaupun terhadap perkara kecil dan sering berasa cemas.

d)

Fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan

38.

Berikut merupakan langkah-langkah menangani stress KECUALI ...

a)
b)
c)
d)
39.

Pernyataan manakah BUKAN cara menangani konflik?

a)

Berbincang dengan ibu bapa, guru, sahabat karib atau kaunselor

b)

Berbincang untuk menyelesaikan masalah

c)

Tidak bersabar

d)

Didik diri untuk sentiasa menerima hakikat terhadap sesuatu kejadian yang berlaku

40.

Berikut merupakan kesan konflik dan stress terhadap kesihatan diri KECUALI ...

a)

Kecewa serta cepat naik darah dan marah

b)

Rasa letih sepanjang masa

c)

Merasa ceria dan sering bergurau dengan rakan

d)

Sering berasa cemas

41.

Keluarga merupakan hubungan yang wujud antara seseorang melalui yang berikut KECUALI....

a)

pertalian darah

b)

perkahwinan

c)

pergi ke sekolah yang sama

d)

pengambilan anak angkat

42.

Usaha merapatkan jurang generasi dalam sesebuah keluarga penting KECUALI…

a)

mengelakkan perselisihan faham

b)

memudahkan proses komunikasi

c)

mewujudkan keluarga yang bahagia

d)

mengekalkan hubungan yang baik dalam keluarga

43.

Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah keluarga itu gagal merapatkan jurang generasi?

a)

Mewujudkan keluarga yang bahagia.

b)

Mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat.

c)

Memberikan implikasi negatif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.

d)

Memberikan implikasi yang positif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.

44.

Yang manakah merupakan turutan generasi yang betul?

a)

X, Y, Z, Alpha, Baby Boomers

b)

Alpha, Baby Boomers, X, Y, Z

c)

Baby Boomers, X, Y, Z, Alpha

d)

Baby Boomers, Alpha, X, Y, Z

45.

Pada pendapat anda, apakah contoh dalam perkembangan teknologi yang menjadi faktor wujudnya jurang antara generasi lama dan generasi kini?

a)

Menggunakan telefon bimbit untuk berbual.

b)

Menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej.

c)

Menggunakan telefon bimbit dalam proses pembelajaran.

d)

Menggunakan telefon bimbit untuk menangkap gambar.

46.

Apakah maksud yang tepat bagi kekeluargaan?

a)

Masyarakat yang tinggal dalam satu rumah.

b)

Jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli keluarga sahaja.

c)

Persatuan sosial yang dianggotai ahli keluarga sahaja.

d)

Satu institusi sosial yang asas dalam sesebuah masyarakat.

47.

Apakah bentuk gangguan emosi yang biasa dialami oleh mangsa keganasan rumah tangga yang didera?

a)

Sedih

b)

Ketakutan

c)

Bersikap murung

d)

Kurang fokus dalam melakukan kerja

48.

Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah keluarga itu gagal?

a)

Memberikan implikasi negatif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.

b)

Mewujudkan keluarga yang bahagia.

c)

Memberikan implikasi yang positif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu.

d)

Mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat.

49.

Perkahwinan ialah ...

a)

ikatan antara lelaki dan perempuan.

b)

penyatuan lelaki dan perempuan.

c)

status seseorang yang mempunyai pasangan.

d)

penyatuan sepasang suami isteri dengan ikatan yang sah mengikut undang-undang syariah dan kepercayaan agama setiap kaum.

50.

Apakah peranan yang patut dimainkan oleh seorang bapa?

a)

Melayan pasangan dan anak-anak dengan baik.

b)

Menguruskan rumah tangga.

c)

Menjadi ketua keluarga.

d)

Mendampingi ibu bapa