Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK T3 Set 8

Total questions: 30

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama rawatan untuk kecederaan tisu lembut?

a)

R.E.S.T

b)

CPR

c)

R.I.C.E

d)

Pembebatan

2.

R dalam R.I.C.E mewakili rest. Mengapakah cara ini harus dilakukan kepada bahagian yang cedera? (Jawapan lebih daripada satu)

a)

Supaya individu yang cedera tidak terkejut.

b)

Untuk menghentikan pendarahan dalaman.

c)

Untuk memastikan pemulihan dapat dilakukan dengan pantas.

d)

Untuk merehatkan bahagian yang cedera.

3.

Dalam aplikasi ais, berapa lamakah ais diletakkan ke atas bahagian yang cedera bagi kecederaan ringan?

a)

10 - 20 minit setiap jam, selama 24 jam

b)

5 - 10 minit setiap jam, selama 12 jam

c)

30 minit sahaja

d)

Ais diletakkan sehingga bahagian yang cedera pulih.

4.

Apakah nama balutan anjal yang dibuat ke atas bahagian cedera bagi mengurangkan bengkak atau pendarahan?

a)

Pembebatan

b)

Anduh segi tiga

c)

Tuaman

d)

Ikatan simpul sila

5.

Bahan ini dapat mengecilkan salur darah bahagian yang cedera supaya kesakitan atau bengkak dapat dikurangkan.

a)

Pembebat dan balutan

b)

Paraffin

c)

Larutan iodin

d)

Ais

6.

Balutan pada bahagian yang cedera mestilah sangat ketat dan kuat.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Keadaan di mana murid yang mengalami kecederaan dinasihatkan tidak melakukan sebarang aktiviti.

a)

Pengsan

b)

Kesakitan

c)

Kejut

d)

Cemas

8.

Kedudukan ini penting bagi memastikan bahagian anggota yang cedera tidak menjadi lebih parah.

a)

Rendah

b)

Baring

c)

Duduk

d)

Tinggi

9.

E dalam R.I.C.E mewakili elevation, iaitu meninggikan bahagian yang cedera. Apakah tujuan perbuatan tersebut?

a)

Untuk mengurangkan bengkak, kesakitan dan pendarahan

b)

Sebagai sokongan bahagian yang cedera

c)

Untuk mengecilkan salur darah bahagian yang cedera

d)

Supaya aliran darah menjadi lancar

10.

Apakah yang harus dilakukan sekiranya individu yang cedera disyaki mengalami fraktur atau patah tulang? (Jawapan lebih daripada satu)

a)

Bawa ke hospital yang berdekatan

b)

Hubungi 999 dengan segera

c)

Memberi bantuan kecemasan CPR

d)

Melakukan produser R.I.C.E

11.

Lempar cakera ialah salah satu acara __________ dalam Olahraga.

a)

larian

b)

balapan

c)

balingan

d)

lompatan

12.

Lemparan yang sah ialah lemparan yang mendarat dalam ____________ balingan.

a)

sektor

b)

sangkar

c)

padang

d)

bulatan

13.

Selepas membuat lemparan cakera, atlet perlu meninggalkan bulatan lemparan melalui bahagian __________ bulatan setelah cakera mendarat.

a)

kiri

b)

kanan

c)

hadapan

d)

belakang

14.

Susun fasa-fasa lempar cakera berikut dalam urutan yang betul. I Fasa lemparan, II Fasa pemulihan, III Fasa persediaan, IV Fasa kedudukan kuasa

a)

IV -> III -> II -> I

b)

III -> IV -> I -> II

c)

II -> I -> IV -> III

d)

I -> II -> III -> IV

15.

Acara lompat kijang merupakan satu acara ___________ dalam olahraga.

a)

Larian

b)

Balapan

c)

Balingan

d)

Lompatan

16.

Apakah urutan lonjakan bagi acara lompat kijang?

a)

step -> hop -> jump

b)

hop -> jump -> step

c)

hop -> step -> jump

d)

jump -> step -> hop

17.

Acara lompat kijang memerlukan seseorang murid melakukan ________ jenis lonjakan sebelum mendarat di kawasan mendarat.

a)

2

b)

3

c)

5

d)

4

18.

Setiap fasa melonjak, fasa melangkah dan fasa melompat dalam acara lompat kijang meliputi hampir _____ daripada jumlah jarak lompatan masing-masing.

a)

1/2

b)

1/4

c)

1/3

d)

1/5

19.

Susun fasa-fasa lompat kijang berikut dalam urutan yang betul.

I Fasa melonjak,

II Fasa melompat,

III Fasa melangkah,

IV Fasa lari landas

a)

IV -> I -> III -> II

b)

III -> IV -> I -> II

c)

II -> I -> IV -> III

d)

I -> II -> III -> IV

20.

Gambar di atas merupkan latihan yang sesuai bagi acara _____________

a)

Lompat kijang

b)

Lempar cakra

c)

lari berpagar

d)

Lompat tinggi

21.

Berikut adalah penyalahgunaan bahan kecuali....

a)

menghisap rokok

b)

minum minuman berkarbonat

c)

menghidu gam

d)

mengambil dadah

22.

Antara berikut merupakan implikasi penyalahgunaan bahan terhadap diri dan keluarga kecuali...

a)

Mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran

b)

mengaibkan nama keluarga

c)

terdedah kepada penyakit dan gejala sosial yang lain

d)

bertentangan dengan ajaran agama

23.

Rakyat perlu taat dan mengikut prinsip Rukun Negara untuk menjamin _________________ negara.

a)

Perpaduan

b)

Keselamatan

c)

Cinta

d)

Kesejahteraan

24.

Implikasi penyalahgunaan bahan terhadap masyarakat dan negara adalah ___________________________.

a)

masyarakat sentiasa aman dan harmoni.

b)

ramai generasi pelapis pemimpin negara.

c)

negara mungkin dijajah sekali lagi.

d)

masyarakat sentiasa berakhlak

25.

Kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang adalah:-


*jawapan adalah lebih daripada satu

a)

memastikan individu berdisiplin

b)

menjamin ketaatan rakyat

c)

sistem pentadbiran menjadi kucar kacir

d)

masyarakat berpecah belah

e)

memupuk sikap saling menghormati

26.

Bahan-bahan yang disalahgunakan boleh menyebabkan seseorang bersifat proaktif dalam melaksanakan tugas.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Antara risiko dalam menyalahgunaan bahan ialah seperti berikut KECUALI:

a)

Saraf

b)

Fizikal

c)

Otot

d)

Sosial

28.

Penyalahgunaan bahan akan menyebabkan seseorang itu:

a)

Hilang penglihatan.

b)

Menambahkan keyakinan diri.

c)

Hilang pertimbangan dan kawalan diri.

d)

Berfikir secara kreatif.

29.

Dari segi sosial, penyalahgunaan bahan menyebabkan:

a)

Prestasi kerja bertambah baik.

b)

Hilang minat dan tanggungjawab

c)

Berdisiplin dalam melaksanakan kerja.

d)

Peka terhadap kesihatan diri.

30.

Dari segi janin, saiz kepala janin bagi mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan akan kelihatan besar.

a)

Betul

b)

Salah