wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 2 PRINSIP AKAUN T4

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Komponen Penyata Pendapatan terdiri daripada____________________.

a)

Aset & Hasil

b)

Aset & Belanja

c)

Hasil & Belanja

d)

Belanja & Ekuiti Pemilik

2.

Apakah komponen Penyata Kedudukan Kewangan?

a)

Aset, Hasil & Liabilitii

b)

Aset, Hasil & Ekuiti Pemilik

c)

Aset, Liabiliti & Ekuiti Pemilik

d)

Hasil, Liabiliti & Ekuiti Pemilik

3.

Manakah yang merupakan hasil operasi bagi sesebuah perniagaan?

a)

Hasil Jualan

b)

Sewa diterima

c)

Untung atas pelupusan aset bukan semasa

d)

Faedah diterima

4.

apakah item yang akan menambahkan kos belian?

a)

Diskaun diterima & Upah atas belian

b)

Diskaun diterima & Pulangan belian

c)

Upah atas belian & Duti import

d)

Pulangan belian & Duti import

5.

Manakah hasil daripada aktiviti utama perniagaan?

a)

Faedah simpanan

b)

Untung bersih

c)

Hasil operasi perniagaan

d)

Hasil bukan operasi perniagaan

6.

X merupakan harta tahan lama yang digunakan untuk beberapa tahun bagi membantu menjalankan perniagaan. X ialah .....

a)

Aset semasa

b)

Liabiliti semasa

c)

Aset bukan semasa

d)

Liabiliti bukan semasa

7.

Manakah yang merupakan hasil operasi Kedai Runcit Pravinaa?

a)

Sewa diterima

b)

Komisen diterima

c)

Jualan barang niaga

d)

Bayaran gaji pekerja

8.

Manakah yang merupakah catatan kontra?

a)

Akaun belum terima

b)

Modal

c)

Inventori akhir

d)

Ambilan

9.

Manakah yang merupakan persamaan perakaunan yang melibatkan hasil dan belanja?

a)

Aset = Liabiliti - Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja

b)

Aset = Ekuiti Pemilik - Liabiliti + Hasil - Belanja

c)

Aset = Ekuiti Pemilik + Liabiliti + Hasil - Belanja

d)

Aset = Ekuiti Pemilik + Liabiliti - Hasil - Belanja

10.

Maklumat berikut menunjukkan kesan terhadap persamaan perakaunan.


Aset = Berkurang

Liabiliti = Berkurang

Ekuiti Pemilik = Bertambah


Urus niaga manakah yang menepati kesan berkenaan?

a)

Inventori berkos RM400 dijual secara tunai dengan RM380. Tunai tersebut digunakan untuk menjelaskan akaun belum bayar

b)

Menjelaskan bayaran kepada akaun belum bayar dengan cek RM4700

c)

Inventori berkos RM4800 dijual secara tunai dengan RM6000. Tunai tersebut digunakan untuk menjelaskan pinjaman.

d)

Menerima bayaran tunai daripada akaun belum terima RM8800 untuk menjelaskan hutangnya RM9000.

11.

Antara berikut, yang manakah merupakan komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

i. Kos Jualan

ii. Jualan bersih

iii. Ekuiti Pemilik

iv. Aset bukan semasa

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

12.

Antara yang berikut, butir- butir yang manakah merupakan hasil operasi?

i. Komisen diterima

ii. Jualan barang niaga

iii. Dividen daripada pelaburan

iv. Untung atas jualan aset bukan semasa

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

13.

Komponen ekuiti pemilik termasuk

i. modal

ii. ambilan

iii. aset semasa

iv. liabiliti bukan semasa

a)

iii dan iv

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

i dan ii

14.

Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang liabiliti semasa?

a)

Mempunyai tahap kecairan yang tinggi

b)

Merupakan hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dalam tempoh setahun kewangan

c)

Merupakan hutang perniagaan kepada pemilik

d)

Boleh ditukar menjadi tunai dalam tempoh setahun kewangan

15.

Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Lim

Aset RM33 150

Liabiliti RM9950

Ekuiti Pemilik ?

Rugi RM680

Berapakah jumlah ekuiti pemilik?

a)

RM22520

b)

RM23880

c)

RM23200

d)

RM42420