wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM T5 TUJUH GOLONGAN YANG DAPAT NAUNGAN ALLAH

Total questions: 37

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud hadis di atas ?

a)

dan seseorang di hatinya sentiasa mencintai masjid

b)

tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Allah SWT

c)

pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungannya

d)

pemimpin yang adil

2.

Nyatakan maksud hadis di atas.

a)

dan pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada Allah SWT

b)

pemimpin yang adil

c)

dan seseorang yang bersedekah secara sembunyi

d)

dan seseorang yang hatinya sentiasa mencitai masjid

3.

Nyatakan maksud hadis di atas.

a)

tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Allah SWT

b)

dan seseorang lelaki yang diajak berzina oleh perempuan kaya dan cantik

c)

dan seseorang yang bersedekah secara bersembunyi

d)

pemimpin yang adil

4.

Nyatakan maksud ayat di atas.

a)

pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungannya

b)

dan seseorang yang bersedekah secara tersembunyi

c)

lalu dia menolak dan berkata : "aku takut pada Allah SWT"

d)

dan pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada Allah

5.

Antara berikut yang manakah tidak termasuk dalam golongan yang mendapat naungan Allah SWT ?

a)

seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid

b)

seseorang yang suka bersedekah

c)

dua orang yang saling mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah

d)

seseorang yang mengingati Allah sehingga menitiskan air mataya

6.

Nyatakan contoh pemimpin yang adil.

a)

melaksanakan tuntutan solat lima waktu

b)

menerima rasuah dalam mengadili kebenaran

c)

memastikan keperluan rakyat mencukupi

d)

melaksanakan qiamullail dan membaca Al-Quran

7.

Pemuda yang hidupnya taat beribadat kepada Allah ialah pemuda yang memenuhi masa dengan melakukan _______ kepada Allah sama ada wajib atau sunat.

a)

kebaikan

b)

bersedekah

c)

amal soleh

d)

ibadah

8.

Seseorang yang mencintai masjid ialah seseorang yang hatinya sentiasa _______ memakmurkan masjid dengan aktiviti ibadah dan kebajikan.

a)

sedih

b)

menyesal

c)

seronok

d)

malas

9.

Nyatakan contoh seseorang yang mencintai masjid.

a)

suka bersedekah

b)

suka menunaikan solat fardhu secara berjemaah

c)

suka tidur di dalam masjid

d)

menjauhi perbuatan mencuri

10.

Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah bermaksud dua orang yang bersahabat berasaskan _______ dan _______ kepada Allah SWT

a)

kebaikan, amal soleh

b)

keimanan, ketakwaan

c)

perangai, sikap

d)

harta, wang

11.

Seseorang yang membenci perbuatan maksiat ialah seseorang yang membenci dan menjauhi semua perbuatan yang _______ suruhan Allah.

a)

mengikut

b)

bertujuan untuk menunaikan

c)

meninggalkan

d)

menunaikan

12.

Antara berikut yang manakah contoh seseorang yang membenci maksiat ?

a)

suka berfoya-foya dengan wanita

b)

tidak menjaga batas pergaulan dengan bukan muhrim

c)

mengajak rakan untuk meminta bantuan mencuri

d)

menjauhi perbuatan mencuri

13.

Seseorang yang menyembunyi sedekah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah semata-mata ________________________

a)

dengan mengharapkan pujian

b)

tanpa mengharapkan pujian

c)

untuk menunjuk-nunjuk amalan yang dilakukan

d)

dengan mengharapkan balasan

14.

Nyatakan contoh bagi seseorang yang mengingati Allah sehingga menitiskan air mata.

a)

menjauhi perbuatan mencuri

b)

memberikan sumbangan secara (online banking)

c)

menunaikan solat fardhu secara berjemaah

d)

beristighfar dengan mengharapkan keampunan Allah sehingga menitiskan air mata

15.

Mengingati Allah sehingga menitiskan air mata bermaksud mengingati Allah sama ada melalui hati atau lisan dengan penuh _____ dan rasa _____ kepadanya.

a)

menyesal, bongkak

b)

paksaan, benci

c)

ikhlas, takut

d)

menyesal, berani

16.

Kita hendaklah ____________ dalam setiap tindakan kerana sikap itu merupakan suruhan Allah.

a)

keras kepala

b)

mengikut kata hati

c)

mengikut majoriti

d)

berlaku adil

17.

Kita hendaklah berusaha memperbanyakkan _______ kerana amalan tersebut dapat menyucikan harta dan jiwa.

a)

amalan soleh

b)

bersedekah

c)

amalan ibadat

d)

ibadat sunat

18.

Kita hendaklah berusaha ________ masjid agar syiar Islam dapat ditegakkan.

a)

membangunkan

b)

pergi

c)

datang

d)

mengimarahkan

19.

Merujuk sabdaan Rasulullah SAW, bagaimanakah cara untuk memperbaharui iman?

a)

banyakkan berselawat

b)

banyakkan beristighfar

c)

banyakkan menyebut "Lailahailallah"

d)

banyakkan solat hajat

20.

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK ANTARANYA...

a)

PENDERMA

b)

PEMIMPIN YANG ADIL

c)

PEMUDA YANG SOLEH

d)

PENCINTA HAIWAN

21.

Nyatakan contoh pemimpin yang adil.

a)

melaksanakan tuntutan solat lima waktu

b)

menerima rasuah dalam mengadili kebenaran

c)

memastikan keperluan rakyat mencukupi

d)

melaksanakan qiamullail dan membaca Al-Quran

22.

Gambar : Golongan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah

a)

Orang lelaki yang suka melihat masjid dari jauh.

b)

Orang lelaki yang rajin ke masjd dan solat berjemaah

c)

Arkitek yang melihat hasil senireka masjid yang cantik

23.

Pengajaran hadis ini diantaranya

a)

Pemimpin dan pemerintah hendaklah bersikap adil kepada rakyatnya

b)

Pemimpin dan pemerintah hendaklah selalu memerhati rakyatnya.

c)

Pemimpin dan pemerintah hendaklah selalu membeli hati rakyat.

24.

pengajaran hadis ..

a)

wajib bersikap warak dan menjauhkan ketaatan.

b)

wajib bersikap warak dan menjauhkan kemungkaran

c)

wajib bersikap warak dan menurut bisikan syaitan

25.

Antara golongan yang mendapat naungan Allah di dalam hadis

a)

SESEORANG YANG MENYEMBUNYIKAN SEDEKAHNYA

b)

SESEORANG YANG MEMBINA SEBUAH MASJID

c)

SESEORANG YANG MENGINGATI ALLAH SEHINGGA MENITISKAN AIR MATA

d)

TUJUH ORANG YANG SALING MENGASIHI KERANA ALLAH, BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH

26.

Apakah maksud وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ?

a)

seseorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan kaya & cantik Lalu dia menolak sambil berkata: “Aku takut pada Allah SWT”

b)

pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada Allah SWT

c)

2 orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu & berpisah kerana Allah SWT

d)

Pemimpin yang adil

e)

seseorang yang bersedekah secara sembunyi

27.

Berikan contoh PEMUDA YANG HIDUP TAAT BERIBADAH KEPADA ALLAH

a)

Memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi

b)

Melaksanakan tuntutan solat 5 waktu & ibadah puasa dengan sempurnanya

c)

Menunaikan solat fardhu secara berjemaah

d)

Persaudaraan antara kaum Muhajirin & Ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga & tempat tinggal

e)

Menjauhi perbuatan kemungkaran

28.

Berikan contoh DUA ORANG YANG SALING MENGASIHI KERANA ALLAH SWT, BERTEMU & BERPISAH KERANA ALLAH

a)

Memberikan sumbangan kewangan secara perbankan dalam talian (online banking)

b)

Beristighfar dengan mengharapkan keampunan Allah SWT sehingga mengalir air mata mengenangkan dosa yang dilakukan

c)

Menunaikan solat fardhu secara berjemaah

d)

Persaudaraan antara kaum Muhajirin & Ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga & tempat tinggal

e)

Menjauhi perbuatan kemungkaran

29.

Berikan contoh SESEORANG YANG MENYEMBUNYIKAN SEDEKAHNYA

a)

Memberikan sumbangan kewangan secara perbankan dalam talian (online banking)

b)

Beristighfar dengan mengharapkan keampunan Allah SWT sehingga mengalir air mata mengenangkan dosa yang dilakukan

c)

Menunaikan solat fardhu secara berjemaah

d)

Persaudaraan antara kaum Muhajirin & Ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga & tempat tinggal

e)

Menjauhi perbuatan kemungkaran

30.

Berikan 3 pengajaran ayat yang sesuai untuk pembelajaran ini

a)

Kita hendaklah berlaku adil dalam setiap tindakan kerana sikap tersebut merupakan suruhan Allah SWT

b)

Kita hendaklah memakmurkan masjid agar syiar Islam dapat ditegakkan

c)

Kita hendaklah memanfaatkan usia muda dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT

d)

Kita hendaklah menyucikan diri kerana ianya sebahagian daripada iman

e)

Kita hendaklah sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan kerana Allah mencintai orang yang bersyukur

31.

Diriwayatkan oleh ....

a)

Riwayat Bukhari dan Al-Anbiya

b)

Riwayat Ahmadinah dan Al-Hakimah

c)

Riwayat Ahmad dan Abu Darda

d)

Riwayat Ahmad dan Al-Hakim

32.

Berikut ialah contoh Seseorang yang membenci maksiat kerana takutkan Allah

a)

mewakafkan tanah untuk didirikan masjid

b)

menghindari pergaulan bebas

33.

Seseorang yang mengingati Allah secara bersendirian sehingga menitiskan air mata samada ia melakukan melalui...

a)

hati

b)

lisan

c)

tangan

34.

Apakah yang dimaksudkan dengan Naungan?

a)

Mendapat perlindungan daripada kepanasan cahaya matahari di padang Mahsyar

b)

Mendapat perlindungan daripada hujan yang lebat

c)

Mendapat perlindungan daripada payung

d)

Mendapat perlindungan daripada kepanasan di hari akhirat

35.

Saidina Abu Bakar sentiasa mendampingi Rasulullah ketika berhadapan dengan pelbagai ujian semasa berhijrah ke madinah adalah merupakan contoh golongan yang mendapat naungan Allah?

a)

Pemimpin yang adil

b)

Pemuda yang hidupnya taat beribadat kepada Allah

c)

2 orang yang sentiasa mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah

d)

Seseorang yang hatinya mencintai masjid

36.

Melazimi qiamullail, membaca Al - Quran dan berzikir adalah contoh kepada?

a)

Pemuda yang hidupnya taat beribadat kepada Allah

b)

Seseorang yang hatinya mencintai masjid

c)

Seseorang yang membenci perbuatan maksiat kerana takut kepada Allah

d)

Pemimpin yang Adil

37.

Makna الظل ialah

a)

Dilindungi bahaya

b)

Dilindungi cahaya

c)

Dilindungi Pokok