wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (SEJARAH) TINGKATAN 2

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan ini diasaskan oleh Jayavarman II dan terletak di Lembah Sungai Mekong. Kerajaan Alam Melayu yang manakah berkaitan dengan maklumat tersebut?

a)

Funan

b)

Angkor

c)

Champa

d)

Srivijaya

2.

Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Srivijaya menjadi lemah?

a)

Pemberontakan penduduk

b)

Perebutan takhta kerajaan

c)

Serangan tentera Chola

d)

Ancaman Siam

3.

Apakah kerajaan yang terawal sekali muncul di Alam Melayu?

a)

Kerajaan Kedah Tua

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Angkor

d)

Kerajaan Funan

4.

Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap kerajaan Champa?


Chu-Lien

a)

Menamatkan pengaruh China

b)

Menghalang seranagan Chola

c)

Menguasai Teluk Camranh

d)

Menewaskan Dai Viet

5.

Apakah faktor yang membawa kepada penyebaran agama Buddha ke Alam Melayu?

a)

Peranan sami

b)

Peranan Pedagang

c)

Peranan pelabuhan

d)

Peranan tentera

6.

Gelaran berikut diguna pakai oleh pemerintah kerajaan Funan.


Kurung Bnam


Apakah maksud istilah tersebut?

a)

Raja Gunung

b)

Penjaga kerajaan

c)

Raja segala raja

d)

Alam sejagat

7.

Gambar berikut merujuk kepada tanaman buah pala.


Tanaman tersebut diusahakan oleh masyarakat di....

a)

Pulau Jawa

b)

Pulau Banda

c)

Pulau Borneo

d)

Pulau Sumatera

8.

Apakah tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Srivijaya?

a)

Bunga cengkih

b)

Lada hitam

c)

Buah pala

d)

Padi

9.

Maklumat di atas berkaitan dengan gelaran raja di kerajaan Alam Melayu.

Apakah kerajaan yang menggunakan gelaran tersebut?

a)

Kerajaan Angkor

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Kedah Tua

d)

Kerajaan Gangga Nagara

10.

Maklumat di atas berkaitan dengan pentadbiran wilayah kerajaan Srivijaya. Siapakah pentadbir X?

a)

Pradatuan

b)

Pakuwuan

c)

Kabupaten

d)

Kebuyutan

11.

Antara berikut, yang manakah tugas ketua kerajaan bagi Kerajaan Kedah Tua?

I Mengawal keamanan

II Menjaga keselamatan

III Memajukan perdagangan

IV Menguruskan keagamaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Apakah barang dagangan yang diperlukan oleh pedagang India di Alam Melayu?

a)

Garam

b)

Mangkuk

c)

Kapur barus

d)

Sarang burung

13.

Kerajaan Majapahit telah membina beberapa sistem pengairan.

Apakah kesan pembinaan sistem pengairan tersebut?

a)

Melicinkan kegiatan menternak binatang

b)

Memudahkan kemasukan pedagang luar

c)

Meningkatkan pengeluaran padi sawah

d)

Mengatasi masalah banjir

14.

Apakah kegunaan gaharu oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu?

a)

Bahan pewangi

b)

Bahan makanan

c)

Produk kesihatan

d)

Barang perhiasan

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan pusat perlombongan bijih besi di Angkor?

a)

Indrapura

b)

Amaravati

c)

Pergunungan Hue

d)

Pergunungan Phnom Dek

16.

Apakah bukti masyarakat kerajaan Champa bertutur menggunakan bahasa Melayu?

a)

Penemuan inskripsi

b)

Penemuan batu bersurat

c)

Penemuan di dinding dan batu-batu

d)

Sifat keterbukaan masyarakat Alam Melayu

17.

Sistem tulisan dan bahasa masyarakat kerajaan Alam Melayu dikaitkan dengan pengaruh daripada India.

Apakah jenis tulisan tersebut?

a)

Sanskrit

b)

Tamil

c)

Kawi

d)

Pegon

18.

Apakah bahasa utama yang digunakan oleh kerajaan Majapahit?

a)

Melayu Champa

b)

Jawa Kuno

c)

Sanskrit

d)

Melayu

19.

Kegiatan persuratan telah berkembang sehingga melahirkan sistem tulisan yang digunakan pada batu bersurat.

Apakah fungsi batu bersurat tersebut?

a)

Catatan tentang pemerintahan dan keagamaan

b)

Lambang kemegahan dan kekuatan kerajaan

c)

Medium komunikasi untuk perdagangan

d)

Lambang kesenian masyarakat silam

20.

Kerajaan Angkor selain membina baray juga turut membina kapal. Mengapakah kapal dibina?

I Kegunaan perdagangan

II Menghadapi peperangan

III Menyebarkan agama Islam

IV Lambang kemasyhuran kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka ialah sekitar tahun

a)

1400

b)

1500

c)

1600

d)

1900

22.

Mengapakah Parameswara memilih Melaka untuk dijadikan sebagai sebuah kerajaan?

a)

Kaya dengan hasil bumi

b)

Kedudukan yang strategik

c)

Sesuai untuk mendirikan penempatan

d)

Banyak tumbuhan semulajadi untuk menjana ekonomi

23.

Apakah kepentingan bentuk muka bumi yang berbukit bukau di Melaka?

I Menjadi benteng pertahanan

II Memajukan bidang pertanian

III Memudahkan urusan jual beli

IV Menjadi panduan kapal dagang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Apakah X?

a)

Penasihat raja

b)

Pemungut hasil

c)

Penguasa bandar

d)

Pengawal peribadi raja

25.

Antara berikut, apakah tugas utama para pembesar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

I Menjaga kesihatan raja

II Membawa tenaga buruh dari luar

III Mengutip cukai melalui sistem serah

IV Membekalkan tentera untuk tujuan

peperangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Apakah kepentingan Undang-undang Laut Melaka dalam aktiviti perdagangan di Melaka?

a)

Urus niaga berjalan dengan lancar

b)

Keselamatan rakyat jelata terpelihara

c)

Dasar monopoli perdagangan terjamin

d)

Pelbagai kemudahan disediakan di pelabuhan

27.

Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran Islam yang unggul di Alam Melayu pada abad ke -15.

Antara berikut sultan Melaka manakah yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi?

a)

Parameswara

b)

Sultan Mansur Shah

c)

Sultan Iskandar Shah

d)

Sultan Muzaffar Shah

28.

Apakah tanggungjawab Syahbandar seperti yang termaktub dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Menjaga kebajikan penduduk tempatan

b)

Menjaga kebersihan kawasan pelabuhan

c)

Mengawal keluar masuk pedagang luar

d)

Memeriksa alat timbang di pelabuhan

29.

Apakah peranan Orang Laut dalam memajukan perdagangan di pelabuhan Melaka?

a)

Penunjuk arah kepada pedagang yang berdagang di Melaka

b)

Memunggah barang dagangan di pelabuhan

c)

Menyediakan khidmat membaiki kapal

d)

Memungut cukai di pelabuhan

30.

Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan.

Apakah kesan hubungan baik tersebut?

I Menjamin keselamatan

II Mendapat perlindungan

III Menguasai jalan perdagangan

IV Memperoleh bekalan kayu jati

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Kesutanan Melayu Melaka pada awal abad ke-16?

I Dasar perdagangan

II Masalah perpaduan

III Masalah kepimpinan

IV Pemberontakan penduduk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Apakah nama tempat X?

a)

Kampar

b)

Linggi

c)

Pagoh

d)

Siak

33.

Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Johor Riau?

a)

Sultan Ibrahim

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah I

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah II

34.

Di manakah terletaknya pusat pemerintahan pertama Kesultanan Johor Riau?

a)

Kota Kara

b)

Kota Batu

c)

Kota Selayut

d)

Kota Sayong

35.

Pada tahun 1540, pemerintah Kesultanan Johor Riau telah memindahkan pusat pemerintahan. Dimanakah pusat pemerintahan tersebut?

a)

Kota Batu

b)

Pekan Tua

c)

Kota Sayong

d)

Pekan Batu Sawar

36.

Apakah punca berlakunya Perang Seratus Tahun?

a)

Tindakan Acheh ingin menguasai Melaka

b)

Tindakan Portugis ingin menguasai Johor

c)

Tindakan ketiga-tiga kuasa ingin menguasai Selat Melaka

d)

Tindakan ketiga-tiga kuasa ingin menguasai Alam Melayu

37.

Antara kapal dagang yang berlabuh di pelabuhan tersebut ialah..

I Siam

II China

III Gujerat

IV Portugis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Gambar menunjukkan mata wang yang digunakan dalam urusan jual beli pada zaman Kesultanan Johor Riau. Apakah nama mata wang tersebut?

a)

Wang emas

b)

Wang katun

c)

Wang kijang

d)

Wan kupang

39.

Gambar menunjukkan karya persuratan berikut amat dikenali sehingga kini. Apakah kandungan karya persuratan tersebut?

a)

Menceritakan adat istiadat kerajaan Johor

b)

Menceritakan asal usul keturunan raja Melaka

c)

Menceritakan sejarah Kesultanan Melayu Johor

d)

Menceritakan tentang asal usul kemerosotan Melaka

40.

Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan karya-karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa?

a)

Menggalakkan anak-anak membaca

b)

Mempamerkan dalam galeri sekolah

c)

Mengadakan pertandingan di peringkat sekolah

d)

Menyiarkan dalam rancangan “History” peringkat global