Font size
WorksheetsKATA MAJMUK
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Peserta nyanyian lagu-lagu patriotik sedang menjalani
uji pandu
uji bakat
uji kepintaran
uji minda
Cikgu Yazid menampal hasil kerja murid pada ________________ di belakang kelas.
papan tanda
papan pameran
papan lapis
papan kenyataan
Sebelum pulang, Junaidah ____________ kepada tuan rumah.
minta maaf
minta diri
minta ampun
minta nyawa
Murid-murid Tahun Enam Sukses mengulang kaji pelajaran di _______________.
pusat beli-belah
pusat sumber
pusat perubatan
pusat komuniti
Bunyi deruan ________ membuatkan kami tidak sabar-sabar hendak mandi di situ.
air kolah
air terjun
air perigi
air telaga
Pembakaran sampah secara terbuka juga menjadi faktor pembebasan asap ke __________ di negara kita.
ruang udara
ruang legar
ruang tamu
ruang dapur
Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah terbuka
rumah tangga
rumah tumpangan
__________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.
Beritahu
Sukarela
Tanggungjawab
Tandatangan
“Jangan ______________kan hal peribadi dengan kerja kita,” kata Ali kepada rakan setugasnya.
tangan baju
tangan kiri
campur tangan
campur aduk
__________________ syarikat diminta mencatatkan minit mesyuarat kali pertama.
Setiausaha
Jawatankuasa
pesuruhjaya
kakitangan
Pihak sekolah akan mengadakan sesi __________________ bagi meraikan murid-murid Tahun Satu.
tegur sapa
soal jawab
ramah mesra
temu bual
Kementerian Pelajaran sedang _________________ usaha untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.
mengemaskinikan
menguatkuasakan
melipatgandakan
menambahbaikan
pak Cik Budin terpaksa menjual tanahnya yang hanya _________ itu untuk menampung perbelanjaan anaknya di universiti
dapat terpijak
terang tanah
bersengkang mata
sekangkang kera
_________ yang berkaitan dengan Program Tahu Enam telah disiapkan oleh Cikgu Salmi petang semalam.
Kertas kajang
Kertas turas
Kertas kerja
Kertas sebak
____________ bangunan itu berkonsepkan seni bina Islam
Reka bentuk
Reka acuan
Reka rupa
Reka seni
Emak membeli beberapa bungkus ________________ di warung mak Gayah untuk sarapan anak-anaknya.
nasi putih
nasi lemak
nasi campur
nasi melukut
Dia bersikap ___________ sedikit sejak kebelakangan ini.
luar dugaan
luar perangai
luar rumah
luar biasa
Beberapa orang ____________ Jabatan Pelajaran Johor telah dinaikkan pangkat dalam majlis anugerah itu.
jawatankuasa
kakitangan
pesuruhjaya
warganegara
_______________ Encik Zainol berasal dari Muar, Johor.
Orang atas
Orang dapur
Orang rumah
Orrang harapan
Rizal berasa ________________ apabila Qassim tidak menjemputnya ke majlis itu.
jauh hati
resah hati
kecewa hati
jatuh hati
Syarikat yang mempunyai ____________ yang tinggi itu mampu bertahan hingga kini.
daya tenaga
reka cipta
daya saing
usaha sama
Maria melukis beberapa bentuk _________ kaki sama pada kertas lukisan itu menggunakan pensel.
segi tiga
segi empat
segi lima
bulat bujur
___________ majlis itu terpaksa diubah kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Atur masa
Atur cara
Atur susun
Atur seni
Penduduk Kampung saya __________ untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes.
keras hati
jatuh hati
bulat hati
murah hati
