Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENYAKIT (PK TAHUN 5)

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Penyakit campak boleh merebak melalui ......

a)

bawaan udara

b)

bawaan udara dan titisan air dari mulut dan hidung pesakit

c)

titisan air dari mulut atau hidung

d)

percikan cecair dari mulut pesakit

2.

- Demam

- Sakit kepala

- Mulut kering

- Bengkak pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid dan berasa sakit ketika menelan makanan

Pilih gambar yang betul bagi menunjukkan simptom-simptom di atas.

a)
b)
c)
d)
3.

Pilih pernyataan yang betul tentang vaksin.

a)

sediaan bakteria, virus dan lain-lain yang masih hidup untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan

b)

sediaan bakteria atau virus yang sudah mati untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan

c)

sediaan virus yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan

d)

sediaan bakteria, virus dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan

4.

Berikut ialah cara mencegah penyakit berjangkit kecuali .........

a)

sentiasa menjaga kebersihan badan

b)

tidak berada dekat dengan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit

c)

bersentuhan dengan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit

d)

sentiasa peka dengan setiap penyakit supaya dapat dicegah dari awal

5.

Vaksin digunakan untuk melindungi daripada sesuatu penyakit.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Penyakit berjangkit merupakan ............

a)

penyakit akibat bawaan air

b)

penyakit akibat virus

c)

penyakit akibat jangkitan kuman

d)

penyakit bawaan agen jangkitan atau vektor

7.

Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri penyakit BEGUK ?

a)

Demam kemudian bintik-bintik merah dan akhirnya menjadi gelembung cecair dan gatal.

b)

Demam panas dan hilang selera makan. Bengkak di kelenjar air liur.

c)

Suhu badan menjadi panas dan timbul bintik-bintik merah seperti ruam.

d)

Demam ringan, ruam, rasa mual, radang mata yang ringan dan bengkak kelenjar limfa di belakang telinga dan bawah leher.

8.

Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri penyakit RUBELA ?

a)

Demam kemudian bintik-bintik merah dan akhirnya menjadi gelembung cecair dan gatal.

b)

Demam panas dan hilang selera makan. Bengkak di kelenjar air liur.

c)

Suhu badan menjadi panas dan timbul bintik-bintik merah seperti ruam.

d)

Demam ringan, ruam, rasa mual, radang mata yang ringan dan bengkak kelenjar limfa di belakang telinga dan bawah leher.

9.

Penyakit RUBELA merebak melalui

a)

udara dan sentuhan.

b)

percikan cecair mulut pesakit.

c)

titisan air dari mulut atau hidung semasa batuk, bersin atau meludah.

d)

udara dan titisan air dari mulut dan hidung pesakit.

10.

Penyakit BEGUK merebak melalui

a)

udara dan sentuhan.

b)

percikan cecair mulut pesakit.

c)

titisan air dari mulut atau hidung semasa pesakit batuk, bersin atau meludah.

d)

udara dan titisan air dari mulut dan hidung pesakit.

11.

Penyakit CACAR merebak melalui

a)

udara dan sentuhan.

b)

percikan cecair mulut pesakit.

c)

titisan air dari mulut atau hidung semasa pesakit batuk, bersin atau meludah.

d)

udara dan titisan air dari mulut dan hidung pesakit.

12.

Penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin ialah..

a)

Terseliuh tangan

b)

Darah Tinggi

c)

Diabetes

d)

Rubella

13.

Antara berikut, manakah perlakuan yang menjaga kesihatan diri ?

a)

Tidak mandi selama satu minggu

b)

Makan selepas bermain tanpa mencuci tangan

c)

membersihkan diri sebelum menyentuh sebarang makanan

d)

Membiarkan kuku panjang

14.

Apakah kebaikan mempunyai tahap kesihatan yang baik ?

a)

Mudah rasa penat

b)

Hidup lebih sejahtera dan harmoni

c)

Sakit kepala

d)

Tidak selesa

15.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara kita merupakan salah satu penyakit berjangkit.

a)

Betul

b)

Salah

c)

Tidak pasti

16.

Covid-19 boleh dicegah dengan mengamalkan ...

a)

penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan

b)

berpelukan dan bersalaman dengan kawan

c)

berhimpun adlam kawasan sempit

d)

Menutup muka dengan pelitup muka

17.

Sekiranya sekolah telah mula beroperasi, sebagai murid apakah tindakan yang perlu kamu lakukan ?

a)

Tidak hadir ke sekolah

b)

Mengamalkan SOP yang telah ditetapkan

c)

Makan di kantin

d)

Bermain bola di padang

18.

Vaksin Mumps, Measles, Rubella (MMR) adalah vaksin yang digunakan untuk melindungi tubuh daripada tiga jenis penyakit yang berikut, kecuali

a)

Demam campak

b)

Beguk

c)

Cacar air

d)

Rubella

19.

Suntikan vaksin MMR diberikan dua kali, iaitu ketika

a)

Bayi berusia 3 bulan dan 6 bulan

b)

Bayi berusia 9 bulan dan 12 bulan

c)

Kanak-kanak berusia 7 tahun dan 10 tahun

d)

Kanak-kanak berusia 7 tahun dan 12 tahun

20.

Kelenjar apakah yang terletak di kedua-dua belah pipi manusia?

a)

Kelenjar Rubella

b)

Kelenjar Mumps

c)

Kelenjar Parotid

d)

Kelenjar Varisela