wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KIMIA@CHEMISTRY : ASID BES

Total questions: 63

Worksheet time: 48mins

Name
Class
Date
1.

Ion apakah yang menentukan sifat keasidan sesuatu larutan?

a)

Ion OH-

b)

Ion SO42-

c)

Ion H+

d)

Ion NO3-

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan alkali?

a)

Bahan kimia yang meneutralkan asid untuk menghasilkan garam dan air

b)

Bes yang larut dalam air

c)

Bahan kimia yang mengandungi ion H+

d)

Bahan yang mempunyai rasa yang masam

3.

Ciri-ciri asid kuat ialah


I. Kepekatan ion H+ tinggi

II. Penceraian tidak lengkap apabila dilarutkan dalam air

III. Kepekatan ion OH- tinggi

IV. Penceraian lengkap apabila dilarutkan dalam air

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

4.

Berikut adalah asid kuat kecuali

a)

HCl

b)

CH3COOH

c)

H2SO4

d)

HNO3

5.

Manakah antara berikut merupakan alkali lemah

a)

NH4OH

b)

NaOH

c)

KOH

d)

BaOH2

6.

Berikut merupakan sifat fizik bagi asid kecuali

a)

Rasa masam

b)

Nilai pH kurang daripada 7

c)

Rasa licin

d)

Menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah

7.

Kepekatan asid dan alkali bermaksud

a)

Kuantiti zarah dalam suatu larutan dalam unit cm3

b)

Kuantiti ion di dalam suatu larutan dalam unit dm3

c)

Kuantiti molekul di dalam suatu larutan dalam unit cm3

d)

Kuantiti zat terlarut dalam seunit isipadu larutan dalam unit dm3

8.

Unit kepekatan yang biasanya digunakan ialah

a)

g dm-3 atau molar

b)

mol gdm-3 atau molar

c)

mol kgdm-3 atau molar

d)

mol dm-3 atau molar

9.

Asid hidroklorik merupakan asid

a)

Monoprotik

b)

Diprotik

c)

Triprotik

d)

Monobes

10.

Asid dan alkali boleh menunjukkan sifatnya tanpa kehadiran air

a)

Betul

b)

Salah

11.

Hitungkan isipadu larutan natrium karbonat 2 moldm-3 yang diperlu untuk menyediakan 50cm3 larutan natrium karbonat 0.1 moldm-3?

a)

2.50 cm3

b)

7.50 cm3

c)

12.50 cm3

d)

17.50 cm3

12.

Cari isipadu larutan magnesium nitrat 0.25 moldm-3 yang diperlu untuk menyediakan 50cm3 larutan magnesium nitrat 0.04 moldm-3?

a)

2.00 cm3

b)

8.00 cm3

c)

12.00 cm3

d)

14.00 cm3

13.

Apakah kemolaran larutan natrium hidroksida apabila 30 cm3 air ditambahkan kepada 50 cm3 larutan natrium hidroksida 0.5 moldm-3?

a)

0.02 moldm-3

b)

0.2 moldm-3

c)

0.31 moldm-3

d)

0.5 moldm-3

14.

Berapakah isipadu 10.8 moldm-3 HCl yang diperlukan untuk menghasilkan 100.0 cm3, 3.00 moldm-3?

a)

27.8 cm3

b)

27.78 cm3

c)

2.8 cm3

d)

278 cm3

15.

Manakah contoh nama garam?

a)

CuSO4

b)

PbO

c)

HNO3

d)

Mg(OH)2

16.

15g magnesium sulfat dilarutkan dalam air bagi menghasilkan 300cm3 larutan.Kira kepekatan larutan tersebut dalam gdm-3

a)

60gdm-3

b)

50gdm-3

c)

40gdm-3

17.

10 g kalium hidroksidadilarutkan dalam air bagi menghasilkan larutan berkepekatan 40 gdm-3.Kirakan isipadu larutan yang terhasil?

a)

250 cm3

b)

400 cm3

c)

350 cm3

d)

450 cm3

18.

Kira bilangan mol natrium karbonat yang terdapat dalam 250 cm3 larutan yang berkepekatan 0.5 moldm-3

a)

0.0125

b)

1.25

c)

0.125

d)

0.00125

19.

4.25 g natrium nitrat dilarutkan dalam 250 cm3 air.

Kira kepekatan larutan yang terhasil dalam gdm-3?

a)

170

b)

17

c)

10.6

d)

1.06

20.

4.25 g natrium nitrat dilarutkan dalam 250 cm3 air.

Kira kepekatan larutan yang terhasil dalam moldm-3?

[JAR : Na, 23 ; N,14 ; O,16]

a)

0.02

b)

0.05

c)

0.5

d)

0.2

21.

pH asid kuat

a)

5

b)

6

c)

1

d)

8

22.

pH asid lemah

a)

3

b)

7

c)

8

d)

6

23.

pH alkali kuat

a)

12

b)

8

c)

7

d)

6

24.

Ammonia adalah contoh....

a)

Asid kuat

b)

Asid lemah

c)

Alkali kuat

d)

Alkali lemah

25.

Asid ialah...

a)

Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen.

b)

Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida.

26.

Bes ialah...

a)

Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen.

b)

Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida.

27.

Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen ialah alkali

a)

Betul

b)

Salah

28.

Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida ialah asid.

a)

Betul

b)

Salah

29.

Asid Kuat ialah Bahan kimia yang mengion separa lengkap di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen berkepekatan tinggi

a)

Betul

b)

Salah

30.

Alkali kuat ialah Bahan kimia yang mengion sepenuhnya di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen berkepekatan tinggi

a)

Betul

b)

Salah

31.

Asid lemah ialah Bahan kimia yang mengion separa di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen berkepekatan rendah

a)

Betul

b)

Salah

32.

yang manakah asid diprotik?

a)

asid sulfurik

b)

asid etanoik

c)

asid sitrik

d)

asid hidroklorik

33.

Apakah maksud asid monoprotik?

a)

asid yang menghasilkan 1 ion H+ per molekul asid

b)

asid yang menghasilkan 2 ion H+ per molekul asid

c)

asid yang menghasilkan 1 ion OH- per molekul asid

d)

asid yang menghasilkan 2 ion OH- per molekul asid

34.

Manakah formula kimia asid yang SALAH?

a)

HSO4, asid sulfurik

b)

HCl, asid hidroklorik

c)

HNO3, asid nitrik

d)

CH3COOH, asid etanoik

35.

Apakah perbezaan antara bes dan alkali?

a)

Semua bes adalah alkali, tidak semua alkali adalah bes.

b)

Semua bes larut dalam air, tidak semua alkali larut dalam air

c)

Alkali ialah bes yang boleh larut dalam air.

d)

Bes ialah alkali yang larut dalam air

36.

Manakah antara berikut bukan kegunaan asid dalam kehidupan seharian.

a)

elektrolit dalam bateri kereta

b)

membuat ubat gastrik

c)

membuat minuman berkarbonat

d)

menggumpalkan lateks

37.

antara berikut yang manakah alkali lemah?

a)

larutan natrium hidroksida

b)

larutan litium hidroksida

c)

larutan magnesium hidroksida

d)

larutan ammonia

38.

Mengapakah asid etanoik glasial tidak boleh menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah?

a)

asid etanoik glasial adalah asid lemah

b)

asid etanoik glasial adalah monoprotik asid

c)

asid etanoik glasial hanya mengion separa

d)

asid etanoik glasial berbentuk molekul tiada ion hidrogen bergerak bebas.

39.

Natrium hidroksida hanya menunjukkan sifat kekonduksian elektriknya apabila dilarutkan di dalam ......

a)

air

b)

metil benzena

c)

alkohol

d)

1,1,1-triklorometana

40.

yang manakah mempunyai pH paling rendah?

a)

asid etanoik, 2 mol dm3

b)

kuprum (II) sulfat, 1 mol dm3

c)

asid hidroklorik, 0.1 mol dm3

d)

natrium hidroksida, 0.5 mol dm3

41.

Hitung nilai pH bagi asid nitrik, HNO3 dengan kepekatan ion hidrogen, H+ 0.5 mol dm3

a)

0.3

b)

0.1

c)

3

d)

1

42.

Tentukan kemolaran asid hidroklorik, HCl dengan nilai pH 2.0

a)

1 mol dm3

b)

0.1 mol dm3

c)

0.01 mol dm3

d)

10 mol dm3

43.

penunjuk yang manakah memberi perubahan warna daripada merah jambu di dalam alkali dan menjadi tanpa warna dalam keadaan neutal?

a)

metil jingga

b)

penunjuk semesta

c)

bromotimol biru

d)

fenolftalein

44.

manakah warna penunjuk yang betul?

a)

metil jingga

asid : merah

alkali : kuning

b)

fenolftalien

asid : merah jambu

alkali : tanpa warna

c)

penunjuk semesta

asid : ungu

alkali : merah

d)

kertas litmus lembab

asid: merah kepada biru

alkali: biru kepada merah

45.

40 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 dineutralkan oleh 25 cm3 larutan litium hidroksida. Berapakah kemolaran larutan litium hidroksida?

a)

1.0 mol dm-3

b)

1.2 mol dm-3

c)

1.4 mol dm-3

d)

1.6 mol dm-3

46.

Proses peneutralan banyak digunakan dalam kehidupan manusia. Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan proses peneutralan dalam kehidupan harian?

a)

Asid cair digunakan untuk menanggalkan lapisan oksida di permukaan keluli

b)

Asid etanoik digunakan untuk membuat cuka dan mengawet makanan

c)

Kalsium oksida digunakan untuk mengurangkan keasidan tanah

d)

Natrium hidroksida digunakan untuk menghasilkan detergen

47.

Berapakah isi padu air suling yang perlu ditambahkan ke dalam sebuah bikar yang mengandungi 4.8 g pepejal kuprum(II) sulfat untuk menghasilkan satu larutan dengan kepekatan 0.3 mol dm-3?


[JMR; CuSO4 = 160 g mol-1]

a)

100 cm3

b)

200 cm3

c)

300 cm3

d)

400 cm3

48.

Tandakan asid - asid lemah.

a)

Asid nitrik

b)

Asid karbonik

c)

Asid metanoik

d)

Asid sulfurik

e)

Asid fosforik

49.

Ciri-ciri asid kuat ialah


I. Kepekatan ion H+ tinggi

II. Penceraian tidak lengkap apabila dilarutkan dalam air

III. Kepekatan ion OH- tinggi

IV. Penceraian lengkap apabila dilarutkan dalam air

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

50.

BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYINGKIRKAN LAPISAN LOGAM YANG BERKARAT

a)

KOH

b)

HCl

c)

NaOH

d)

CH3COOH

51.

Kertas litmus merah akan bertukar menjadi biru apabila diletakkan atas ketulan sabun kerana kehadiran

a)

ion hidroksida

b)

ion hidrogen

c)

ion natrium

d)

ion klorida

52.

Persamaan perkataan yang manakah untuk tindak balas asid adalah salah?

a)

Asid + karbonat \rightarrow garam + karbon dioksida

b)

Asid + logam \rightarrow garam + hidrogen

c)

Asid + oksida logam \rightarrow garam +air

d)

Asid + alkali \rightarrow garam + air

53.

Apakah gas yang terhasil apabila NaOH bertindak balas dengan NH4Cl apabila dipanaskan?

a)

Karbon dioksida

b)

Sulfur dioksida

c)

Hidrogen klorida

d)

Ammonia

54.

Alkali bertindak balas dengan asid akan menghasilkan?

a)

garam sahaja

b)

garam + air

55.

Asid hidroklorik + magnesium akan menghasilkan?

a)

gas hidrogen

b)

gas oksigen

c)

magnesium klorida + gas hidrogen

d)

magnesium klorida + air

56.

HNO3 + CuCO3 => ???

a)

H2O

b)

Cu(NO3)2 + H2O

c)

Cu(NO3)2 + H2O + CO2

d)

Cu(NO3)2 + CO2

57.

NaOH + NH4Cl => ???

a)

NaCl

b)

NaCl + NH2

c)

NaCl + NH3 + H2O

d)

NaCl + H2O

58.

Antara yang berikut, tindak balas yang manakah menghasilkan hidroksida logam yang tak terlarutkan?

a)

Asid + alkali

b)

Alkali + ion logam

c)

Alkali + garam ammonium

d)

Asid + karbonat

59.

Asid sulfurik bertindak balas dengan kuprum oksida menghasilkan?

a)

kuprum sahaja

b)

kuprum sulfat

c)

kuprum + air + oksigen

d)

kuprum sulfat + air

60.

Pernyataan manakah adalah betul tentang asid?

a)

Asid bertindakbalas dengan logam menghasilkan garam dan air.

b)

Asid bertindak balas dengan alkali menghasilkan garam dan gas hidrogen.

c)

Asid bertindak balas dengan oksida logam menghasilkan garam, air dan gas hidrogen.

d)

Asid bertindak balas dengan karbonat logam menghasilkan garam, air dan gas karbon dioksida.

61.

Seorang petani mendapati tanah di kebunnya sangat berasid.

Bahan manakah yang sesuai untuk mengurangkan keasidan tanahnya?

a)

Natrium klorida

b)

Kalsium oksida

c)

Barium nitrat

d)

Kalium iodide

62.

Rajah menunjukkan pengaliran gas ammonia ke dalam air suling yang mengandungi beberapa titik larutan fenolftalein.

Manakah berikut pemerhatian yang betul?

a)

Larutan kekal tidak berwarna

b)

Larutan bertukar dari merah ke ungu.

c)

Larutan bertukar dari merah jambu ke tidak berwarna.

d)

Larutan bertukar dari tidak berwarna ke merah jambu.

63.

Apakah hasil tindakbalas apabila suatu asid bertindakbalas dengan suatu karbonat logam?

a)

Garam dan air sahaja

b)

Garam dan gas karbon dioksida

c)

Air dan gas karbon dioksida

d)

Garam, air dan gas karbon dioksida