NEW
Font size
WorksheetsUJIAN SELARAS 1 SEM 2 TAHUN 2021
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
● Menganjur dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru
● Lebuhraya terpanjang iaitu 847.7 km
Apakah lebuhraya yang dikaitkan dengan kenyataan diatas?
Lebuhraya Persekutuan
Lebuhraya Timur-Barat
Lebuhraya Pantai Timur
Lebuhraya Utara-Selatan
Gambar di atas merujuk kepada proses pembentukan
Gunung lipat
Gunung bongkah
Gunung berapi
Gunung berliku
Perubahan bentuk fizikal bumi dalam gambar di atas dikenali sebagai
Penguraian benua
Hanyutan benua
Pembesaran benua
Pengakhiran benua
Tsunami berlaku akibat daripada....
gempa bumi di perbukitan
tanah runtuh
gunung berapi meletus
pergerakan plat bumi di lautan
Pilih penyataan yang betul tentang rajah di atas
Daya mampatan menolak serta himpit dua arah plat dari arah yang bertentangan
Terbentuk akibat pergerakan kerak bumi yang disebut gelinciran
Proses ini akan menghasilkan gegaran di sempadan plat
Terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat yang menwujudkan zon benam
Kawasan yang didiami oleh semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan.
Pernyataan tersebut merujuk kepada
Atmosfera
Biosfera
Litosfera
Hidrosfera
- Lapisan bumi yang paling keras.
- Terdiri daripada dua lapisan iaitu sial dan sima.
Pernyataan tersebut merujuk kepada kawasan bertanda
W
X
Y
Z
Benua merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi.
Berapakah jumlah benua yang terdapat di permukaan bumi?
4
5
6
7
Merupakan benua yang terbesar.
Benua tersebut adalah..
Benua Asia
Benua Afrika
Benua Amerika Utara
Benua Amerika Selatan
X dalam peta di atas merujuk kepada
Lautan Artik
Lautan Pasifik
Lautan Selatan
Lautan Hindi
Lapisan Bumi yang bertanda 1 dalam Rajah ialah _______.
Mantel
Kerak bumi
Teras luar
Teras dalam
Saliran di Malaysia merujuk kepada
kawasan gunung dan dataran tinggi
sungai dan tasik
teluk dan pantai
delta dan dataran
Banjaran Crocker terletak di _____________ .
Sabah
Sarawak
Johor
Pahang
Gambar berikut merupakan bentuk muka bumi pinggir laut iaitu.....
batu tunggul
gerbang laut
batu sisa
tanjung
Di Malaysia, kawasan pantai yang berpasir, indah dan bersih sangat sesuai untuk kegiatan _____________ .
akuakultur
pelancongan
perdagangan
pertanian
Di manakah rumah api sesuai dibina?
Teluk
Pulau
Tebing Tinggi
Anak Tanjung
Empangan hidroelektrik sesuai dibina di kawasan yang berbentuk muka bumi _______________ .
Tanah Pamah
Dataran
Pinggir laut
Tanah Tinggi
Sesuai bagi kegiatan perikanan air tawar
tanah tinggi
tanah pamah
saliran
pinggir laut
Berikut pulau yang terdapat di Malaysia KECUALI...
Pulau Langkawi
Pulau Aman
Pulau Tioman
Pulau Maldives
Banjaran Crocker terletak di _____________ .
Sabah
Sarawak
Johor
Pahang
Apakah kegiatan ekonomi yang dapat dijalankan di kawasan tanah tinggi, seperti Tanah Tinggi Cameron ?
perikanan
perlombongan
pertanian hawa sederhana
petempatan nelayan
Apakah tasik semula jadi yang terdapat di Malaysia?
Tasik Kenyir
Tasik Chini
Tasik Temenggor
Tasik Taiping
Pandang darat fizikal yang berbeza di setiap peringkat aliran sungai dipengaruhi oleh aktiviti sungai, iaitu
I lagaan
II hakisan
III pemendapan
IV pelanggaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Pandang darat fizikal dalam senarai di bawah terdapat di peringkat....
-Jeram
-Air Terjun
-Lubang Periuk
Hulu
Hilir
Tengah
Dasar
Pernyataan berkaitan pandang darat fizikal dalam rajah tersebut ialah
delta di hilir sungai
lubang periuk akibat hakisan
tetambak di tengah sungai
sebuah tasik ladam
Apakah persamaan bagi kedua-dua sungai di bawah?
-Sungai Kinabatangan (Sabah)
-Sungai Rajang (Sarawak)
Kekeringan air dalam musim panas
Sumber air ikan tawar negara yang terbesar
Jalan perhubungan dan pengangkutan ke kawasan pedalaman
Dasarnya kaya dengan pelbagai mineral
Sungai yang manakah berperanan sebagai sempadan semula jadi?
Sungai Pahang
Sungai Kelantan
Sungai Endau
Sungai Klang
Lurah bentuk v terletak di peringkat sungai ________________
peringkat hulu
peringkat tengah
peringkat hilir
peringkat hujung
Rajah menunjukkan bentuk muka bumi saliran yang terbentuk di peringkat __________________ sungai.
hulu
tengah
hilir
hujung
Antara berikut, sungai manakah berfungsi sebagai sempadan antarabagsa
Sungai Rajang
Sungai Golok
Sungai Bernam
Sungai Endau
Antara berikut, sungai manakah berfungsi sebagai sempadan antara negeri Perak dan Selangor
Sungai Rajang
Sungai Golok
Sungai Bernam
Sungai Endau
Terdapat berapa peringkat aliran sungai?
Dua
Tiga
Empat
Lima
Antara berikut, yang manakah merupakan tasik buatan manusia terbesar di Malaysia?
Tasik Bera
Tasik Chini
Tasik Kenyir
Tasik Chenderoh
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan taburan penduduk di Malaysia?
Taburan penduduk yang sama rata
Taburan penduduk yang tidak sekata
Tumpuan penduduk di kawasan pertanian sahaja
Kawasan pedalaman tanpa penduduk
Kawasan X mempunyai lebih daripada 200 orang penduduk sekilometer persegi. Kawasan X merujuk
Lembah Klang
Lembah Beringin
Lembah Bujang
Lembah Danum
Apakah faktor yang menjadikan kawasan di bawah berpenduduk jarang?
-Ulu Tembeling (Pahang)
-Tasik Banding (Perak)
-Kapit (Sarawak)
Tempat penginapan yang mahal
Kejadian bencana alam
Darjah ketersampaian yang rendah
Bentuk muka bumi yang tidak rata
Mengapakah kawasan berlorek P, Q dan R berpenduduk padat?
Kawasan perlombongan petroleum
Lokasi bandar pentadbiran negeri
Tanah subur untuk pertanian
Kawasan yang aman dan selamat
Bagaimanakah aktiviti perindustrian menggalakkan tumpuan penduduk di sesuatu kawasan?
Mewujudkan banyak peluang pekerjaan
Bentuk muka bumi yang rendah
Sumber makanan banyak dan murah
Pelbagai barangan keperluan yang murah
Kawasan-kawasan di bawah mempunyai kepadatan penduduk
-Ulu Tembeling (Pahang)
-Tasik Banding (Perak)
-Kapit (Sarawak)
tetap
padat
jarang
sederhana
Kawasan berpenduduk padat bermaksud
kurang dari 50 org sekilometer persegi
50-200 orang sekilometer persegi
lebih dari 200 orang sekilometer persegi
tiada satu pun di atas
Bandar-bandar berikut berpenduduk padat kecuali
Kuching
Kota Kinabalu
Shah Alam
Tumpat
Menurut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, anggaran jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2016 adalah seramai
30 juta orang
26.8 juta orang
31.7 juta orang
42.1 juta orang
Berapakah jenis taburan penduduk di Malaysia?
1
4
2
3
Perpindahan pusat pentadbiran persekutuan ke Putrajaya menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk padat termasuk dalam faktor
Dasar Kerajaan/Governan
Faktor Sosial
Faktor Fizikal
Faktor Ekonomi
Gambar foto tersebut ialah Universiti Malaya. Kawasan yang mempunyai kemudahan pusat pengajian tinggi biasanya mempengaruhi taburan penduduk. Ini adalah di bawah faktor
Faktor Ekonomi
Faktor Sosial
Faktor Fizikal
Faktor Dasar Kerajaan
Apakah maksud taburan penduduk?
Perbezaan penduduk yang terdapat di sesuatu kawasan
Sebaran penduduk di sesuatu kawasan atau negara
Jumlah penduduk di sesuatu negara
Purata penduduk di sesuatu negara atau kawasan
Antara berikut, manakah jenis-jenis petempatan yang terdapat di Malaysia
I Petempatan bandar
II Petempatan pedalaman
III Petempatan antara bandar
IV Petempatan luar bandar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan maklumat di bawah ia merujuk kepada ciri-ciri petempatan jenis apa?
- Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang
- Mempunyai pelbagai kemudahan asas
- Kawasan kediaman berciri moden
Petempatan desa
Petempatan eksklusif
Petempatan alaf baru
Petempatan bandar
Antara berikut, manakah kegiatan ekonomi yang biasanya terdapat di kawasan petempatan bandar?
I Pentadbiran
II Perindustrian
III Penternakan
IV Perikanan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan ciri-ciri petempatan di bawah, apakah jenis petempatan X?
PETEMPATAN X
- Jumlah penduduk kurang daripada 10 000 orang
- Kemudahan asas yang minimum
- Kawasan kediaman sederhana dan berciri tradisional
Petempatan desa
Petempatan luar bandar
Petempatan tidak terancang
Petempatan semulajadi
Berdasarkan foto tersebut, kegiatan ekonomi berikut biasanya terdapat di kawasan petempatan jenis apa?
Petempatan prima
Petempatan berkelompok
Petempatan luar bandar
Petempatan ladang
Apakah maksud pola petempatan?
Kepadatan penduduk di sesuatu kawasan
Reka bentuk kediaman yang moden ataupun tradisional
Kedudukan sesebuah petempatan itu di dalam peta topografi
Corak atau reka bentuk susunan kawasan kediaman manusia di sesuatu kawasan
Antara berikut, lokasi manakah yang sesuai dikaitkan dengan petempatan dalam Peta tersebut?
Kundasang (Sabah)
Felda Trolak (Perak)
Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur)
Bukit Tinggi (Pahang)
Antara berikut pernyataan manakah yang benar tentang pola petempatan berjajar?
Rumah dibina secara terancang di pinggir jalanraya
Rumah berjauhan antara satu sama lain di pinggir pantai
Rumah kelihatan tersusun secara deretan dan seragam di sepanjang sungai
Susun atur kediaman bertaburan dan tidak seragam
Apakah pola petempatan dalam rajah tersebut ?
Pola petempatan ladang
Pola petempatan berselerak
Pola petempatan kebun getah
Pola petempatan desa
Antara yang berikut, kegiatan ekonomi yang manakah berkaitan dengan petempatan luar bandar?
I Pertanian
II Pentadbiran
III Perindustrian
IV Perlombongan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah fungsi utama bandar-bandar di bawah?
BANDAR BARU BANGI
TANJUNG MALIM
Pertahanan
Industri desa
Perlombongan
Pendidikan tinggi
Masalah kesesakan tempat tinggal dan lalulintas semakin buruk
Langkah yang dapat mengurangkan masalah petempatan bandar berikut ialah
menurunkan harga rumah
menambahkan bilangan kenderaan awam
membuka bandar satelit di pinggir bandar induk
menghalang kemasukan penduduk luar bandar
Putrajaya merupakan sebuah bandar
Perindustrian
Pelabuhan
Pentadbiran
bandar baharu
Pernyataan yang benar tentang Felda
Kawasan industri
Kawasan industri berat
Kawasan tanah rancangan
Kawasan kampungq
