wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ HISTOMANIAC F4 BAB 1-3

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah ciri negara bangsa bagi Alam Melayu ?

a)

kemakmuran

b)

kepelbagaian kaum

c)

kemajuan ekonomi

d)

rakyat

2.

Apakah bukti kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

bebas campur tangan asing

b)

keluasan wilayah pengaruh

c)

pengenalan undang-undang bertulis

d)

hubungan baik dengan Dinasti Ming

3.

Antara berikut, yang manakah undang-undang yang dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu

b)

Undang-Undang 99 Perak

c)

Undang-Undang Kedah

d)

Undang-undang Tubuh Negeri Johor

4.

Apakah kepentingan Cap Mohor kepada Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

lambang kekuasaan

b)

lambang keagungan

c)

lambang kemegahan

d)

pengesahan arahan Sultan

5.

Mengapakah rakyat harus menjaga hubungan baik dengan pemerintah ?

a)

meluaskan wilayah pengaruh

b)

mengelakkan salah guna kuasa

c)

mengekalkan keamanan negara

d)

mengukuhkan kuasa pemerintah

6.

Pahang, Kampar, Rokan. Bagaimanakah Melaka memperoleh wilayah-wilayah ini ?

a)

taklukan

b)

naungan

c)

perkahwinan siasah

d)

hadiah

7.

Dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, siapakah pembesar yang bertanggungjawab memastikan keselamatan para pedagang di pelabuhan Melaka bebas daripada ancaman lanun di perairan Selat Melaka ?

a)

Syahbandar

b)

Temenggung

c)

Laksamana

d)

Nakhoda

8.

Apakah jawatan yang diwujudkan untuk membantu Pembesar Berempat?

a)

Bentara dan Nakhoda

b)

Penghulu dan Bentara

c)

Laksamana dan Syahbandar

d)

Syahbandar dan Bentara

9.

Selain menaungi rakyat, apakah peranan lain seorang Sultan ?

a)

mengutip hasil

b)

menjadi tentera

c)

mewujudkan perpaduan rakyat

d)

memelihara kebajikan rakyat di kawasan pegangan

10.

Apakah konsep berkaitan perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara ?

a)

Keunggulan

b)

Nasionalisme

c)

Imperialisme

d)

Patriotisme

11.

Menurut Hans Kohn, nasionalisme adalah satu gerakan yang meletakkan (a)   seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.

12.

Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England. Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut ?

a)

mengutip cukai

b)

melantik penasihat

c)

mengawal kerajaan

d)

menolak penjajahan

13.

Tokoh ini telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789. Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut ?

a)

Kata sepakat

b)

Hasrat umum

c)

Tuntutan rakyat

d)

Impian bersama

14.

Gerakan nasionalisme di India merupakan kebangkitan menentang ____________

a)

pemerintah yang tamak

b)

ahli parlimen yang merampas kuasa

c)

imperialisme British

d)

raja berkuasa mutlak

15.

________ merupakan pertubuhan yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan daripada pengaruh Barat di India.

a)

Brahmo Samaj

b)

Satyagraha

c)

India National Congress

d)

Dahagi India

16.

Tokoh yang menggerakkan semangat penentangan secara militan terhadap British.

a)

Arya Samaj

b)

Mahatma Gandhi

c)

Bipin Chandra Pal

d)

Muhammad Ali Jinnah

17.

Apakah tujuan nasionalisme di China ?

a)

menghalau penjajah keluar dari China

b)

menyedarkan kepentingan pendidikan Barat

c)

mengukuhkan peradaban China

d)

mengutamakan kesusasteraan

18.

Apakah isu yang digunakan oleh Persatuan Belia Buddha di Burma untuk menentang British ?

a)

Pengenalan ekonomi Barat

b)

penggunaan isu kasut

c)

pendidikan kristian

d)

pengamalan dasar pilih kasih

19.

Gambar di atas merupakan seorang tokoh nasionalisme Filipina. Beliau telah menubuhkan __________ untuk mendesak Sepanyol melakukan perubahan politik di Filipina.

a)

Liga Filipina

b)

Katipunan

c)

Parti Nasionalis

d)

Kalayan

20.

Apakah tujuan penubuhan gerakan Katipunan oleh Bonifacio ?

a)

memperoleh kemerdekaan secara rundingan

b)

memperoleh kemerdekaan melalui revolusi

c)

melakukan perubahan politik di Filipina

d)

mendapatkan hak sama rata penduduk Filipina

21.

Tribune Indige merupakan saluran akhbar bagi menggerakkan nasionalisme di Vietnam. Apakah mesej yang disampaikan melaluinya ?

a)

menuntut hak pendidikan rakyat

b)

menanam semangat anti penjajah

c)

menggambarkan kezaliman penjajah

d)

mengkritik penindasan Perancis

22.

Apakah teras perjuangan Parti Viet Nam Quoc Dang Dang ?

a)

demokrasi dan nasionalisme

b)

demokrasi, nasioanalisme, dan sosialisme

c)

demokrasi, kebudayaan, keagamaan

d)

demokrasi, nasionalisme, liberalisme

23.

Rentap, Mat Salleh. Tokoh ini merupakan pejuang masyarakat tempatan di negara kita. Apakah persamaan matlamat perjuangan mereka ?

a)

mengusir penjajah dan mendaulatkan wilayah masing-masing

b)

menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

c)

menentang dasar penjajah

d)

menentang kezaliman penjajah

24.

Apakah sumbangan tokoh ini dalam gerakan nasionalisme di tanah air ?

a)

memberikan kesedaran nasionalisme melalui penulisan kreatif

b)

mengasaskan pertubuhan politik

c)

menubuhkan sekolah Melayu

d)

melancarkan penentangan bersenjata

25.

Antara berikut, manakah akhbar yang telah menegur tentang campur tangan British dalam soal agama Islam di Singapura ?

a)

Neracha

b)

Jawi Peranakan

c)

Al - Imam

d)

Pengasuh

26.

Apakah pencapaian yang telah berjaya dilaksanakan oleh golongan Kaum Muda dalam perjuangan nasionalisme mereka ?

a)

membawa rundingan kemerdekaan tanah air

b)

menubuhkan syarikat penerbitan

c)

menubuhkan madrasah bagi menyedarkan kepentingan pendidikan

d)

melahirkan intelektual agama

27.

Persaudaraan Sahabat Pena atau PASPAM telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut ?

a)

menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme

b)

mengalakkan ahlinya bersatu padu

c)

mengumpulkan golongan pemuda

d)

menutut kemerdekaan

28.

Kesatuan Melayu Muda berhasrat untuk mewujudkan gagasan yang menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia. Gagasan tersebut dinamakan sebagai

a)

Melayu Nusantara

b)

Melayu Raya

c)

Indonesia Raya

d)

Tanah Melayu Raya

29.

Apakah antara usaha British bagi membendung pengaruh gerakan Islam dari Timur Tengah di Tanah Melayu ?

a)

memperkenalkan Akta Dalam Negeri

b)

menangkap dan memenjarakan sesiapa saja yang disyaki tanpa bicara

c)

memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904

d)

hukuman bunuh kepada suspek yang terlibat

30.

Apakah faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ?

a)

pencerobohan Pearl Harbour

b)

pengeboman Hiroshima

c)

Perancis bersekutu dengan Rusia

d)

bakal raja Austria - Hungary dibunuh

31.

Dalam Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, apakah prinsip utama yang digunakan ?

a)

sempadan negara berasaskan bangsa

b)

dasar dekolonisasi

c)

peluang berkerajaan sendiri kepada negara yang dijajah

d)

mengutamakan hak dan kepentingan penduduk tempatan

32.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara kita ?

a)

pentadbiran ketenteraan dilaksanakan

b)

pengeluaran bijih timah dan getah merosot

c)

British memperkenalkan undang-undang baharu

d)

Rejimen Askar Melayu turut serta dalam peperangan

33.

Bagaimanakah Itali dan Jerman mengatasi masalah kemelesetan ekonomi selepas Perang Dunia Pertama ?

a)

mengadakan sekatan ekonomi terhadap negara tentera Bersekutu

b)

menggalakkan sektor pertanian

c)

meluaskan perdagangan

d)

mengadakan gerakan politik radikal

34.

Bagiamanakah tokoh ini memulihkan semula nasionalisme di Jerman ?

a)

memulihkan kembali ekonomi

b)

membina semula angkatan tentera

c)

menekankan kepentingan pendidikan

d)

membaik pulih infrastruktur negara

35.

Apakah faktor pembubaran Liga Bangsa-Bangsa ?

a)

kemerdekaan negara jajahan

b)

kegagalan menghalang peperangan

c)

kekangan kewangan pertubuhan

d)

berlaku kemelesetan ekonomi dunia

36.

Apakah nama operasi yang telah memberi kejayaan besar kepada tentera Bersekutu dalam penentangan terhadap tentera Jerman ?

a)

Blitzkrieg

b)

Barbarossa

c)

D- Day

d)

E-Day

37.

Namakan operasi serangan besar-besaran oleh Jerman untuk menawan Rusia

a)

Blitzkrieg

b)

Barbarossa

c)

Stalingrad

d)

D-Day

38.

Mengapakah Jepun melancarkan serangan tentera terhadap Pearl Harbour ?

a)

menyekat dasar monopoli Britain

b)

menguasai kekayaan bahan mentah

c)

menghalang Perang Dunia Kedua tercetus

d)

melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat

39.

Austria, Hungary, Yugoslavia. Bagaimanakah negara-negara baharu ini muncul selepas Perang Dunia Pertama ?

a)

Keruntuhan empayar Austria - Hungary

b)

Kemunculan fahaman melampau

c)

Kegagagalan revolusi perindustrian

d)

pemberoantakan puak pemisah

40.

Tentera Jepun telah menggabungkan Sarawak, Sabah dan Brunei menjadi satu unit pentadbiran. Apakah gelaran pentadbiran tersebut ?

a)

Hakka Ichiu

b)

Kita Boruneo

c)

Koa Kunrenjo

d)

Nippon Seishin