wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 5

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Apakah itu VAKSIN?

a)

Sediaan bakteria, virus dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan

b)

Sejenis penyakit berjangkit

c)

Agen jangkitan atau vektor

d)

Sejenis alat merawat penyakit berjangkit

2.

Apakah itu vaksinasi?

a)

proses menyuntikkan vitamin ke dalam tubuh sebagai langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit

b)

proses menyuntikkan cecair ke dalam tubuh sebagai langkah meningkatkan kandungan air dalam tubuh

c)

proses menyuntikkan vaksin ke dalam tubuh sebagai langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit

d)

proses menyuntikkan darah ke dalam tubuh sebagai langkah perlindungan dari penyakit

3.

Antara berikut yang manakah merupakan penyakit yang TIDAK DAPAT dicegah oleh vaksin?

a)

Obesiti

b)

Campak

c)

Cacar

d)

Rubella

4.

Apakah nama penyakit tersebut?

a)

Cacar

b)

Beguk

c)

Campak

d)

Rubela

5.

Apakah maksud GEJALA dan SIMPTOM?

a)

keadaan yang berlaku ke atas badan sebagai tanda awal sesuatu perkara buruk akan berlaku

b)

keadaan yang berlaku ke atas diri sebagai tanda awal sesuatu serangan penyakit

c)

keadaan yang berlaku ke atas individu yang tidak mementingkan kebersihan diri

d)

keadaan yang berlaku secara tiba - tiba ke atas badan seseorang

6.

Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri penyakit CACAR?

a)

Demam kemudian bintik-bintik merah dan akhirnya menjadi gelembung cecair dan gatal.

b)

Demam panas dan hilang selera makan. Bengkak di kelenjar air liur.

c)

Suhu badan menjadi sejuk dan timbul bintik-bintik merah seperti ruam.

d)

Demam ringan, ruam, rasa mual, radang mata yang ringan dan bengkak kelenjar limfa di belakang telinga dan bawah leher.

7.

Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri penyakit CAMPAK?

a)

Bermula dengan demam kemudian individu diserang sawan.

b)

Demam panas dan hilang selera makan. Bengkak di kelenjar air liur.

c)

Suhu badan menjadi panas dan timbul bintik-bintik merah seperti ruam.

d)

Demam ringan, ruam, rasa mual, radang mata yang ringan dan bengkak kelenjar limfa di belakang telinga dan bawah leher.

8.

Penyakit CAMPAK merebak melalui

a)

udara dan sentuhan.

b)

air mata

c)

air kencing

d)

titisan air dari mulut dan hidung pesakit.

9.

Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri penyakit RUBELA ?

a)

Demam kemudian bintik-bintik merah dan akhirnya menjadi gelembung cecair dan gatal.

b)

Demam panas dan hilang selera makan. Bengkak di kelenjar air liur.

c)

Suhu badan menjadi panas dan timbul bintik-bintik merah seperti ruam.

d)

Demam ringan, ruam dan bengkak kelenjar limfa di belakang telinga dan bawah leher.

10.

Penyakit RUBELA merebak melalui

a)

udara dan sentuhan.

b)

air mata.

c)

sentuhan

d)

udara dan titisan air dari mulut dan hidung pesakit.

11.

Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri penyakit BEGUK ?

a)

Demam kemudian bintik-bintik merah dan akhirnya menjadi gelembung cecair dan gatal.

b)

Demam panas dan hilang selera makan. Bengkak di kelenjar air liur.

c)

Suhu badan menjadi panas dan timbul bintik-bintik merah seperti ruam.

d)

Demam ringan, ruam, rasa mual, radang mata yang ringan dan bengkak kelenjar limfa di belakang telinga dan bawah leher.

12.

Penyakit BEGUK merebak melalui

a)

titisan air dari mulut atau hidung semasa pesakit batuk, bersin atau berkongsi makanan (air liur).

b)

udara dan sentuhan.

c)

sentuhan.

d)

titisan cecair dari peluh.

13.

Adakah COVID-19 merupakan penyakit berjangkit?

a)

Ya

b)

Tidak

14.

Berikut merupakan cara COVID - 19 boleh tersebar KECUALI

a)

Bersin

b)

Batuk

c)

Titisan cecair pernafasan

d)

Buang angin

15.

Jangan berkongsi ........ peribadi untuk mengelakkan penyakit berjangkit.

a)

barangan

b)

peraturan

c)

permainan

d)

makanan

16.

Pilih 3 jenis penyakit yang boleh berjangkit.

a)

Beguk

b)

Campak

c)

Diabetes

d)

Jantung

e)

Rubela

17.

Seseorang yang menghidapi demam campak akan mengalami simptom berikut, kecuali ........

a)

Demam

b)

Selesema

c)

Mata berair dan sensitif kepada cahaya

d)

Mengalami bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid

18.

Antara simptom pesakit yang dijangkiti Virus Rubella ialah ........

a)

Demam, sakit tekak dan bintik merah (ruam) di muka dan seluruh badan.

b)

Demam, Selesema, Sakit Otot dan bintik merah (ruam) seluruh badan.

c)

Demam, Batuk, Selsema dan sukar bernafas.

d)

Demam, kulit kering dan bengkak pada kelenjar parotid.

19.

Pesakit akan mengalami bengkak pada kelenjar air liur. Pernyataan ini merujuk kepada penyakit ........

a)

cacar

b)

campak

c)

beguk

d)

rubela

20.

........ merupakan sediaan bakteria, virus dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik ke dalam badan pesakit.

a)

Ubat

b)

Pil

c)

Vaksin

d)

Jamu

21.

Demam campak, beguk dan rubela boleh dicegah melalui suntikan imunisasi vaksin ___

a)

MMR

b)

Varisela

c)

Sinovac

d)

Pfizer

22.

Penyakit cacar air boleh dicegah dengan mengambil suntikan imunisasi vaksin ___

a)

MMR

b)

Varisela

c)

Sinovac

d)

Pfizer

23.

Kelenjar (a)   ialah kelenjar air liur yang terletak di kedua-dua belah pipi.