wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan berikut berkaitan abstinen kecuali...

a)

Tidak melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan

b)

Tegas mengatakan tidak terhadap seks sebelum nikah

c)

Menahan diri daripada melakukan seks sebelum nikah

d)

Melakukan seks dengan pasangan secara suka sama suka

2.

Antara berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum berkahwin?


I Membunuh diri

II Lari dari rumah

III Berasa bangga

IV Menggugurkan anak

a)

I, II, dan III sahaja

b)

I, II, dan IV sahaja

c)

II, III, dan IV sahaja

d)

I, II, III, dan IV

3.

Taktik ini digunakan oleh kurier untuk mengurangkan risiko ditangkap iaitu menyembunyikan di dalam kenderaan atau bagasi pakaian, mengikat pada bahagian badan atau menelannya.


Pernyataan ini merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh....

a)

Keldai dadah

b)

Penagih dadah tegar

c)

Penyalahgunaan dadah

d)

Haiwan yang digunakan untuk menyeludup dadah

4.

Mangsa yang terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa didapati mudah terpengaruh dengan tawaran yang menarik yang diberikan.


Berikut merupakan situasi berisiko yang membawa kepada jerat dadah kecuali ....

a)

Tawaran melancong ke luar negara

b)

Tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara

c)

Tawaran pulangan yang lumayan dengan tugasan yang mudah

d)

Tawaran wang dengan membantu membawa barang milik orang lain

5.

Berikut adalah punca-punca kemurungan, kecuali ...

a)

Masalah keluarga

b)

Kehilangan orang tersayang

c)

Rasa malu

d)

Berjaya dalam pelajaran

6.

Berikut adalah cara mengurus kesihatan mental dan emosi, kecuali ...

a)

Berpegang kepada ajaran agama

b)

Tidur secukupnya

c)

Sentiasa bersikap dan berfikiran negatif

d)

Amalkan gaya hidup sihat

7.

Seks siber boleh menjejas dan meruntuhkan akhlak remaja pada masa kini dan akan datang.

a)

BETUL

b)

SALAH

8.

Seks Siber merupakan perbuatan mengambil, menerima dan menghantar foto lucah diri sendiri atau orang lain bermula umur 30 tahun.

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Gangguan seksual bersifat verbal, tanpa lisan, psikologi atau fizikal. Kebiasaannya, kaum wanita diganggu secara seksual di jalanan, dalam pengangkutan awam atau di tempat kerja. Berlaku juga gangguan seksual di sekolah hingga mewujudkan suasana pembelajaran yang tegang dan menimbulkan ketakutan

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

Pengaruh Seks Siber.

Hubungan interpersonal iaitu komunikasi dengan ahli keluarga bertambah baik. Keadaan ini juga boleh menimbulkan keharmonian dalam perhubungan sosial, keluarga dan orang lain.

a)

BETUL

b)

SALAH

11.

Komunikasi siber ini telah dikaitkan dengan tingkah laku seks siber bagi golongan remaja. Dunia tanpa sempadan merupakan pendorong berlakunya seks siber.

a)

BETUL

b)

SALAH

12.

Tingkah laku Seks Siber adalah merupakan satu .....

a)

amalan.

b)

jenayah.

c)

nilai murni

13.

Talasemia ialah...

a)

Penyakit genetik sel darah merah

b)

Penyakit genetik sel darah putih

c)

Penyakit berkaitan paru

d)

Penyakit kulit

14.

Antara berikut, yang manakah BUKAN tanda-tanda penyakit talasemia?

a)

Pertumbuhan perlahan dan terbantut

b)

Kekejangan perut

c)

Jaundis

d)

Kecacatan tulang muka

15.

Berdasarkan pernyataan berikut, pilih pernyataan yang BENAR mengenai penyakit talasemia.


I. Talasemia disebabkan mutasi dalam sel DNA yang menjadikan haemoglobin.

II. Jenis talasemia bergantung kepada jumlah mutasi dalam gen.

III. Haemoglobin yang tinggi sel darah merah pada pesakit boleh menyebabkan anemia.

IV. Pembawa gen talasemia minor mungkin tidak memerlukan rawatan.

a)

II, III dan IV sahaja

b)

I, III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, II dan IV sahaja

16.

Berikut merupakan ujian awal yang boleh dilakukan sebagai saringan awal talasemia semasa ibu mengandung, KECUALI...

a)

Ujian saringan awal kiraan darah lengkap (blood count)

b)

Ujian pranatal

c)

Haemoglobin electrophoresis

d)

Ujian - t (t-test)

17.

Berikut merupakan kesan pengambilan suplemen untuk kesihatan tanpa preskripsi doktor, KECUALI...

a)

Merosakkan hati

b)

Merosakkan jantung

c)

Merosakkan buah pinggang

d)

merosakkan saluran pernafasan

18.

Apakah tujuan pengambilan suplemen?

a)

Untuk menjadi kacak dan cantik

b)

Melengkapkan diet normal

c)

Menyembuhkan penyakit talasemia

d)

Menyembuhkan luka di hati

19.

Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot dibahagian kaki?

a)

A. Naik turun bangku

b)

B. Lari pecut 30 Meter

c)

C. Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang

d)

D. Lompat jauh berdiri

20.

Kecekapan sistem jantung, salur darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen ke seluruh tubuh secara berterusan semasa melakukan aktiviti

a)

Daya Tahan Otot

b)

Daya Tahan Kardiovaskular

21.

Ujian SEGAK merupakan satu bateri ujian yang mengukur tahap kecergasan murid-murid berdasarkan:

a)

Kesihatan dan Komponen Kecergasan Fizikal

b)

Tahap Kesihatan sahaja

c)

Komponen Kecergasan Fizikal sahaja

d)

Kesihatan, Kemahiran dan Komponen Kecergasan Fizikal

22.

Salah satu bateri Ujian SEGAK ialah mengukur Tahap Kecergasan Murid berdasarkan Kesihatan ialah:

a)

Kadar Denyutan Nadi

b)

Pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI)

c)

Kandungan gula dalam darah

d)

Kadar Tekanan Darah

23.

Pilih aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kekuatan otot

a)
b)
c)
d)
24.

Yang manakah antara berikut merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan?

a)

A. Daya tahan kardiovaskular dan kuasa

b)

B. Daya tahan otot dan kelenturan

c)

C. Kekuatan otot dan kelajuan

d)

D. Kelajuan dan kuasa

25.

Memanaskan badan sebelum melakukan sesuatu aktiviti sukan membolehkan badan bersedia untuk melakukan aktiviti mencabar dan dapat mengurangkan_____________

a)

daya tahan

b)

daya kekuatan

c)

risiko keletihan

d)

risiko kecederaan

26.

Latihan yang manakah sesuai untuk meningkatkan Kapasiti Aerobik?

a)

Latihan Fartlek

b)

Tekan Tubi

c)

Bangkit Tubi

d)

Burpees

27.

Di dalam Bola Sepak, apakah peranan dua orang pemain tengah dalam formasi 3:5:2?

a)

Mengawal penyerang lawan

b)

Mengawal pemain penyerang

c)

Menjadi pemain penyerang sayap

d)

Menjadi pemain penyerang sokongan

28.

Dalam bola sepak, Mengapakah tiga orang pemain pertahanan dan seorang pemain tengah berada di kawasan D dalam formasi 3:1:1?

a)

Melancarkan serangan kepada pihak lawan

b)

Memudahkan pemain tengah untuk menjaringkan gol

c)

Menyukarkan pemain penyerang lawan membuat jaringan

d)

Memudahkan transisi bertahan ketika serangan mengejut oleh pihak lawan

29.

Dalam bola sepak, Bagaimanakah pemain pertahanan dalam formasi 5:4:1 mengeluarkan bola dari kawasan gol?

a)

Menggunakan hantaran leret

b)

Menggunakan tendangan deras

c)

Menggunakan kemahiran menyerkap

d)

Mengucar-kacirkan pertahanan lawan

30.

Dalam bola sepak, Apakah peranan dua orang pemain pertahanan dalam formasi 2:2:1?

a)

Membantu pemain penyerang utama bagi menjaringkan gol

b)

Membantu pemain tengah semasa serangan dilakukan

c)

Menjadi pemain sayap dan melakukan tendangan untuk menjaringkan gol

d)

Menghantar bola kepada pemain penyerang melalui hantaran lambung

31.

Dalam bola sepak formasi 5:4:1, tiga orang pemain stopper digunakan bagi mengawal penyerang pihak lawan.

a)

BETUL

b)

SALAH

32.

Dalam bola sepak formasi 5:4:1, pemain pertahanan akan menggunakan kemahiran menggelecek bagi mengeluarkan bola dari kawasan gol.

a)

BETUL

b)

SALAH

33.

Dalam bola sepak formasi 3:5:2, tiga orang pemain tengah yang menjadi penyerang sokongan boleh membantu pemain penyerang utama bagi menjaringkan gol.

a)

BETUL

b)

SALAH

34.

Dalam bola sepak formasi 2:2:1, asakan berterusan dalam kawasan "D" membuatkan pihak lawan kucar-kacir dan mendatangkan peluang untuk jaringan dibuat.

a)

BETUL

b)

SALAH

35.

Dalam bola sepak formasi 3:1:1, empat orang pemain tengah perlu mengeluarkan bola dari kawasan "D" dan membuat hantaran kepada penyerang yang menunggu di tengah gelanggang.

a)

BETUL

b)

SALAH

36.

Dalam bola jaring, apakah kemahiran asas yang digunakan supaya bola dapat diterima dengan cepat dan tepat?

a)

Gerakan PIVOT

b)

Menghadang sisi

c)

Hantaran aras dada

d)

Menjaring dua belah kaki

37.

Dalam bola jaring, Apakah yang boleh dilakukan sebelum menghantar bola kepada rakan semasa serangan hantaran percuma?

a)

Melompat ke sisi

b)

Melangkah ke belakang

c)

Mengacah pemain lawan

d)

Melakukan gerakan PIVOT

38.

Dalam bola jaring, bagaimanakah pemain GA ingin menghantar bola kepada pemain GS dalam kawasan gol?

a)

Membuat pusingan

b)

Membuat hantaran lob

c)

Membuat dodge ke belakang

d)

Melompat dengan dua belah kaki

39.

Dalam bola jaring, apakah kemahiran yang boleh digunakan dalam mengawal pemain lawan mengikut zon?

a)

Memintas

b)

Mengadang

c)

Hantaran lantun

d)

Menghantar bola tinggi

40.

Antara berikut, kemahiran manakah dalam bola jaring yang digunakan dalam strategi bertahan tiga lawan tiga?


I Melompat

II Memintas

III Menjaring

IV Hantaran sisi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV