wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TING 3 PJK :PERHUBUNGAN

Total questions: 13

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

1. Tandakan jawapan yang paling tepat.


Berikut merupakan kombinasi perasaan dalam menjalinkan persahabatan:

a)

KASIH SAYANG

b)

CINTA

c)

KESETIAAN

d)

SEMUA DI ATAS

2.

2. "Kumpulan Individu yang anda kenal dan sering berjumpa semasa berada di sekolah, kawasan perumahan dan sebagainya"


Pernyataan di atas merujuk pola persahabatan seorang remaja yang dianggap sebagai

a)

KENALAN

b)

SAHABAT KARIB

c)

SAHABAT BIASA

d)

SAHABAT INTIM

3.

3. "Kumpulan Individu yang wujud dalam kehidupan dan mempunyai minat atau hala tuju yang mungkin sama. Individu-individu ini adalah seperti rakan sepasukan anda atau rakan yang menghadiri kelas yang sama"


Pernyataan di atas merujuk pola persahabatan seorang remaja yang dianggap sebagai

a)

KENALAN

b)

SAHABAT BIASA

c)

SAHABAT INTIM

d)

SAHABAT BAIK

4.

4. "Individu yang sudah lama dikenali dan sering meluangkan masa dan melakukan aktiviti bersama seperti menonton wayang, saling mengunjungi dan makan bersama"


Pernyataan di atas merujuk pola persahabatan seorang remaja yang dianggap sebagai

a)

SAHABAT BIASA

b)

SAHABAT KARIB

c)

SAHABAT INTIM

d)

KENALAN

5.

5. "Individu yang sangat rapat dan mesra serta boleh berkongsi perasaan, pendapat dan pandangan peribadi. Mereka ini merupakan tonggak dalam kehidupan seorang remaja"


Pernyataan di atas merujuk pola persahabatan seorang remaja yang dianggap sebagai

a)

KENALAN

b)

SAHABAT INTIM

c)

SAHABAT KARIB

d)

SAHABAT BIASA

6.

6. Tandakan jawapan yang paling tepat.


Mengapakah seseorang harus menetapkan beberapa batas dalam pergaulan?

a)

Supaya perhubungan berkembang secara positif

b)

supaya perhubungan menjadi mesra

c)

menjadi persefahaman dalam mencapai kata sepakat

d)

supaya timbul isu 'kawan makan kawan'

7.

7. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda ambil, sekiranya rakan anda menghadapi krisis dalam persahabatan.


I Menjadi pendengar yang baik

II Menghulurkan bantuan secukupnya

III Membuat keputusan untuknya

IV Memberi cadangan penyelesaian

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan IV sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

semua di atas

8.

8. Tandakan jawapan yang paling tepat.


Keratan akhbar di atas merujuk kepada

a)

remaja yang terlalu mempercayai rakan maya

b)

remaja yang menjadi rakan karib

c)

remaja yang menjaga batasan perhubungan dalam media sosial

d)

remaja yang mempunyai sifat kasih sayang

9.

9. Berikut merupakan tindakan yang menjangkaui batasan perhubungan yang sihat kecuali

a)

Memberi tekanan kepada sahabat supaya melakukan perkara di luar batasan

b)

Melakukan fitnah terhadap sahabat

c)

Mengambil kesempatan terhadap kekurangan diri yang ada pada sahabat

d)

Menjadi pendengar yang sentiasa peka dengan perasaan sahabat

10.

10. Tandakan jawapan yang paling tepat.


Berikut merupakan contoh-contoh tindakan berkomunikasi dengan sahabat:

a)

bercakap menggunakan kata ganti diri pertama seperti saya.

b)

pastikan kita faham niat dan kehendak rakan

c)

menjadi pendengar yang setia

d)

semua di atas

11.

11. Mengapakah kita perlu berfikir dahulu sebelum bercakap?

a)

Ini yang diajar oleh guru PJPK

b)

Untuk menjaga perasaan orang sekeliling kita

c)

Untuk memuaskan hati masyarakat

d)

Semua di atas

12.

12. Persahabatan memerlukan beberapa kombinasi antaranya...kecuali

a)

Hormat

b)

Cinta

c)

Cemburu

d)

Kasih sayang

13.

13. Sebagai sahabat, kita perlu

a)

menegur sekiranya dia membuat silap seperti tidak menghormati orang sekeliling terutamanya guru,rakan di sekolah

b)

melihat sahaja dia membuat kerja yang tidak berfaedah

c)

mengarahkan dia membeli makanan di kantin sekolah

d)

mengajak dia untuk tidur semasa guru sedang mengajar