wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan PPT PERNIAGAAN Kertas 1T4 2021

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan?
a)
Meningkatkan imej perniagaan
b)
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
c)
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
d)
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
e)
Pluto
2.
Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?
a)
Kedai Runcit Ali
b)
Restoran Minah dan Baba
c)
Koperasi Bersatu Berhad
d)
Syarikat Kemboja Sdn. Bhd.
3.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan. Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan tunggal

d)

Syarikat Awam Berhad

4.
Usaha sama ialah
a)
Bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya
b)
Hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis
c)
Perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna
d)
Dua syarikat bergabung untuk membentuk sebuah syarikat yang baharu
5.

Rajah di bawah ini berkaitan dengan sektor perniagaan. Manakah yang mewakili X?

a)

Pertanian

b)

Pembinaan

c)

Perhotelan

d)

Perhutanan

6.

Maklumat berikut menunjukkan contoh aktiviti-aktiviti sektor perniagaan. Klasifikasi sektor manakah yang tepat?

a)

X : Sektor utama, Y : Sektor kedua

b)

X : Sektor ketiga, Y : Sektoe kedua

c)

X : Sektor utama , Y : Sektor ketiga

d)

X : Sektor utama , Y : Sektor kedua

7.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Hasan, pengusaha kilang keropok. Klasifikasikan saiz perniagaan Encik Hassan mengikut saiz dan sektor.

a)

Saiz : kecil , Sektor : Perkilangan

b)

Saiz : kecil , Sektor : pembinaan

c)

Saiz : sederhana, Sektor : Perkilangan

d)

Saiz : besar , Saktor : perkhidmatan

8.
Yang manakah peranan PIhak Berkuasa Tempatan ( PBT )?
a)
Menyediakan infrastruktur
b)
Menyediakan bantuan pelaburan
c)
Memajukan sistem Pendidikan usahawan
d)
Menaja pembangunan perniagaan setempat
9.
Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?
a)
Sumber manusia
b)
Teknologi maklumat
c)
Persaingan dan jaringan
d)
Sosiobudaya
10.

Maklumat berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan. Apakah trend persekitaran yang berlaku

a)

Trend meningkat, faktor luaran

b)

Trend menurun, faktor luaran

c)

Trend menurun, faktor luaran

d)

Trend meningkat, trend dalaman

11.
Sesebuah perniagaan memerlukan visi supaya hala tuju perniagaan dapat dicapai. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan maksud visi?
a)
Target keuntungan dalam perniagaan
b)
Menjadi panduan untuk membuat keputusan
c)
Sesuatu yang dibentuk untuk memuaskan pekarja
d)
Sasaran yang boleh diukur dalam pencapaian perniagaan
12.
Syarikat Batik Siti Kelantan mensasarkan pengeluaran batik sebanyak 6,000 helai dalam tempoh masa seminggu sebagai memenuhi permintaan pelanggan dalam dan luar negara. Nyatakan ciri-ciri SMART dalam penetapan objektif syarikat Batik Siti Kelantan
a)
Spesifik
b)
Munasabah
c)
Jangka masa
d)
Boleh dicapai
13.
Berkaitan dengan memaksimumkan keuntungan perniagaan, apakah kepentingan perancangan jangka panjang dari aspek daya pengeluaran?
a)
Dapat mewujudkan kesetiaan pengeluaran
b)
Mengurangkan kos seunit keluaran
c)
Mengelakkan pembaziran sumber
d)
Dapat menguasai syer pasaran
14.

Maklumat berikut menunjukkan dua buah perniagaan yang terdapat di Bandar Alor Gajah, Melaka. Bahagian fungsian yang manakah hanya terdapat di Kilang Biskut Julie?

a)

Jualan

b)

Pembelian

c)

Pengeluaran

d)

Pengurusan Sumber Manusia

15.
Pernyataan manakah menerangkan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?
a)
Merancang kewangan organisasi perniagaan
b)
Menjalankan aktiviti sokongan agar aktiviti perniagaan berjalan lancar
c)
Menjalankan aktiviti pengurusan sumber manusia untuk memastikan pengeluaran dapat dijalankan dengan sempurna
d)
Merancang dan mengawal pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi
16.

Maklumat di bawah berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat terhadap bahagian fungsian E dalam sesebuah organisasi. Apakah bahagian fungsian E?

a)

Jualan

b)

Pembelian

c)

Pemasaran

d)

Pengeluaran

17.
Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sesebuah organisasi perniagaan?
a)
Dapat meningkatkan produktiviti
b)
Memudahkan pengurusan inventori
c)
Memastikan keselamatan sistem ICT
d)
Dapat membuat perancangan kewangan
18.

Maklumat berikut merupakan antara tugas yang perlu dilakukan oleh En Amir. Di bahagian fungsian apakah Encik Amir bertugas?

a)

Bahagian fungsian jualan

b)

Bahagian fungsian pengagihan

c)

Bahagian fungsian pemasaran

d)

Bahagian fungsian pentadbiran

19.
Mengapakah teknologi maklumat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan?
a)
Dapat meluaskan pasaran
b)
Dapat memproses barang dengan cepat
c)
Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran
d)
Dapat mengagihkan barang kepada pengguna
20.

Pernyataan berikut menunjukkan kelebihan dalam menggunakan teknologi maklumat. Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat?

a)

Membuat melalui radio dan surat khabar

b)

Membina laman web untuk memperkenalkan barang

c)

Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang

d)

Mengambil lebih ramai pekarja untuk memasarkan barang

21.

Pernyataan berikut berkaitan harga barang. Hal ini bermakna barang tersebut dijual

a)

pada harga kos

b)

di atas harga kos

c)

di bawah harga kos

d)

diberikan secara percuma

22.

Antara yang berikut, yang manakah kelebihan usaha sama?

a)

Syarikat boleh menembusi pasaran yang belum diterokai

b)

Risiko perniagaan ditanggung oleh syarikat yang menyebabkan kerugian

c)

Syarikat boleh berkongsi kepakaran teknologi dengan syarikat lain

d)

Semua aset dalam perniagaan asal akan diserap ke dalam

23.

Apakah tanggungjawab francaisor dalam perniagaan francais?

a)

Membayar fi tertentu kepada francaisi

b)

Melaksanakan perjanjian perkongsian

c)

Menyediakan tapak lokasi perniagaan

d)

Melakukan promosi secara berpusat

24.

Antara yang berikut, manakah menentukan saiz sesebuah perniagaan?

a)

Bilangan pekerja tetap

b)

Jumlah modal yang dilaburkan

c)

Bilangan cawangan perniagaan

d)

Jumlah jualan tahunan produk

25.

Rajah 1 berkaitan dengan sektor perniagaan. Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?

a)

Pembekalan tenaga elektrik

b)

Perlombongan petroleum

c)

Perkhidmatan perbankan

d)

Pembinaan jambatan

26.

Apakah faedah seseorang peniaga mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM )

a)

Untuk mendapatkan pengecualian lesen daripada kerajaan

b)

Untuk mendapat entiti yang sah di sisi undang-undang

c)

Untuk menuntut bayaran daripada agensi kerajaan

d)

Untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan

27.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan dasar fiskal?

a)

Bank pusat mengawal kadar faedah pinjaman

b)

Kerajaan pusat mengawal aktiviti bank perdagangan

c)

Bank pusat mengawal aliran keluar masuk mata wang asing

d)

Kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan ekonomi

28.

Gambar berkaitan dengan sebuah agensi kerajaan. Apakah peranan agensi tersebut?

a)

Menyediakan bantuan modal kepada usahawan berskala besar

b)

Membantu mempromosi produk usahawan ke luar negara

c)

Mempelbagaikan pilihan barang untuk pengguna

d)

Meningkatkan jumlah perbelanjaan kerajaan

29.

Antara yang berikut, yang manakah tujuan penetapan misi organisasi perniagaan?

a)

Menjadi garis panduan setiap unit

b)

Mengagihkan sumber lebih cekap

c)

Misi ditetapkan sebelum penulisan visi

d)

Mencapai matlamat dalam jangka masa panjang

30.

Sebuah kilang pakaian telah menerima tempahan pakaian seragam sekolah pada 21 Julai 2019. Tempahan ini perlu disiapkan sebelum 1 November 2019. Apakah ciri objektif dalam situasi di atas?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Boleh capai

d)

Jangka masa

31.

Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh satu penetapan visi untuk mencapai matlamat sesebuah perniagaan?

a)

Melebihi 3 tahun

b)

Melebihi 5 tahun

c)

Melebihi 7 tahun

d)

Melebihi 10 tahun

32.

Apakah faktor yang perlu diambil kira oleh Syarikat Pembinaan Daya untuk menghasilkan visi dan misi perniagaannya?

a)

Belian

b)

Pemasaran

c)

Daya saing

d)

Syer pasaran

33.

Perniagaan Anna menjual bedak jenama Cantik pada harga RM50 seunit. Kos berubah seunit adalah RM35 manakala kos tetap adalah RM300 000. Berapa unit yang perlu dijual untuk mendapatkan pulangan modal?

a)

20 000 unit

b)

3 529 unit

c)

8 571 unit

d)

6 000 unit

34.

Ramli seorang pengurus di sebuah syarikat perladangan. Beliau dipertanggungjawabkan untuk merancang program latihan dan pembangunan staf bagi memastikan kemudahan untuk pekerja terjaga. Bahagian fungsian manakah beliau bertugas?

a)

Kewangan

b)

Pentadbiran

c)

Sumber manusia

d)

Khidmat pelanggan

35.

Apakah kepentingan kawalan awalan dalam fungsian pengeluaran?

a)

Memastikan produk yang dihasilkan memenuhi piawaian

b)

Memastikan semua staf bekerja secara produktif

c)

Memastikan proses pengeluaran berjalan lancar

d)

Memastikan semua input dalam keadaan baik

36.

Gambar berkaitan dengan sejenis perkhidmatan. Saluran agihan manakah yang sesuai dengan produk tersebut?

a)

Pengeluar - pengguna

b)

Pengeluar - peruncit - pengguna

c)

Pengeluar - Ejen - Peruncit - Pengguna

d)

Pengeluar - Pemborong - Peruncit - Pengguna

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu bahagian fungsian. Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Pembelian

b)

Pemasaran

c)

Pengagihan

d)

Pentadbiran

38.

Pernyataan yang manakah yang menunjukkan wujudnya pengangguran kitaran?

a)

Pekerja menganggur kerana kontrak kerja telah tamat

b)

Majikan mengecilkan bilangan pekerja akibat kemelesetan ekonomi

c)

Majikan mengecilkan bilangan pekerja keranan perubahan teknologi baharu

d)

Perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran pekerja

39.

Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan kesan deflasi kepada masyarakat?

a)

Penduduk mengalami kehilangan pekerjaan

b)

Berlaku peningkatan kuasa beli pengguna

c)

Penurunan penawaran barangan dalam pasaran

d)

Penurunan permintaan barangan dalam pasaran

40.

Bahagaian fungsian yang manakah perlu menganalisis pembekal untuk membandingkan harga?

a)

Bahagian pembelian

b)

Bahagian pemasaran

c)

Bahagian pentadbiran

d)

Bahagian pengeluaran