Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK TING 5 ULANGKAJI (PK) KSSM

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Berikut BUKAN merupakan cara mengurus emosi dengan betul

a)

Terapi muzik

b)

Memendam rasa

c)

Bersenam

d)

Bercerita

2.

Kesihatan Reproduktif bermaksud....

a)

Keadaan individu yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial serta bebas daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.

b)

Keadaan individu yang sihat dari segi jasmani dan sosial serta bebas daripada penyakit berjangkit.

c)

Keadaan individu yang sihat dari segi rohaniah dan sosial serta bebas daripada ancaman pengaruh luar.

3.

Antara berikut manakah kaedah mengenai penyebaran maklumat berhubung hak kesihatan reproduktif & seksual?

a)

Iklan, Poster, Pendidikan formal, Media Massa & Perbincangan dengan rakan

b)

Badan organisasi kerajaan & swasta

c)

Pendidikan formal, Pendidikan Tidaak Formal, Program Kesedaran (PBT), Kerajaan, Non-Government Organizations (NGO), Perbincangan dengan rakan & Media Massa

d)

Surat Khabar, Instagram, Twitter, Snapchat, Tiktok & lain-lain platform media sosial

4.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization), istilah remaja ditafsirkan sebagai

a)

seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 10 hingga 19 tahun.

b)

seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 9 hingga 19 tahun.

c)

seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 15 hingga 19 tahun.

d)

seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 17 hingga 19 tahun.

5.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM, 2012), mentakrifkan pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual sebagai asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling menghormati.

Hak untuk pendidikan reproduktif dan seksual

adalah seperti yang berikut, KECUALI

a)

Remaja harus dibimbing cara mengamalkan gaya hidup yang selamat dan sihat dari segi jasmani, emosi, mental, rohani dan sosial.

b)

Sesuatu yang tidak perlu dipelajari oleh keluarga

c)

Satu proses pembelajaran sepanjang hayat merangkumi aspek biologikal, sosiobudaya dan psikologikal.

d)

Satu proses pembelajaran sepanjang hayat merangkumi aspek biologikal, sosiobudaya dan psikologikal.

6.

Menurut seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Undang-undang Malaysia Akta 792 Bahagian iv Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, amang seksual merupakan.......

a)

hubungan seksual dengan individu yang tidak dikenali.

b)

gangguan seksual pelaku terhadap mangsa di tempat kerja.

c)

penderaan fizikal kepada mangsa menggunakan kekerasan.

d)

perbuatan menyentuh bahagian seksual mangsa atau dipaksa melakukan sebaliknya terhadap pelaku.

7.

Penyalahgunaan bahan boleh menyebabkan seseorang individu berisiko dengan masalah berikut KECUALI

a)

Kegiatan antisosial

b)

Kesihatan

c)

Perbuatan jenayah

d)

Mempunyai ramai sahabat

8.

• Saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh

• Keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-

sendi dan otot

• Mengalami kekurangan berat badan

• Mengalami kecacatan


Berikut merupakan Ciri-ciri Risiko Penyalahgunaan Bahan Terhadap ______

a)

hati

b)

otak

c)

janin

d)

saraf

9.

Apakah maksud penagihan berulang?

a)

keadaan seorang penagih yang telah dipulihkan tetapi kembali menagih.

b)

seseorang yang telah pulih dari penagihan

c)

tiada keyakinan diri

10.

Apakah punca penagihan berulang?

a)

bahagia

b)

tekanan emosi

c)

tidak tidur

d)

tidak berdisiplin

11.

Masyarakat memandang negatif dan tidak memberi peluang kepada bekas penagih untuk berubah, ini merujuk kepada..

a)

tekanan emosi

b)

desakan keluarga

c)

stigma masyarakat

d)

pengaruh rakan-rakan

12.

Pertolongan cemas ialah rawatan awal atau bantu mula sebelum mendapatkan rawatan daripada doktor.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Pertolongan cemas bertujuan untuk membantu menyelamatkan mangsa, membantu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh mangsa dan seterusnya mendapat bantuan doktor.

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Pernyataan berikut merupakan situasi yang mempengaruhi ketidakstabilan emosi KECUALI

a)

Bercuti bersama keluarga

b)

Keluarga yang tidak harmoni

c)

Kegagalan dalam peperiksaan

d)

Pergaduhan atau perselisihan faham dengan rakan sebaya

15.

Remaja yang empati dapat mengurangkan tekanan emosi orang lain. Apakah maksud empati?

a)

Bersifat suka melawan atau menentang orang lain

b)

Mudah bersimpati dan rasa kasihan kepada orang lain

c)

Keupayaan untuk menyelami perasaan atau emosi orang lain.

d)

Berupaya mengawal emosi ketika marah kerana tidak berpuas hati dengan orang lain

16.

Pengurusan Diet Seimbang bermaksud

a)

amalan pemakanan yang bersesuaian dengan keperluan diri seperti dalam Piramid Makanan Malaysia.

b)

amalan pemakanan yang mengikut kehendak diri seperti dalam Piramid Makanan Malaysia.

c)

program menguruskan badan

d)

amalan pemakanan dari pihak kementerian kesihatan Malaysia

17.

Bagi memudahkan masyarakat mengamalkan pemakanan secara sihat, ______________ telah dihasilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

a)

program bersenam

b)

suku separuh

c)

Pinggan Sihat Malaysia

d)

Makanan asas Malaysia

18.

Berikut ialah tujuan pengurusan diet seimbang dan sihat sepanjang hayat KECUALI

a)

Tumbesaran yang setara

b)

Mendapat sumber vitamin yang mencukupi

c)

Menambah peratusan remaja obes

d)

Mempunyai mental cerdas

19.

Bagi tahap aktiviti yang aktif kita disarankan untuk bersenam

a)

1 kali seminggu

b)

2 kali seminggu

c)

3 hingga 4 kali seminggu

d)

5 hingga 6 kali seminggu

20.

Memilih diet seimbang dan sihat sepanjang hayat boleh membantu dalam

a)

pengurusan berat badan.

b)

pencegahan penyakit kronik

c)

mengawal selera makan

21.

Amalan "Suku Suku Separuh" merujuk kepada pengambilan makanan seharian. Apakah jenis amalan "Separuh" dalam amalan makanan harian yang disaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

a)

Nasi , Roti, Bijirin

b)

Ikan , daging, ayam

c)

Sayuran, buah-buahan

d)

Minyak dan gula

22.

Apakah formula pengukuran BMI?

a)

 Tinggi (m)Berat (kg)\frac{Tinggi\ \left(m\right)}{Berat\ \left(kg\right)}  

b)

 Berat (kg)Tinggi (m)\frac{Berat\ \left(kg\right)}{Tinggi\ \left(m\right)}  

c)

 Berat (kg)Tinggi2(m2)\frac{Berat\ \left(kg\right)}{Tinggi^2\left(m^2\right)}  

d)

 Tinggi (m)Berat2 (kg2)\frac{Tinggi\ \left(m\right)}{Berat^2\ \left(kg^2\right)}  

23.

Berikut merupakan tip pengawalan berat badan KECUALI

a)

kurangkan bersenam

b)

makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

c)

kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berkalori tinggi

d)

makan pelbagai makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan nutrien

24.

Keperluan pemakanan individu sama bagi setiap peringkat umur.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Udara tercemar berlaku disebabkan oleh....

a)

Banjir

b)

Pembakaran terbuka

c)

Kemalangan jalan raya

d)

Penanaman pokok bakau

26.

Situasi manakah yang berisiko semasa bencana alam berlaku ?

a)

Renjatan elektrik

b)

Penyakit berjangkit

c)

Pening kepala

d)

Kecederaan Fizikal

27.

Sekiranya anda mendapati mangsa mengalami lebam di bahagian tangannya, apakah teknik pertolongan cemas yang anda boleh lakukan ?

a)

CPR

b)

R.I.C.E

c)

D.R.A.B.C

28.

Anda telah menyelamatkan mangsa lemas ketika banjir berlaku, apakah teknik pertolongan cemas yang anda boleh lakukan sementara menunggu pihak kecemasan perubatan sampai di tempat kejadian ?

a)

CPR

b)

R.I.C.E

c)

D.R.A.B.C

29.

Apakah tindakan ''A'' dalam teknik pertolongan cemas DRABC ?

a)

memastikan keadaan persekitaran yang selamat untuk bertindak sebagai penyelamat

b)

Periksa saluran penafasan mulut dan hidung mangsa supaya bebas dari benda yang boleh menahan oksigen masuk

c)

periksa tanda-tanda pendarahan teruk

30.

Apakah tindakan yang harus dilakukan jika mangsa mengalami kecederaan serius ?

a)

Tidak melakukan apa-apa

b)

Menenangkan mangsa

c)

Menghubungi pihak perubatan bertauliah

d)

Membiarkan mangsa di tempat kejadian berseorangan diri

31.

Apakah nama penuh teknik CPR ?

a)

Cardiopulmonary Reaction

b)

Cardiopulmonary Resuscitation

c)

Cardiovascular Reaction

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan NADMA?

a)

Agensi Pengurusan Bencana Negara

b)

Agensi Pengurusan Kemalangan Negara

c)

Agensi Pengurusan Keamanan Negara

d)

Agensi Pengurusan Konflk Negara

33.

i - Membuat keputusan bertindak

ii - Menghubungi pasukan kecemasan

iii - Memberi rawatan sementara

iv - Kenal pasti halangan dan rintangan


Susun kemahiran bertindak diatas jika kita ingin membantu mangsa yang berdepan dengan bencana alam

a)

i, ii, ii, iv

b)

i, iii, iv, ii

c)

iv, ii, i, iii

d)

iv, i, iii, ii

34.

Apakah langkah untuk mengenal pasti makanan yang ingin di makan tidak tercemar ?

a)

Tin makanan tidak kemek, karat dan berlubang

b)

Makanan tersebut tidak terdedah kepada air yang tercemar

c)

Memeriksa tarikh luput makanan

d)

Mengambil makanan yang hanyut di bawa air banjir

35.

Antara berikut, yang mana adalah contoh bencana alam?

a)

Ribut taufan

b)

Tanah runtuh

c)

Jerebu

d)

Kemalangan jalanraya