wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

penyalahgunaan bahan tingkatan 2

Total questions: 39

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Penyalahgunaan bahan boleh menyebabkan seseorang individu berisiko dengan masalah berikut KECUALI

a)

Kegiatan antisosial

b)

Kesihatan

c)

Perbuatan jenayah

d)

Bertanggungjawab

2.

Antara berikut yang manakah merupakan risiko penyalahgunaan bahan terhadap diri sendiri

a)

Mempengaruhi sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan otot-otot

b)

Fungsi otak terganggu sehingga menyebabkan sawan

c)

Mata akan kelihatan merah dan berair serta hidung berhingus.

d)

Perut berasa sakit, kadangkala muntah dan cirit-birit sehingga menyebabkan berat badan terjejas

e)

Tubuh akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme dalam badan

3.

Tidak menghiraukan kesihatan diri merupakan kesan Sosial penyalahgunaan bahan. Selain itu antara risiko sosial Penyalahgunaan bahan adalah:

a)

Prestasi dan disiplin kerja akan merosot. Tingkah laku dan sikap akan berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya. Contohnya, daripada seorang yang periangmenjadi pendiam

b)

Disayangi oleh keluarga dan masyarakat

c)

Bersikap pemarah sehingga berlaku perpecahan, penderaan dan keganasan dalam keluarga

d)

Lebih suka hidup menyendiri

e)

Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga serta masyarakat di sekeliling adalah kesan sosial akibat penyalahgunaan bahan

4.

• Saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh

• Keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-

sendi dan otot

• Mengalami kekurangan berat badan

• Mengalami kecacatan


Berikut merupakan Ciri-ciri Risiko Penyalahgunaan Bahan Terhadap ______

a)

HATI

b)

OTAK

c)

JANIN

d)

SARAF

5.

Faedah Tidak Melibatkan Diri dalam Penyalahgunaan Bahan KECUALI

a)

Sihat dari segi mental dan emosi serta penampilan diri lebih

kemas dan menarik

b)

Dapat mengelakkan diri daripada melanggar undang-undang yang mungkin akan menyebabkan dipenjarakan

c)

Prestasi akademik juga akan menurun serta hubungan sosial dengan rakan dan masyarakat lebih renggang

d)

Prospek pekerjaan juga lebih baik serta dapat menyumbang dan berjasa kepada masyarakat dan negara

e)

Status kewangan juga akan stabil serta dapat mengelakkan perpecahan keluarga

6.

Setiap individu bertanggungjawab mengaplikasikan kemahiran kecekapan psikososial dalam menangani risiko penyalahgunaan bahan. Antara kemahiran kecekapan psikososial yang boleh diaplikasikan adalah

a)

Kemahiran membuat keputusan yang tepat

b)

Berkomunikasi dengan jelas

c)

Berkebolehan menyelesaikan masalah dengan berkesan

d)

Kesedaran Diri

7.

Antara berikut manakah kenyataan yang SALAH berkaitan Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Bahan

a)

Penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa dapat membuat keputusan dengan pemikiran yang rasional

b)

Pendidikan penyalahgunaan bahan di sekolah merupakan langkah awal bagi membendung masalah penyalahgunaan bahan dalam kalangan murid

c)

Hubungan kekeluargaan dan interpersonal memainkan peranan penting dalam memastikan ahli keluarga tidak terjebak dalam masalah penyalahgunaan bahan

d)

Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan melalui program,kempen kesedaran, motivasi serta hebahan media cetak dan sosial.

e)

Sikap tidak mengambil berat,tidak bertanggungjawab dan tidak menyayangi serta kurang komunikasi dalam kalangan ahli keluarga mampu mengelakkan diri daripada risiko penyalahgunaan bahan.

8.

Berikut merupakan Bahan yang boleh menyebabkan Ketagihan KECUALI

a)
b)
c)
d)
9.

KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN

a)
b)
c)
d)
10.

FAEDAH TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM PENYALAHGUNAAN BAHAN

a)
b)
c)
d)
11.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyalahgunaan bahan?

a)

Penggunaan bahan dengan tujuan dan amaun yang betul

b)

Penggunaan bahan untuk tujuan perubatan

c)

Penggunaan bahan yang memudaratkan kesihatan seseorang

d)

Penggunaan bahan untuk tujuan kajian dan penyelidikan

12.

Berikut merupakan risiko penyalahgunaan bahan terhadap diri sendiri kecuali ...

a)

Otak

b)

Hati

c)

Prestasi

d)

Emosi

13.

Penyalahgunaan bahan akan menyebabkan penampilan diri seseorang berubah.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Pilih 2 kesan fizikal penyalahgunaan bahan kepada manusia

a)

Otak

b)

Mata

c)

Telinga

d)

Kaki

15.

Janin yang lahir daripada seseorang yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan biasanya akan sihat sentiasa.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Komplikasi psikiatri ialah ..

a)

Kecenderungan seseorang berubah haluan hidup

b)

Kecenderungan seseorang membawa orang berjaya bersama-sama

c)

Kecenderungan seseorang menjadi manusia yang lebih baik

d)

Kecenderungan seseorang mengalami penyakit mental

17.

Di dalam tubuh badan manusia, hati berfungsi utama untuk ..

a)

Mengeluarkan bahan kumur

b)

Mengeluarkan peluh

c)

Meneutralkan kandungan darah dalam badan

d)

Membersihkan darah

18.

Berikut merupakan kesan penyalahgunaan bahan terlarang kepada otak kecuali ..

a)

Hilang rasa malu

b)

Fikiran bercelaru

c)

Dapat membentuk idea spontan

d)

Pergerakan menjadi tidak terkawal

19.

Berikut merupakan kesan penyalahgunaan bahan kepada mental dan emosi kecuali ..

a)

Gangguan mental

b)

Bersifat sopan santun

c)

Bertindak ganas

d)

Menjadi tidak waras

20.

Seorang bapa yang mengalami masalah penyalahgunaan bahan akan menjalankan tanggungjawab beliau dengan sangat baik ..

a)

Betul

b)

Salah

21.

Prestasi dan displin kerja seseorang yang ketagihan dadah akan menjadi semakin baik

a)

Betul

b)

Salah

22.

Berikut merupakan perkara yang boleh dibuat untuk menangani masalah penyalahgunaan bahan kecuali ..

a)

Terus hidup bersama kawan yang mempunyai masalah yang sama

b)

Kesedaran diri sendiri

c)

Pendidikan penyalahgunaan bahan di sekolah

d)

Peranan kerajaan dan badan bukan kerajaan

23.

Masalah penyalahgunaan bahan boleh dicegah seawal di peringkat persekolahan.


Berdasarkan pernyataan di atas, pilih 2 solusi terbaik melibatkan sekolah

a)

Membendung masalah di kalangan murid

b)

Menghukum pelajar yang mempunyai masalah

c)

Tidak menekankan kesan penyalahgunaan bahan

d)

Bertujuan mendidik dan bukan menghukum

24.

Antara faedah jika anda tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan bahan seperti ..

a)

Prestasi akademik dan hubungan sosial lebih baik

b)

Dijauhi oleh keluarga dan masyarakat

c)

Pendidikan merosot

d)

Mental dan emosi tidak stabil

25.

Pihak kerajaan dan bukan kerajaan dapat membantu dalam menangani masalah penyalahgunaan bahan dengan ..

a)

Meringankan hukuman

b)

Membuat hebahan di media cetak dan media sosial

c)

Mengurangkan cukai kepada industrii tembakau dan alkohol

d)

Menggalakkan iklan berkaitan rokok dan arak di media sosial

26.

Penyalahgunaan bahan adalah seperti

a)

Dadah, arak dan gam

b)

Air, garam dan kayu

27.

Bahan tersebut boleh menyebabkan seseorang

a)

Kelaparan

b)

Ketagihan

28.

Bahan-bahan ini boleh memudaratkan

a)

Keseronokan

b)

Kesihatan dan emosi seseorang

29.

Perbuatan penyalahgunaan bahan membahayakan penagih, keluarga dan _______________.

a)

Masyarakat

b)

Rakan sebaya

30.

Apakah langkah untuk tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan bahan

a)

Berkawan dengan rakan yang negatif

b)

Sihat dari segi mental dan emosi

31.

Mengapakah dadah dikategorikan sebagai bahan terlarang dan dikawal?

a)

Menjamin kesejahteraan diri dan keluarga

b)

Menyebabkan seseorang hilang pertimbangan

c)

Boleh meningkatkan keyakinan diri

d)

Boleh memudaratkan kesihatan

32.

Apakah kesan penyalahgunaan bahan terhadap sosial?

a)

Prestasi dan disiplin kerja meningkat

b)

Disenangi oleh keluarga dan masyarakat

c)

lebih suka hidup menyendiri

d)

sentiasa menjaga penampilan diri

33.

Apakah aspek penting yang perlu ada dalam diri seseorang untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan bahan?

a)

kejujuran

b)

Kesedaran diri

c)

kekuatan fizikal

d)

motivasi diri

34.

Apakah sikap yang perlu ada dalam kalangan ahli keluarga untuk mengelakkan diri daripada risiko penyalahgunaan bahan?

a)

pendiam

b)

sikap mengambil berat

c)

sikap bertanggungjawab

d)

tidak bergaul

35.

Siapakah pihak yang boleh memainkan peranan dengan mengadakan program kesedaran dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan bahan?

a)

kerajaan

b)

ibu bapa

c)

majikan

d)

rakan

36.

Apakah faedah yang akan kita perolehi sekiranya tidak terlibat dengan penyalahgunaan bahan?

a)

mental dan emosi sihat

b)

status kewangan akan stabil

c)

prestasi akademik meningkat

d)

hubungan sosial dengan rakan dan masyarakat lebih mesra

37.

Sebagai remaja apakah yang anda perlu lakukan untuk menggelakkan diri daripada terjebak dengan penyalahgunaan bahan?

a)

Belajar ilmu agama

b)

Mendengar nasihat ibu bapa

c)

melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan

d)

melepak dengan kawan-kawan tanpa had

38.

Apakah kesan penyalahgunaan bahan dalam kehidupan harian remaja KECUALI ?

a)

Hidup dalam keadaan yang menderita

b)

Boleh melakukan aktiviti riadah

c)

Boleh melakukan jenayah

d)

Hilang kawalan emosi

39.

Antara berikut manakah kenyataan yang SALAH berkaitan Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Bahan

a)

Sikap tidak mengambil berat,tidak bertanggungjawab dan tidak menyayangi serta kurang komunikasi dalam kalangan ahli keluarga mampu mengelakkan diri daripada risiko penyalahgunaan bahan.

b)

Penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa dapat membuat keputusan dengan pemikiran yang rasional

c)

Pendidikan penyalahgunaan bahan di sekolah merupakan langkah awal bagi membendung masalah penyalahgunaan bahan dalam kalangan murid

d)

Hubungan kekeluargaan dan interpersonal memainkan peranan penting dalam memastikan ahli keluarga tidak terjebak dalam masalah penyalahgunaan bahan

e)

Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan melalui program,kempen kesedaran, motivasi serta hebahan media cetak dan sosial.