Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING 5 BAB 8

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah itu MAPEN yang dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat?

a)

Majlis Pekerjaan Negara

b)

Majlis Perundingan Negara

c)

Majlis Penyusunan Negara

d)

Majlis Pembentukan Negara

2.

Mengapakah kerajaan memperkenalkan Rancangan Buku Hijau?

a)

Menyokong pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

b)

Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan

c)

mempelbagaikan hasil tanaman melalui pertanian berkelompok

d)

memajukan penduduk yang tinggal di luar bandar

3.

Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada tahun 1970 menggunakan strategi bersifat serampang dua mata. Apakah 'serampang dua mata' tersebut?

a)

Meningatkan pendapatan kerajaan

b)

Membasmi kemiskinan

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Memperkenalkan teknologi baharu dalam perindustrian

4.

Antara pelaksanaan DEB ialah untuk meningkatan Taraf Hidup Rakyat? Walau bagaimanapun, terdapat golongan miskin bandar yang seharusnya diberi perhatian oleh kerajaan. Mengapakah ia berlaku sedemikian?

a)

Kekurangan Pekerjaan

b)

Pendapatan yang rendah

c)

Kebanjiran pendatang asing.

d)

Masalah perumahan

5.

"Ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu pekebun kecil, petani dan peladang yang terlibat dalam kegiatan koperasi."


Apakah agensi kerajaan yang terlibat?

a)

MARDI

b)

LKIM

c)

LPP

d)

RISDA

6.

Apakah objektif Dasar Pembangunan Nasional?

a)

Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu

b)

Mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan.

c)

Membina kesejahteraan rakyat dengan pengamalan nilai murni

d)

memperkukuh kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

7.

Apakah pencapaian DEB dan DPN dalam aspek sosial?

a)

Kemunculan golongan pertengahan

b)

Kawasan Perindustrian Baharu

c)

Perindustrian teknologi tinggi

d)

Peningkatan pendapatan kerajaan

8.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan

pada tahun 1970 hingga tahun 1990. Apakah

strategi yang digunakan untuk mencapai

matlamat DEB?

a)

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

b)

Menambahkan peluang pekerjaan kepada

rakyat

9.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

merupakan kesinambungan DEB yang

dirangka untuk tempoh 10 tahun (1991- 2000)

Apakah matlamat DPN?

a)

Perpaduan negara melalui pengagihan

kekayaan

b)

Meningkatkan pemilikan saham bumiputera

10.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah

diperkenalkan bagi memperbaik taraf hidup

rakyat.

Apakah kesan pengenalan IKS

a)

Menyediakan peluang pekerjaan

b)

Melahirkan ramai usahawan muda

11.

Matlamat pelancaran Dasar Penswastaan oleh Tun

Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1983 ialah

a)

Memudahkan rakyat membuat pelaburan

b)

Meningkatkan produktiviti serta kualiti

perkhidmatan

12.

Pusat Latihan Kemahiran Giatmara

Apakah tujuan penubuhan agensi di atas?

a)

Membolehkan golongan belia mendapat kerja

yang berkaitan dengan kemahiran

b)

Meningkatkan produktiviti pengeluaran

13.

Berapa peratuskan pemilikan, penguasaan dan

pengurusan sektor moden bagi kaum bumiputera

dalam DEB?

a)

30 peratus

b)

50 peratus

14.

Penempatan semula kilang tambahan di negeri

yang kurang maju bertujuan untuk

a)

Menyumbang kepada pembangunan wilayah

b)

Membolehkan bumiputera bersaing dalam

perniagaan moden

15.

Antara berikut yang manakah kesan positif

pencapaian DEB dan DPN dari aspek sosial?

a)

Penurunan kadar kemiskinan

b)

Perindustrian berteknologi tinggi

c)

Kawasan industri baharu

d)

Perkembangan wilayah

16.

Zon Perindustrian Bebas merupakan kawasan

perdagangan bebas cukai yang bertujuan

a)

Menarik pengusaha melabur dan merangsang

ekonomi sekitar

b)

Mewujudkan kawasan perindustrian serta

pusat rekreasi

17.

Taman Teknologi Perindustrian diletakkan di

bawah tanggungjawab

a)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Malaysia

b)

Universiti Teknologi Malaysia

18.

Antara berikut, yang manakah kesan

perkembangan perusahaan kereta dan motosikal

nasional di Malaysia?

a)

Taraf hidup rakyat meningkat

b)

Meningkatkan pendapatan rakyat

c)

Mengekalkan keharmonian negara

d)

Membangunkan kawasan luar bandar

19.

Jadual 3 menunjukkan perkembangan industri kereta buatan Malaysia.

Perusahaan

Tahun Penubuhan

Contoh Kereta

PROTON

1983

Saga

Waja

Persona

PERODUA

1993

Kancil

Axia

Alza

Apakah kesan perkembangan

tersebut?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Meningkatkan perdagangan antarabangsa

20.

Siapakah tokoh yang melancarkan Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) ?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak

c)

Tun Hussein Onn

d)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

21.

Berapa lamakah Dasar Pembangunan Nasional dilaksanakan ?

a)

5 tahun

b)

10 tahun

c)

15 tahun

d)

20 tahun

22.

Apaskah usaha yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional ( DPN )

a)

Malaysia sebuah negara maju

b)

Malaysia sebuah negara yang kaya

c)

Malaysia sebuah negara yang majmuk

d)

Malaysia sebuah negara yang progresif

23.

Apaskah usaha yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional ( DPN )

a)

Malaysia sebuah negara maju

b)

Malaysia sebuah negara yang kaya

c)

Malaysia sebuah negara yang majmuk

d)

Malaysia sebuah negara yang progresif

24.

Apakah matlamat Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) ?

a)

Mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan

b)

Mencapai kemajuan melalui perindustrian

c)

Mencapai kemakmuran melalui pendidikan

d)

Mencapai peningkatan taraf hidup rakyat

25.

Mengapakah penggunaan sains dan teknologi penting dalam pembangunan ekonomi ?

a)

Menggalakan penglibatan golongan muda dalam pertanian

b)

Membuka lebih banyak kawasan pertanian

c)

Meningkatkan kualiti dan hasil pertanian

d)

Mengoptimumkan peruntukan kerajaan

26.

Apakah strategi Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) untuk membangunkan bidang sosial ?

a)

Memberikan insentif serta kemudahan pendidikan

b)

Membina lebih banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi

c)

Menawarkan pelbagai jurusan kemahiran di peringkat universiti

d)

Mengambil pensyarah dari luar negara

27.

Bagaimanakah Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) membangunkan kemudahan fizikal tanpa mengabaikan alam sekitar ?

a)

Penggunaan teknologi moden

b)

Penggunaan teknologi elektrik hidro

c)

Penggunaan teknologi hijau

d)

Penggunaan teknologi maklumat

28.

Bagaimanakah Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) dilaksanakan ?

a)

Pemilikan modal saham

b)

Pemilikan rumah persendirian

c)

Pemilikan sektor perindustrian

d)

Pemilikan harta benda

29.

Bagaimanakah kerajaan meneruskan usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat ?

a)

Biasiswa

b)

Pinjaman

c)

Kemudahan asas

d)

Subsidi

30.

Antara berikut yang manakah agensi kerajaan yang memberi latihan kemahiran kepada golongan belia ?

a)

Sekolah Vokasional

b)

Pusat Latihan Kemahiran Giatmara

c)

Politeknik

d)

Universiti Teknologi Malaysia

31.

Apakah tujuan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ) ditubuhkan ?

a)

Meningkatkan sektor perdagangan dan perindustrian

b)

Meluaskan jumlah eksport negara

c)

Mewujudkan masyarakat yang muhibbah

d)

Menyusun semula masyarakat

32.

Antara berikut yang manakah merupakan syarikat perniagaan milik bumiputera ?

a)

Perbadanan Nasional Berhad

b)

Keretapi Tanah Melayu Berhad

c)

IJM Corporation

d)

Gamuda Berhad

33.

Mengapakah penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat dilaksanakan dibawah Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) ?

a)

Saham bumiputera dapat dipertingkatkan

b)

Lebih banyak syarikat swasta dapat ditubuhkan

c)

Masyarakat pelbagai kaum dapat memiliki saham

d)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

34.

Apakah tujuan Dasar Penswastaan dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ?

a)

Meningkatkan eksport negara

b)

Meningkatkan pendapatan negara

c)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

d)

Meningkatkan produktiviti

35.

Mengapakah kerajaan meneruskan rancangan pembangunan wilayah menerusi Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) ?

a)

Mengurangkan kemiskinan

b)

Menyediakan peluang pekerjaan

c)

Meningkatkan intergrasi ekonomi

d)

Membina pusat perindustrian

36.

Apakah yang dimaksudkan dengan pertanian pintar ?

a)

Penggunaan teknologi pintar

b)

Melahirkan petani muda yang pintar

c)

Melaksanakan rancangan pertanian yang pintar

d)

Penggunaan kawasan pertanian dengan pintar

37.

Antara pencapaian DEB dan DPN ialah penurunan kadar kemiskinan.

Manakah antara berikut merupakan 2 faktor kepada penurunan tersebut?(ms 180)

a)

Peningkatan peluang kerja

b)

Perkembangan bidang perindustrian

c)

Pemberian bantuan sara hidup

d)

Pengurangan jumlah cukai

38.

Apakah petunjuk berlakunya peningkatan kualiti hidup rakyat setelah pelaksanaan DEB dan DPN?(ms 181)

a)

Peningkatan kos sara hidup

b)

Pertambahan jumlah pelancong

c)

Pengurangan subsidi kerajaan

d)

Peningkatan tahap kesihatan rakyat

39.

Antara yang berikut manakah dianggap sebagai golongan kelas menengah baru dalam masyarakat yang dlahirkan oleh DEB dan DPN?(ms 181)

a)

Guru

b)

Wartawan

c)

Akauntan

d)

Arkitek

40.

Pelaksaaan DEB dan DPN telah mewujudkan kawasan perindustrian baharu.

Apakah rasional pembentukan sesuatu kawasan perindustrian tersebut?(ms 186)

a)

Keadaan iklim yang sesuai

b)

Berhampiran pusat kewangan

c)

Kawasan tanah yang luas

d)

Bekalan buruh yang mencukupi