wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kimia Konsumer Dalam Industri

Total questions: 42

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Antara bahan tambah berikut,yang manakah bertindak sebagai pengawet & perisa?

a)

Kanji

b)

Cuka

c)

Natrium Nitrit

d)

Asid Askorbik

2.

Bahan X ditambah kepada roti "burger" untuk menstabilkan warna merah dalam roti "burger".Apakah bahan X?

a)

Tartrazina

b)

Pektin

c)

Natrium Nitrit

d)

Hidroksianisol dibutil

3.

Rajah 1 menunjukkan sebahagian label pada botol jem buah kismis hitam.Bahan manakah yang bertindak sebagai pemekat?

a)

Glukosa

b)

Sirap

c)

Pektin

d)

Asid Sitrik

4.

Lesitin digunakan di dalam susu tepung sebagai penstabil.Antara berikut,yang manakah fungsi penstabil?

a)

mencegah minyak menjadi tengik

b)

Mencegah pembentukan emulsi

c)

Mencecah pembentukan bakteria

d)

Memekatkan makanan

5.

Bahan manakah merupakan bahan pewarna dalam minuman oren?

a)

Tartrazina

b)

FCF biru marak

c)

Karamel

d)

Trifenil

6.

Rajah tersebut menunjukkan satu bahan tambah makanan yang digunakan dalam memaniskan makanan.Apakah bahan tambah makanan tersebut?

a)

Aspartam

b)

Butil Butanoat

c)

MSG

d)

Gam Akasia

7.

Pernyataan manakah yang betul tentang ubat tradisional?

a)

Ubat tradisional dibuat oleh ahli sains di dalam makmal

b)

Semua ubat tradisional adalah selamat

c)

Ubat tradisional diperolehi daripada haiwan dan tumbuhan

d)

Ubat tradisional telah diproses sebelum dijual

8.

Ubat manakah digunakan untuk merawat sakit kepala?

a)

Transkuiliser

b)

Streptomisin

c)

Aspirin

d)

Amfetamina

9.

Ubat yang manakah digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria?

a)

Kodeina

b)

Penisilin

c)

Metilfenidat

d)

Haloperidol

10.

Ubat manakah digunakan untuk merawat penyakit skizofrenia (gangguan psikologi)?

a)

Kloropromazin

b)

Aspirin

c)

Transkuiliser

d)

Streptomisin

11.

Aloe vera merupakan salah satu ubat digunakan di dalam perubatan tradisional.Apakah fungsi aloe vera?

a)

Merawat penyakit kulit

b)

Merawat kesan melecur dan terbakar

c)

Memutihkan kulit

d)

Merendahkan kolesterol dalam darah

12.

Berikut merupakan ubat psikotik KECUALI:

a)

Haloperidol

b)

Klorpromazin

c)

Klozapin

d)

Antihistamin

13.

Kortikosteroid merupakan ubat yang digunakan untuk mengurangkan bengkak,gatal-gatal,tindak balas alergi dan asma.Apakah kesan pengambilan ubat tersebut dalam jangka masa panjang.

a)

Keguguran rambut dan sakit saraf

b)

Menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan paras gula dalam darah

c)

Ruam

d)

Loya,pening dan sakit kepala yang teruk

14.

Alkohol dan formaldehid merupakan contoh ubatan bagi :

a)

Aspirin

b)

Antibiotik

c)

Antiseptik

d)

Disinfektan

15.

Proses pembuatan sabun dikenali sebagai apa?

a)

Saponifikasi

b)

Pensulfonan

c)

Pengesteran

d)

Pengelmulsion

16.

Apakah fungsi natrium klorida dalam persediaan sabun?

a)

Sebagai pemangkin

b)

Untuk mengeraskan sabun

c)

Untuk memendakkan sabun daripada larutannya

d)

Untuk mengurangkan daya tarikan antara molekul dalam air

17.

Antara pernyataan yang berikut, manakah benar?

a)

Bahagian P adalah berasid

b)

Bahagian P adalah beralkali

c)

Bahagian P dan R adalaah hidrofilik

d)

Bahagian P larut dalam minyak manakala bahagian R larut dalam air

18.

Apakah kebaikan detergen berbanding dengan sabun?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

19.

Apakah kesan sampingan yang berlaku jika pesakit tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan oleh doktor?

a)

Bakteria akan menjadi aktif

b)

Bakteria akan terlindung di dalam badan

c)

Pesakit akan menjadi alah terhadap antibiotik itu

d)

Bakteria yang tertinggal akan mengalami mutasi dan menjadi imun terhadap antibiotik itu

20.

Apakah siri homolog bagi lemak?

a)

Alkena

b)

Ester

c)

Alkohol

d)

Asid karboksilik

21.

Namakan proses yang menukarkan lemak tak tepu kepada lemak tepu

a)

Penghidrogenan

b)

Pengesteran

c)

Peneutralan

d)

Penapaian

22.

Apakah kelebihan minyak berbanding lemak?

a)

Minyak mengandungi peratusan lemak tepu yang tinggi

b)

Minyak menguatkan sistem imun

c)

Ianya tiada kolestrol

d)

Ia dikelaskan sebagai lemak tepu

23.

Asid askorbik ditambah ke dalam jus buah-buahan. Antara yang berikut, yang manakah fungsi asid askorbik?

a)

Sebagai vitamin

b)

Untuk menambah kalori

c)

Untuk mengurangkan tindak balas oksigen

d)

Untuk menghalang pertumbuhan mikroorganisma

24.

Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk menyembuhkan batuk?

a)

Kortison

b)

Barbiturat

c)

Amfetamin

d)

Kodeina

25.

Seorang pesakit selalu berasa sedig dan murung. Antara ubat berikut, yang manakah sesuai untuk merawat pesakit tersebut?

a)

Kodeina

b)

Penisilin

c)

Haloperidol

d)

Aspirin

26.

ANTARA BERIKUT YANG MANAKAH KEPENTINGAN NANOTEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN?

a)

PENGURUSAN LARUTLESAP DARIPADA TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

b)

PENCIPTAAN KENDERAAN MESRA ALAM SEPERTI KENDERAAN ELEKTRIK,EV

c)

RAWATAN ENAPCEMAR DARIPADA SISA AIR KUMBAHAN

d)

INOVASI DALAM TELEFON BIMBIT DENGAN LEBIH BERKUASA DAN PENYIMPANAN DATA LEBIH BESAR

27.

PENGGUNAAN GINCU TERMASUK DALAM KATEGORI KOSMETIK?

a)

RIAS

b)

PERAWATAN

c)

PEWANGI

d)

ANTIOKSIDAN

28.

ANTARA BERIKUT MANAKAH BUKAN CIRI-CIRI TEKNOLOGI HIJAU?

a)

PEMBEBASAN GAS CO2 YANG SIFAR

b)

MENJIMATKAN TENAGA DAN SUMBER ASLI

c)

MENJIMATKAN WANG

d)

MENGGALAKKAN SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI

29.

KENYATAAN BERIKUT ADALAH BENAR TENTANG NANOTEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN DALAM INDUSTRI ?


-Alatan elektronik yang lebih kecil tetapi berkuasa

-sistem boleh menyimpan,memproses dan menghantar banyak maklumat

a)

PERUBATAN

b)

SEMIKONDUKTOR & ELEKTRONIK

30.

GRAFEN IALAH SALAH SATU (a)   BAGI KARBON SELAIN GRAFIT DAN BERLIAN.

31.

Yang Manakah formula struktur bagi sabun?

a)
b)
c)
d)
32.

Mengapakah detergen lebih berkesan berbanding sabun?

a)

detergen terbiodegradasi tetapi sabun tidak

b)

detergen mengurangkan tegangan permukaan air tetapi sabun tidak

c)

detergen tidak menghasilkan kekat dalam air liat tetapi sabun menghasilkan kekat dalam air liat

d)

detergen larut dalam gris tetapi sabun tidak larut dalam gris

33.

seorang murid mendapati terdapat kotoran darah pada bajunya. bahan manakah yang dalam detergen membantu menghilangkan jenis kotoran ini?

a)

enzim biologi

b)

agen penqawal buih

c)

agen pengampai

d)

pemutih optik

34.

Bahan manakah yang lazim digunakan untuk membuat pewarna dan detergen?

a)

Ammonium klorida

b)

Asid fosforik

c)

Natrium klorida

d)

Asid sulfurik

35.

Antara berikut, yang manakah bukan fungsi bahan tambah makanan?

a)

memperbaiki tekstur makanan

b)

mengurangkan kadar pengoksidaan makanan

c)

meningkatkan perisa makanan

d)

meningkatkan kadar pencemaran makanan

36.

Contoh hasil helaian grafen termasuklah...

a)

grafit

b)

berlian

c)

tiub karbon nano

d)

bebola fulerena

37.

Apakah itu Nanoteknologi ?🤔

a)

Pengolahan bahan-bahan pada skala nano iaitu antara 1 nanometer hingga 100 nanometer

b)

Pembangunan bahan atau peranti dengan memanfaatkan ciri-ciri zarah nano.

c)

Anda tidak tahu jawapan

38.

Apakah sifat fizik grafen

a)

Kuat dan keras

b)

Lut sinar

c)

Penebat haba yang baik

d)

Kenyal

e)

Bersifat tetap

39.

Aplikasi nano teknologi dalam kehidupan antaranya ialah......

a)

Tekstil

b)

Perubatan

c)

Pertanian

d)

Makanan

e)

Tenaga dan elektrik

40.

Namakan agensi yang menguruskan air sisa di Malaysia.

a)

Indah Water

b)

MBSP

c)

PBA

41.

penjanaan, pengurusan dan penguraian sisa pepejal menyumbang kepada peningkatan sejenis gas. Apakah nama gas tersebut?

a)

gas nitrogen

b)

gas rumah hijau

c)

gas oksigen

42.

Konsep 5R telah diperkenalakan bagi menggantikan konsep 3R dalam amalan Teknologi Hijau. Apakah penambahan dua "R" tersebut?

a)

RECOVERY( pemulihan)

b)

RECYCLE(kitar semula)

c)

REFUSE (tolak)

d)

REUSE (guna semula)