wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI PENDIDIKAN KESIHATAN

Total questions: 60

Worksheet time: 10hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Pertolongan Cemas bermaksud

a)

Bantuan yang dilakukan selepas pihak pegawai perubatan tidak boleh menyelamatkan individu yang cedera

b)

Bantuan permulaan yang diberikan kepada individu yang cedera sementara menanti ketibaan ambulans atau pegawai perubatan

2.

Tujuan pertolongan cemas dilakukan adalah untuk

(Tandakan dua jawapan)

a)

Menyelamatkan nyawa

b)

Membuat kecederaan yang dialami individu menjadi lebih teruk

c)

Menunjukkan kepakaran untuk merawat individu

d)

Memudahkan rawatan lanjutan

3.

Apakah prinsip pertolongan cemas yang boleh dilakukan ketika menyelamatkan individu?

a)

T. O. T. A. P. S

b)

R. I. C. E

c)

D. R. A. B. C

d)

E.A.R.S

4.

Prinsip D. R. A. B. C bagi mengalihkan mangsa daripada daripada bahaya dan bawa ke tempat yang selamat ialah

a)

Reaksi (Response)

b)

Bahaya (Danger)

c)

Pernafasan (Breathing)

d)

Peredaran Darah (Circulation)

5.

Prinsip D. R. A. B. C bagi memanggil mangsa atau kejutkan mangsa jika dilihat tiada reaksi daripada mangsa ialah

a)

Reaksi (Response)

b)

Bahaya (Danger)

c)

Peredaran Darah (Circulation)

d)

Saluran Udara (Airways)

6.

Prinsip D. R. A. B. C bagi proses mendongakkan kepala dengan mengangkat dagu mangsa bagi membuka saluran pernafasan ialah

a)

Pernafasan (Breathing)

b)

Peredaran Darah (Circulation)

c)

Saluran Udara (Airways)

d)

Bahaya (Danger)

7.

Apakah dimaksudkan dengan peti pertolongan cemas?

a)

Tempat simpanan alatan memancing

b)

Tempat simpanan sayur-sayuran

c)

Tempat simpanan ubat-ubatan dan alat-alat yang digunakan ketika berlaku kecemasan

d)

Tempat simpanan alat-alat sukan

8.

Talian kecemasan untuk menghubungi Ambulans ialah

a)

996

b)

997

c)

998

d)

999

9.

Apakah kegunaan gambar rajah ini ?

a)

Panduan untuk memasak makanan

b)

Panduan untuk pengambilan makanan sihat

10.

Kumpulan makanan yang manakah kita perlu makan paling banyak ?

a)

Lemak

b)

Karbohidrat

c)

Buah-buahan & Sayur-sayuran

d)

Protein

11.

Nutrien terbahagi kepada dua bahagian iaitu

a)

kahbohidrat dan protien

b)

mikrovitamin dan mikromineral

c)

mikronutrien dn makronutrien

d)

mineral dan vitamin

12.

Fungsi nutrien yang lengkap untuk tubuh badan adalah kecuali

a)

Keseimbangan sel dan tisu

b)

Mencantikan kulit muka

c)

Tumbesaran dan perkembangan badan

d)

Membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal

13.

Berikut adalah makronutrien kecuali

a)

Vitamin

b)

Lemak

c)

Protein

d)

Karbohidrat

14.

Jumlah sajian yang diperlukan untuk pengambilan karbohidrat ialah

a)

1 - 2

b)

2 - 3

c)

3 - 5

d)

6 - 11

15.

Apakah fungsi utama protein ?

a)

Membantu menurunkan kadar kolestrol

b)

Membina sel tubuh badan

c)

Membina tulang

d)

Membekalkan tenaga pada badan

16.

Pengambilan .............. berlebihan boleh menyebabkan seseorang mengalami cirit birit.

a)

Protein

b)

Lemak

c)

Mineral

d)

Vitamin

17.

Karbohidrat boleh didapati dalam

a)

Roti

b)

Telur

c)

Keju

d)

Kekacang

18.

Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik, contohnya obesiti dan kencing manis

a)

Telur, daging merah dan kekacang

b)

Nasi, roti dan mee kuning

c)

Gula, garam, minyak dan coklat

d)

Susu, yogurt dan mentega

19.

Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan

a)

cirit birit

b)

gangguan pada mata

c)

malnutrisi

d)

hilang nafsu makan

20.

Obesiti, kolesterol tinggi, sakit jantung adalah kesan daripada pengambilan ___________ secara berlebihan

a)

karbohidrat

b)

lemak

c)

protein

d)

mineral

21.

Pilih snek yang lebih sihat

a)
b)
22.

Pilih air yang lebih sihat

a)
b)
23.

Setiap remaja perlu tahu cara untuk mengurus dan membuat keputusan dalam menyesuaikan diri dengan pertumbahan fizikal mereka.

a)

Ya

b)

Tidak

24.

Adakah setiap remaja perlu ada komunikasi dan perhubungan yang baik dengan orang di sekeliling untuk membantu pengurusan perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal?

a)

Ya

b)

Tidak

25.

Apakah maksud perkembangan seksual sekunder?

a)

Perubahan pada emosi remaja kearah keburukan seperti pemarah dan degil.

b)

Perubahan pada daya ingatan remaja

c)

Perubahan pada tubuh pada permulaan akil baligh yang melibatkan perkembangan dan perubahan aspek fizikal dan emosi.

26.

Apakah perubahan fizikal bagi murid lelaki?

a)

Suara bertambah lembut, bertubuh sasa dan ketinggian semakin berkurang.

b)

Suara bertambah garau, ketinggian meningkat dan pertumbuhan misai dan janggut.

c)

Saiz otot membesar dan ketahanan badan semakin berkurangan.

27.

Apakah perubahan fizikal bagi murid perempuan?

a)

Pinggul dan payu dara semakin membesar, jerawat tumbuh di muka dan suara semakin lunak.

b)

Suara semakin garau dan saiz otot membesar.

c)

Jerawat di muka dan ketinggian semakin meningkat.

28.

Perubahan emosi pada setiap murid adalah ...........

a)

Gembira dan saling menghormati

b)

Mudah tersinggung, marah, merajuk dan sedih

c)

Sedih, gembira, degil dan mudah memaafkan.

29.

Pertumbuhan bulu-bulu yang terdapat pada anggota badan perlu dibersihkan dan dijaga.

a)

Ya

b)

Tidak

30.

Bagi murid perempuan, selain dari perubahan fizikal mereka juga mengalami .......

a)

Emosi terganggu

b)

Tiada keyakinan pada diri sendiri

c)

Datang bulan / Haid

31.

Apakah itu akil baligh bagi lelaki?

a)

Keluar Urin

b)

Keluar Air Mani

c)

Keluar Air Kencing Kotor

d)

Keluar nanah

32.

Jika rakan anda ingin berkomunikasi atau meluahkan perasaan mereka pada perubahan fizikal badan mereka, anda akan ....... Pilih dua jawapan.

a)

Tidak menghiraukan rakan anda kerana merasakan mereka bercakap mengenai perkara yang tidak senonoh.

b)

Mengelakkan rakan anda kerana anda rasa semua remaja akan ada perubahan fizikal

c)

Mendengar luahan rakan anda dan membantu dalam memberi pandangan atau cara-cara untuk menangani.

d)

Mencari sumber-sumber terdekat bagi membantu rakan anda.

33.

Nyatakan maksud media massa yang betul.

a)

Pelbagai teknologi yang digunakan untuk menyampaikan maklumat.

b)

Ruang tertutup untuk menyampaikan maklumat.

c)

Sumber mendapatkan maklumat.

34.

Langkah-langkah yang dapat menghidarkan seseorang individu daripada pengaruh negatif multimedia ialah

a)

Lepak bersama rakan

b)

Mempunyai pegangan agama yang kuat

c)

Melayari internet di cyber cafe

d)

Menonton VCD / DVD

35.

Apakah cara-cara mengelakkan diri dari terjebak tingkah laku seksual berisiko? Sila tanda 2 jawapan.

a)

Jangan berdua-duaan bersama bukan mahram di tempat sunyi.

b)

Mengikuti rakan-rakan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

c)

Tidak memberitahu ibu bapa jika ada lelaki mengajak perempuan atau lelaki ke tempat sunyi.

d)

Jauhi orang yang cenderung melakukan tingkah laku seksual kerana anda mungkin akan terpengaruh atau menjadi mangsa.

36.

Rokok, alkohol dan dadah ialah bahan yang boleh

a)

memberi ketenangan

b)

mengkhayalkan dan memabukkan

c)

menyihatkan tubuh badan

37.

Rokok, alkohol dan dadah akan menyebabkan gangguan kesihatan seperti

a)

berfikiran waras dan memberikan tenaga

b)

cepat marah dan berfikiran waras

c)

hilang pertimbangan dan bertindak agresif

38.

Apakah kesan penyalahgunaan bahan?

a)

pembaziran wang

b)

Sihat tubuh badan

c)

kewarasan akal

39.

Apakah kesan jangka pendek merokok kepada kesihatan?

a)

Merasa diri hebat atau 'cool'

b)

Kesukaran bernafas dan nafas berbau

c)

Memberikan tenaga dan kewarasan akal

40.

Apakah kesan jangka panjang merokok kepada kesihatan?

a)

Meningkatkan keyakinan seseorang

b)

Merosakkan organ dalam tubuh badan dan ketagihan

c)

Merasa diri lebih hebat

41.

Apakah kesan sosial kepada perokok?

a)

Memimpin sesuatu organisasi dalam masyarakat dan disegani.

b)

Menunjukkan kehebatan diri

c)

Menyebabkan seseorang itu akan terlibat dengan dadah dan masalah sosial dalam masyarakat.

42.

Perokok pasif ialah orang yang _________ tetapi ___________ kepada asap rokok dalam tempoh 15 minit dalam masa ______ hari untuk tempoh seminggu.

a)

merokok, terdedah, tiga

b)

tidak merokok, tidak terdedah, dua

c)

tidak merokok, terdedah, dua

43.

Apakah kesan asap rokok terhadap perokok pasif?

a)

Osteoporosis dan Ulcer Perut

b)

Kanser paru-paru dan Sakit Jantung

c)

Kerosakkan buah pinggang dan Kanser Hati

44.

Apakah kesan buruk pengaruh dadah?

a)

Kegagalan dalam pelajaran dan keruntuhan akhlak

b)

Menjejaskan kesihatan badan dan disegani oleh masyarakat

c)

Meningkatkan prestasi kerja dan ekonomi

45.

Apakah kemahiran yang perlu dikuasai untuk menjauhi bahan berbahaya ini?

a)

Memilih aktiviti untuk mendekati bahan ini

b)

Tetapkan pendirian dan menolak jika ditawarkan bahan ini.

c)

Memilih rakan yang membawa kita untuk mencuba bahan ini.

46.

Apakah maksud 'Dadah'?


Sejeni bahan yang mendatangkan ____________ kepada kesihatan seseorang dari segi ____________, ___________ dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.

a)

peningkatan, fizikal, rohani

b)

kemudaratan, rohani dan emosi

c)

kemudaratan, fizikal, rohani

47.

Apakah kesan pengaruh dadah terhadap sosial?

a)

Mendapat kawan yang menolong kita

b)

Menjadikan pengiktirafan dalam masyarakat

c)

Perjudian, pelacuran dan perompakan

48.

Gambar diatas merujuk kepada jenis-jenis

a)

Alkohol

b)

Rokok

c)

Dadah

d)

Ubat

49.

Pengambilan ____________ boleh menyebabkan seseorang itu mabuk.

a)

Tembakau

b)

Dadah

c)

Alkohol

d)

Rokok

50.

Punca-punca penyalahgunaan bahan adalah seperti berikut kecuali

a)

Kurang kasih sayang dari ibu bapa

b)

Pengaruh rakan sebaya

c)

Keluarga bahagia

d)

Kurang didikan agama

51.

Apakah maksud pemikiran positif?

a)

Kebolehan berfikir dan bertindak tidak rasional dalam menghadapi sebarang situasi

b)

Kebolehan berfikir dan bertindak melulu ketika menghadapi situasi

c)

Kebolehan berfikir dan bertindak rasional dalam menghadapi sebarang situasi

52.

Pilih kata-kata yang menunjukkan pemikiran positif.

a)

Saya tidak mahu bermain-main di dalam kelas lagi.

b)

Saya akan tumpukan perhatian di dalam kelas.

53.

Pilih kata-kata yang menunjukkan pemikiran negatif.

a)

Saya tidak mahu melawan cakap guru lagi.

b)

Saya akan ikut cakap guru.

54.

Berikut ialah ciri-ciri membina sikap positif.

1. Saranan diri positif

2. Lakonkan watak orang cemerlang

3. Dapatkan model ikutan

a)

Betul

b)

Salah

55.

Apakah ciri-ciri membina sikap positif?

a)

Jangkakan kejayaan

b)

Ubah penampilan diri

c)

Membuat sesuatu perkara yang melalaikan

d)

Fokus pada apa yang kita mahukan

56.

Apakah maksud perkahwinan?

a)

upacara yang membolehkan lelaki dan perempuan tinggal bersama untuk jangka masa lama dan mempunyai hanya dua orang anak

b)

upacara yang membolehkan lelaki dan perempuan tinggal bersama untuk jangka masa lama dan mempunyai anak

c)

sambutan yang membolehkan lelaki dan perempuan tinggal bersama untuk jangka masa lama dan mempunyai seorang anak

57.

Berikut adalah tujuan perkahwinan kecuali

a)

membentuk keluarga baru

b)

mewujudkan pertalian antara keluarga lelaki dan perempuan

c)

membolehkan lelaki melakukan apa sahaja kepada perempuan.

d)

mengesahkan bapa kepada anak yang dilahirkan

58.

Keluarga nukleus terdiri daripada ahli berikut kecuali

a)

Ibu

b)

Ayah

c)

Anak jiran

d)

Anak angkat

59.

Apakah maksud keluarga kembangan?

a)

Keluarga yang mempunyai salah seorang sama ada ibu atau bapa serta anak

b)

Keluarga terdiri daripada beberapa keluarga nukleus yang tinggal serumah

c)

Keluarga ini terdiri daripada seorang suami, seorang isteri dan seorang anak

60.

Peranan ibu bapa adalah seperti berikut kecuali

a)

Mendidik

b)

Menyediakan tempat tinggal

c)

Menjaga keharmonian keluarga

d)

Tidak adil dan membezakan anak-anak