WorksheetsPENDIDIKAN JASMANI TAHAP 1
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Pakaian yang sesuai untuk bersenam ialah………….
pakaian beruniform
pakaian ketat
pakaian t-shirt dan seluar sukan
Apakah peraturan yang perlu diikuti semasa pengajaran Pendidikan Jasmani di padang?
Sentiasa mengikut arahan guru
Mengambil bola tanpa arahan guru
Bermain tanpa mengikut masa yang ditetapkan
Mematuhi peraturan permainan dapat mengelakkan………
penyakit
kecederaan
persahabatan
Aktiviti ………………badan perlu dilakukan sebelum memulakan senaman .
menyejukkan
bersenam
memanaskan
Daya tahan kardiovaskular ialah untuk mengukur………….
jantung dan sistem darah berfungsi dengan baik
paru-paru bernafas
buah pinggang mencuci darah
Aktiviti …………. dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
duduk dan membongkokkan badan
bangkit tubi
lari ulang-alik
Aktiviti di dalam gambar ialah………
melantun bola
membaling bola
menggolek bola
Alatan di sebelah ialah………..
tali skipping
pundi kacang
gelung rotan
Aliff bersama bapa dan adiknya ……….. di taman pada setiap petang untuk mengisi masa lapang.
tidur
jogging
berbual-bual
Gambar ini menunjukkan pergerakan bukan lokomotor .Pergerakan tersebut ialah…………
berjalan
berdiri tegak
melompat
Bermain piring terbang memerlukan kemahiran koordinasi………
membaling dan terbang
membaling dan duduk
membaling dan menyambut
Aiman sedang meniti di atas sebuah bangku panjang seperti di dalam gambarajah . Bentuk kecergasan fizikal yang dilakukan oleh Aiman ialah……..
imbangan
kelenturan
keberanian
Alatan yang digunakan dalam aktiviti menghantar dan dan menyambut pundi kacang ialah…………
bola kecil
gelung rotan
pundi kacang
Semasa melakukan sukan air, kita haruslah memakai…………..
baju tidur
baju hujan
jaket keselamatan
Yang manakah aktiviti di bawah menggunakan peralatan?
lompat bintang
menendang bola
berjoging
Aktiviti seperti ……….. boleh dilakukan di dalam rumah.
senam robik
lontar peluru
lompat jauh
Aktiviti melambung bola dan memusing kepala adalah pergerakan…………
bukan lokomotor
kesedaran ruang
lokomotor
Permainan di bawah adalah permainan tradisional KECUALI…..
tarik upih
batu seremban
tenis
Permainan teng-teng memerlukan kemahiran…………..
melompat dan mengimbang
menyerang dan menjaring
berlari dan berjalan
Yang manakah antara yang berikut merupakan pergerakan lokomotor?
bermain batu seremban
bermain congkak
lompat bintang
