NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI PENDIDIKAN JASMANI T1
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
1. Pergerakan berirama melibatkan _______, KECUALI
lokomotor
bukan lokomotor
konsep pergerakan
konsep tarian
2. Komposisi bada merujuk peratusan lemak dalam tubuh badan berbanding otot, tulang dan tisu yang lain. Apakah formula bagi seseorang untuk mengira indeks jisim badan?
berat (kg) bahagi tinggi (m) x tinggi (m)
tinggi (m) x tinggi (m) bahagi berat (kg)
berat (g) bahagi tinggi (m) x tinggi (m)
tinggi (cm) x tinggi (cm) bahagi berat (g)
3. Pukulan lob dalam sukan badminton merupakan
pukulan yang digunakan untuk memukul bulu tangkis ke garisan belakang gelanggang pihak lawan
pukulan yang digunakan untuk memukul bulu tangkis ke garisan depan gelanggang pihak lawan
pukulan yang digunakan untuk memukul bulu tangkis ke garisan belakang gelanggang diri sendiri
pukulan yang digunakan untuk memukul bulu tangkis ke garisan depan gelanggang diri sendiri
4. Satu perlawanan berlangsung selama empat suku dalam sukan bola jaring. Setiap suku diperuntukkan berapa minit?
10 minit
15 minit
20 minit
25 minit
5. Komponen manakah yang melibatkan pengukuran ujian ringkuk tubi separa dalam ujian segak?
Daya tahan kardiobaskular
Daya tahan otot
Kekuatan otot
Fleksibiliti
6. Dalam sukan bola sepak, bahagian kaki yang manakah sesuai digunakan untuk membuat hantaran leret?
Kekura kaki
Dalam kaki
Luar kaki
Kepala
7. Pada tahun berapa, sukan bola tampar mula dipertandingkan di Sukan Olimpik?
1952
1956
1960
1964
8. Rajah di atas menunjukkan lakuan dalam permainan lontar peluru. Berikut adalah fasa ansur maju dalam acara lontar peluru kecuali
Fasa persediaan
Fasa mendarat
Fasa lontaran
Fasa gelongsoran
9. Rajah di atas menunjukkan alatan dalam lari pecut iaitu blok permulaan. Apakah fungsi blok permulaan dalam acara lari pecut?
Menambahkan kelajuan hayunan tangan
Memindahkan pusat graviti ke bahagian lengan
Menambah kekuatan otot kaki
Mendapatkan kuasa eksplosif semasa memulakan larian
10. Berikut merupakan langkah keselamatan ketika melakukan tarian Joget dan tarian Sumazau, kecuali
pakaian yang sesuai
melakukan pada waktu pagi
tatacara pelakuan dipatuhi
permukaan yang rata
11. Faedah-faedah yang diperolehi daripada aktiviti perkhemahan adalah seperti berikut:
I. melapangkan fikiran
II. meningkatkan kecergasan fizikal
III. meningkatkan perkembangan jasmani
IV. meningkatkan kemahiran sosial dan berinteraksi
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
12. Dalam acara lontar peluru, Gaya O’Brien merupakan teknik lontaran yang popular hingga ke hari ini. Antara berikut, yang manakah fasa-fasa dalam kemahiran lontaran mengikut urutan yang betul ?
Fasa pesediaan →Fasa gelongsor→Fasa lontaran→Fasa ikut lajak
Fasa pesediaan →Fasa lontaran→Fasa gelongsor→Fasa ikut lajak
Fasa pesediaan →Fasa ikut lajak→Fasa lontaran→Fasa gelongsor
Fasa ikut lajak →Fasa persediaan→Fasa gelongsor→Fasa lontaran
13. Dalam satu perlawanan bola jaring pemain yang bermain diposisi mana yang boleh menjaringkan gol
GA
GS
GK
GW
14. Apakah maksud yang sesuai bagi konsep kelenturan?
Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama
Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat yang maksimum
Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.
