Font size
WorksheetsPJPK Tingkatan 1 (Kapasiti Aerobik)
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Kapasiti aerobik ialah keupayaan individu untuk kekal melakukan suatu aktiviti yang menggunakan tenaga aerobik dalam satu tempoh masa.
Betul
Salah
Individu yang mempunyai tahap kapasiti aerobik yang baik tidak mampu melakukan aktiviti fizikal untuk tempoh yang lama.
Betul
Salah
Berjoging dan senamrobik merupakan antara aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kapasiti aerobik.
Betul
Salah
Formula karvonen tidak boleh digunakan untuk mengira kadar nadi latihan.
Betul
Salah
KNL = KNM - KNR x Intensiti Latihan + KNR
Formula diatas merupakan cara pengiraan kadar nadi latihan.
Betul
Salah
"KNL pada kadar 90% hingga 100% daripada KNM. Hanya sesuai untuk latihan para atlet berprestasi tinggi. "
Pilih intensiti yang betul bagi maklumat diatas.
Intensiti Tinggi
Intensiti Sederhana
Intensiti Rendah
Intensiti Sangat Tinggi
"KNL pada kadar 70% hingga 80% daripada KNM bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan aerobik. "
Pilih intensiti yang betul bagi maklumat diatas.
Intensiti Tinggi
Intensiti Sederhana
Intensiti Rendah
Intensiti Sangat Tinggi
"KNL pada kadar 80% hingga 90% daripada KNM. Meningkatkan kapasiti prestasi maksimum. "
Pilih intensiti yang betul bagi maklumat diatas.
Intensiti Tinggi
Intensiti Sederhana
Intensiti Rendah
Intensiti Sangat Tinggi
"Bagi individu yang baru melakukan latihan fizikal KNL yang sesuai adalah pada kadar 50% hingga 60% daripada KNM. "
Pilih intensiti yang betul bagi maklumat diatas.
Intensiti Tinggi
Intensiti Sederhana
Intensiti Rendah
Intensiti Sangat Rendah
"Latihan ringkas bertujuan untuk pengurusan berat badan dan pemulihan. KNL yang sesuai adalah pada kadar 60% hingga 70% daripada KNM. "
Pilih intensiti yang betul bagi maklumat diatas.
Intensiti Tinggi
Intensiti Sederhana
Intensiti Rendah
Intensiti Sangat Rendah
