wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sem 1 Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat

Total questions: 51

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

​Kita hendaklah menyanjung dan memuliakan kebesaran Nabi Muhammad kerana baginda banyak memberi kebaikan kepada seluruh umat Islam dan akan memberi (a)   pada hari akhirat

2.

Kita hendaklah sentiasa .............................. dalam tindakan terutama dengan orang-orang bawahan walaupun memiliki jawatan yang tinggi

a)

kerjasama

b)

adil

c)

amanah

d)

toleransi

3.

Nabi Muhmmad menunjukkan sifat yang adil apabila rela dirinya disebat oleh ......................................

a)

Abashah

b)

Akasya

c)

Abasya

d)

Akasa

4.

​Setiap hutang haruslah dibayar untuk mengelakkan diri dituntut pada hari (a)  

5.

​Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain kerana kasih sayang dapat mewujudkan .........................dalam masyarakat.

a)

toleransi

b)

kebahagiaan

c)

kesepakatan

d)

keharmonian

6.

Sastera agama mengenai hasil-hasil karya bercorak cereka melalui media (a)   yang mengisahkan tokoh-tokoh islam yang penting dalam sejarah perkembangan Islam, dengan kata lain sastera agama mengisahkan tentang tokoh-tokoh islam yang penting dalam perkembangan Islam

7.

. watak-watak yang digambarkan dalam karya merupakan tokoh dalam sejarah Islam. Perwatakan mereka diadun dengan pelbagai-bagai unsur (a)  

8.

Sastera agama membawa ............................... dan pemikiran Silam. Hal ini menjadikan cerita tersebut agak meragukan dan secara langsung bertentangan dengan Al-Quran.

a)

mesej

b)

amanah

c)

amanat

d)

pengajaran

9.

Ciri-ciri hikayat bersifat ................................iaitu memuji-muji kebesaran Allah. Banyak peristiwa yang digambarkan mempunyai tujuan untuk memuji kebesaran Allah.

a)

sosiologi

b)

doksologi

c)

psikologi

d)

teknologi

10.

Karya berbentuk naratif. Karya prosa ini disusun dalam bentuk naratif sastera yang menganduingi pelbagai teknik seperti ............................. , ....................... ................. dan .......................... ............................

(a)  

11.

cerita berlatar belakang sejarah Islam sebenar. Sebahagian besar sastera agama dan kisah-kisah Nabi Muhammad berdasarkan kisah sebenar seperti peristiwa dalam cerita ................................................. berpunca daripada cabaran orang-orang kafir Quraisy. Namun begitu kebanyakan karya ini telah bercampur dengan unsur fiksyen dan mitos.

a)

Hikayat Hang Tuah

b)

Hikayat Bulan Berbelah Dua

c)

Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat

d)

Hikayat Bulan Berbelah

12.

Terdapat unsur mitos dan .......................... Kebanyakkan sastera agama menokok tambah peristiwa -peristiwa sebenar dengan tujuan untuk mengangkat kedudukan dan darjat Nabi Muhammad walaupun ada beberapa peristiwa memang Nabi Muhammad memiliki keistimewaan yang tersendiri seperti .....................................

(a)  

13.

Berfungsi sebagai alat .......................... Sastera agama sebagai medium dakwah untuk menyaingi sastera .................................. yang telah lama meresap masuk dalam minda orang-orang tempatan sebelum kedatangan islam

(a)  

14.

Fungsi sastera agama ialah ​menyebarkan dakwah dalam masyarakat. sebelum kedatangan Islam, penduduk terdedah dengan karya Hindu Budhha melalui karya epik .................................................

a)

Hikayat Rama

b)

Ramayana dan Mahabrata

c)

Hikayat Jayapari

d)

Inderaputera

15.

Kemunculan sastera agama yang menceritakan kisah-kisah Nabi Muhammad dianggap dapat menyaingi karya-karya tersebut sebagai medium ...........................

a)

didikan

b)

penyebaran

c)

ibadat

d)

dakwah

16.

Sastera agama menggambarkan ......................dan kebesaran Allah. Masyarakat Melayu tradisional masih belum kukuh ................................. dan kefahaman kepada Allah.

(a)  

17.

Melalui karya hikayat ini ia dapat memberi gambaran kebesaran Allah contohnya watak-watak ...................... dan gambaran hari .......................

a)

Malaikat...........kiamat

b)

Malaikat .........akhirat

c)

Nabi ..............kiamat

d)

Nabi ..............akhirat

18.

Sastera agama .......................... kerasulan Nabi Muhammad. apabila watak Nabi Muhammad diberi pelbagai keistimewaan, secara tidak langsung umat Islam rasa bangga dan melahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad.

a)

memartabatkan

b)

mengangkat

c)

mengagungkan

d)

menganugerahkan

19.

Sifat-sifat Rasulullah yang mulai memberi ........................kepada umatnya untuk mencontohi sifat baginda. sebagai contohnya pada akhir hayat baginda tidak memliki sebarang harta walaupun baginda seorang pemimpin agung.

a)

ilham

b)

gagasan

c)

motivasi

d)

inspirasi

20.

Sebagai didaktik atau pengajaran. banyak kisah-kisah Nabi Muhammad memberi ................................. yang berguna kepada khalayak.

a)

pesanan

b)

amanat

c)

didaktik

d)

mesej

21.

Setelah itu Rasulullah pun membuat pengumuman kepada sidang Jumaat yang ingin menyelesaikan perkara-perkara tertentu termasuk ................. sebelum beliau ...................... supaya tidak menjadi beban di hari akhirat kelak

a)

pinjaman wafat

b)

hutang wafat

c)

pinjaman meninggal

d)

hutang meninggal

22.

​Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua malaikat iaitu ........................ dan ............................... atas arahan Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang dikasihi.

(a)  

23.

Rasulullah pergi ke masjid untuk solat jumaat yang terakhir. Baginda telah membaca (a)   dan mengimamkan solat. Para jemaah sedih mengenangkan pemergian baginda nanti.

24.

Baginda telah (a)   kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat takdir serta berjanji akan bertemu semula di hari akhirat kelak.

25.

Setelah peristiwa tersebut, baginda telah mengumumkan pengganti imam di masjid ialah ........................................ Seterusnya baginda dibawa pulang oleh .............................

a)

Saidina Abu Bakar Saidina Ali

b)

Saidina Umar Saidina Ali

c)

Saidina Uthman Saidina Abu Bakar

d)

Saidina Ali Saidina Abu Bakar

26.

Ada seorang sahabat bernama ..........................., ingin menuntut hutang kerana telah terpukul oleh camti Rasulullah ketika perang. ............................... ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama tersebut.

a)

Abasyah

b)

Akasah

c)

Akasyah

d)

Akasya

27.

Sabaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus mencium perut (pusat) baginda kerana ................. beliau bukan untuk memukul baginda tetapi ingin melihat kelebihan yang ada pada badan baginda yang ..............................

(a)  

28.

Para sahabat dan ahli keluarga baginda bersedih dan menawarkan diri sebagai ganti, naman Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya. Rasulullah diminta membuka baju supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan (a)   sebagimana apa yang dia lalui dahulu.

29.

Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikhabarkan bahawa segala bidadari dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium kepala ............................., nabi pun wafat.

a)

Saudah

b)

Ummu Salamah

c)

Aisyah

d)

Fatimah

30.

Setelah sampai waktunya, ....................................... datang ke rumah Rasulullah dan memberi .............................. di luar rumah baginda

(a)  

31.

Kelebihan dan Kemuliaan Nabi Muhammad . ​Bagdinda memiliki pelbagai keistimewaan semasa hayat hinggalah pada saat menjelang kewafatannya. Baginda boleh ............................. dengan para malaikat yang datang ingin mengambil nyawanya.

a)

berbicara

b)

bercakap

c)

berkomunikas

d)

berkata-kata

32.

............................ dan ................................... dalam hidup manusia. sebagai hambanya kita masing-masing ada tanggungjawab untuk perkukuhkan iman, melakukan perkara yang disuruh dan menjauhkan perkara yang dilarang. ............................... dan ............................ hanya boleh diperolehi dengan melakukan amal ibadat.

(a)  

33.

Nabi Muhammad sendiri melakukan ibadat ............................. dan ........................... walaupun pada saat-saat kewafatannya.

(a)  

34.

................................. Allah yang harus direnungi hamba-nya . Allah S.W.T menetapkan setiap yang hidup pasti akan ...........................termasuklah jungjungan besar Nabi Muhammad.

(a)  

35.

Sifat ......................... ................................. dalam hidup manusia. walaupun Nabi Muhammad merupakan seorang yang mulia tetapi cara hidupnya cukup sederhana dan tidak meninggalkan sebarang harta. Baginda sendiri dengan .......................... ................. meminta sesiapa yang berhutang dengannya dibayar walaupun tujuannya adalah untuk mencium perut baginda.

(a)  

36.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Walaupun Nabi Muhammad mempunyai .................. dan ....................... yang tersendiri, namun janji Allah itu pasti bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. kewafatan baginda menunjukkan bahawa Nabi Muhammad juga manusia biasa walaupun Allah swt mengangkat darjatnya sebagai Nabi.

(a)  

37.

Kasih sayang sesama manusia. sifat kasih sayang terserlah dalam hubungan antara Nabi Muhammad dengan anaknya .................. banyak pesanan yang diberikan kepada anaknya. Nabi Muhammad sendiri mengucap kepala ............................ sebagai tanda kasih sayang kepada anaknya.

(a)  

38.

Ketika Rasulullah mengetahui bahawa nyawanya akan dicabut oleh malaikat maut. Baginda tidak takut untuk mati tetapi risaukan .............................................

a)

umat-umatnya

b)

kaum-kaumnya

c)

masyarakatnya

d)

penganutnya

39.

Pada saat baginda memberitahu Bilal Malek bahawa baginda akan meninggal dan Bilal terus menangis dan menyatakan beliau sudah kehilangan tempat untuk mengadu.

a)

Bilal ibn Rabah

b)

Saad al-Qarazh

c)

Bilal Malek

d)

Ziyad bin Al-Harits AL-Shudai

40.

.................. ............ , ........................., ........................... dan ............................... turut meratap apabila mendengar khabar tersebut dan memikirkan bagaimana hal ehwal mereka ketika ketiadaan Rasulullah.

(a)  

41.

.............................. ......................... telah datang untuk mencabut nyawa Rasulullah , baginda telah pergi buat selama-lamanya meninggaalkan keluarga, sahabat dan umatnya.

(a)  

42.

Ketika Rasulullah membaca khutbah terakhir di masjid, semua sidang jemaah ...................... mendengar ..........................Rasulullah.

(a)  

43.

Ayah kepada Siti Fatimah dan suami kepada Siti Aisyah, memiliki 2 orang cucu iaitu ................. dan ...................... Merupakan pesuruh Allah dalam menyebarkan dakwah Islam

(a)  

44.

Taat kepada perintah Allah, kuat beribadat wajib dan sunat. Ketika di masjid baginda mambaca ......................., ................ ..................... dan membaca doa kali terakhir sebelum baginda meninggal.

(a)  

45.

Seorang ........................... dalam tindakan. Baginda meminta pembalasan daripada sesiapa sahaja yang berhutang dengannya kerana tidak mahu mendapat pembalasan di akhirat. Akasyah mengambil kesempatan untuk membalasnya dan hal ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad sendiri walau pun dihalang oleh keluarga dan sahabat-sahabatnya.

a)

bijaksana

b)

bijak

c)

baik

d)

adil

46.

Latar belakang kisah ini berlaku di ................... .............................. pada zaman Nabi Muhammad pada saat-saat terakhir baginda sebelum menemui Maha Pencipta. Terdapat golongan pemimpin dan yang dipimpin, namun semuanya percayakan Allah tanpa mengira darjat dan pangkat.

a)

Mekah

b)

Madinah

c)

Yathrib

d)

Tanah Arab

47.

Nabi Muhammad sebagai pemimpin digambarkan penuh ............................... dalam menyebarkan syiar Islam. Sifat .......................... terserlah dengan kerisauan pada saat-saat baginda wafat.

(a)  

48.

Ada golongan masyarakat yang menggunakan ..................... untuk mendekati Rasulullah, Akasya menggunakan alasan disebat tanpa sengaja oleh Nabi Muhammad untuk memeluk dan mencium perut Rasulullah.​

a)

tipu muslihat

b)

tipu

c)

helah

d)

tipu helah

49.

Nyatakan citra masyarakat bagi peristiwa berikut :

Nabi Muhammad sebagai pemimpin digambarkan penuh bertanggungjawab dalam menyebarkan syiar Islam. Sifat tanggungjawab terserlah dengan kerisauan pada saat-saat baginda wafat.

Contoh : masyarakat yang (a)  

50.

Nyatakan citra masyarakat bagi peristiwa berikut.

Sebahagian besar masyarakatnya dipenuhi dengan sifat kasih sayang dan saling mengambil berat. Sifat kasih sayang terserlah dalam hubungan bapa dan anak,suami dan isteri serta kasih sayang antara sahabat.

Contoh : masyarakat (a)  

51.

Nyatakan citra masyarakat bagi peristiwa berikut.

Sebahagian besar masyarakatnya juga sanggup berkorban untuk mempertahankan maruah Nabi Muhammad. Ahli keluarga dan sahabat handai Rasulullah sanggup mengganti tempat Nabi Muhammad apabila Akasya menyuarakan hasrat untuk meneruskan niatnya menyebat Rasulullah.

Contoh : masyarakat yang sanggup (a)