Font size
WorksheetsKUIZ TITAS BAB 3
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
Orang Melayu yang berhijrah keluar dari rantau Kepulauan Melayu digelar sebagai ....
Melayu Perantau
Melayu Pelayar
Melayu Diaspora
Melayu Diasambiguasi
Mengikut undang-undang Malaysia, orang Melayu mempunyai ciri-ciri berikut, iaitu:
Boleh memakan makanan tradisi Melayu
Sentiasa memakai pakaian Melayu
Secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu
Mampu membaca kamus Bahasa Melayu
Antara salah satu ciri orang Melayu yang BETUL adalah:
Senang menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan & budaya
Mempunyai lambang atau tanda lahir di badan
Berpakaian lengkap mengikut adat apabila majlis perkahwinan
Mempunyai barang pusaka yang diwariskan mengikut adat Melayu
Manakah antara berikut bukan termasuk kerajaan Melayu lama?
Fun-fun
Chih-tu
Champa
Srivijaya
Apakah contoh yang betul bagi Melayu Diaspora?
Kumpulan pelajar Melayu di Korea Selatan
Cape Malay di Afrika Selatan
Melayu London di England
Perkampungan Melayu di Amerika Syarikat
Peringkat tertinggi dalam sistem sosial orang Melayu adalah
Hamba dan pekerja am
Raja atau Sultan
Pembesar atau bangsawan
Ilmuwan atau ulama
Kerajaan berikut pernah wujud di Kepulauan Melayu Nusantara, kecuali:
Tun Sun
Langkasuka
Majapahit
Ryukyu
Selepas kedatangan Islam, salah satu perkara yang bertukar dalam tamadun Melayu adalah:
Baju Melayu / baju kurung kepada jubah
Tulisan arab kepada tulisan jawi
Kasut kepada sandal
Makan nasi berlauk kepada nasi arab
Apakah bukti tamadun Melayu pernah berinteraksi dengan tamadun lain suatu ketika dahulu?
Wujud catatan Tun Seri Lanang menyatakan ada pelayaran
Simbolik binaan piramid di Tanah Melayu sama dengan di benua lain
Wujud contoh dalam filem seperti The Arrival atau Si Tanggang
Pengetahuan orang Melayu yang bersifat antarabangsa
Menurut sejarah, antara salah satu kekuatan bangsa Melayu dahulu adalah:
Kemampuan menguasai jalan laut sebagai sumber hasil & perdagangan
Membina rumah tinggi-tinggi untuk pelbagai sebab
Pengaplikasian teknologi penjajah untuk kegunaan diri
Mampu bertutur dalam pelbagai bahasa
Berikut merupakan kawasan yang meliputi Tamadun Melayu kecuali?
Nusantara
Alam Melayu
Timur Eropah
Tanah Jawi
Sebelum kedatangan Islam, Empayar Melayu yang terbesar di Tanah Melayu adalah...
Tanah Melayu Indonesia
Langkasuka dan Baruas
Tanah Melaka
Funan dan Srivijaya
Berikut adalah bukti monumen dari pengaruh Hindu Buddha di Tamadun Melayu, KECUALI...
Candi Lembah Keramat
Candi Lembah Bujang
Angkor Watt
Candi Borobudur
Selepas kedatangan Islam, kerajaan Melaka bergabung dengan Islam dan mencapai kegemilangan. Antara daerah Islam yang terbentuk adalah...
Jawa, Sunda, Madura, Iban
Acheh, Pasai, Perlak, Patani
Dalam asas pandangan semesta Tamadun Melayu, akidah dan kepercayaan hanya kepada?
Nabi Muhammad SAW
Allah SWT
Manusia dan jiran tetangga
Makhluq
Apakah unsur tradisi utama yang dikekalkan turun temurun dalam Tamadun Melayu?
Lemah lembut dalam perkataan
Pakaian Tradisional Melayu
Taat sultan dan hormat pemimpin
Seni masakan tradisional Melayu
Dalam peribahasa Melayu "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" bermaksud:
Tidak menjadi bulat seperti air
Muafakat membawa berkat
Mengikut arus air dalam setiap peprkara
Mencapai persetujuan dan kata sepakat
Persuratan Melayu sebelum kedatangan Islam menggunakan?
Sastera
Ungkapan dan Mitos
Historiografi Melayu
Tajul Salatin
Antara contoh nama kitab dalam perubatan Melayu adalah:
Ilmu Falak
Kitab Tibb
Taj al-Mulk
Mahsuri
Sistem Perundangan Tradisional Tamadun Melayu adalah...
Hukum Kanun Melaka
Perlembagaan Persekutuan
Tatasusila
Rukun Negara
Kerajaan awal Melayu menggunakan sistem?
Perlembagaan
Yang di Pertuan Agong
Beraja
Perdana Menteri
Siapakah Ketua Negara Malaysia?
Perdana Menteri
Sultan Negeri
Yang di-Pertuan Agong
Raja berpelembagaan
