Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SK1 SEJARAH T5

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Yunani?

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintah negara

d)

Negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintah

2.

Kedaulatan tradisional merujuk sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara. Apakah ciri kedaulatan tradisional?

a)

Kerajaan dan rakyat terikat dengan undang-undang

b)

Kedudukan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat

c)

Kedaulatan negara tidak dicabuli oleh negara lain

d)

Membentuk negara melalui persamaan rumpun

3.

Siapakah yang berperanan sebagai Ketua Utama Negara dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia?

a)

Yang di-Pertua Negeri

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Perdana Menteri

d)

Tuan Yang Terutama

4.

Apakah badan yang bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan di negara kita?

a)

Ketua Hakim Negara

b)

Mahkamah

c)

Parlimen

d)

Peguam Negara

5.

Mengapakah Charter of Justice hanya dilaksanakan di Negeri-negeri Selat?

a)

Menjaga keselamatan pegawai British

b)

Memperkukuh kedudukan politik

c)

Melindungi penduduk asal

d)

Memonopoli ekonomi

6.

Antara berikut, yang manakah DUA kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Ekonomi

b)

Pendidikan

c)

Perundangan

d)

Kewarganegaraan

7.

Gambar berikut menunjukkan salah satu proses pilihan raya di negara kita. Mengapakah pilihan raya penting dalam sesebuah negara demokrasi?

a)

Memantapkan sistem pentadbiran

b)

Membentuk Persekutuan Malaysia

c)

Mengelak tekanan daripada pihak luar

d)

Membentuk kerajaan yang memerintah

8.

Apakah isi kandungan yang terdapat dalam usul Pindaan Perlembagaan 1963?

a)

Pembentukan Malaysia

b)

Peristiwa rusuhan kaum

c)

Pemisahan Brunei

d)

Pemisahan Singapura

9.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu masih mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing. Apakah peranan Raja-raja Melayu pada ketika itu?

a)

Kuasa penuh dalam pentadbiran negeri

b)

Mengurus hal ehwal ekonomi negeri

c)

Melantik pembesar di peringkat jajahan

d)

Ketua hal ehwal agama Islam

10.

Antara berikut, yang manakah DUA jawatan yang memerlukan rundingan Majlis Raja-Raja sebelum pelantikan dibuat?

a)

Ketua Polis Negara

b)

Ketua Audit Negara

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Ketua Angkatan Tentera

11.

Selain Yang di-Pertuan Agong, yang manakah antara berikut merupakan DUA komponen Parlimen?

a)

Dewan Rakyat

b)

Dewan Negara

c)

Dewan Undangan Negeri

d)

Dewan Persekutuan

12.

Antara berikut, yang manakah DUA bidang kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri

b)

Menerima menghadap diplomat asing

c)

Mengampunkan, menangguhkan dan meringankan hukuman

d)

Membuat pengisytiharan darurat

13.

Apakah perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia?

a)

Pelajaran

b)

Kewangan

c)

Perumahan

d)

Pertahanan

14.

Mengapakah kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan in-situ?

a)

Menggalakkan pelaburan asing

b)

Menekankan pembangunan fizikal

c)

Mewujudkan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

d)

Meningkatkan sektor perindustrian berat

15.

Apakah DUA faktor Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melaksanakan kerjasama dalam program perumahan awam?

a)

Menghapuskan kemiskinan

b)

Menyelesaikan masalah kekurangan rumah

c)

Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar

d)

Mengatasi masalah setinggan di bandar

16.

Apakah faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan di negara kita?

a)

Kedaulatan undang-undang

b)

Pemerintahan Raja Berperlembagaan

c)

Senarai Bersama dalam pentadbiran

d)

Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

17.

Mengapakah pegawai British mencadangkan idea penggabungan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara?

a)

Memudahkan pentadbiran

b)

Mempercepat kemerdekaan

c)

Mengelakkan pemusatan kuasa

d)

Mewujudkan keamanan sejagat

18.

Apakah badan yang bertanggungjawab meninjau pandangan rakyat terhadap pembentukan Malaysia?

a)

Majlis Gerakan Negara

b)

Suruhanjaya Cobbold

c)

Suruhanjaya Reid

d)

Majlis Perundingan Negara

19.

Apakah rasionalnya Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa Singapura dalam pembentukan Malaysia?

a)

Memenuhi desakan pemimpin

b)

Menamatkan ancaman komunis

c)

Mengukuhkan sistem pertahanan

d)

Mewujudkan hubungan diplomatik

20.

Mengapakah Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap pembentukan Malaysia?

a)

Mengancam kedudukan Indonesia

b)

Menggagalkan gagasan Melayu Raya

c)

Mengurangkan kuasa politik Melayu

d)

Membentuk Persekutuan Kalimantan Utara

21.

Apakah tindakan Lee Kuan Yew yang mendorong kepada berlakunya pemisahan Singapura daripada Malaysia?

a)

Mencampuri urusan adat istiadat Melayu

b)

Membuka kampung baharu

c)

Menuntut hak sama rata

d)

Memecat pentadbir tempatan

22.

Bagaimanakah kerajaan melaksanakan gerakan perang saraf dalam mengatasi ancaman komunis di Sarawak?

a)

Memberikan bantuan kewangan

b)

Mendirikan petempatan baharu

c)

Membina pagar sempadan

d)

Memasang jerangkap samar

23.

Apakah situasi utama yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di negara kita?

a)

Krisis ekonomi

b)

Ketidakstabilan politik

c)

Ketidakseimbangan ekonomi

d)

Ketegangan penyokong parti politik

24.

Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi masalah yang timbul semasa Peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Menghentikan pilihan raya

b)

Meminta bantuan Indonesia

c)

Membentuk Majlis Gerakan Negara

d)

Membawa kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa

25.

Apakah implikasi daripada sistem pendidikan vernakular semasa pentabdiran British di Tanah Melayu?

a)

Perbezaan pemikiran dalam kalangan rakyat

b)

Penyelarasan sukatan pelajaran di semua sekolah

c)

Penambahan pegawai kerajaan dalam sektor awam

d)

Pengurusan tenaga pengajar lebih sistematik

26.

Apakah tujuan pembentukan Laporan Rahman Talib dalam sistem Pendidikan Kebangsaan?

a)

Membentuk jati diri rakyat

b)

Memupuk perpaduan kaum

c)

Memajukan bidang perindustrian

d)

Melahirkan tenaga kerja berkemahiran

27.

Mengapakah kerajaan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka?

a)

Meningkatkan kadar celik huruf

b)

Menawarkan kursus bahasa Melayu kepada pelajar asing

c)

Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa

d)

Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu

28.

Matlamat penubuhan Rukun Negara ialah melahirkan masyarakat yang progresif. Apakah ciri masyarakat yang progresif?

a)

Mengamalkan budaya masing-masing

b)

Mengikut kemajuan sains dan teknologi

c)

Menjamin kebebasan dalam berpolitik

d)

Mewujudkan persaingan yang positif

29.

Apakah tujuan pembentukan Dasar Ekonomi Baru dalam tempoh pelaksanaannya selama 20 tahun?

a)

Mengekalkan identiti negara

b)

Mewujudkan kestabilan politik

c)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

d)

Memulihkan ketidakseimbangan ekonomi

30.

Mengapakah Tun Abdul Razak melancarkan Buku Hijau pada tahun 1974?

a)

Memantau pelaksanaan projek pembangunan

b)

Menambahkan pendapatan rakyat

c)

Menyediakan kursus dan latihan kepada siswazah

d)

Meningkatkan pemilikan saham bumiputera

31.

Kerajaan telah memperkenalkan konsep pertanian pintar melalui rancangan pembangunan wilayah. Mengapakah konsep tersebut dilaksanakan?

a)

Menambahkan peluang pekerjaan

b)

Memperkemas sistem pemasaran

c)

Memulihkan kawasan pedalaman

d)

Meningkatkan hasil pengeluaran

32.

Mengapakah pembangunan pendidikan perlu seiring dengan pembangunan ekonomi?

a)

Menambah pemilikan saham

b)

Mewujudkan jurang ekonomi

c)

Membangunkan wilayah baharu

d)

Memperbaiki taraf hidup rakyat

33.

Apakah DUA sebab Malaysia mengadakan hubungan baik dengan negara luar?

a)

Menjamin kedaulatan negara

b)

Membentuk sebuah kesatuan

c)

Menyebarkan budaya bangsa

d)

Melindungi kepentingan nasional

34.

Apakah peranan Wisma Putra dalam menjaga kepentingan Malaysia pada peringkat antarabangsa?

a)

Menggubal dasar luar

b)

Memeterai perjanjian persefahaman

c)

Mengekalkan kestabilan politik dalam negara

d)

Menjalinkan hubungan perdagangan antarabangsa

35.

Cabaran utama negara ialah wujudnya dominasi negara maju bagi menentukan harga komoditi utama. Bagaimanakah Malaysia menangani cabaran tersebut?

a)

Memperkukuh aset ketenteraan negara

b)

Menyertai Majlis Timah Antarabangsa

c)

Mengetatkan keselamatan di sempadan negara

d)

Memutuskan hubungan diplomatik dengan Eropah

36.

Bagaimanakah Tun Dr. Mahathir Mohamad menangani kemelesetan ekonomi pada tahun 1997-1998?

a)

Memperkasakan peranan Bank Negara

b)

Menambat kadar mata wang

c)

Menyertai Kesatuan Ekonomi Serantau

d)

Menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

37.

Apakah isu yang dibincangkan dalam Deklarasi Langkawi di Kuala Lumpur pada tahun 1989?

a)

Alam sekitar

b)

Kempen antiminyak sawit

c)

Pendatang asing tanpa izin

d)

Pemerdagangan orang

38.

Mengapakah Malaysia mendesak PBB menjadikan Antartika sebagai warisan manusia sejagat?

a)

Memelihara alam sekitar

b)

Mengekalkan keamanan dunia

c)

Memastikan hasil dikongsi bersama-sama

d)

Memajukan kegiatan pelancongan

39.

Apakah kepentingan Perisytiharan Lusaka semasa penglibatan Malaysia dalam NAM?

a)

Pelarian Bosnia diselamatkan

b)

Pengharaman senjata nuklear

c)

Pencerobohan Palestin ditamatkan

d)

Peningkatan kerjasama ekonomi

40.

Apakah kesan kerjasama Malaysia dan Singapura dalam menangani isu alam sekitar di rantau Asia Tenggara?

a)

Mengurangkan kesan rumah hijau

b)

Menangani isu jerebu

c)

Memelihara hidupan liar

d)

Menghentikan pembalakan haram