wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJT2 Kuiz :PEERS

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah kepentingan penjagaan kesihatan diri?

a)

Badan akan berbau busuk

b)

Menyebabkan berlakunya keracunan makanan

c)

Mudah mendapat penyakit berjangkit

d)

Terhidar daripada penyakit

2.

Melibatkan aspek psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan.

a)

Identiti seksual

b)

kesihatan diri

c)

Orientasi seksual

d)

kesihatan mental

3.

Kecenderungan identiti personal terhadap seksual tertentu yang akan mencerminkan diri individu sama ada terarah kepada heteroseksual, homoseksual atau biseksual ialah

a)

Orientasi seksual

b)

jenis seksual

c)

identiti seksual

d)

homoseksual

4.

Tarikan seksual terhadap pasangan yang berlainan jantina ialah

a)

Heteroseksual

b)

Homoseksual

c)

Biseksual

d)

Homosapiens

5.

Homoseksual merupakan

a)

tarikan seksual lelaki terhadap wanita

b)

tarikan seksual individu terhadap lelaki dan perempuan

c)

tarikan seksual wanita terhadap lelaki

d)

tarikan seksual terhadap jantina yang sama

6.

Selain daripada aspek penjagaan serta amalan kebersihan dan kesihatan diri, kehormatan diri seseorang juga berkait rapat dengan

a)

kecantikan diri

b)

kecenderungan diri

c)

keselamatan diri

d)

kebolehan diri

7.

Apakah kesan terhadap remaja sekiranya mereka tidak menjaga kehormatan diri?

a)

Keputusan akademik meningkat

b)

Keyakinan diri akan meningkat

c)

Imej diri dan keluarga tercemar

d)

sahabat akan bertambah

8.

James telah berkahwin dengan seorang wanita dan mempunyai dua orang anak, namun pada masa yang sama James juga tertarik secara seksual kepada lelaki lain. Hal ini menunjukkan bahawa orientasi seksual James cenderung kepada

a)

Biseksual

b)

Heteroseksual

c)

homoseksual

d)

Natural

9.

Apakah peranan ibu bapa dalam menangani kecelaruan identiti dalam kalangan anak-anak?

a)

memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya

b)

mendidik anak-anak mereka untuk melakukan kebaikan

c)

memantau pergaulan anak-anak

d)

mengongkong kehidupan anak-anak

10.

Terdapat 3 jenis orientasi seksual. Apakah yang dimaksudkan dengan homoseksual?

a)

Tarikan seksual terhadap pasangan yang sesama jantina.

b)

Tarikan seksual terhadap pasangan yang berlainan jantina.

c)

Tarikan seksual terhadap kedua-dua jantina.

11.

Berikut merupakan langkah-langkah dalam menangani kecelaruan seksual, kecuali....

a)

Sentiasa mengikuti ajaran agama

b)

Elak daripada menyalahgunakan media sosial

c)

Elak cara hidup yang tidak elok

d)

Bergaul dengan rakan-rakan negatif

12.

Pencegahan daripada terjadinya kecelaruan identiti seksual

a)

Tidak menghiraukan perkembangan anak-anak

b)

Memberi sokongan negatif

c)

Mengikut panduan cara hidup yang betul

d)

Menganggap kecelaruan identiti seksual ini suatu perkara mudah

13.

Kita juga perlu mengelakkan diri daripada berkongsi pakaian, tuala, sikat atau peralatan lain.

Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

Konsep kehormatan diri

b)

Kesan tidak menjaga kehormatan diri

c)

Kepentingan menjaga kehormatan diri

d)

Cadangan menjaga kehormatan diri

14.

Apakah akibat jika seseorang tidak menjaga kehormatan diri?

a)

Disanjung oleh masyarakat

b)

Masa depan cerah

c)

Mempunyai ramai kawan

d)

Dipandang serong

15.

Kebiasaannya seseorang individu akan tertarik secara seksual kepada pasangan yang berlainan jantina.

a)

Homoseksual

b)

Biseksual

c)

Heteroseksual

d)

Metroseksual

16.

Tandakan kesan tidak menjaga kehormatan diri yang telah dipelajari.

a)

Maruah diri dan keluarga tercemar.

b)

Masa depan gelap dan menjejaskan pelajaran.

c)

Disayangi oleh guru dan rakan-rakan.

d)

Dpandang serong dan dianggap negatif oleh masyarakat.

17.

Senaraikan langkah-langkah menangani kecelaruan identiti dan orientasi seksual dalam kalangan remaja masa kini.

a)

Remaja perlu bergaul dengan rakan-rakan yang positif dan mengelakkan rakan-rakan yang tidak berakhlak.

b)

Remaja perlu diberi kebebasan bersuara dan memilih masa depan mereka.

c)

Ibu bapa perlu memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya.

d)

Remaja perlu diberikan pendidikan agama yang mencukupi agar mereka dapat membezakan antara yang halal dan haram.

18.

Keluarga merupakan hubungan yang wujud antara seseorang melalui ________________________

a)

Pertalian darah

b)

Perkahwinan

c)

Pengambilan anak angkat mengikut undang-undang

d)

Jiran sebelah rumah

19.

Pilih pernyataan yang BENAR

(boleh pilih lebih 1)

a)

Jurang generasi bermaksud perbezaan antara generasi lama dengan generasi terkini

b)

Jurang generasi amat ketara dalam hal yang melibatkan cara berkomunikasi dan berpakaian

c)

Jurang generasi bermaksud perbezaan antara generasi lama dengan generasi terkini

d)

Generasi terdahulu berada dalam lingkungan zaman dan persekitaran yang berbeza, sementara generasi kini berada dalam zaman lingkungan yang kompleks

20.

Baby Boomers-Sebelum tahun 1965

Gen X-1965 hingga 1980

Gen Y-

Gen Z-1995 hingga 2010

Gen Alpha -2011 hingga 2025


Gen Y?

a)

1980 hingga 1994

b)

1981 hingga 1994

c)

1981 hingga 1995

d)

1980 hingga 1995

21.

KEPENTINGAN MERAPATKAN JURANG GENERASI kecuali

a)

Mengeratkan hubungan

b)

Sukar berkomunikasi

c)

Mengekalkan hubungan yang baik

d)

Mewujudkan keluarga bahagia

e)

Mengukuhkan institusi kekeluargaan

22.

Aktiviti lain yang difikirkan sesuai untuk merapatkan jurang generasi

a)
b)
c)
d)
e)
23.

Cara mengekalkan perhubungan dan pergaulan yang sihat KECUALI:

a)

Berkongsi masalah

b)

Menjaga batas pergaulan dan tidak bebas bergaul antara

berlainan jantina

c)

Bersalaman dengan rakan

d)

Menceroboh atau mengganggu hak peribadi orang lain

e)

Jalan menunduk di hadapan orang tua

24.

Perlu dalam apa juga situasi sama ada senang atau susah. Bersedia memberi dan menerima galakan yang mendatangkan kebaikan.


Ciri berikut merupakan batas perhubungan yang sihat iaitu __________________

a)

Rasa hormat

b)

Sokongan

c)

Kepercayaan

d)

Komunikasi Berkesan

25.

Tolak ansur diperlukan ketika mendapatkan persetujuan atau penyelesaian masalah


Ciri berikut adalah batas perhubungan yang sihat iaitu ___________________

a)

Kompromi

b)

Kesaksamaan

c)

Kejujuran

d)

Kepercayaan

26.

Kebaikan Mengamalkan Batas Perhubungan yang Sihat

a)

Menggalakkan perkembangan diri dan mampu mencorak serta mewarnai kehidupan

b)

Mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat serta sentiasa selesa menjadi diri sendiri

c)

Hubungan yang sihat wujud bukan sahaja ketika waktu senang

tetapi juga sentiasa berada di sisi ketika waktu sukar

d)

Membolehkan seseorang untuk bekerjasama dan berganding bahu sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan.

e)

Mewujudkan suasana harmoni dan gembira dengan rakan dan

keluarga

27.

Berikut yang mana merupakan peranan teknologi dalam mengekalkan perhubungan?

a)
b)
c)
d)
28.

Pilih pernyataan yang BENAR berkaitan dengan KONFLIK

a)

Situasi seseorang yang mempunyai persepsi atau pandangan bahawa terdapat pihak lain cuba untuk menentang dan melakukan perbuatan atau tindakan yang merosakkan

pihak lain

b)

Perselisihan namun boleh juga dimaksudkan sebagai pertelingkahan atau pertikaian.

c)

Tindakan yang negatif dalam keadaan tertentu namun mampu membawa hasil yang baik bergantung kepada keadaan

29.

_____________ merupakan keadaan wujudnya ketidaksesuaian antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat

a)

KONFLIK

b)

STRES

c)

BIMBANG

30.

________________merupakan keadaan fizikal atau ketegangan mental yang menyebabkan perubahan pada sistem tubuh badan serta menghasilkan perasaan risau terhadap sesuatu perkara

a)

STRES

b)

KONFLIK

31.

Berikut merupakan Kesan konflik dan stres terhadap kesihatan diri KECUALI

a)

Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah

b)

Kecewa serta cepat naik darah dan marah

c)

Mudah risau walaupun terhadap perkara kecil dan sering berasa cemas.

d)

Fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan

e)

Sering berimaginasi perkara-perkara buruk yang akan berlaku

32.

Kesan konflik dan stres terhadap keluarga

a)

Hubungan kekeluargaan akan menjadi renggang

b)

Berasa tersisih dan tidak disayangi

c)

Mudah merajuk, bermasam muka dan iri hati antara adik-beradik

d)

Tingkah laku anak-anak yang liar, suka bergaduh dan mempunyai masalah disiplin

e)

Kurang berlaku komunikasi yang mesra dan tiada gurau senda

dalam keluarga

33.

Berikut merupakan langkah-langkah menangani stres KECUALI

a)
b)
c)
d)
e)
34.

Pernyataan manakah BUKAN Cara menangani konflik?

a)

Berbincang dengan ibu bapa, guru, sahabat karib atau kaunselor

b)

Berbincang untuk menyelesaikan masalah

c)

Tidak bersabar

d)

Didik diri untuk sentiasa menerima hakikat terhadap sesuatu kejadian yang berlaku

e)

Bersikap toleransi terhadap sesuatu isu

35.

CARA SALAH MENANGANI


KONFLIK DAN STRES

a)
b)
c)
d)
36.

EMOSI yang POSITIF

a)
b)
c)
d)
37.

Antara berikut yang manakah Tindakan Negatif

a)
b)
c)
d)
38.

PEERS ialah;

a)

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

b)

Persatuan e-sport Selangor

c)

Pendidikan Restorasi dan Saluran

d)

Pendidikan Eksperimentasi Sosial

39.

Penyalahgunaan bahan boleh menyebabkan seseorang individu berisiko dengan masalah berikut KECUALI

a)

Kegiatan antisosial

b)

Kesihatan

c)

Perbuatan jenayah

d)

Bertanggungjawab

40.

Antara berikut yang manakah merupakan risiko penyalahgunaan bahan terhadap diri sendiri

a)

Mempengaruhi sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan otot-otot

b)

Fungsi otak terganggu sehingga menyebabkan sawan

c)

Mata akan kelihatan merah dan berair serta hidung berhingus.

d)

Perut berasa sakit, kadangkala muntah dan cirit-birit sehingga menyebabkan berat badan terjejas

e)

Tubuh akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme dalam badan

41.

Tidak menghiraukan kesihatan diri merupakan kesan Sosial penyalahgunaan bahan. Selain itu antara risiko sosial Penyalahgunaan bahan adalah:

a)

Prestasi dan disiplin kerja akan merosot. Tingkah laku dan sikap akan berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya. Contohnya, daripada seorang yang periangmenjadi pendiam

b)

Disayangi oleh keluarga dan masyarakat

c)

Bersikap pemarah sehingga berlaku perpecahan, penderaan dan keganasan dalam keluarga

d)

Lebih suka hidup menyendiri

e)

Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga serta masyarakat di sekeliling adalah kesan sosial akibat penyalahgunaan bahan

42.

• Saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh

• Keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-

sendi dan otot

• Mengalami kekurangan berat badan

• Mengalami kecacatan


Berikut merupakan Ciri-ciri Risiko Penyalahgunaan Bahan Terhadap ______

a)

HATI

b)

OTAK

c)

JANIN

d)

SARAF

43.

Faedah Tidak Melibatkan Diri dalam Penyalahgunaan Bahan KECUALI

a)

Sihat dari segi mental dan emosi serta penampilan diri lebih

kemas dan menarik

b)

Dapat mengelakkan diri daripada melanggar undang-undang yang mungkin akan menyebabkan dipenjarakan

c)

Prestasi akademik juga akan menurun serta hubungan sosial dengan rakan dan masyarakat lebih renggang

d)

Prospek pekerjaan juga lebih baik serta dapat menyumbang dan berjasa kepada masyarakat dan negara

e)

Status kewangan juga akan stabil serta dapat mengelakkan perpecahan keluarga

44.

Setiap individu bertanggungjawab mengaplikasikan kemahiran kecekapan psikososial dalam menangani risiko penyalahgunaan bahan. Antara kemahiran kecekapan psikososial yang boleh diaplikasikan adalah

a)

Kemahiran membuat keputusan yang tepat

b)

Berkomunikasi dengan jelas

c)

Berkebolehan menyelesaikan masalah dengan berkesan

d)

Kesedaran Diri

45.

Antara berikut manakah kenyataan yang SALAH berkaitan Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Bahan

a)

Penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa dapat membuat keputusan dengan pemikiran yang rasional

b)

Pendidikan penyalahgunaan bahan di sekolah merupakan langkah awal bagi membendung masalah penyalahgunaan bahan dalam kalangan murid

c)

Hubungan kekeluargaan dan interpersonal memainkan peranan penting dalam memastikan ahli keluarga tidak terjebak dalam masalah penyalahgunaan bahan

d)

Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan melalui program,kempen kesedaran, motivasi serta hebahan media cetak dan sosial.

e)

Sikap tidak mengambil berat,tidak bertanggungjawab dan tidak menyayangi serta kurang komunikasi dalam kalangan ahli keluarga mampu mengelakkan diri daripada risiko penyalahgunaan bahan.

46.

Berikut merupakan Bahan yang boleh menyebabkan Ketagihan KECUALI

a)
b)
c)
d)
47.

KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN

a)
b)
c)
d)
48.

FAEDAH TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM PENYALAHGUNAAN BAHAN

a)
b)
c)
d)
49.

Yang manakah BETUL

a)

Heteroseksual - suka kepada pasangan berlainan jantina

b)

Homoseksual - suka kepada kedua-dua jantina

c)

Biseksual - suka kepada pasangan yang sama jantina

50.

Peranan ibu bapa dalam menangani isu kecelaruan identiti seksual di kalangan remaja ialah

a)

memberi nasihat dan bimbingan

b)

mengenali rakan kepada anak-anak

c)

membiarkan anak berkawan dengan sesiapa sahaja

d)

memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak