wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KEBEBASAN DIRI

Total questions: 7

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Kebebasan diri bermaksud...

a)

tiada seorang pun boleh diusir dari dalam negara atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang

b)

tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau diberhentikan kerja kecuali mengikut undang-undang

c)

tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang

d)

tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan bersuara

2.

Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh...

a)

alasan-alasan dia ditangkap dan dia tidak dibenarkan berunding serta tidak dilayakkan untuk dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya

b)

alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal perubatan moden pilihannya

c)

alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang yang dipilih oleh mahkamah

d)

alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya

3.

Bayangkan diri anda telah ditangkap di lokap dan telah dipukul serta diugut oleh anggota polis. Apakah tindakan yang harus anda lakukan?

a)

Membuat aduan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM

b)

Berdiam diri

c)

Melaporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

d)

Melaporkan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

4.

Berikut merupakan tindakan memelihara kebebasan diri yang betul, kecuali...

a)

memviralkan salah laku anggota polis di media sosial

b)

membuat aduan melalui surat kepada Jabatan integrirti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM

c)

membuat aduan di Sistem Aduan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

d)

Memberitahu Majistret

5.

Kebebasan diri perlu diseimbangkan dengan...

a)

moral

b)

pengaruh

c)

aturan

d)

kemampuan dari aspek kewangan

6.

Berikut merupakan kepentingan kebebasan diri kepada masyarakat kecuali

a)

melahirkan masyarakat untuk berani menyuarakan kebenaran

b)

menjadikan masyarakat lebih bebas melanggar peraturan dan undang-undang

c)

menyedarkan masyarakat bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri

d)

mendidik masyarakat agar berfikiran luas dan mempunyai fikiran yang terbuka

7.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang kesan pengabaian kebebasan diri?

a)

Emosi terganggu -kebebasan diri disekat

b)

Wujudnya penindasan -terhadap individu yang dianiyai

c)

Kebenaran tidak terungkap -Individu yang benar tidak dibela

d)

Memelihara hak kebebasan asasi-semua individu dilindungi oleh hak kebebasan asasi apabila ditangkap