wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pengetahuan Perkhidmatan Awam

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Manakah berikut BUKAN hukuman tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993?

a)

Turun Pangkat

b)

Buang Kerja

c)

Tangguh Pergerakan Gaji

d)

Tamat Perkhidmatan

2.

Seorang Penjawat Awam perlu mengisytiharkan harta dalam keadaan tertentu KECUALI?

a)

Lantikan pertama

b)

Memperolehi harta baharu

c)

Setiap tujuh (7) tahun

d)

Pelupusan harta

3.

Berikut adalah hukuman yang boleh dikenakan kepada penjawat awam di atas kesalahan mengemukakan atau mengesahkan dokumen yang mengandungi butiran palsu di bawah Akta SPRM 2009

a)

Penjara tidak melebihi 20 tahun, denda 5 kali ganda nilai butiran palsu atau RM10,000.00 mana lebih tinggi

b)

Penjara tidak melebihi 25 tahun, denda 5 kali ganda nilai butiran palsu atau RM10,000.00 mana lebih tinggi

c)

Penjara tidak melebihi 10 tahun, denda 5 kali ganda nilai butiran palsu atau RM10,000.00 mana lebih tinggi

d)

Penjara tidak melebihi 5 tahun, denda 5 kali ganda nilai butiran palsu atau RM10,000.00 mana lebih tinggi

4.

Keberhutangan kewangan yang serius adalah suatu kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Berapakah peratusan jumlah potongan emolumen pendapatan pegawai yang dibenarkan?

a)

40%

b)

50%

c)

60%

d)

70%

5.

Berikut adalah syarat-syarat bagi pengesahan seseorang pegawai KECUALI?

a)

Surat Akuan Sumpah

b)

Lulus tapisan keselamatan

c)

Menandatangani surat aku janji

d)

Lulus peperiksaan yang disyaratkan

6.

Seseorang pegawai Semenanjung yang diarahkan bertukar ke Sabah akan memikmati elaun serta kemudahan berikut KECUALI?

a)

Bayaran Insentif Wilayah

b)

Elaun Gangguan

c)

Elaun Perumahan Wilayah

d)

Tambang penerbangan balik ke Semenanjung tiga (3) tahun sekali

7.

Berikut adalah bulan pergerakan gaji tahunan KECUALI?

a)

April

b)

Jun

c)

Januari

d)

Oktober

8.

Seseorang pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis

a)

30 hari sebelum perletakan jawatan itu berkuatkuasa

b)

30 hari atau sebulan gaji

c)

90 hari sebelum perletakan jawatan atau sebulan gaji

d)

90 hari sebelum perletakan jawatan atau tiga bulan gaji

9.

En. Farouk seorang pegawai di Jabatan Y di Melaka dan akan menghadiri satu mesyuarat di Terengganu. Beliau memerlukan wang pendahuluan diri bagi menampung perbelanjaan di sana. Pendahuluan diri yang boleh dituntutnya

a)

Tidak melebihi elaun makan beserta elaun lojing yang boleh dituntut

b)

Tidak melebihi elaun makan beserta bayaran sewa hotel yang boleh dituntut

c)

Tidak melebihi elaun makan, elaun lojing dan elaun pakaian panas

d)

Tidak melebihi elaun makan yang boleh dituntut

10.

Kemudahan cuti apakah yang boleh diberikan kepada pegawai yang mengiringi anaknya mendapat rawatan di luar stesyen?

a)

Cuti tanpa rekod

b)

Cuti sambilan

c)

Cuti sakit

d)

Cuti rehat

11.

Berikut adalah kenyataan mengenai cuti haji KECUALI?

a)

Cuti haji diluluskan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai

b)

Diberikan kepada pegawai yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 3 tahun

c)

Diberikan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang

daripada 6 tahun secara berterusan

d)

Cuti haji diberikan kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan

12.

Salah satu daripada perkara berikut BUKAN merupakan syarat pengesahan dalam

perkhidmatan bagi seseorang pegawai kerajaan

a)

Mendapat perakuan Ketua Jabatan

b)

Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jika ada)

c)

Lulus Penilaian Tahap Kecerdasan

d)

Hadir dengan jayanya Kursis Induksi

13.

Syarat utama bagi seseorang untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam Malaysia ialah?

a)

Mestilah seorang warganegara Malaysia

b)

Mempunyai kelayakan yang disyaratkan

c)

Mempunyai susuk tubuh yang disyaratkan

d)

Mengikut jantina yang tertentu

14.

Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada?

a)

Tarikh pergerakan gaji pegawai tersebut

b)

Awal tahun kesalahan tersebut

c)

Serta merta setelah tarikh pengenaan hukuman tersebut oleh Pihak Berkuasa Tatatertib

yang berkenaan

d)

Tarikh ulangtahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan hukuman itu

oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan

15.

Pegawai awam yang bermalam di luar ibu pejabat kerana menjalankan tugas rasmi layak

dibayar elaun sekiranya memenuhi syarat-syarat yang berkuatkuasa. Bermalam di luar ibu

pejabat ialah?

a)

Berada di luar ibu pejabat melebihi 18 jam

b)

Berada di luar ibu pejabat melebihi 24 jam

c)

Berada di luar ibu pejabat melebihi 8 jam

d)

Berada di luar ibu pejabat melebihi 33 km

16.

Encik Lan Todak seorang Penolong Pegawai Tadbir telah diluluskan cuti haji pada tahun 2018. Beliau kembali bekerja selepas 29 hari bercuti. Beliau memohon cuti haji bagi kali kedua untuk menemani ibunya menunaikan fardhu haji. Ketua Jabatan beliau

a)

Boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh tidak melebihi 40 hari

b)

Boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 11 hari sahaja

c)

Tidak boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kerana kelayakan sekali sahaja dalam tempoh

perkhidmatan

d)

Tidak boleh meluluskan cuti haji kerana beliau hanya dibenarkan sekiranya mengiringi

isterinya

17.

Apakah syarat-syarat bagi memohon cuti memasuki peperiksaan?

a)

Peperiksaan yang dikendalikan oleh kerajaan

b)

Peperiksaan yang pengajiannya ditanggung oleh kerajaan

c)

Terhad kepada hari-hari peperiksaan sahaja

d)

Pegawai dan kakitangan yang berumur tidak melebihi 45 tahun

18.

Kelayakan kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan

Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi ialah

a)

Setiap 2 tahun sekali

b)

Setiap 3 tahun sekali

c)

Setiap 4 tahun sekali

d)

Setiap 5 tahun sekali

19.

Tarikh persaraan wajib yang diiktiraf untuk seseorang pegawai awam ialah?

a)

Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam EGHRMIS

b)

Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam kenyataan perkhidmatannya

c)

Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir Sistem Pengurusan Personel Jabatan

d)

Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam sijil kelahirannya

20.

Seorang pegawai wanita yang melahirkan anak layak memohon cuti tanpa gaji menjaga

anak. Berapakah kelayakan maksimum bagi cuti tersebut?

a)

30 hari

b)

60 hari

c)

90 hari

d)

120 hari

21.

Berapakah jumlah cuti sakit bergaji penuh yang dibenarkan bagi pesakit Tibi?

a)

Tidak melebihi 12 bulan

b)

Tidak melebihi 24 bulan

c)

Tidak melebihi 36 bulan

d)

Tidak melebihi 48 bulan

22.

Ahmad dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/O) pada 10 3un 1669. Pada 10 Disember

2005 beliau dinaikkan pangkat ke gred N22. Bilakah tarikh pergerakan gaji Ahmad bagi tahun berikutnya?

a)

1 Oktober

b)

16 Jun

c)

1 Disember

d)

16 Disember

23.

Cuti tanpa gaji diberikan kepada pegawai dan kakitangan atas hal-hal seperti berikut KECUALI?

a)

Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai

b)

Cuti menjaga anak

c)

Sebab-sebab persendirian yang mustahak

d)

Bersalin anak yang ke 6 dan ke atas

24.

Kenyataan di bawah ini adalah PALING TEPAT mengenai Elaun Pakaian Panas

a)

Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke Luar Negeri

b)

Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke luar Negara atau selewat-lewatnya

tiga bulan selepas pulang

c)

Dituntut oleh pegawai yang diarahkan oleh kerajaan untuk berkhidmat di Luar Negeri

d)

Elaun ini layak dituntut oleh setiap pegawai sekali dalam tempoh 3 tahun

25.

Syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaran lebih masa adalah kerja-kerja yang?

a)

Dilakukan di luar ibu pejabat yang melebihi waktu bekerja

b)

Perlu dibuat pada waktu malam mengikut syif tugasnya

c)

Dilakukan sebelum 8.00 pagi dan selepas 4.30 petang

d)

Dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas biasanya