Font size
WorksheetsPERIBAHASA SPM
Total questions: 93
Worksheet time: 47mins
Berikan maksud peribahasa "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"
bekerjasama melakukan pekerjaan
Mengalami susah senang bersama-sama.
bersepatu padu dalam masyarakat.
berikan maksud peribahasa "duduk sama rendah berdiri sama tinggi"
Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat.
dua pihak mempunyai kedudukan yang tinggi
dua pihak yang saling berebut pangkat
berikan maksud peribahasa "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"
sesuatu yang terdedah kepada panas dan hujan
sesuatu yang tidak akan rosak walaupun ditimpa hujan.
Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
berikan maksud simpulan bahasa "lintah darat"
menjual dengan harga yang mahal
sikap penindasan orang kaya terhadap orang miskin
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
berikan maksud peribahasa "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang"
Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
sesuatu yang datang tanpa perlu berusaha
sesuatu yang telah ditakdirkan menjadi rezeki kita
berikan maksud peribahasa "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"
banyak kekayaan yang boleh diperoleh dinegeri orang berbanding negeri sendiri.
Walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.
lebih mudah mencari kekayaan di negara orang berbanding negara sendiri
berikan maksud peribahasa "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
mengikut telunjuk orang di tempat tersebut
tidak tahu arah dan tujuan kerana tidak biasa dengan tempat tersebut.
berikan maksud peribahasa "Biar mati anak, jangan mati adat"
orang yang sanggup membunuh anak demi kepentingannya
Orang yang kuat berpegang kepada adat.
adat yang perlu dikekalkan sepanjang zaman.
berikan maksud peribahasa "Seperti lembu dicucuk hidung"
orang bodoh yang sentiasa dipermainkan
lembu kesayangan yang dicucuk hidung oleh tuannya.
Orang yang selalu menurut kemahuan orang.
berikan maksud peribahasa "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
kalau nak betulkan buluh perlulah dari rebungnya supaya tidak mudah patah
mendidik anak dengan kassih sayang yang secukupnya
Jamal menjual barang-barang di kedainya dengan harga yang tinggi demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda.
peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah ?
menangguk di air yang keruh
mencurah air ke daun keladi
lintah darat
Masyarakat dahulu sering menasihatkan anak-anak mereka supaya merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki dan menuntut ilmu.
situasi di atas sesuai dengan peribahasa ?
seperti belut pulang ke lumpur
jauh perjalanan luas pemandangan
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik negeri sendiri
Kehadiran Encik Rashid sebagai pengetua baru di sekolah itu disenangi kerana sikap beliau yang dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
seperti lembu dicucuk hidung
biar mati anak jangan mati adat
Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
peribahasa yang sesuai bagi maksud di atas adalah ?
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
ukur baju di badan sendiri
usaha tangga kejayaan
peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "bagai dakwat dengan kertas" adalah
bagai isi dengan kuku
bagai cincin dengan permata
bagai bulan di pagar bintang
peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "burung terbang dipipiskan lada" adalah ?
sudah terhantuk baru nak terngadah
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
bagai melepaskan batuk di tangga
peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "Sudah jatuh ditimpa tangga" adalah ?
Antah patah lesung hilang
seperti pahat dengan penukul
berat mata memnadang berat lagi bahu memikul
adila menolak tawaran kerja daripada sebuah syarikat kerana dia berharap untuk memperoleh gaji yang lebih lumayan daripada syarikat yang lain.
peribahasa yang paling sesuai dengan keadaan di atas ialah
mendengar guruh di langit air ditempayan dicurahkan
alang-alang berdakwat biar hitam
kuman di seberang laut nampak gajah depan mata tidak nampak
"mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain" . apakah peribahasa yang sesuai ?
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
menangguk di air yang keruh
seperti pahat dengan penukul
peribahasa manakah yang tidak menunjukkan maksud pasangan yang sepadan
bagai pinang di belah dua
bagai cincin dengan permata
tanduk bersendi gading
embun di hujung rumput
Ibu bapa perlu menunjukkan tatasusila yang terpuji pada setiap masa agar menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di atas.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Seperti itik kehilangan ibunya
Pilih DUA peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah.
Banyak usaha telah dilakukan oleh pihak penguasa trafik tetapi usaha tersebut sia-sia sahaja. Sehubungan dengan itu, angka korban akibat kemalangan jalan raya akan terus meningkat sekiranya pengguna mengambil sikap mementingkan diri sendiri.
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Bagai mencurah air ke daun keladi
Di mana ada kemuahuan di situ ada jalan.
Semangat kejiranan memainkan peranan penting untuk membentuk amalan bertolongtolongan bagai aur dengan tebing dalam kalangan penduduk setempat. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah gotong-royong kerana penduduk dapat mengamalkan konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha membersihkan kawasan tempat tinggal.
Pilih DUA peribahasa yang sinonim dengan peribahasa bergaris.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Muafakat membawa berkat
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Bagai isi dengan kuku
Ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan contoh yang baik dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil. Ibu bapa yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik juga kerana kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Pada masa yang sama, mereka akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa mereka.
1. Pilih SATU peribahasa yang sesuai bagi perkatang yang dicondongkan.
2. Pilih SATU peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa bergaris.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Bagai bulan dipagar bintang
Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga.
Ibarat dakwat tumpah ke laut
Diddy merupakan seorang anak yang degil dan tidak mendengar nasihat ibu bapanya. Segala nasihat ibu bapanya tidak diendahkannya. Dia sering memandu keretanya dengan laju dan dalam keadaan bahaya. Namun begitu, selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya patah, barulah dia menyesal dan sedar akan kedegilannya.
Pilih TIGA peribahasa yang sesuai dengan situai di atas.
Ibarat mencurah air ke daun keladi
Keras kepala
kepala batu
Sudah terhantuk baru terngadah
Suami Minah tidak mempunyai pekerjaan tetap. Oleh itu pendapatan suaminya juga tidak menentu kerana jika ada kerja barulah ada wang upah yang diperoleh. Tetapi Minah sebagai isteri tidaklah berdiam diri mengharapkan suami semata-mata. Zakiah melakukan pelbagai kerja seperti mengambil upah menjahit dan menjual kuih-muih demi menambah pendapatan keluarga.
Pilih DUA peribahasa yang sesuai dengan situasi.
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Kerajaan menyeru belia supaya tidak lagi bertangguh bagi memohon geran bantuan peladang kerana tindakan itu amat merugikan. Sungguhpun permohonan mereka perlu ditapis, jika bernasib baik mereka akan terpilih sebaliknya jika bukan rezeki, permohonan mereka akan ditolak.
Pilih DUA peribahasa berdasarkan situasi tersebut.
Melepaskan batuk di tangga
Bertangguh itu pencuri masa
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Hangat-hangat tahi ayam
Sebaik-baik sahaja kerajaan melonggarkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri, sebahagian besar masyarakat mula mengambil kesempatan untuk balik ke kampung halaman seperti menahan lukah di pergentingan.
Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa bergaris.
Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
Menangguk di air keruh
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Lupa daratan
Pelbagai kuih-muih dihasilkan oleh masyarakat di negara ini ___________________. Bagaimanapun, sesetengah golongan lebih suka kuih-muih yang asli atau klasik kerana bagi mereka ia mencetuskan nostalgia, ____________________, mengimbau kenangan masa lalu.
Sila pilih DUA peribahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong,
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain
Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
Rambang mata
Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, kita mestilah berjimat cermat ketika berbelanja. Walaupun mempunyai wang yang banyak, kita tidak boleh berjoli dengan sesuka hati. Kita perlu mengambil sikap berhati-hati sebelum ditimpa kesusahan.
Pilih DUA peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Sediakan payung sebelum hujan
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis
Gejala mat rempit dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi. Walaupun ibu bapa telah menasihati anak-anak mereka tetapi nasihat mereka ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, sia-sia sahaja.
Pilih peribahasa yang sinonim dengan perkataan bergaris.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Membuang garam ke laut
Mencurah air ke daun keladi.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
“Sebagai jiran, kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-pura,” kata Mak Limah kepada jirannya Aishah. “
“Kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan itu,” ujar Mak Limah.
Pilih DUA peribahasa yang sesuai.
Bagai api dalam sekam
Ada udang di sebalik batu
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Nazri: Oh, Seng Hock memang baik dengan saya sejak kami masih kecil! Dia selalu menyedarkan saya supaya belajar dengan rajinnya. Menurut kata Seng Hock, tanpa usaha, kita tidak akan berjaya bak kata orang tua-tua, malas berdayung perahu hanyut.
Pilih peribahasa yang sinonim dengan peribahasa bergaris.
Bagai dakwat dengan kertas
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
Menyelam sambil minum air
Sikap mementingkan diri sendiri
Bagai enau dalam hutan melepaskan pucuk masing-masing
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Bagai ayam berak kapur
Pucuk dicita ulam mendatang
Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan dengan perselisihan
Bagai isi dengan kuku
Seperti anjing dengan kucing
Air yang dicincang tak akan putus
Seperti kacang lupakan kulit
Pilih peribahasa yang sesuai dengan gambar yang diberikan
Sudah jatuh ditimpa tangga
Sudah terhantuk baru terngadah
Melepaskan batuk di tangga
Sama sakit sama mengaduh
Jika takut berdepan dengan penderitaan jangan melakukan perkara yang susah
Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina
Dayung sudah di tangan perahu sudah di air
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
Kuala Lumpur menjadi tumpuan masyarakat untuk mencari pekerjaan kerana banyak peluang kerja di situ ibarat.....
di mana ada gula, di situ ada semut
ada gula ada semut
ada ubi ada batas
dayung sudah di tangan perahu sudan di air
Maksud peribahasa "bagai buluh ditarik songsang"
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
Pilih peribahasa yang sesuai dengan gambar yang diberikan
Malas berdayung, perahu hanyut.
Biduk lalu, kiambang bertaut.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Seperti mencurah air ke daun keladi.
Maksud peribahasa "biduk lalu, kiambang bertaut"
Orang yang mengganggu kehidupan orang lain
Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula.
Orang yang suka bergaduh
Hubungan yang terputus akibat pergaduhan
Peribahasa yang sinonim dengan peribahasa "burung terbang dipipiskan" lada kecuali
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
Ikan lagi di laut, lada garam sudah disengkalan
Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan
Nyatakan maksud peribahasa ini
Belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya.
Tidak mendapat hasil yang diinginkan
Bersedia untuk mendapat untung
Rezeki yang tidak disangka
Nyatakan aksud peribahasa ini
Untung yang besar
Kerugian yang ditanggung akibat sikap tamak terhadap sesuatu perkara
Mengharapkan barang yang belum pasti barang yang sedia ada dibuang/dilepaskan
Rezeki yang tidak disangka
Pilih peribahasa yang sesuai dengan gambar yang diberikan
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
Jelaskan maksud peribahasa berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
Makin kaya (berilmu) makin sombong
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya apabila merendah diri
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
Jelaskan maksud peribahasa berikut:-
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kerjasama dalam satu pasukan
Pertelingkahan yang menyebabkan hubungan seseorang musnah
Perbuatan khianat terhadap orang lain
Sebenarnya Lotter tidak berminat dan tidak pandai bermain bola sepak ketika di kampung. Setelah dia melanjutkan pelajarannya di institusi pengajian tinggi ,minatnya untuk bermain bola timbul dan dia telah bergiat cergas dalam permainan tersebut. Hasil usaha gigih tanpa mengenal penat dan erti jemu, dia telah terpilih sebagai pemain yang akan mewakili institusi tempatnya belajar. Berikan 3 peribahasa/simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan tersebut.
Menara gading
Kaki bangku
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
Bagai melepaskan anjing tersepit
Terlebih sudu daripada kuah
Alang-alang berdakwat biarlah hitam
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.
Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Lembu punya susu, sapi dapat nama
Seperti menarik rambut dalam tepung
Nyatakan maksud peribahasa ini
Menyelesaikan masalah antara dua orang yang berselisih pendapat
Membantu orang yang dalam kesusahan
Apabila membuat kerja mesti berhati-hati dan adil
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Bagai melukut di tepi gantang
Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud berikut ;
Orang yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.
Bagai kera mendapat bunga
Bagai bulan dipagar bintang
Bagai gerjaji dua mata
Bagai menatang minyak yang penuh
Kita sedia maklum bahawa tenaga fizikal kaum wanita tidak sekuat kaum lelaki. Namun begitu wanita juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka berupaya mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa ..........................
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi
Nyatakan peribahasa yang tepat menunjukkan maksud kerja atau usaha yang dibuat perlu penuh kesungguhan.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Sebagai pekerja baharu di sebuah syarikat korporat, Hakim tidak malu bertanya kepada ketuanya tentang apa-apa perkara yang tidak diketahuinya untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang kesilapan dalam menjalankan tugas. Hakim berpegang kepada konsep peribahasa ........................
Menyelam sambil minum air
Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Alah bisa tegal biasa
Berikan maksud peribahasa
alah bisa tegal biasa
Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya.
Perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.
Perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang sebenarnya.
Keadaan yang memudahkan sesorang menyiapkan kerja walaupun seorang diri.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai _____________________
Bagai aur dengan tebing
Bagai isi dengan kuku
Usaha tangga kejayaan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Ayam tambatan bermaksud
Anak kesayangan
Orang yang malas
Orang yang menjadi harapan dalam satu pasukan kerana kehebatannya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya
Seseorang yang mendapat sesuatu yang telah lama dihajatkan.
Nyatakan peribahasa yang sesuai.
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Orang mengantuk disorongkan bantal
Seperti cincin dengan permata
Besar pasak dari tiang
Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah:
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Belakang parang diasah lagikan tajam
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Ke bukit sama didaki, ke luruh sama dituruni
Sekali air bah, sekali pasir berubah
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:
Hartawan itu bersikap seperti ______________ kerana mementingkan diri sendiri dan menjadikan orang lain sebagai tempat untuk mencapai hajat dan matlamatnya.
Rumah siap pahat berbunyi
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Apakah maksud peribahasa berikut:
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Rajin membuat kerja
Melakukan sesuatu kerja yang sukar hendaklah bersabar sehingga berjaya
Rajin membuat kerja
Menempuh kesulitan dahulu baru mencapai kesenangan
berikan maksud simpulan bahasa "lintah darat"
menjual dengan harga yang mahal
sikap penindasan orang kaya terhadap orang miskin
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
berikan maksud peribahasa "duduk sama rendah berdiri sama tinggi"
Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat.
dua pihak mempunyai kedudukan yang tinggi
dua pihak yang saling berebut pangkat
berikan maksud peribahasa "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"
banyak kekayaan yang boleh diperoleh dinegeri orang berbanding negeri sendiri.
Walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.
lebih mudah mencari kekayaan di negara orang berbanding negara sendiri
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
habis manis sepah dibuang
air beriak tanda tak dalam
ukur baju di badan sendiri
Berikan peribahasa yang sama maksud dengan:
'setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga'
Seperti duduk di dalam duri
Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
Sirih pulang ke gagang
kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
1. Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
Malas berdayung, perahu hanyut.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Biduk lalu, kiambang bertaut.
Seperti mencurah air ke daun keladi.
2. Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
6. Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:-
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Bagaimana tepuk, begitulah tarinya
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
rataBagaimana contoh begitulah gubahannya
Tiada rotan akar pun berguna
mengharapkan pertolongan pada orang yang lemah
tidak mungkin dapat dilakukan
orang yang tidak menepati janji hingga bergaduh
sementara belum ada yang lebih baik bolehlah dipakai yang ada dahulu
Haikal dan adiknya sudah berbaik semula selepas bergaduh selama beberapa hari kerana cemburu akan kasih sayang ibu bapa mereka.
(a)
Kawan-kawannya tidak mahu menasihati Isma lagi kerana nasihat mereka itu tidak diendahkan olehnya.
(a)
Hazwani dan Mariam sangat memahami antara satu sama lain kerana mereka telah berkawan rapat sejak kecil lagi.
(a)
Penduduk kampung itu sentiasa bekerjasama apabila menghadapi sesuatu masalah.
(a)
Naufal menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
(a)
Kami disajikan dengan cerita yang menarik. Namun begitu, apabila kami tiba di pulau peranginan itu, barulah kami tahu bahawa apa-apa yang diperkatakan oleh Ainin tidak seperti yang digambarkan.
(a)
Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat.
(a)
Penduduk Kampung Bayas Indah sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang dikecapi mereka selama ini.
(a)
Kita tidak akan mencapai apa-apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.
(a)
Pinjaman PTPTN Siti sudah diluluskan oleh pihak PTPTN untuk menyambung cita-cita di menara gading. Dengan itu, dia hanya menunggu masa sahaja untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya.
(a)
Ibu sering memarahi adik walaupun kesalahan yang kecil sedangkan Abang Aidil banyak melakukan kesalahan tanpa pengetahuan dan disedari oleh ibu kerana Abang Aidil bijak bermuka-muka di hadapan ibu.
(a)
Walaupun Nurintan agak lemah dalam pelajaran, namun dia seorang pelajar yang rajin bertanya kepada guru dan berusaha bersungguh-sungguh. Akhirnya, dia berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
(a)
Sudah lama Zinnirah berhasrat untuk melancong ke luar negara. Apabila bapanya bercadang untuk membawanya melancong sempena hadiah ulang tahun kelahirannya bersama-sama keluarganya, Zinnirah terus menerima dengan hati yang gembira sekali.
(a)
Pada peringkat awal, Kak Aini membuka gerai menjual pisang goreng di taman perumahan kerana sukar untuk mendapatkan kudap-kudapan pada waktu petang. Apabila orang ramai melihat kejayaannya, ramai insan lain mula bergiat untuk memulakan perniagaan sedemikian di kawasan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu (a) .
Natasha terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah menggunakan wang gajinya. Wang simpanannya juga kadang kala habis dibelanjakan untuk memenuhi segala keinginan hatinya. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat setelah mengalami kesulitan.
(a)
Nyatakan TIGA peribahasa yang bertemakan semangat bekerjasama dalam kalangan penduduk untuk menjaga keharmonian kampung.
Berikan TIGA peribahasa bertemakan kerajinan dan kegigihan seseorang dalam menuntut ilmu serta mencapai kecemerlangan.
Senaraikan DUA peribahasa yang menggambarkan situasi berjimat-cermat dan amalan menabung dalam kehidupan.
Berikan SATU contoh situasi yang menggambarkan peribahasa 'malang tidak berbau' dengan lengkap.
Gambarkan SATU contoh situasi yang menerangkan peribahasa 'rajin usaha tangga kejayaan' dengan lengkap.
