wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IISSA-Truly Malaysian

Total questions: 101

Worksheet time: 51mins

Name
Class
Date
1.

Bendera Negeri Selangor telah direka bentuk semasa pemerintahan Sultan Selangor yang ke berapa?

a)

keempat

b)

kelima

c)

pertama

d)

ketiga

2.

Rajah di sebelah menunjukkan jata bagi negeri

a)

Selangor

b)

Kedah

c)

Johor

d)

Melaka

3.

Tarian zapin dalam gambar adalah berasal dari negeri

a)

Melaka

b)

Kedah

c)

Selangor

d)

Johor

4.

Apakah perkataan dalam tulisan jawi yang tertulis pada jata negeri Pahang?

a)

Allah peliharakan sultan

b)

Ya Allah

c)

Ya Latif

d)

Darul Makmur

5.

Apakah maksud 5 bilah keris pada jata negeri Melaka?

a)

Melambangkan 5 kaum di Melaka

b)

Melambangkan 5 pahlawan di Melaka

c)

Melambangkan 5 mukim di Melaka

d)

Melambangkan 5 Rukun Islam

6.

Negeri Sembilan mendapat namanya merujuk kepada gabungan sembilan buah daerah kecil dalam negeri ini iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Naning, Hulu Pahang, Inas, Segamat dan juga _______________

a)

Klang

b)

Seremban

c)

Kuala Pilah

d)

Nilai

7.

'Kuala Mentangau' adalah asal usul nama bagi negeri

a)

Pulau Pinang

b)

Terengganu

c)

Selangor

d)

Perlis

8.

Bandar Di Raja Perak terletak di

a)

Ipoh

b)

Lumut

c)

Kuala Kangsar

d)

Bukit Merah

9.

Terdapat lambang 17 butir padi pada setiap tangkai di dalam jata negeri Kedah, apakah maksud lambang tersebut?

a)

mewakili 17 buah daerah

b)

mewakili 17 rakaat dalam solat 5 waktu

c)

mewakili kekuasaan setiap daerah

d)

mewakili negeri yang banyak mempunyai padi

10.

Bandar tertua di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1735, apakah nama bandar tersebut?

a)

Sitiawan

b)

Muar

c)

Alor Setar

d)

Georgetown

11.

Masjid Kapitan Keling ini yang berusia 218 tahun telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Di negeri manakah letaknya masjid ini?

a)

Melaka

b)

Terengganu

c)

Pulau Pinang

d)

Terengganu

12.

Gambar pantai peranginan ini terletak di sebelah pantai timur Malaysia. Apakah nama pantai tersebut?

a)

Pantai Cahaya Bulan

b)

Pantai Teluk Cempedak

c)

Pantai Mok Nik

d)

Pantai Nami

13.

Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia

_________ di atas takhta

Allah lanjutkan usia Tuanku

Rakyat mohon restu

Bawah Duli Tuanku

Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa

Duli Yang Maha Mulia

Berikut merupakan Lagu Negeri Selangor, sila isikan tempat kosong pada baris kedua di atas.

a)

Bahagia

b)

Sejahtera

c)

Selamat

d)

Berdaulat

14.

Ketinggian Gunung Kinabalu ialah________

a)

4505 meter

b)

2050 meter

c)

3450 meter

d)

4095 meter

15.

Ketua kerajaan Negeri Sarawak dipanggil

a)

Yang Di Pertua Negeri

b)

Ketua Menteri

c)

Menteri

d)

Premier

16.

Tarian Ngajat Iban adalah berasal dari negeri _______

a)

Sabah

b)

Brunei

c)

Sarawak

d)

Perlis

17.

Kisah mitos lagenda Negeri Sarawak berkaitan dengan 2 orang puteri , siapakah nama puteri-puteri tersebut?

a)

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang

b)

Puteri Gemawan & Puteri Bota

c)

Puteri Gunung Ledang & Puteri Hang Li Poh

d)

Puteri Saadong & Puteri Cik Siti Wan Kembang

18.

Main Puteri (Main Teghi) adalah salah satu acara ________ di negeri Kelantan.

a)

permainan

b)

tarian

c)

upacara perubatan

d)

persembahan

19.

'Tanah Serendah Sekebun Bunga' adalah nama jolokan bagi negeri ________

a)

Terengganu

b)

Johor

c)

Pahang

d)

Kelantan

20.

Berapakah keluasan negeri Perlis?

a)

2980 km persegi

b)

1243 km persegi

c)

988 km persegi

d)

821 km persegi

21.

Pantai Rantau Panjang

Pantai Pulau Lang

Pantai Kuala Pontian

Pantai Janglau Pantai

Pantai-pantai yang tersebut di atas merupakan pantai yang terletak di negeri _________

a)

Pulau Pinang

b)

Johor

c)

Pahang

d)

Kelantan

22.

Produk agro utama di negeri Perlis ialah

a)

Durian Musang King

b)

Mangga Harum Manis

c)

Perlis Cameron Strawberry

d)

Anggur Perlis

23.

Yang mana satukah Menteri Besar Negeri Terengganu

a)
b)
c)
d)
24.

Busana yang terdapat dalam gambar ini merupakan baju kurung tradisional bagi negeri _____________

a)

Terengganu

b)

Johor

c)

Pahang

d)

Perak

25.

Tarian Canggung adalah berasal dari negeri___________

a)

Melaka

b)

Selangor

c)

Kelantan

d)

Perlis

26.

Siapakah individu ini?

a)

Menteri Besar Kelantan

b)

Menteri Besar Selangor

c)

Menteri Besar Johor

d)

Menteri Besar Kedah

27.

Yang mana satukah Menteri Besar Negeri Perlis

a)
b)
c)
d)
28.

Gambar tersebut menunjukkan mercu tanda bagi negeri______________

a)

Pulau Pinang

b)

Kedah

c)

Terengganu

d)

Pahang

29.

Apakah nama alat muzik ini?

a)

Seruling

b)

Serunai

c)

Sompoton

d)

Nafiri

30.

Apakah nama alat muzik ini?

a)

Sape

b)

Rebab

c)

Sompoton

d)

Serunai

31.

Yang mana satukah Gasing Berembang?

a)
b)
c)
d)
32.

Gulai batang pisang merupakan makanan yang terkenal di negeri __________

a)

Sarawak

b)

Sabah

c)

Kedah

d)

Perlis

33.

Salah satu keunikan di Negeri Johor adalah setiap daerah mempunyai benderanya yang tersendiri. Yang mana satukah bendera daerah Muar?

a)
b)
c)
d)
34.

Daerah Yan adalah salah satu daerah yang terletak di Negeri Kedah, dari manakah Yan mendapat namanya?

a)

Dari sungai yang mengalir di tengah-tengah pekan Yan

b)

Diberi oleh Raja Siam yang memerintah ketika itu

c)

Dari matawang Jepun - Yen

d)

Nama seorang pembesar Cina di Kedah iaitu Li Yan

35.

Nama asal Pulau Pinang adalah

a)

Pulau Seribu Mutiara

b)

Pulau Piang

c)

Pulau Ka Satu

d)

Pulau Keramat

36.

Kuih ini sangat terkenal di negeri-negeri di utara semenanjung. Apakah nama kuih ini?

a)

Kuih Rengas

b)

Kuih Karas

c)

Kuih Ketayap

d)

Kuih Dangai

37.

Jeruk Maman adalah salah satu makanan yang popular di Negeri Sembilan. Di kawasan manakah di Negeri Sembilan , pokok Maman ini banyak di tanam?

a)

Rembau

b)

Gemencheh

c)

Jempol

d)

Tampin

38.

Melaka dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah. Selain itu Melaka juga telah dinyatakan sebagai

a)

Negeri Bandar Teknologi Hijau

b)

Bandar Melakaraya

c)

Negeri Kesultanan Melayu Melaka

d)

Negeri Bandar Bestari

39.

Daerah yang paling luas dalam Negeri Kedah adalah daerah

a)

Yan

b)

Sik

c)

Baling

d)

Padang Terap

40.

Dari jauh bukit ini kelihatan unik kerana kedudukan kedua-dua buah bukit ini berada agak berdekatan seolah-olah bukitnya terbelah dua atau bercabang dua. Apakah nama bukit ini dan di manakah letaknya bukit ini?

a)

Bukit Kembar, Sabah

b)

Gunung Daik, Kedah

c)

Bukit Chabang, Perlis

d)

Bukit Pasir, Johor

41.

Kubu yang terdapat dalam gambar merupakan kubu pertahanan tinggalan Belanda ketika menjajah Melaka. Apakah nama kubu tersebut?

a)

Kubu Pahlawan

b)

Kubu Bastion Middleburg

c)

Kubu Dutch Fort

d)

Kubu Belanda Batavia

42.

Udang geragau yang telah dicuci akan digaul dengan garam dan sedikit nasi, lalu diperam selama tiga hingga empat hari sebelum dimakan. Makanan ini menjadi hidangan masyarakat negeri Melaka. Apakah nama hidangan tradisional ini?

a)

Cencalok

b)

Budu

c)

Tempoyak

d)

Pekasam

43.

Gambar ini merupakan sejenis hidupan laut yang dinamakan Bronok. Warna Bronok adalah coklat kehitaman (tua) atau merah jambu (muda) dan ciri-ciri fizikalnya kenyal dan elastik seakan-akan isi kelapa dan rasanya masin seperti air laut. Di manakah Bronok banyak dijumpai dan dijadikan hidangan masyarakat setempat?

a)

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

b)

Pantai Cherating, Pahang

c)

Pantai Lido, Johor

d)

Pantai Cenang, Langkawi

44.

Budu merupakan makanan tradisional negeri Kelantan. Apakah bahan utama dalam proses pembuatan budu?

a)

Ikan bilis

b)

Ikan kering

c)

Ikan selayang

d)

Udang geragau

45.

Nasi Dagang merupakan makanan tradisional Negeri Terengganu. Apakah nama herba yang digunakan semasa mengukus nasi dagang?

a)

Ketumbar

b)

Jintan Manis

c)

Halba

d)

Cengkih

46.

Sambal hitam belimbing buluh ini merupakan makanan tradisional negeri ________

a)

Pahang

b)

Perak

c)

Sabah

d)

Kuala Lumpur

47.

Masjid Al-Azim merupakan masjid negeri Melaka. Rekaan masjid ini lebih tertumpu kepada seni ukir yang dipengaruhi oleh seni bina Jawa dan Cina. Di manakah letaknya masjid ini?

a)

Bandar Melaka

b)

Bukit Palah

c)

Kampung Hulu

d)

Pulau Melaka

48.

Hidangan ini berasal dari negeri Kelantan, apakah nama hidangan ini?

a)

Nasi Kak Wok

b)

Nasi Kerabu Golok

c)

Nasi Semangat

d)

Nasi Tumpang

49.

Gambar ini merupakan binaan rumah tradisional bagi negeri ___________

a)

Kelantan

b)

Johor

c)

Kedah

d)

Perak

50.

Gambar ini merupakan binaan rumah tradisional bagi negeri ___________

a)

Kelantan

b)

Johor

c)

Kedah

d)

Perak

51.

Reka bentuk bangunan ini merupakan inspirasi dari kota asal yang terletak di Alsace, Perancis. Bangunan ini terletak dalam perkampungan di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi Pahang. Apakah nama perkampungan tersebut?

a)

Riquewihr

b)

Turckheim

c)

Kaysersberg

d)

Colmar Tropicale

52.

Busana di dalam gambar ini merupakan busana tradisional negeri_______

a)

Selangor

b)

Perak

c)

Pahang

d)

Kelantan

53.

Busana di dalam gambar ini merupakan busana tradisional negeri_______

a)

Selangor

b)

Perak

c)

Pahang

d)

Kelantan

54.

Yang manakah antara luak di bawah ini tidak terdapat di dalam pentadbiran adat Negeri Sembilan?

a)

Luak Berundang

b)

Luak Tampin

c)

Luak Tanah Mengandung

d)

Luak Tanah Beradat

55.

Yang manakah antara berikut merupakan Yang Di Pertua Negeri Sabah?

a)
b)
c)
d)
56.

Yang manakah antara berikut merupakan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang?

a)
b)
c)
d)
57.

Pepatah "biar mati anak jangan mati adat" yang menjadi prinsip asas sistem hidup bermasyarakat dalam Adat Perpatih. Dalam konteks masyarakat Adat Pepatih terdapat 12 suku yang dikelaskan mengikut nenek moyang mereka. Antara suku tersebut adalah Paya Kumboh, Tiga Nenek, Sri Melenggang, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka, dan Tiga Batu. Nyatakan 4 lagi suku tersebut

a)

Biduanda, Batu Hampar, Mungkal, Sri Lemak

b)

Anak menantu, suku adat, suku minang, tanah adat

c)

Sri Acheh, Anak Ghombau, Paya Bemban, Undang Johol

58.

Nama asal bandar Georgetown ialah

a)

Tanjung Harapan

b)

Tanjung Penaga

c)

Tanjung Bungah

d)

Tanjung Tuan

59.

Tapak Arkeologi Sungai Batu merujuk kepada tapak arkeologi pelabuhan kuno yang dipercayai wujud pada tahun 788 sebelum Masihi. Tamadun ini juga sezaman dengan Tamadun Rom dan Tamadun Yunani. Di manakah letaknya tapak arkeologi ini?

a)

Pulau Pinang

b)

Johor

c)

Kedah

d)

Selangor

60.

Hari 'Mantai' ini biasanya dilakukan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan. Negeri manakah yang masih mempertahankan budaya ini?

a)

Negeri Johor

b)

Negeri Sabah

c)

Negeri Sarawak

d)

Negeri Sembilan

61.

"Ideologi parti ini ialah Marxisme. Maknanya dasar dan perjuangannya ialah untuk mendirikan Tanah Melayu yang bebas merdeka daripada cengkaman penjajah Inggeris. Mengamalkan sistem ekonomi sosialis. Mendirikan Republik Tanah Melayu."

Apakah parti / pertubuhan yang dimaksudkan di atas?

a)

Parti Keadilan Rakyat

b)

Parti Sosialis

c)

Parti Komunis Malaya

d)

Parti Komunis Tanah Melayu

62.

Bilakah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan?

a)

17 Oktober 1945

b)

17 June 1963

c)

30 Ogos 1957

d)

18 September 1945

63.

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong ialah kejadian serangan komunis yang berlaku semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi. Bilakah tarikh peristiwa ini berlaku?

a)

20 November 1969

b)

14 Februari 1950

c)

23 Februari 1950

d)

6 Jun 1966

64.

Pada tahun berapakah Singapura keluar dari Malaysia?

a)

1963

b)

1964

c)

1965

d)

1966

65.

Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor. Siapakah nama sebenar Haji Abdullah Hukum?

a)

Muhammad Rukun

b)

Muhammad Hakim

c)

Abdul Hakim

d)

Abdullah Al-Hakam

66.

Siapakah olahragawan Malaysia pada tahun 2016?

a)

Azmi Ibrahim

b)

Daniel Bego

c)

Khairul Hafiz Jantan

d)

Abdul Mubin Rahim

67.

Atlet ini pernah mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016. Apakah acara yang disertainya?

a)

Bowling

b)

Lompat tinggi

c)

Skuash

d)

Renang

68.

Nur Dhabitah binti Sabri merupakan seorang atlet penerjun Malaysia. Beliau telah mendapat pingat gangsa di acara sukan terjun di Sukan Komanwel 2014 dalam acara wanita 10 meter platform segerak dengan Pandelela Rinong. Dari manakah beliau berasal?

a)

Johor

b)

Sabah

c)

Sarawak

d)

Kuala Lumpur

69.

AImarhum Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16. Beliau merupakan ayahanda kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Kota Jembal diberi nama sempena dengan nama Raja Jembal. Apakah nama asal bagi Kota Jembal?

a)

Kota Bharu

b)

Wakaf Che Yeh

c)

Bachok

d)

Kedai Lalat

70.

Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali) - (1528 - 1564)

Sultan Muzaffar Shah II - (1564 - 1579)

Sultan Abdul Jalil Shah I - (1579 - 1580)

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar) - (1581 - 1597)

Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur) - (1597 - 1615)

Pemerintah-pemerintah di atas merupakan sultan yang memerintah salah sebuah negeri di Tanah Melayu. Negeri manakah yang berada di bawah pemerintahan sultan-sultan tersebut?

a)

Pahang

b)

Kedah

c)

Johor

d)

Selangor

71.

Yang manakah daripada makanan yang berikut bukan berasal dari Negeri Johor?

a)

Nasi beringin

b)

Otak-otak

c)

Mee bandung

d)

Apom Lenggang

72.

Makanan tradisi di bawah berasal dari negeri-negeri yang berlainan. Yang manakah padanan makanan dan negeri yang tidak tepat?

a)

ketupat sotong-Terengganu

b)

kuih cincin-Sabah

c)

nasi tumpang- Kelantan

d)

pasembor- Melaka

73.

Kuih tradisional ini berasal dari negeri_______

a)

Perak

b)

Selangor

c)

Negeri Sembilan

d)

Johor

74.

Destinasi bersejarah ini terletak di Negeri _______

a)

Terengganu

b)

Johor

c)

Negeri Sembilan

d)

Selangor

75.

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara. Bilakah jambatan ini mula dibuka untuk kenderaan awam?

a)

14 Jun 1980

b)

15 Oktober 1989

c)

14 September 1985

d)

12 April 1990

76.

Ladang teh Boh tanah tinggi yang terbesar terletak di negeri Pahang, namun begitu terdapat juga kawasan penanaman teh tanah rendah yang terletak di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Di manakah letaknya ladang tersebut?

a)

Bukit Changgang, Banting

b)

Bukit Cheeding, Kuala Langat

c)

Alor Gajah , Melaka

d)

Bukit Pasir, Muar

77.

Di manakah letaknya mercu tanda ini?

a)

Kuching , Sarawak

b)

Kota Kinabalu, Sabah

c)

Muar, Johor

d)

Klang , Selangor

78.

Apakah laluan yang digunakan untuk berkunjung ke Pulau Tioman?

a)

Darat dan laut

b)

Darat dan udara

c)

Udara dan laut

d)

Laut sahaja

79.

Masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin merupakan makanan yang popular di Negeri Pahang. Apakah makanan yang popular di Negeri Sabah?

a)
b)
c)
d)
80.

Yang mana satukah pakaian tradisional kaum Melanau?

a)
b)
c)
d)
81.

Masjid ini mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Di manakah terletaknya masjid ini?

a)

Putrajaya

b)

Sri Sendayan

c)

Kuala Kubu Baharu

d)

Setiu

82.

Gua Kelam di Perlis ini merupakan laluan pelombong-pelombong pada satu ketika dahulu. Apakah jenis perlombongan yang dijalankan di sini?

a)

Bijih Besi

b)

Bauksit

c)

Emas

d)

Bijih Timah

83.

Kawasan ini dahulunya dikenali sebagai "Tanah Merah" telah dibuka oleh seorang anak raja Selangor yang bernama Raja Engku Busu pada abad ke-17. Selepas beberapa tahun, baginda serta pengikutnya telah diserang oleh lanun. Dengan demikian, Tanah Merah tinggal terbiar tidak didiami orang. Di manakah letaknya tempat yang dinyatakan ini?

a)

Pelabuhan Klang , Selangor

b)

Sekinchan, Selangor

c)

Lumut, Perak

d)

Beserah, Pahang

84.

Pada tahun 2022 , Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke berapa?

a)

63

b)

64

c)

65

d)

67

85.

Logo kemerdekaan Malaysia ini merupakan logo yang digunakan pada tahun ______

a)

2007

b)

2009

c)

2018

d)

2020

86.

Siapakah nama Gabenor Bank Negara kini?

a)

Tun Ismail Mohd Ali

b)

Tan Sri Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus

c)

Tan Sri Dato' Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

d)

Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don

87.

Apakah haiwan yang terdapat di dalam wang kertas RM 20?

a)

Harimau

b)

Penyu

c)

Pelanduk

d)

Burung Kenyalang

88.

Gambar Gunung Kinabalu terdapat dalam wang kertas ______

a)

RM 10

b)

RM 50

c)

RM 100

d)

RM 1

89.

Lambang tepak sirih ini terdapat di wang syiling_________

a)

5 sen

b)

10 sen

c)

20 sen

d)

50 sen

90.

Syiling emas 1 Ringgit tidak lagi sah diperlakukan akibat daripada lambakan wang palsu di pasaran. Bilakah syiling RM1 ditarik dari edaran Bank Negara Malaysia?

a)

6 DIsember 2000

b)

6 Disember 2005

c)

7 Mei 2001

d)

9 Ogos 2011

91.

Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seniman Agung yang juga dikenali sebagai P. Ramlee. Bilakah P. Ramlee menghembuskan nafas terakhir beliau?

a)

22 Mei 1987

b)

31 Disember 1977

c)

20 Mei 1976

d)

29 Mei 1973

92.

Jambatan Saloma atau Saloma Link Bridge merupakan salah satu tarikan pelancongan yang menarik di negara kita, di manakah letaknya Jambatan Saloma ini?

a)

Johor Baharu

b)

Ipoh

c)

Kuala Lumpur

d)

Georgetown

93.

Universiti Malaya merupakan universiti tertua di Malaysia, pada tahun berapakah universiti ini ditubuhkan?

a)

1905

b)

1900

c)

1963

d)

1957

94.

Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang ahli Dewan Negara. Siapakah Yang di-Pertua Dewan Negara kini?

a)

YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim

b)

YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang

c)

YB Senator Tan Sri Dato' Seri Dr Abdul Hamid Pawanteh

d)

YB Senator Tan Sri Ir. Wong Foon Meng

95.

Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa para pahlawan yang dilihat berbakti mempertahankan tanah air kelahiran mereka di beberapa negara. Bilakah tarikh hari pahlawan disambut di Malaysia pada setiap tahun?

a)

31 Ogos

b)

16 September

c)

31 Julai

d)

15 Mei

96.

Bilakah tarikh tugu negara siap dibina?

a)

7 September 1976

b)

16 September 1963

c)

20 Januari 1964

d)

8 Februari 1966

97.

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia. Apakah nama asal Putrajaya?

a)

Pulau Meranti

b)

Jenderam Hilir

c)

Prang Besar

d)

Seri Cheeding

98.

Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah ditubuhkan pada tahun 1971. Tujuan penubuhannya adalah untuk memaju dan mengembangkan pelajaran tinggi dalam lapangan Pertanian, Perhutanan dan Pendidikan . Universiti Pertanian telah diberi nama baru, iaitu Universiti Putra Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohammad. Bilakah perisytiharan nama baru tersebut dimahsyurkan?

a)

5 Disember 1995

b)

21 November 1990

c)

8 Jun 1998

d)

3 April 1997

99.

Kuih ini merupakan makanan masyarakat kaum India di negara kita ketika sarapan. Apakah nama kuih ini?

a)

Tosai

b)

Jillebhi

c)

Ladhu

d)

Idli

100.

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan hasil pertanian. Perayaan kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung. Perayaan ini disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 dalam kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Dalam jawapan yang tertera, yang mana satukah merupakan kuih bulan?

a)
b)
c)
d)
101.

SOALAN BONUS⚽

Pasukan manakah yang telah menjuarai Piala FA Malaysia 2022 untuk edisi ke-32?👍🤩🎉

a)
b)
c)
d)