WorksheetsBuli Siber dan Terlebih Kongsi
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Sekiranya terdapat individu yang menggunakan gambar atau video saya sebagai bahan jenaka dan memuat naik bahan tersebut ke dalam YouTube, saya boleh melaporkan kepada YouTube untuk membuang kandungan tersebut.
Betul
Salah
Teks dan mesej yang bersifat kurang sopan atau kasar boleh dihantar kepada pembuli bagi mempertahankan diri kita daripada terus diganggu.
Betul
Salah
Saya boleh bergurau dengan menggunakan perkataan seperti "Mak Kau Hijau" di ruangan komen rakan media sosial saya kerana komen ini tidak kekal dan boleh dihapuskan.
Betul
Salah
Saya tidak akan menyertai dan menyokong tindakan rakan-rakan saya membuat komen yang buruk terhadap kandungan yang mereka kongsikan di media sosial.
Betul
Salah
Saya tidak perlu risau dengan kandungan yang saya muatnaik secara atas talian kerana saya boleh menghapuskannya semula dengan mudah.
Betul
Salah
Saya perlu menilai sama ada gambar atau maklumat yang ingin saya kongsikan di media sosial akan mendatangkan kesan negatif untuk masa depan saya dan keluarga ataupun tidak.
Betul
Salah
Semua perkara yang anda lakukan dalam talian dapat dilihat dan dikesan oleh orang lain.
Betul
Salah
Terlebih kongsi atau Oversharing tidak hanya memberitahu tentang diri anda tetapi juga melibatkan isu keselamatan dan privasi anda
Betul
Salah
Saya perlu memberitahu rakan-rakan saya agar tidak berkongsi sebarang maklumat berkaitan diri saya di media sosial mereka tanpa keizinan saya terlebih dahulu
Betul
Salah
Semua kandungan yang pernah saya muat naik di media sosial saya akan terpadam jika saya memadam atau menyahaktifkan akaun media sosial saya
Betul
Salah
Berapakah Hak-Hak Pengguna?
5
6
7
8
Hari Pengguna Kebangsaan ialah pada
14 Mac
15 Mac
1 Mac
30 Mac
Hotline KPDNHEP ialah
1-800-886-600
1-800-886-800
1-800-888-888
1-800-888-600
Nombor Whatsapp KPDNHEP ialah
019-2794331
019-2794317
019-2971371
019-4371297
Merujuk kepada Piramid Makanan Malaysia 2020, apakah makanan yang perlu dihadkan pengambilannya?
Sayur
Buah-buahan
Bijirin
Minyak
TTPM merujuk kepada
Tribunal Tuntutan Pelajar Malaysia
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Tribunal Terbaik Pengguna Malaysia
Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia
Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar tuntutan yang jumlah amaunnya tidak melebihi
RM25,000
RM15,000
RM50,000
RM30,000
Berapakah harga kawalan minyak masak paket polybag 1kg seperti yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP?
RM2.40
RM2.60
RM2.50
RM2.70
Antara berikut, yang manakah BUKAN Pengguna Yang Bijak?
Membeli barangan berkualiti
Memilih perkhidmatan terbaik
Memilih barang mengikut pengaruh iklan
Membuat perbandingan harga
Adakah sebarang bayaran dikenakan ke atas pemfailan tuntutan?
Fi pemfailan adalah sebanyak RM5.00
Fi pemfailan adalah percuma
Fi pemfailan adalah sebanyak RM10.00
Fi pemfailan adalah sebanyak RM15.00
